Teh hijau dan air lemon, selalu dikaitkan dengan mereka yang nak diet. Inilah cara yang paling mudah dan senang untuk mereka yang ingin memulakan diet. Sampaikan ada yang siap buat stok lemon untuk dijadikan minuman harian.

Dikatakan dengan pengambilan teh hijau dan air lemon dapat membantu mengurangkan kalori dan membantu dalam penurunan berat badan. Bukan itu saja, ada yang menjadikan minuman ini sebagai gantian pada air masak.

Sebenarnya, tak salah untuk minum teh hijau dan air lemon, malah ia sangat bagus untuk kesihatan kita. Tapi silapnya jika mengambilnya secara berlebihan, ia memudaratkan kesihatan diri.

Inilah yang dikongsikan oleh pakar fitness, Arif Sukri tentang pengambilan teh hijau dan air lemon secara berlebihan. Nak diet boleh tapi bersederhanalah dalam setiap kuantiti yang diambil.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Makan Ayam Goreng Boleh KURUS, Inilah Tip Diet PALING MUDAH Tapi Ada Syaratnya

Kalau Betul-Betul Nak Diet, Elak Ambil 6 Bahagian Ayam Ini

Info Menarik Lain DI SINI

Teh Hijau Dan Air Lemon, Jangan Ambil Berlebihan

Ini kisah benar. Berlaku pada tahun 2019.

Seorang student kongsikan cerita ini. Bahawa sebelum ni dia pernah dimasukkan ke dalam wad akibat pengamalan diet yang dia lakukan. Hampir seminggu juga dia terlantar di sana.

IKLAN

Bila tanya apa sebab boleh jadi begitu. Dia menceritakan yang sebelum ni dia diet dengan kerap sangat minum teh hijau. Nasi kurang yang teramat. Kemudian sulam pula dengan air lemon. Banyak-banyak.

Yang lebih parah bila minum teh hijau dan air lemon sampai buatkan dia gastrik. Bukan gastrik biasa tapi sampai menyebabkan dia menghadapi masalah sukar untuk bernafas. Penat. Lelah.

Akhirnya dia terlantar di hospital dan terpaksa lakukan endoscopy. Specialist bagitau perutnya bengkak. Dahm hampir teruk. Dan semuanya itu berpunca dari diet yang tidak seimbang.

Sebab Nak Cepat Kurus

Kawan kawan. Kes begini banyak juga saya temui. Bila ditanya kenapa amal diet minum teh hijau atau lemon, mereka akan jawab untuk cepat kurus.

Ini adalah mitos yang paling besar di dalam diet. Iaitu teh hijau dan lemon mampu kuruskan badan anda.

IKLAN

Kalian harus ingat. Dalam sains pemakanan, apa sahaja yang berlebih-lebihan tetap akan membawa mudarat. Tak kisah sama ada jenama apa pun makanan itu, setinggi apa manfaatnya tapi bila lebih pasti akan bawa mudarat.

Teh hijau baik jika ambil dalam kuantiti sederhana. Begitu juga dengan lemon.

Namun ambil itu dengan niat ia membantu kuruskan badan, tidak sama sekali. Lemon jika berlebihan boleh datangkan mudarat pada sistem usus. Nasi pula jangan tinggal. Badan kita Tuhan buat semua nutrisi kena ada.

Lemak, karbo, dan protien. Seimbangkan. Jangan tinggal salah satunya. Apa yang utama adalah bijak dalam memilih kuantitinya.

Tolong hentikan pengambilan teh hijau atau air detox limau secara berlebih-lebihan. Benda tu tak bawa manfaat. Ia lebih banyak mudarat.

IKLAN

Harap sangat tak ada yang usung air lemon berbotol-botol lagi ya. Dengan niat kurus.

Sumber: Arif Sukri

 

Bangkit Wanita Mingguan Wanita

Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan

https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI