Menyentuh tentang kehidupan peribadi, mungkin ramai yang tidak tahu kakak kepada pelakon Apreena Manrose iaitu Oktovia Manrose, 29, merupakan seorang ibu tunggal dan memiliki anak lelaki bernama Muhammad Rayyan Zafariel yang kini berusia lapan tahun.
Menurut Oktovia seperti mana dipetik menerusi Sinar Plus, dia tidak pernah menyembunyikan status dirinya kepada umum.
Cuma mungkin disebabkan dia jarang berkongsi perihal kehidupan peribadinya di laman sosial, ramai yang tidak tahu.
Kahwin Usia 20 Tahun
“Saya berkahwin pada tahun 2011, ketika usia 20 tahun, namun jodoh tidak panjang dan bercerai dua tahun kemudian.
Ads
“Saya tiada masalah dengan gelaran janda dan status ibu tunggal kerana itu lumrah kehidupan.
“Apa yang penting saya buat yang terbaik untuk anak kerana dia adalah amanah yang Allah berikan pada saya.
Ads
“Bukan senang membesarkan anak bersendirian, tetapi saya bersyukur dapat bertahan dan anak menjadi penguat semangat untuk saya meneruskan kehidupan,” luahnya bersedia membuka pintu hati andai bertemu lelaki yang menerima diri seadanya.
Mahu Ceburi Bidang Nyanyian Pula
Setelah berjaya menempatkan diri dalam dunia lakonan sebagaimana yang diharapkan oleh arwah ibunya, pelakon terkenal era 1980an, Rosnah Mohd Noor, Oktovia kini memberanikan untuk menceburi bidang nyanyian seperti bapanya, Iwan Syahman.
Bakal tampil dengan single sulungnya tidak lama lagi. Oktovia, mengharapkan agar percubaannya itu membuahkan hasil diharapkan.
Sumber Foto: Instagram Oktovia Manrose Sumber: https://sinarplus.sinarharian.com.my/ Bagi mendapatkan lebih banyak kisah menarik sila ke Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
“Jika nak kekayaan datang sendiri kerana Allah, bersihkan dulu niat sebelum buat apa-apa” luah Fazura. Benarlah apa yang diperkatakan selebriti popular yang kini bergelar usahawan.
Fazura yang punya pendapat sendiri tidak memilih jalan singkat untuk melariskan produk keluarannya. Respek dengan pendiriannya yang lebih mengutamakan keberkatan dalam apa jua yang dilakukan dan menetapkan niat baik supaya kerja dapat dilakukan dengan telus.
“Jika Nak Kekayaan Datang Sendiri Kerana Allah”
Pemilik nama sebenar Nur Fazura Sharifuddin yang juga ibu kepada seorang cahaya mata ini, percaya dengan rezeki yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.
“Rezeki Allah sentiasa ada untuk kita.
“Alhamdulillah, saya tidak pernah buat gimik untuk lariskan produk.
“Bagaimanapun ditakdirkan ada rezeki yang hadir, saya bersyukur sebab tidak perlu buat perkara-perkara merapu.
Pastikan Niat Kita Betul
“Malah saya percaya sebelum berbuat sesuatu, pastikan dulu niat kita betul supaya kerja dapat dilakukan dengan telus.
“Kalau buat untuk viral, popular atau kerana mahu bersaing dengan jenama lain dengan niat kurang baik, kita pasti akan menemui kegagalan.
“Jika nak kekayaan datang sendiri kerana Allah, bersihkan dulu niat sebelum buat apa-apa, insyaAllah akan dipermudahkan,” ungkap Fazura seperti mana dipetik menerusi Sinar Plus.
Isteri kepada pelakon Fattah Amin dan ibu kepada Nur Fatima Aisya ini juga begitu teruja dapat bekerjasama mengeluarkan jenama telekung bersama pakar mata dan motivasi, Prof Muhaya Mohamad.
Koleksi Fazura x Muhayya menampilkan dua koleksi, Rindu Ramadan dan Sayang Syawal.
Sejak berhijab Fazura akui dirinya teruja untuk kembali berlakon namun meletakkan syarat tertentu sebelum menerima sesuatu tawaran.
“Saya nak lakonkan sesuatu naskhah yang membawa manfaat.
