
Check Diri Sendiri, Sebelum Bandingkan Pasangan
Sebelum kita bersikap macam ini, sebelum kita nak menghukum pasangan di atas “perbezaannya” dengan orang lain, tanya dulu diri kita, kita ini sudah cukup sempurna ke…
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!

Sebelum kita bersikap macam ini, sebelum kita nak menghukum pasangan di atas “perbezaannya” dengan orang lain, tanya dulu diri kita, kita ini sudah cukup sempurna ke…
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Memang bukan menguruskan rumahtangga dan anak-anak yang masih kecil, apatah lagi tiada pembantu dan segalanya diuruskan sendirian. Walaupun berkemampuan, namun ada mak-mak yang lebih selesa dan puas hati apabila dapat menguruskan anak-anak dan buat segala kerja rumah sendiri.
Menerusi perkongsian di laman Instagram, Diana Nasir, 34 ada berkongsi cara dan tip menguruskan 3 orang anak perempuannya iaitu sepasang kembar comel Anggun Darleesa & Anggun Darleena,3 serta Anggun Darniella,2. Malah kakak sulong kepada pelakon Anzalna Nasir ini turut menjelaskan kerja-kerja rumah juga dilakukan sendirian tanpa adanya bantuan daripada pembantu rumah.
Baca Lagi Di Sini:
8 Tip Survival Mak Anak Ramai, Wajib Baca! Lagi-lagi Bila Suami Sorang Yang Bekerja
Bagi Diana atau nama panggilannya ‘Lady D’, tiada pembantu rumah atau pengasuh bukanlah menjadi satu masalah, dia ada cara untuk menguruskannya anak-anak dan kerja rumah sebaiknya.
Pertama, paling penting kena buang sikap malas serta kurangkan masa dengan telefon. Harus menekankan disiplin serta kerjasama pada anak-anak serta suami.
“I get asked a lot on “how do l manage 3 toddlers! Do l have a maid/helper?and “ who does all the house chores?”Well, the answer to these questions are.. Me, Myself&I! 24/7! No maid no problemo.. How do l do it?”
1. Dont be LAZY!If malas semua benda tak akan berjalan!
2.Less time on the phone! This is like the most important thing!
3.Discipline is a MUST! Not only Angguns but papa pon sekali lol.Semua kene bekerjasama because Im your momma/wife! I AINT YOUR MAID!
Selain itu, bangun seawal pagi sebelum anak-anak bangun. Jadi segala urusan membersihkan rumah dan mencuci baju dapat disiapkan awal. Malah Diana juga menjelaskan dia cukup tak selesa bila rumah bersepah, dia akan pastikan kemas dengan segera.
Mengakui dirinya “OCD/perfectionist”, Diana lebih suka dan mampu buat semua kerja rumah dan jaga anak-anak sendiri. Baginya jika ada pembantu tak akan sama bersih seperti yang dia lakukan, malah turut berasa tidak selesa bila ada ‘orang luar’ di rumah.
Tambahnya lagi, tak perlu membazir duit suami untuk membayar pembantu rumah. Malah menjadikan ibunya sebagai inspirasi, yang tak memerlukan pembantu ketika menguruskan rumahtangga dahulu.
4. Be an early bird! For me, it’s important to wake up before Angguns so l can get all the house cleaning and washing done, bath, make myself look presentable, buat breakfast for husband&etc.
For the rest of the house, it’s just me constantly cleaning as l cant stand having a messy house! It makes me feel uneasy so l always tidy up immediately bile bersepah.
With the white sofas, curtains, carpets&almost everything else being white,everytime terkene kotor sikit l will use wipes,that’s why it still looks amazingly clean! YES im an OCD/perfectionist. I rather buat semua sendiri lagi puas hati. If ada maid pon tak akan sama bersih like how we do it also tak selesa bile ade outsider in the house plus Dee masih mampu buat semua &its a good exercise for me too so theres no need to waste my husband’s money paying for a maid. If my mother can do it without anyone helping her back then, well so can l!
Ujar Diana lagi, kena ada rutin setiap hari untuk anak-anak agar dapat menguruskan rumahtangga dengan lebih baik. Malah jangan lupa latih anak-anak untuk membantu melakukan kerja-kerja rumah, walaupun usia mereka masih kecil.
Sediakan makanan secukupnya untuk anak-anak dan ia ‘berkesan’ dalam ‘meredakan’ mereka terutamanya ketika sedang ‘tantrum’, selain bantuan daripada suami.
5.Routine – Have routines for your day and the kids and you will be able to manage better!
6.Train your kids to help around! Walaupn Darleesa and Darleena baru 3 years old they help me so much around the house. They clean up their own mess, help me carry barang & so on. They gotta start young right!
7.Prepare your kids fav munchy! So bile anak-anak throw tantrum keluarkan ‘senjata’ makanan! It helps! LOL!
8.If you’re having a bad day, ITS OK! cepat-cepat pray agar husband finish work early! If tak berkesan juga, CALL HUSBAND SURUH BALIK NOW, like right NOW!
Dear mommas, Lower your expectations mommas! Everything doesn’t need to be perfect! You’re allowed to have a messy house, messy hair & messy kids!
