“Saya Namakan Sempena Nama Anak,” Penyanyi Black Bina Sendiri Villa Di Langkawi!. Memang rezeki apabila dapat menambah aset dalam bidang hartanah sebagai satu pelaburan dan jaminan untuk jangka panjang. Apatah lagi untuk kesenangan anak-anak dan isteri tersayang.
Bina Villa Impian Dalam Masa 3 Bulan
Penyanyi Black Hanifah mengakui, usaha dan penat lelah selama tiga bulan berbaloi apabila villa impiannya di Pulau Langkawi, Kedah berjaya disiapkan sepenuhnya dalam masa ditetapkan.
Black berkata, villa yang dinamakan Rindu D’Villa Langkawi itu mengambil masa kira-kira tiga bulan pembinaan, selepas tercetusnya idea sejak Oktober lalu, ketika negara sedang melalui fasa peralihan ke endemik.
Katanya, dia terlebih dahulu mengumpul maklumat, membuat kajian dan meneroka harga pasaran sebagai persiapan rapi memulakan projek terbabit, termasuk pembaharuan ditampilkan.
Bina Sendiri Villa Dibantu 4 Tukang
Menariknya, villa yang terletak di Kampung Bukit Lembu, Kedawang itu dibinanya sendiri, dibantu empat tukang yang dibawanya dari Kuala Lumpur.
“Idea tercetus tahun lalu selepas kita memasuki fasa peralihan ke endemik. Saya memang ada perniagaan rumah sewa di sini (Langkawi), jadi terfikir pula hendak menambah aset dan mengembangkan lagi pendapatan.
“Itu yang timbul idea untuk bina villa pula, tetapi boleh diinap oleh pelancong yang berkunjung ke sini.
“Tidak membuang masa, sekitar Oktober lalu, kerja pembinaan dimulakan dan saya bawa sendiri tukang rumah seramai empat orang ke Langkawi.
“Saya bina villa ini bersama mereka, berulang-alik dari Kuala Lumpur memandu sendiri kereta membawa barang binaan. Apa yang boleh dikatakan, saya puas dengan hasilnya hari ini,” kata Black yang kini berada di pulau peranginan tersebut bersama keluarganya.
Konsep Lantai Villa ‘Glow In The Dark’
Black atau nama sebenarnya, Hanifah Muhammad Hanafiah, 36, berkata, dia juga teruja kerana villa tersebut merupakan yang pertama di Asia berkonsepkan lantai ‘glow in the dark’.
“Konsep lantai ‘glow in the dark’ itu dicadangkan seorang rakan pembekal barangan. Dia boleh sahkan villa saya yang pertama menggunakan konsep itu di Asia kerana barangan berkenaan memang miliknya.
“Alhamdulillah, Rindu D’Villa sudah bersedia untuk menerima kunjungan tetamu dan tempahan sudah mula dibuka untuk bulan Mac ini,” katanya.
Mengulas mengenai harga yang dikenakan, Black memberi jaminan ia akan mengikut harga pasaran semasa pulau peranginan tersebut.
“Insya-Allah, harga mampu inap dan ikut pasaran di sini (Langkawi). Apa yang menjadi keutamaan saya ialah keselesaan pengunjung kami nanti.
“Villa ini ada empat bilik tidur yang dilengkapi dengan bilik air, ruang tamu, dapur dan kolam mandi peribadi serta boleh memuatkan sehingga 10 tetamu,” katanya.
Kumpul Aset, Jaminan Jangka Panjang
Menurut Black, dia juga terlintas untuk menambah villa di sekitar lokasi tersebut pada masa hadapan.
Baginya, ia pelaburan yang sangat penting dimulakan sekarang untuk kesenangan pada masa hadapan.
Ads
“Punca pendapatan utama saya masih lagi menyanyi dan syukur terus relevan sehingga kini. Bagaimanapun, saya terfikir sekarang kena siap sedia kumpul aset untuk jaminan jangka masa panjang.
“Villa itu saya namakan sempena nama anak. Saya bercita-cita selepas ini akan bina projek perhotelan pula di Langkawi,” ujar ayah kepada Khaleef Dayyan dan Rindu Dayyana ini.
Dalam pada itu, Black berkata, projek yang dirancang juga sebagai jaminan masa panjang buat keluarganya.
“Saya sedang mengumpul aset untuk anak-anak dan isteri. Semuanya demi masa depan kami anak-beranak.
“Saya pilih Langkawi kerana lokasi ini memang akan sentiasa menjadi tarikan pelancong dan pilihan tepat untuk bercuti,” katanya.
Tempat terhad dan yuran RM100 sajerrrr.
Apa anda dapat jika jadi vendor?
* Ruang berniaga dan mempromosi bisnes di Fiesta Homebakers MW X CSR
• Link IG atau FB akan disenaraikan dalam artikel portal Mingguan Wanita
• Peluang memenangi produk CSR sebagai vendor paling aktif mempromosi
• Peluang memenangi produk CSR sebagai booth vendor paling cantik & kreatif
• Peluang memenangi produk CSR sebagai vendor paling pantas habiskan 200 biskut
sampel
• Sijil penghargaan penyertaan
• Diberi keutamaan untuk mengikuti siri fiesta yang lain.
• Apron dan topi chef eksklusif CSR
• Goodie bag dari CSR
Berbaloi-baloi. Dengan yuran RM100, anda menerima
ROI penyertaan sebagai vendor bernilai RM3,000!
#fiestahomebakersmingguanwanitacsr #himpunanakakakakbakers #ushaushabiskutraya #biskutraya2023
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Demi mencapai impian memiliki tubuh idaman, ada yang sanggup melakukan apa sahaja. Termasuklah rela berhabis duit, menanggung kesakitan melakukan pembedahan plastik.
Seorang guru wanita di England sanggup berhabis lebih £50,000 (RM264,773) untuk melakukan pembedahan kosmetik agar rupa fizikalnya menyerupai idolanya, Kim Kardashian, lapor akhbar Mirror UK, semalam.
Gambar asal sebelum melakukan pembedahan plastik.Selepas menjalani pembedahan plastik menyerupai ‘Kim Kardashian’
Puas Hati Transformasi Tubuh
Wanita berketurunan Korea Selatan, Cherri Lee berkata, dia sangat berpuas hati dengan transformasi tubuh badannya selepas pembedahan membesarkan punggung, payu dara dan mengubah raut wajah.
“Kim ialah manusia paling cantik di dunia dan saya sangat mahu kelihatan serupa dengannya.
“Dia ialah inspirasi dan motivasi untuk saya menjalani pembedahan kosmetik agar tampil lebih jelita,” kataCherri.
Tambah Cherri, pembedahan itu sangat berkesan sehingga ahli keluarganya sendiri sukar mengecam dirinya dengan wajah baharu.
Kim Kardashian
15 Kali Pembedahan Plastik
Dalam tempoh lapan tahun, Cherri telah menjalani sekitar 15 pembedahan plastik bagi mencapai impian bergelar ‘kembar’ Kim Kardashian.
“Saya bangga dengan apa yang saya lakukan dan satu-satunya sesalan saya adalah tidak melakukan dengan lebih awal.
“Meskipun ramai yang menyangka saya pelacur apabila keluar bersiar-siar, saya tidak benarkan ia mengganggu fikiran,” tegasnya.
Kubur Zara Qairina akan digali semula untuk bedah siasat ikut peruntukan undang-undang. Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memulakan proses menggali semula kubur pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir, dalam masa terdekat bagi tujuan bedah siasat. Tindakan ini dibuat mengikut peruntukan Seksyen 331 dan Seksyen 335 Kanun Tatacara Jenayah.