“Jika dipermudahkan dan Allah izinkan, lepas Aidilfitri nanti, saya akan berlakon sebuah drama bersiri. Inilah hadiah untuk semua yang rindukan lakonan saya,” akhiri Fazura.
Warganet Puji, Cantiknya Bertudung & Baju Labuh
Sememangnya Fazura cukup jelita, walaupun sudah berhijab namun Fazura tetap anggun bergaya.
Hari ini anak sulung personaliti TV, Irma Hasmie Binti Ibrahim dan suaminya, Redza Syah Azmeer Radzuan genap 5 tahun. Rupanya sejak usia 2 bulan, Irma Hasmie dah bisikkan doa yang baik-baik, yang manis-manis untuk anak lelakinya itu, Redza Syah Irfhan.
Dalam perkongsiannya ini, Irma maklumkan yang dia dah simpan lama video doa anaknya itu. “Waktu ini Irfhan usianya baru 2 bulan. Moga Allah mendengar dan makbulkan doa buat anak-anakku.”
Dan video itu sudah disampan lama dekat lima tahun, Irma kongsi semula. “Subhanalllah… Hari ini usia Redza Syah Irfhan genap 5 tahun. Syulkur Alhamdulillah, terima kasih atas anugerah ini Ya Allah.”
Akui Irma lagi memang sejak dari awal dia mahu anak kecilnya itu belajar surah Al-Ikhlas. “Surah Al-Ikhlas pula antara surah terawal yang Irfhan belajar.
“Surah ini banyak fadhilat dan khasiatnya. Saya memang minta Irfhan amalkan selalu.” Terang Irma yang juga mempunyai seorang lagi anak perempuan bernama Irma Nur Naylie, 4 tahun.
Ini Fadhilat Surah Al-Ikhlas
SurahAl-Ikhlaṣ (الإخلاص) bererti Keikhlasan atau ‘Yang Ikhlas’ adalah surah at-Tauḥīd (التوحيد) (Monoteisme) yang merupakan Penyataan Ringkas Tauhid, Perisytiharan Kesempurnaan Allah SWT serta Ketulusan Agama.
Malah surah Ikhlas meringkaskan dalam empat ayat tentang ketuhanan dan keesaan Allah SWT. .
Surah Al-Ikhlaṣ terdiri daripada 4 ayat adalah surah ke-112 dalam Al-Quran. Al-Ikhlas bererti ‘Kesucian’ atau ‘Penulenan’ yang bermaksud untuk kekal suci dan setia atau keadaan membersihkan jiwa seseorang dari kepercayaan bukan-Islam, seperti paganisme, animisme dan kemusyrikan.
Ini adalah satu-satunya surah dalam Al-Quran yang namanya tidak terdapat atau tidak mempunyai hubungan linguistik terhadap surah itu sendiri. .
Ia juga dikenali sebagai Surah Pelindung. Surah ini adalah sebuah surah Makkiyah yang mengesahkan mengenai Bilal yang ketika diseksa oleh tuannya yang kejam, dia berulang kali mengatakan “Ahad! Ahad!” (Tunggal, merujuk kepada Allah SWT).
Mak-mak dah fahamkan kebaikan surah Al-Ikhlas ini, marilah kita dekatkan anak-anak dengan bacaan dan penghayatannya. Moga keluarga kita akan sentiasa dalam lindungan rahmat Allah.
MW ucapkan selamat hari lahir buat Redza Syah Irfhan menjadi anak yang soleh dan menjaga ibu dan ayahnya.
Dengar Doa Yang Irma Hasmie Bisikkan Di Telinga Anak
Sebutkan, apa saja jenis cacian, hinaan orang yang tidak pernah diterima gadis istimewa bernama Hikmah Razlan ini. Membesar tanpa sebelah mata, membuatkan masyarakat memandangnya dengan pandangan malah persepsi yang berbeza.
Tentunya ada yang negatif, malah sebenarnya ramai yang positif dan memberi kata-kata kekuatan buat gadis manis yang masih dalam pengajian di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Pahang Kampus Jengka ini.
Biar pun apa kata orang, pemilik nama sebenar, Siti Nurhikmah Binti Razlan, 22 ini tetap merasakan dirinya gadis yang bertuah.
“Alhamdulillah, sebab umi abah tak pernah membezakan kasih sayang dekat I dengan adik.” Kongsinya di laman instagramnya.
