Scone ni antara menu klasik cukup popular untuk hidangan minum petang bagi orang di Eropah. Jika pernah ke kafe di tanah tinggi Cameron Highlands banyak dijual scone ni. Rasanya memang cukup sedap dan tak jemu makan.
Mak-mak boleh cuba buat scone ni di rumah ikut resipi dan langkah satu persatu yang dikongsikan oleh Puan Norleen Mohid ini sebagai panduan;
“Scone Senang Dibuat.Okay hari ni Cik Leen kongsikan resipi paling senang nak dibuat sorang-sorang atau dengan anak-anak.Kejadiannya macam yang dijual kat cafe, tak tipu.”
Bahan-Bahan:
1 + 3/4 cawan tepung gandum
4 camca teh baking powder
1/4 cawan gula perang
Secubit garam
5 sudu makan mentega sejuk
* Ramas dan gaul semua bahan di atas sampai jadi macam serbuk roti kasar. Ya, guna tangan je.
1/2 cawan blackcurrant kering atau kismis
* Tambahkan dalam campuran bahan kering.
1/2 cawan susu
1/4 cawan krim masam (Saya guna yoghurt je)
* Sebatikan dan tuang ke dalam adunan tepung. Kacau lebih kurang saja sampai terbentuk doh.Untuk adunan ni, boleh dapat 8 skon comel.
Susun dalam dulang pembakar.
1 biji telur
1 sudu makan susu
*Gaul rata dan sapukan di atas skon. Rehatkan 10 minit.
Panaskan dulu oven pada suhu 200•C. 15 minit.
Cara Membuat:
1.Ayak tepung dan baking powder. Gaul ramas dengan butter, gula perang dan garam.
2.Sampai dapat tekstur macam ni. Masukkan buahan kering. Gaul rata.
3.Ini susu campur yoghurt.
Ads
4.Tuang dalam campuran bahan kering.
5.Kacau manja-manja guna sudu je.
6.Ketepikan sudu. Gaul guna tangan sampai dapat bentuk doh. Geli? Alahai dah siap karang basuhlah tangan tu. Kalau melekit sangat, letak sikit tepung pada tapak tangan.
Ads
7.Gini rupa dohnya. Ya, tak cun licin. Jangan risau.
8.Potong doh tu ikut saiz yang kita suka. Kalau nak besar-besar, potong 4 je.
9.Lepas tu kita susun ikut jarak sosial. Janganlah sampai 1 meter. Bila nak siap membakornya.
10.Sapu dengan campuran telur dan susu. Kalau takmo letak susu boleh je. Ni untuk kasi nampak cun berkilat, tak pucat. Rehatkan selama 10 minit. Masa ni dah boleh panaskan dulu oven.
Ads
11.Suhu oven 200•C ya. Panaskan dulu oven selama 15 minit. Lepas tu baru bakar skon anggaran 10-15 minit.Ikut mood oven masing-masing.
Ha gini rupanya lepas siap dibakar.
Ini contoh, bukan wajib ikut. Nak makan skon nya gitu je pun boleh je. Nak cicah sambal tumis pun jadi. Tak ada salahnya.
Kita tayang sikit rupa isi dalam skon tu ya.
Kejadian untuk sarapan pagi tadi. Alah lebih kurang macam kat setabak je.
MW: Senang je kan nak buat scone ni. Gaul-gaul dalam mangkuk je tak perlu guna mixer.Mudah. Ikut langkah yang dikongsikan ini satu persatu, gerenti jadi. Scone ni sedap makan dengan cream dan jem strawberi, tapi nak makan begitu saja pun boleh.
Sumber:Norleen Mohid (Sumber: Best Scone Recipe from Allrecipes.com)
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Jika ada kulit cempedak di rumah tu jangan dibuang. Mak-mak boleh cuba buat Jeruk Kulit Cempedak atau Mandai ni. Mandai cukup popular dan merupakan hidangan tradisi bagi orang Banjar. Ia sedap dimakan dengan nasi panas.
“Siap untuk dijeruk..Mandai. Siapa sini pernah makan mandai..cuba angkat tangan sikit.Sapa suka makan mandai,kita geng”
1.Kulit cempedak/nangka bakal dijeruk.Isinya dah diasingkan, dibuang kulit luar yang berduri tu.Dah asing isinya, bahagian kulit dibuang kulit yang berduri tu.Basuh bersih-bersih.
2.Yang ni dah dijerukkan dengan garam kasar asam keping dan cili api. Biar seminggu atau lebih.Kalau kena cara simpannya bertahun tahan.Tahan lama boleh simpan bertahun yang dah jeruk.
3.Mandai yang dah dijeruk,boleh dimasak.Caranya, ambik mandai dibasuh bawah air mengalir, diperah airnya dan digoreng sampai garing.
4.Ikan bilis digoreng Tos Minyak.Potong cili api, bawang besar,bawang putih,tumis sampai garing kemudian masukkan mandai dan ikan bilis tadi. Gaul rata, tutup api dan angkat. Makan nasi panas-panas, sedap tak hinggat.
