Selalunya kita asyik fokus nak basuh baju, tetapi tahukah anda yang mesin basuh pun perlu dicuci? Dan kalau tak pernah dicuci, itu boleh menyebabkan baju berbau busuk walau dibasuh. Kenapa ya?
Nak tahu jawapan dan kaedah macam mana nak cuci, rujuk perkongsian daripada Julimasanum Ali ini…
Cara Cuci Mesin Basuh
Seumur hidup, tak tahu pun yang mesin basuh ni kene cuci or ade maintenance. Sejak duduk sendiri, ade washing machine sendiri baru lah tahu tapi tau guna Tub Hygiene je. Lepas tu tak guna ap-apa detergent pon. Tekan cycle tub hygiene pastu dah settle. Sebenarnya salah ye. Tak ada kesan apa-apa pun buat camtu. Membazir air je.
So, since nak kene cuci baju-baju #BabyIM and rasa macam tak sedap je nak cuci dalam mesin basuh yg berbau. Yup BERBAU. Kita dok pening mane datang bau ni. Lepas tu kadang tu baju macam ada habuk-habuk melekat. Makanya i ask mr google cara nak bersihkan mesin basuh. And finally barulah dapat solution nya. So here i nak share lah macam mana proses-proses pembersihan mesin basuh yang berkesan.
1. First kene beli detergent utk Tub Hygiene. I beli kat Cosway Pharmacy, nama nya Wash Drum Cleaner (Power Max). Harga RM15.90 (non-member). Kalau harga member murah sikit.
2. Baca instruction pada kotak before start ye. Lepas tu ready kan diri. Kenapa? Sebab proses lama. So tengok jam set bile yang betul-betul free nak mulakan operasi ni. (I ambil masa lebih dari 24 jam untuk settle sebab nak betul-betul bersih. Jadi bergantung jugak pada kekotoran mesin anda). Kalau banyak keladak sampah, lagi lama lah jawabnya.
3. Masukkan 1 packet Wash Drum Cleaner dalam mesin basuh (wajib guna 1 packet ye, jangan kedekut nak guna half plak).
Ads
4. Pilih menu cycle WASH sahaja dan air paling maximum. Biarkan mesin beroperasi gitew. Habis cycle wash biarkan je mesin basuh tu terendam sekurang-kurangnya 5 jam (klw ikot instruction kat kotak) Tapi iols biarkan semalaman – I start at 6pm so biar mesin terendam sampai lah esok pagi baru ke step seterusnya. So terpulang kat ampa la nak start kol bape and berapa lama.
5. Next morning, korang akan dapat hasil yg menakutkan dan menggelikan. Masa tu lah segala kekotoran dalaman mesin basuh akan keluar. Korang bole buang kotoran-kotoran tu dulu sebelum next step. Kutip-kutip je dgn tangan and buang sampah sarap yang terapung tu.
6. Okey next step dah boleh pilih full cycle (wash, rinse, spin). Tapi i x buat full cycle. I choose cycle wash dgn rinse sahaja. Why? Okey sila rujuk gambar.
Done!
Ads
Haa paling best lepas dah settle ni bile cuci baju tak ada dah bau hapak, bau terkempam tu. Yay!!
So ade lagi sepeket Wash Drum Cleaner. Bile nak guna tu terpulang pada berapa kerap korang cuci baju. Iols maybe buat 3 bulan sekali lah kot. Okey selamat membersihkan washing machine korang!! Jangan ingat cuci baju, mesin korang pun sama bersih. Banyak sampah rupanya kat bawah tu.
Ni rupa Wash Drum Cleaner. 1 kotak ade 2 peket. Maksudnya boleh guna untuk 2 kali cuci.
Ini adalah hasil selepas cycle wash & rinse. Haa kotor kan?? Okey proses ni leceh sikit lah plus korang kena rajin. Setiap kali proses rinse, bile mesin basuh keluarkan semua air, maka kat dasar mesin basuh akan ade sampah sarap yg tertinggal. So korang kene guna tisu or kain bersihkan dasar mesin basuh tu sebelum next cycle.
Ads
Lagi satu penapis dalam mesin basuh pon kene cuci ye.
Nampak kotor gileeeeee!!
Ni hasil lepas dah lap dgn tisu, buang sampah-sampah yang tertinggal tu sebelum next cycle. Masa ni kene PAUSE mesin dulu ye.