Just enjoy and cherish your time with them. I believe that if a momma is at peace the kids are usually too.D
A post shared by Lady D (@diananasir86) on
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Bagi mak-mak yang ada anak-anak kecil, tiada pembantu dan uruskan rumahtangga sendirian boleh ikut tip-tip yang dikongsikan oleh Diana Nasir ini. Tak perlu terlalu sempurna dalam menguruskan rumahtangga, paling penting hargai saat berharga bersama-sama anak-anak.
Sumber: Instagram diananasir86
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!
Air dicincang tidak akan putus. Begitulah hubungan dengan adik beradik. Geram, marah, sakit hati macam mana sekalipun hingga menguji kesabaran kita. Akhirnya kita kembali pada adik beradik juga.
Apa yang boleh kita buat adalah dengan memberi doa dan kasih sayang, itu sudah cukup melembutkan hati adik beradik yang memang lahir dari satu kantung yang sama…iaitu MAK.
Perkongsian daripada Faeeza Fadel cukup menusuk hati. Seburuk-buruk adik beradik, ia tetap darah daging kita. Ingatkan kembali zaman kanak-kanak macam mana kita adik beradik bermain, kena marah dan rasa susah bersama.
Kak Long nak pesan.
Antara ujian ketika meniti hari tua adalah ujian dengan adik beradik sedarah sedaging.
Ujian ini bukan ujian main-main macam zaman kanak-kanak dahulu.
Jika dahulu zaman budak-budak, air dicincang takkan putus.
Tapi perbalahan adik beradik apabila semuanya sudah dewasa dan meniti hari tua, boleh memecah belahkan keluarga dan ikatan kasih sayang di jiwa jika tidak diuruskan dengan baik.
Tuhan akan menguji hati setiap adik beradik. Ini pasti. Sebab hidup adalah medan ujian.
Pada masa semuanya sudah besar panjang dan dewasa, adik beradik ramai yang sudah independent, berkeluarga sendiri, mempunyai komitmen dan aset masing-masing.
Tibalah masa hati setiap adik beradik diuji dalam mengemudi sangkaan dan persepsi terhadap adik beradik sendiri.
Jangan, jangan, jangan. Memang banyak larangan dalam menjaga hubungan kekeluargaan.
Ianya tentang self-control, tentang bagaimana setiap adik beradik mengawal lidah dan sangkaan terhadap adik beradik yang lain.
Jika setiap adik beradik cakna akan kerja syaitan untuk memecah belahkan ikatan ke keluargaan, maka agak susah juga kerja syaitan untuk menggoda setiap adik beradik agar sentiasa bersangka-sangka buruk antara satu sama lain.
Sebab, perompak akan memecah rumah yang mana penghuninya ketika itu sedang leka atau lupa.
Maka, susahkanlah kerja syaitan dengan sentiasa mendoakan adik beradik kita dalam solat dan dalam sujud kita.
Sukarkan kerja syaitan dengan berusaha membuang sebarang rasa dendam atau buruk sangka dengan adik beradik yang problematic.
Bayangkan mata bundar Alang ketika kita menggomolnya di waktu dia masih bayi. Tangan mungil Ucu ketika kita memeluknya dikala dia takutkan gelap dahulu. Bayangkan wajah mulus Kak Ngah ketika dia mengelap hingus yang berjejeh di hidung kita dan muka comot Abang Teh yang tega menggendong kita ketika kita main dukung-dukung dulu.
Kita sayang kan adik beradik kita, kan?
Baca Artikel Lain Di Sini: Adik Beradik Bila Ditolong Berterima Kasihlah, Jangan Ambil Kesempatan Pulak!
Jangan Sombong Nak Tolong Adik Beradik. Seburuk-Buruknya, Ia Tetap Darah Daging Kita
Info Lebih Menarik Di SINI
Jika ada adik beradik yang mengadu pada kita perihal adik beradik lain pula, empati mendengar dan beri kata nasihat serta sokongan emosi.
Dan yang paling penting, sejukkan hati pengadu dan dorong untuk dia mengkayakan jiwa dengan sifat memaafkan dan dengan kasih sayang.
Lagi bagus sekiranya kita mampu menasihati adik beradik yang menjadi bahan aduan itu.
Kita puji kebaikan kedua-duanya dan kita pujuk agar mereka berbaik semula.
Ini peranan hebat kerana kita dapat menjadi penyambung silaturrahim. Rujuk hadis Nabi Saw tentang pahala menyambungkan silaturrahim ini.
Tapi jangan sesekali menjadi batu api dengan menyampaikan kepada adik beradik yang menjadi bahan aduan itu.
Jaga bab ini.
Ini punca banyak perbalahan adik beradik.
Bukankah masa kita kecil-kecil dahulu, bila ada adik beradik yang terlepas tangan ketika kita di kedai, kita bagai nak gila mencari?
Kita secara default settingnya, memang sedia ada menyayangi Along, Angah, Ateh, Alang, Achik dan Ucu.
Tapi syaitan tak suka kita saling berkasih sayang. Ingat ini.