Panjaram, cucur Jawa atau kuih topi; Kuih sama tapi berbeza panggilan mengikut tempat. Sememangnya kuih ini digemari ramai, tak kira usia kerana keenakan rasanya yang tersendiri. Kuih ini dikira elok kejadiannya jika rangup di tepi, bertopi di tengah dan bersarang serta kenyal isinya.
Panjaram Pandan Untuk Kelainan
Mungkin anda sudah biasa makan Panjaram Gula Melaka. Tapi ini untuk sedikit kelainan, apa kata cuba resipi membuat Panjaram atau Cucur Jawa Pandan pula.
Resipi ini telah dikongsikan oleh Puan Hanny https://www.facebook.com/hanny.niera.9. Dia mula belajar membuat kuih ini selepas tinggal di Sabah. Kuih ini merupakan kuih orang Bajau di sana.
PENTING!
Untuk resipi ini, sila gunakan cup/cawan yang sama, untuk sukatan tepung dan cecair.
PANJARAM PANDAN
Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
¼ sudu garam
½ serbuk vanila atau 1 sudu teh esen vanila
Minyak untuk menggoreng
Bahan B (Air Pandan):
180 gram – 200 gram gula pasir
2 ½ cawan air pandan/air biasa
1 sudu teh garam
1 sudu besar pes pandan
**Satukan kesemua bahan dan didihkan. Biarkan suamkan.
Cara Memasak:
Masukkan tepung gandum, diikuti tepung beras. Gaul seketika. Masukkan sedikit garam dan serbuk vanila/esen vanila. Gaul.
Tuangkan air pandan ke dalam adunan tepung. Gaul hingga sebati hingga membentuk adunan.
Tapis adunan untuk mendapatkan tekstur halus. Tak perlu blend. Biarkan dan perap selama lapan jam di dalam peti sejuk.
Untuk menggoreng, gunakan kuali kecil. Tuang minyak ke dalam kuali dan biarkan minyak panas, menggunakan api yang perlahan. Selepas lima minit barulah tuang adunan panjaram ke dalam kuali menggunakan scoop (rujuk gambar). Tuang dan tarik tinggi scoop itu hingga abis adunan jatuh ke dalam kuali. Biarkan dan jangan kacau.
Bila nampak sarang terbentuk dan bertopi, boleh terbalikkan. Kacau-kacau sekejap dengan menggunakan chopstick kayu. Untuk angkat, cucuk di tengahnya, angkat dan tos minyak. Ulangi langkah hingga selesai.
Tip Tambahan:
Apabila dah perap. makin lama makin kental adunan tersebut. Boleh tambah lebihan bancuhan air gula pandan atau air suam sahaja sampai adunan cair pekat, bukan pekat sangat dan bukan cair sangat. Sebaliknya jika cair, boleh tambah sesudu ukuran sama banyak iaitu tepung beras : tepung gandum.
Jangan tuang air gula pandan panas dalam adunan tepung nanti tepung masak. Paling bagus suam-suam kuku baru tambah dalam tepung.
Minyak kena betul-betul panas baru dapat keriting ranggup piring panjaram.
‘White Chocolate Cornflakes’ SEDAP Hanya 3 Bahan, Ratakan Nipis Dalam Loyang Biarkan Keras! Meskipun hanya guna 3 bahan, namun dengan idea kreatif yang mudah membuatkan coklat putih cornflakes ini sangat sedap. Bukan apa, kadang kala ada bahan bakeri yang tak habis, bila diolah boleh menjadi lebih menarik untuk dinikmati.
Boleh cuba resipi kreatif mudah yang dikongsikan oleh Puan Zeeda Hasain ini.
Tempoh hari saya minta adik belikan sedikit white chocolatenak buat hiasan dekat kek. Tapi dia beli satu bar yang sangat besar . Tercari-cari resipi yang boleh habiskan white chocolate ni. Tadaa muncul pula satu resepi yang sangat mudah dekat reels.
Saya guna 3 bahan sahaja:
White Chocolate Bar/Coin
Satu sudu besar butter
Cornflakes (guna yang biasa, jangan guna honey terlampau manis nanti)
Mudah sangat caranya;
1. Cairkan white chocolate dengan butter. Boleh double boil atau masuk dalam microwave.
2. Campurkan cornflakes yang telah ditumbuk/kisar/ramas kasar.
3. Ratakan nipis dalam loyang dan biarkan keras seketika.
Saya rasa biar diluar sahaja pun dah ok. Kalau letak dalam peti nanti macam susah sikit nak potong cantik.
Sebenarnya saya buat untuk jamuan sekolah nephew saya, tapi sebab letak dalam peti ais, tak dapat nak potong terus pagi sebelum ke sekolah..keras .
Last-last beli cookies di 7-eleven bawa ke sekolah katanya.Tapi tak apa boleh makan-makan dirumah..dah berjaya potong lepas letak luar jap.. Menarik juga dibuat as juadah raya rasanya.
Ibu kepada mangsa tragedi pembunuhan pelajar Bandar Utama mendedahkan anaknya ditikam lebih 200 kali. Beliau menafikan dakwaan palsu dan menyeru agar kejadian tragis ini tidak berulang di sekolah lain.