Katanya, dia punyai umi yang tegas untuk membuatkan dirinya menjadi anak yang tak mudah menangis bila dikeji apatah lagi diejek.
“I ada abah yang selalu ajar I untuk I yakin ke depan. I ada adik yang selalu jaga I.”
Tip Abaikan Aura Negatif Dari Orang Sekeliling Kita
Saban waktu, inilah soalan yang kerap diajukan kepadanya. Macam mana nak jadi yakin.. macam mana nak abaikan semua aura negatif yang datang.
“Firstly, for me.. semua orang pernah buat silap. Tak kiralah you macam mana sekalipun. I bukan manusia yang sentiasa tuhan bagi nikmat seronok.
To be honest, I pernah rasa semua yang manusia lain rasa. Rasa sedih, rasa kecewa, pernah rasa dicaci, rasa seronok semua.
Untuk I, ada satu masa I pernah rasa sedih, kecewa dan I salahkan orang yang buat I tu. Tapi itulah I terus twist semua menda yang jadi tu sebagai pengajaran dan hikmat. I twist apa yang negatif, I dapat jadikan positif. Lama-lama I jadi seronok.”
Sememangnya, Hikmah ini gadis yang cukup kental. Biarpun ada yang membuatkan hatinya sedih, dia tidak menyimpan dendam atau benci. Segalanya di akhiri dengan perkara-perkara yang menggembirakan hati.
“If sapa-sapa buat you sedih, jangan benci dia sebab percayalah one day dia yang akan buat you happy end of the day. Sampai sekarang, I teringin sangat nak berterima kasih dekat sapa yang buat I sedih sebab dia yang buat I jadi budak yang kuat sekarang.”
Mulut Orang Takkan Berhenti Bercakap.. Menilai Orang
“For me, semua orang ada yakin dalam diri! You yang kena cari yakin tu dalam diri you. Buatlah apa yang you suka as long tak langgar hukum hakam and peraturan negara.
Abaikan semua yang orang akan cakap dekat you, jangan takut.. kena berani.
Dulu, I selalu fikir takut untuk ke depan sebab I tak nak sedih bila orang cakap bukan-bukan dekat I. Tapi lama-lama I rasa rugi. Mulut orang takkan berhenti bercakap, dia takkan berhenti menilai orang.”
If you nak sedih, yes sure.. boleh. Tapi jangan sedih lama-lama. You happykanlah orang lain dan automatik I yakin you akan happy jugak. It’s really work for me, alhamdulillah.
Semoga bermanfaat and stay positif okay untuk you sentiasa happy!” Pesan Hikmah tulus.
Solekan ‘Natural’ Untuk Seraut Wajah Cantik
Dalam pada meniti kehidupan penuh liku, Hikmah rupanya sudah dilamar menjalani photoshoot untuk produk kecantikan malah wajahnya disolek cantik oleh jurusolek selebriti, ynasakinah.
Cantik hasilnya, terserlah wajah cantik Hikmah yang natural beauty tu.
Nama Hikmah itu sendiri pun dah sedap untuk dipanggil. Sesuai dengan kemanisan dan baik budinya gadis ini, rupanya dalam ujian hebat yang dilalui, tuhan berikan rezeki berganda buat gadis ini.
“Tuhanku, . panjangkanlah umur mereka untuk mereka dapat membimbingku sampai aku berjaya menjadi anak yang terbaik buat mereka berdua.
murahkan rezeki mereka rezeki keluarga kami untuk kami bahagia di dunia dan akhirat.
Permudahkan segala langkahku, jangan engkau mempersulitkan apa yang aku sedang usahakan untuk mereka tersenyum bangga melihat kejayaanku pada suatu hari nanti.
Ibu dan ayah Hikmah.
Berikanlah mereka berada di syurgamu dengan apa yang mereka telah usahakan untukku. Rindu.”
MW : Mendoakan semoga Hikmah terus sukses dalam pengajiannya dan kehidupannya kelak.
Nur Izati Mohd Hairi reda dengan pemergian anaknya, seorang murid autisme lemas ketika aktiviti air di Kompleks Sukan Desa Tasik. Beliau tidak menyalahkan cikgu-cikgu dan menerima takdir dengan tabah.