Proses ni i ulang ulang ulang dan ulang sampailah sampah sarap tu tak ada. Lebih dr 5 kali rasanya. Haaa mmg lama lah citenya sebab bertahun punya keladak kan.huhu
Tadaaaa!!! Ini hasil terakhir. Dah bersih macam ni baru puasa hati. Yeeeee banyak pakai air ye uols. Lebih dari 5 kali cycle. Bertabahlah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Kematian pengarah filem Ejen Ali dipercayai akibat sakit ‘misteri’ bukan sebab gaduh. Polis mengesahkan kematian pengarah animasi terkenal, Ejen Ali, yang ditemui lemas selepas terjun ke sungai di Kampung Batu Puteh, Kinabatangan, tidak mempunyai kaitan dengan sebarang pergaduhan.
Kematian Pengarah Filem Ejen Ali Dipercayai Akibat Sakit ‘Misteri’ Bukan Sebab Gaduh
Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan D Ravi, menjelaskan bahawa siasatan awal mendapati mangsa bertindak keluar dari kenderaan secara mengejut sebelum hilang dari pandangan.
“Tidak ada gaduh (dengan isteri). Tiba-tiba sampai jambatan, mangsa arahkan isteri memberhentikan kereta dan lari keluar sebelum terjun ke sungai,” katanya.
Mangsa yang dikenali sebagai Andi Abdul Ghani Kadir, 42, difahamkan mengalami ‘sakit misteri’ sebelum terjatuh ke dalam sungai pada kejadian petang Selasa lalu.
Semalam, laporan media menyebut mayat Andi ditemukan di tebing sungai berdekatan lokasi dia dipercayai hilang. Difahamkan, beliau dan isterinya sedang dalam perjalanan dari Tawau menuju ke Kota Kinabalu ketika insiden berlaku.
Pasukan penyelamat menemui mayat mangsa sehari selepas laporan mengenai kehilangannya dibuat, sekali gus menamatkan operasi pencarian.
Hidup bermadu tak semuanya diselebungi hubungan yang kelam, perang nak rak bagai mahu kiamat dunia. Tak semua begitu. Ada yang sama-sama saling menjaga hati, tahu batas dan faham tanggungjawab masing-masing.
Isteri Pertama Kongsi Tip Berbaik Dengan Adik Madu
“Macam mana nak baik dengan madu?”
“Saya teringin nak berbaik dengan madu macam puan. Tapi saya tak tau caranya”
“Saya nak berbaik dengan madu , tapi madu tak mahu. Macam mana nak buat kak?”
Kerapkali saya terima soalan-soalan ini.
Memanglah bukan mudah nak sampai begini. Ia bukan usaha sehari dua. Ia adalah satu proses bertahap yang sangat perlu pada IMAN dan SABAR.
3 Asas Bina Hubungan Dengan Madu Ini Jangan Dilanggar
Saya kongsikan 3 asas penting untuk membentuk hubungan yang baik sesama madu.
1. Anggap madu macam adik/kakak sendiri.
Madu itu sudah menjadi sebahagian dari keluarga kita. Sayangi/cintai dia seperti ahli keluarga.
Pegang kata-kata nabi ini baik-baik.
“Tidak beriman seseorang daripada kamu sehingga dia menyayangi saudaranya seperti mana dia menyayangi dirinya sendiri” HR Anas Ibnu Malik.
2. Hormati hak madu sebagai isteri kepada suami kita.
Madu sama tarafnya dengan kita. Hak semua isteri adalah sama tidak kira pangkatnya isteri sulung atau bongsu. Tiada terlebih atau terkurang. Hormati hak-haknya sebagaimana kita mahu madu hormat hak-hak kita.
3. Sentiasa bersikap ihsan kepada madu.
Ihsan bermahsud kesempurnaan atau terbaik.
Orang yang kuat ihsannya akan selalu berbuat kebaikan kerana dia mahu redha Allah dan bukan redha makhluk.
“Berbuat baiklah (kepada hamba Allah) seperti mana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmat-Nya yang melimpah-limpah)” Surah al-Qasas, ayat 77
Maqam ihsan yang tertinggi ialah dia sanggup mengurangi haknya untuk diberikan madu atas sebab kasih sayang.
