Sejak Jumaat lalu, panas ruangan media sosial dengan konstroversi pelakon baru, Alya Iman atau nama sebenarnya Nur Alya Iman Azmil, 19 yang didakwa menjadi perosak rumah tangga.
Kontroversi Alya semakin panas apabila, isteri kepada seorang ahli perniagaan, Penny Salman berkongsi di instagram miliknya mendakwa yang suaminya mempunyai hubungan sejak setahun lalu dengan pelakon yang juga model muslimah ini.
Bagaimana pun, Alya tampil memberi kenyataan yang dirinya sudah bertunang dengan ahli perniagaan berkenaan pada 27 Februari lalu. Dan hubungannya berakhir pada Mac lalu, apabila pertunangannya itu tak mendapat persetujuan isteri ahli perniagaan berkenaan.
Ads
Bagaimanapun, Penny mendakwa yang Alya masih lagi berhubungan dengan suaminya. “Dah putus tunang bulan Mac. Hari raya kedua, bersama suami saya lagi.” Terang isteri ahli perniagaan berusia 30 tahun ini di instagram story dan turut berkongsi gambar Alya yang bergambar disamping suaminya.
Paparan insta story Penny Salman.
Saya Masih Muda Dan Naif – Alya Iman
Susulan pendedahan itu, instagram Alya diserang pengguna laman sosial yang mengikuti cerita kontroversi anak pelakon Allahyarham Azmil Mustapha ini.
Ads
Menerusi instagram story, Alya menulis permohonan maaf, “Saya masih muda dan naif. Saya minta maaf pada siapa yang terluka.”
Akuinya, kecaman dan fitnah yang dilemparkan ke atas itu akan lebih mematangkan dirinya.
“Saya terima semua nasihat, kecaman, sindiran dan fitnah sebagai sesuatu yang mematangkan saya. Dan saya akui pernah melakukan kesilapan di masa lalu, tapi saya yakin Allah Maha Adil dan Maha Berkuasa. Saya berdoa dan berusaha agar kehidupan saya menjadi kehidupan yang diberkati dan diredai Allah.”
Malah, Alya turut menjelaskan yang dis sudah pun memulangkan semua hadiah yang diberikan kepadanya.
Berdasarkan peningkatan kes Covid-19, kita semua diwajibkan untuk memakai pelitup muka di tempat sesak, di dalam pengangkutan awam bermula 1 Ogos ini.
Oleh hal yang demikian, mak, ayah sebelum keluar rumah selain pastikan segala keperluan anak-anak mencukupi, pastikan facemask atau pelitup muka wajib dibawa bersama.
Mulai 1 Ogos ini, pelitup muka wajib dipakai dalam pengangkutan awam dan di kawasan sesak atau tumpuan umum.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yakub, berkata langkah itu diambil berikutan penambahan kluster-kluster jangkitan COVID19 baharu yang dikenal pasti, selain atas nasihat Kementerian Kesihatan.
Orang ramai boleh didenda RM1,000 di bawah Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988) sekiranya gagal mematuhi peraturan terbaharu itu.
“Keputusan ini dibuat semasa Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya pada sidang media perkembangan PKP Pemulihan (PKPP) di bangunan Parlimen di sini, hari ini.
Ismail Sabri berkata, pemakaian pelitup muka itu diwajibkan di kawasan tumpuan ramai dan sesak seperti pasar, pasar tani dan pasar raya serta stesen pengangkutan awam seperti LRT, MRT serta bas.
“Dengan arahan terbaru itu, orang ramai juga boleh memakai topeng muka yang dijahit sendiri tetapi perlu mematuhi spesifikasi yang ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
“Kementerian Kesihatan akan mengeluarkan spesifikasi untuk topeng muka buatan sendiri itu di media massa dan sosial,” katanya.
Ismail Sabri juga menjelaskan walaupun pemakaian pelitup muka itu berkuat kuasa 1 Ogos depan, orang ramai digalakkan untuk melaksanakan peraturan itu mulai sekarang.
Katanya, sebelum ini kerajaan tidak mewajibkan pemakaian pelitup muka kerana mengambil kira golongan kurang berkemampuan.
“Ini kerana pemakaian pelitup muka adalah pakai buang yang sebaiknya digunakan untuk setiap keping bagi tempoh tiga jam atau sekurang-kurangnya sehari.
“Kini, WHO benarkan pemakaian pelitup muka yang dijahit sendiri.
“Maka kerajaan memutuskan mewajibkan pemakaiannya di kawasan tumpuan awam dan dalam pengangkutan awam sama ada di darat, udara dan laut,” katanya.
MW: Tidak kiralah apa jenis pelitup muka yang mak,ayah ada di rumah, pastikan setiap kali keluar rumah mak,ayah sekeluarga mengenakan pelitup muka di kawasan yang sesak dan juga pengangkutan awam. Jika tak mahu didendam pakailah pelitup muka ya.
Selepas melalui episod paling mendebarkan, hari ini bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta oleh Mahkamah Tinggi.
Hukuman ini dijatuhkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali selepas didapati bersalah terhadap tujuh pertuduhan membabitkan perbuatan pecah amanah, rasuah dan salah guna kuasa membabitkan wang RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd,.
Beliau didakwa dengan 3 pertuduhan pecah amanah, satu tuduhan salah guna kuasa dan 3 dakwaan penggubahan wang, selepas kerajaan Barisan Nasional tewas dalam pilihan raya umum 2018.
Mahkamah Tinggi memerintahkan bekas perdana menteri ini dipenjarakan 10 tahun, masing-masing bagi tiga tuduhan pecah amanah wang RM42 juta, penjara 12 tahun penjara dan denda RM210 juta (jika gagal bayar, lima tahun penjara) bagi tuduhan menyalahgunakan kedudukan.
Manakala tuduhan pengubahan wang haram pula, hakim menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun bagi setiap pertuduhan.
Sejumlah 72 tahun hukuman penjara bagi kesemua sebutan pertuduhan. Namun, hakim memerintahkan hukuman penjara berjalan serentak, yang bermakna Najib hanya perlu dipenjarakan selama 12 tahun.
Ahli Parlimen Pekan ini juga dikecualikan dari hukuman sebat kerana umurnya.
Najib menjadi Perdana Menteri keenam dari 2009 hingga 2018, malah menjadi ketua negara pertama di Malaysia yang diheret ke mahkamah, dibicarakan dan disabit bersalah atas pertuduhan jenayah susulan tindakannya ketika memegang jawatan itu.
Boleh je kalau nak berangan. Bahkan rasanya semua orang ada angan-angan yang mereka idamkan dalam hidup. Kalau boleh lalui hidup secara mudah dan bahagia.
Yang selalu menjadi masalah, anda terlalu hendakkan macam-macam dalam hidup, hingga yang mustahil pun tertanam jauh ke dalam hati. Misalnya, anda hendak menjadi kaya tetapi langsung tiada minda usahawan apalagi hendak berusaha. Itu hanya akan berlegar sebagai angan-angan.
Berangan itu tidak salah kerana ia salah satu aktiviti minda manusia, tetapi seandainya terlalu berangan-angan sedang tiada sebarang usaha yang diandalkan, ia bolehlah dianggap sia-sia dan juga membuang masa. Apabila tersentak didapati usianya sudah semakin tua sedang tiada langsung pencapaian yang boleh dibanggakan.
Samalah, mustahil akan dikahwini jutawan sedangkan jutawan itu tidak pernah mengenali anda. Bagaimana beliau hendak mengenali anda seandainya beliau langsung tidak melihat anda? Bagaimana beliau hendak melihat anda kalau anda pun langsung tidak berusaha menampakkan diri di hadapan beliau?
Memang ada orang yang terlalu menyimpan angan-angan terlampau tinggi di awan, hujungnya stres sendiri sebab angan-angan itu mustahil menjadi kenyataan.
Sebenarnya kita semua harus mengenali apa yang dinamakan rezeki. Biar sesuatu itu kelihatan tidak seperti apa yang diharap-harapkan, mungkin ia sedikit memberi cacat dalam kehidupan, ia tetap rezeki. Rezeki dalam erti katanya yang luas tidak hanya bermaksud untung sahaja, bahkan yang sebaliknya juga adalah rezeki.
Bak kata Hamka, “Rezeki itu bukan bermakna kau dapat apa yang kau nak, tapi bila kau terima apa yang Tuhan beri. Kau belajar tentang sirah, tahu Mariam tak berkahwin tapi dapat anak, itu rezeki. Kau tengok pula sirah Aishah, kahwin tapi tak dapat anak, itu pula rezeki dia. Allah hantar Nabi Nuh AS untuk menyelamatkan kaumnya tapi anak isterinya sendiri derhaka dan enggan terima dakwah baginda.
Pelajari sesuatu dari kisah-kisah seperti itu. Sungguh, rezeki masing-masing tidak sama. Semua ada pro dan kontranya. Orang yang ada suami, ada isteri, ada anak bermakna ada tanggungjawab juga, mudah dapat pahala tapi mudah juga mendapat dosa.
Yang tak bertemu jodoh, yang tak dikurniai zuriat pun satu rezeki juga, iaitu rezeki terlepas dari tanggungjawab dan risiko terpaksa menjawab di hadapan ALLAH nanti.
Jadi, sebelum kau terus mengeluh tentang itu ini, kena faham dulu konsep rezeki. Ada tak semestinya untung, tak ada tak semestinya rugi. Kau dapat apa kau nak, tak semestinya kau boleh terus bergembira. Kau tak dapat apa kau nak, tak semestinya kau tak boleh bahagia.
Takdir Allah itu misteri, entah-entah air mata reda yang kau titiskan dalam mengharung kecewa itulah yang menghanyutkan anda ke syurga.
Jadi ingatlah, rezeki itu bukan bermakna kau dapat apa yang kau nak tapi bila kau terima apa yang Tuhan beri. Kau akan bahagia kalau kau terima. Di samping kau berusaha, tawakal dan redalah dengan apa yang ada.
Jika kita memahami hakikat begini, mudahlah hidup dan berbahagialah kerana tiada apa yang hendak dirunsingkan; ada kita ucapkan syukur jika tiada kita bersabar. Jika mahukan sesuatu kita panjatkan dengan usaha tetapi jika tetap gagal kita tahu itu juga adalah rezeki. Sesuatu yang nampaknya untung tidak semestinya begitu selamanya. Ada kalanya yang kelihatan untung hari ini adalah petaka pada hari muka.
Lihat sahaja berapa ramai orang yang memiliki kereta mewah tetapi di dalam kereta mewah itulah ajal mereka sampai. Begitu juga orang yang tinggal dalam rumah yang besar serba cukup tetapi di dalam rumah itulah mereka rentung oleh kebakaran. Sedang ada orang yang hanya memiliki motosikal buruk tetapi oleh motosikal itulah dia mencari rezeki tanpa menghadapi apa-apa masalah pun. Meskipun tinggal dalam rumah hampir rebah di situlah terbentuk sebuah keluarga bahagia.
Hidup ini menjadi begitu indah andainya kita mengizinkan diri kita menjadi hamba yang sebenar-benarnya memahami kuasa Allah dalam menentukan segala-galanya. Apabila kita yakin Allah sentiasa bersama orang yang sabar dan syukur, kita akan berusaha menjadi manusia yang lunak untuk menerima apa-apa juga halangan yang mendatang dengan menyantuninya, seadanya.
Berbeza jika bersikap terlalu rakus, bukan sahaja otak sakit, badan pun penat, wajah pula cepat kerepot dan fizikal mudah terdedah pada penyakit.
Meninggal dunia ketika berpantang, kisah ini sangat mencuit emosi orang ramai apabila pergi secara tiba-tiba. Malahan tiada siapa menyangka perkongsian seorang ibu muda mengenai mimpi-mimpi pelik yang dialaminya ketika hamil rupa-rupanya menjadi kenangan terakhir.