Ingat janji kita masa kecil-kecil dahulu, yang kita mahu berkumpul adik beradik di syurga?
Perlu diingat, jika ada adik beradik yang susah, sakit atau miskin, itu adalah ujian untuk kita sebagai adik beradiknya juga.’
Tuhan yang menghantar ujian sebegitu di dalam ‘setandan pisang’ keluarga.
Siapa lagi yang afdal membantu tolong dan menyokong adik beradik, jika bukan kita?
Bukan untuk mengiyakan segala perbuatan buruk atau perangai tidak baik adik beradik.
Tapi untuk membantu dan menarik tangan mereka kembali ke jalan yang lurus, itu peranan kita.
Selebihnya, adalah kerja Tuhan.
Moga sebarang dendam dan parut emosi di zaman kanak-kanak atau di zaman emosi menggila akan reda dengan kasih sayang dan doa dari kita kepada adik beradik kita.
Ikhlas.
Kak Long Yang Tak Jemu Berpesan Walau Adik-Adik Mungkin Rasa Bosan.
MW: Susah atau senang, pada adik beradiklah tempat pertama yang kita luahkan. Mereka lebih kenal hati budi masing-masing.
Sumber: Faeeza Fadel
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!
Kadang-kadang kita melihat orang lain cukup bahagia dengan kehidupannya. Mulalah bandingkan dengan orang lain dan timbul rasa cemburu atau iri hati. Sedangkan kita hendaklah bersyukur dengan apa yang kita ada. Tak perlulah nak membandingkan dengan orang lain.
Setiap orang ditakdirkan dengan cara hidup yang berbeza-beza dan masalah yang berlainan. Kalau semuannya sama, tiadalah hitam putih dan warna warni kehidupan. Sebab itulah, jika ada kekurangan, kita perlu bersyukur. Itulah anugerah dan rezeki yang Allah berikan.
Perkongsian daripada Intan Dzulkefli, cukup membuatkan kita rasa bersyukur dengan apa yang ada.
Dugaan terbesar kita ini adalah susah sangat nak bersyukur.
Mungkin kita kata kita sudah bersyukur tapi hakikatnya masih belum. Jadi, macam mana nak bahagia jika tidak bersyukur kan?
Paling payah bila ada rasa nak bersaing dengan orang terdekat seperti adik beradik, kawan-kawan, jiran tetangga. Tentang material duniawi. Bab kahwin, bab tambah anak, tambah harta benda, rupa paras.
Benda-benda yang ulama’ kata tak berharga pun untuk timbangan amal, tak berharga untuk menyelamatkan kita masa dalam kubur. Tapi itulah yang nafsu kita ni kejarkan sangat kan.
Nampak mereka bahagia kahwin muda, ada kereta, beli rumah, kita rasa insecure. Bersyukurlah.
Jika nampak orang buat bisnes sekejap terus kaya, kita merungut kenapa kita jual susah nak laku?
Nampak orang famous tayang itu ini kat media sosial kita pertikaikan kenapa la hidup orang lain ‘seems perfect’ je?
Bila nampak orang lain beranak tiap tahun anak semua baik je tak tantrum, kita pun cakap; “untungnya la dah la muka cantik, kaya, suami hensem, anak lawa-lawa”
Mungkin kita tak luahkan dengan kata-kata tapi hati kecil yang memberontak begitu. Oh bahaya!
Telitilah dengan penuh hikmah setiap apa yang Allah anugerahkan kepada kita. Berhentilah memandang orang-orang yang di ‘atas’ kita, kerana bimbang kita sibuk membanding-banding kehidupan mereka dengan kita dan hasilnya lahir prasangka yang sangat buruk kepada Tuhan Yang Maha Pengasih, Allah yang Maha Penyayang.
Info lanjut di sini
Tahu tak kenapa kita susah nak rasa tenang dan bahagia?
Antara sebabnya, kita kurang bersyukur atas apa yang ada di sekeliling kita.
Apa yang Allah bagi kita kurang bersyukur, apa yang Allah belum bagi dan tak bagi kita persoalkan pula.
Pujuklah hati kita yang keras ini untuk selalu bersyukur selalu. Bukannya hanya kata syukur di mulut tapi di hati dan perbuatan kita juga.
Kan Allah dah janji siapa yang bersyukur akan ditambah lagi nikmat? (Bacalah Surah Ibrahim, ayat 7).
Jomlah kita sama-sama selalu berdoa..
“Ya Allah, aku memohon kepadaMu jiwa yang merasa tenang kepadaMu, yang yakin akan bertemu denganMu, yang redha dengan ketetapanMu, dan yang selalu merasa cukup dengan pemberianMu.”
Tiada yang lebih bermakna dalam hidup ini melainkan diberikan rasa kecukupan atas segala nikmat pemberian Tuhan. Itulah dia namanya, qanaah.
Allah… Sentap. Muhasabah diri.
MW: Bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Dengan bersyukur itulah membuatkan kita hidup bahagia dan tenang.
Sumber: Intan Dzulkefli
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!
© Hakcipta Terpelihara Nu Ideaktiv Sdn. Bhd ❤️ Dikendali Oleh Astro Group