Jika ketiga-tiga asas ini diusahakan, Insya Allah pasti diberikan jalan dan ilham oleh Allah untuk kalian berkasih sayang.
Bagaimana jika madu menolak? Tidak mahu berbaik. Malah terus memusuhi dan menzalimi diri.
Beginilah.
Hati setiap manusia kepunyaan Allah. Kita tiada kuasa untuk mengubah orang lain. Mohonlah padaNya, doakan yang baik-baik untuknya.
Jangan serik berbuat kebaikan. Balas keburukan dengan lebih banyak kebaikan. Sentiasa ingat firman Allah ini dalam Surah Al Isra’ ayat 7 “Kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk faedah diri kamu sendiri”
P/s : Hari ni hari anniversary adik madu Yuyu Yusna & Tuan Suami. Cepat betul masa berlalu. Diam tak diam dah 5 tahun usia perkahwinan mereka berdua. Happy anniversary buat tuan suami dan madu tersayang! Didoakan kalian sentiasa dalam sakinah, mawaddah dan rahmah hingga ke Jannah, aamin.
Yatie Kitchen merupakan antara instafamous yang hebat dalam bidang masakan serta mempunyai hampir 253 000 pengikut didalam instagram. Kerap memuat pelbagai jenis resipi, tip-tip serta hasil masakan didalam postingnya. Malah ramai selebriti pernah merasa air tangan Yatie Kitchen ini, seperti Anzalna Nasir, Shiela Rusly, Ozlyn, Dato’ Seri Siti Nurhaliza dan sebagainya.
Semalam, Yatie Kitchen ada berkongsi tip dan video resipi bagi menghasilkan Nasi Goreng Kampong yang sedap. Rupanya rahsia bagi menjadikan Nasi Goreng Kampong bertambah sedap adalah tidak menggunakan bawang merah seperti kebiasaan yang ramai mak-mak buat.
Berikut antara perkongsiannya;
“Setiap orang ada cara yang tersendiri masak nasi goreng kampong, tapi nie cara saya masak “Nasi Goreng Kampong “, ianya sangat simple tapi sangattt sedap (sapa nak puji lagi hahahhaha lol ) Selamat Mencuba ! #carasaya ( saya tak letak bawang merah sebab bila letak bawang merah dia punya rasa macam tak kick , tapi bila tak letak , omg !! Sesuatu Nasi Goreng Kampong ni !!”
Lebih istimewa, perkongsian resipi Nasi Goreng Kampung oleh Yatie Kitchen, mendapat perhatian Dato’ Seri Siti Nurhaliza Tarudin untuk mencubanya sendiri. Ibu kepada Siti Aafiyah ini, telah repost perkongsian resipi tersebut dan menyediakan Nasi Goreng Kampung ini untuk hidangan sahur buat suami tersayang, Dato’Sri Khalid Mohamad Jiwa, pagi tadi. Malah, penyanyi lagu Si Comel Pipi Merah ini turut mengakui kesedapan resipi yang dikongsikan oleh Yatie Kitchen.
“Memang sedap, kita pun baru masakkan nasi goreng ni untuk sahur suami tersayang, bagi yang takde idea nak sahur apa? Inilah jawabnya.”
Berikut antara bahan-bahan dan cara nak buat Nasi Goreng Kampung Yatie Kitchen ini:
Bahan-Bahan:
Cili padi
Bawang Putih
Ikan Bilis
2 biji telur
Serbuk Lada Sulah
Serbuk Cendawan
Garam
Nasi Putih
Daun Sup
Cara Membuat:
1.Goreng 2 biji telur dan letak tepi kuali.
2.Tumis cili padi, bawang putih dan ikan bilis yang telah ditumbuk, biarkan sehingga sederhana garing.
3.Masukkan garam dan kacau kemudian masukkan pula nasi putih.
4.Masukkan daun sup dan serbuk lada sulah.
Siap! Selamat Mencuba!
Cukup mudah kan! Jadi mak-mak boleh lah cuba resipi Nasi Goreng Kampung ikut resipi ini.Boleh buat untuk hidangan berbuka puasa ataupun untuk menu bersahur nanti.
Ibu Fatin Syazwani luah kesedihan, "Makcik memang takut duduk seorang diri dalam sel lokap polis. Dipakaikan baju tahanan reman selain dipisahkan dari suami dan...