Kubur Zara Qairina Akan Digali Semula Untuk Bedah Siasat Ikut Peruntukan Undang-undang
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk M Kumar, memaklumkan langkah tersebut diambil selepas Jabatan Peguam Negara (AGC) meneliti serta menilai laporan siasatan kes berkenaan. Penilaian itu mendapati prosedur ini penting untuk mendapatkan maklumat serta bukti tambahan bagi melengkapkan siasatan.
“Aturan bagi proses menggali semula kubur dan bedah siasat jenazah akan dilakukan segera berpandukan Seksyen 331 dan Seksyen 335 Kanun Tatacara Jenayah.
“Prosedur ini adalah langkah penting untuk memastikan semua bukti dapat dikumpulkan secara menyeluruh,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Beliau menegaskan, PDRM kekal komited menegakkan keadilan dan menjalankan siasatan berdasarkan undang-undang, berpandukan fakta serta keterangan yang dikumpulkan.
“Siasatan sedang dijalankan secara menyeluruh dan kertas siasatan akan dirujuk semula kepada AGC dalam tempoh terdekat,” ujarnya.
Sebelum ini, AGC turut mengesahkan keperluan menggali semula kubur remaja berusia 13 tahun itu bagi membolehkan bedah siasat dijalankan. Keputusan tersebut dibuat selepas laporan siasatan awal PDRM dikaji sepenuhnya oleh jabatan berkenaan.
Media sebelum ini melaporkan, keluarga mangsa membuat laporan polis tambahan pada 30 Julai di Balai Polis Sipitang, termasuk permohonan agar kubur Zara Qairina digali semula bagi membolehkan inkues diadakan. Ia berikutan tiada bedah siasat dilakukan selepas beliau disahkan meninggal dunia pada 17 Julai lalu, kata peguam keluarga, Hamid Ismail dan Shahlan Jufri.
Pada 6 Ogos lalu, AGC mengembalikan laporan siasatan awal kepada polis bagi melengkapkan siasatan kes kematian pelajar itu.
Zara Qairina dilaporkan terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama sebuah sekolah agama di Papar pada 16 Julai sebelum meninggal dunia sehari kemudian di Hospital Queen Elizabeth I (HQEI).
Sesungguhnya, ajal dan maut di tangan tuhan. Seorang warga emas wanita tidak sedarkan diri selepas mencelup jari dalam dakwat dan menunaikan tanggungjawab mengundi di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Rokan, Gemencheh, di sini, sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira jam 10.30 pagi tadi.
Paras Oksigen Menurun
Difahamkan, mangsa yang berusia 83 tahun itu sempat dirawat, namun paras oksigennya menurun ketika di bawa ke Klinik Kesihatan (KK) Gemencheh.
Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Anuwal Ab Wahab, berkata kira-kira jam lebih 11 pagi tadi, polis menerima maklumat daripada Pembantu Kesihatan di KK Gemencheh memaklumkan seorang wanita disahkan meninggal dunia di klinik itu.
“Siasatan awal mendapati wanita hadir ke SK Rokan untuk mengundi bersama ahli keluarga. Ketika di saluran satu selepas mencelup jari dalam dakwat, si mati tiba-tiba terjatuh dan tidak sedarkan diri,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Kes Mati Mengejut
Beliau berkata, wanita itu kemudiannya dibawa ahli keluarga ke KK Gemencheh.
“Si mati sedar namun paras oksigen semakin menurun. Bantuan pernafasan (CPR) dilakukan Pembantu Pegawai Perubatan namun tidak berjaya.
“Sebelum kejadian, wanita yang berumur 83 tahun itu dikatakan sering mengadu sakit kaki kepada ahli keluarga sejak pulang mengerjakan umrah.
“Ketika sampai di tempat mengundi, si mati dikatakan berjalan kaki dari kereta ke saluran satu. Rekod perubatan mengesahkan wanita ini adalah pesakit darah tinggi,” katanya.
Ibu bapa mentua kepada personaliti media sosial Prince Syed ditahan polis selepas insiden serangan di Klang. Pempengaruh itu tampil menjelaskan isu pembedahan bariatrik isterinya, Fatin Syazwani.