Sebak sekali perkongsian pelawak Ali Puteh ini. Akuinya tak mudah untuk mencari rezeki dalam keadaan anak, Sharifah Nur Ainul Mardhiah diuji sakit komplikasi paru-paru selepas lalui 12 jam pembedahan.
Semoga ada hidayah dari Allah…Ainul Mardhiah kuat!!!!! Terus kuat!!!!
Ainul Sudah Membuang Air Kecil
Terdahulu, anak keduanya yang berusia tiga bulan ini, Sharifah Nur Ainul Mardhiah disahkan menghidap jantung terbalik dan jantung berlubang.
Ads
Terbaru dikongsi Ali, anaknya sudah membuang air kecil sendiri dan menunjukkan tanda-tanda positif. Walau bagaimana pun, Ainul masih lagi bergantung pada mesin bantuan pernafasan.
Ketika ini, Ali juga sibuk dengan pertandingan Maharaja Lawak Mega 2019. Itulah punca rezekinya untuk menampung kehidupan keluarganya yang sedang diuji ketika ini.
Ads
Demi Adik Ainul Mardhiah, Saya Kena Kuat
Kongsinya,
“Saya kena kuat! Demi mencari rezeki untuk adik Ainul.. saya kena kuat! Doakan buat saya dapat buat anda terhibur di Maharaja Lawak Mega Jumaat ni.”
Ads
“Walaupun dalam keadaan yang amat-amat perit.. demi adik.. Walid kena buat.”
Sebagaimana dilaporkan Harian Metro, keadaan Ainul masih lagi kritikal.
MW : Doa untuk Ainul semoga terus kuat dan membesar dengan sihat.
Apa dah jadi dengan dunia sekarang. Hilang sudah kah sifat sabar hingga gagal mengawal amarah. Berita guru hamil ditikam suami ini bagaikan manusia sudah hilang perikemanusiaannya sesama insan.
Sekitar jam 9.50 pagi, seorang guru yang sedang hamil 37 minggu terpaksa memandu sendiri kenderaannya dalam keadaan luka berdarah. Selepas ditikam di beberapa bahagian badan oleh suaminya ke Hospital Putrajaya.
Sepanjang perjalanan dari rumahnya di Presint 9 Putrajaya dengan menahan sakit dan pendarahan akibat luka hirisan di jari kiri, lengan kanan, dua kesan hirisan di perut dan luka di belakang kanan badan.
Ketika itulah juga mangsa ini mengadu mengalami sakit di bahagian perut. Dia bimbangkan kandungannya, lalu dirujukkan ke Jabatan Obstetric dan Ginekologi serta Ortopedik untuk rawatan lanjut.
Syukurlah, keadaan mangsa dan bayinya stabil. Malah bayi lelaki yang dilahirkan itu juga tak mengalami kecederaan.
Suami mangsa yang berusia 39 tahun merupakan seorang jurutera. Dan sudahpun ditahan di kediamannya Jumaat lalu. Malah polis turut merampas barang kes iaitu pisau yang dipercayai digunakan untuk mencederakan mangsa.
Kata Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hassan, suspek yang tidak mempunyai rekod jenayah akan direman sehingga Jumaat ini untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.
MW : ‘Api marah’ itu sememangnya bahaya bila sudah merebak ke dasar hati.
Sumber/Foto : Harian Metro
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Wanita ini, Najihah Baharudin ikuti trip jalan-jalan ke Korea selama 8 hari dari 19 hingga 26 Januari lalu. Bajet perjalanannya cuma sekitar RM1400. Dengan tambahan duit makan dan lain-lain keperluan yang tak sampai RM2000.
Boleh semak cara Najihah merancang bajet perjalanan ke Korea. Haa.. ini yang beliau kongsikan. Semoga jadi panduan untuk semua. Boleh simpan siap-siap.. cuti sekolah ini bolehlah bawa famili gi melancong.
Sampai Incheon Airport
Topup T Money dalam RM200-150
T Money korang boleh dapat FREE if korang jawab survey dekat KTO
CHECK IN GILL GUESTHOUSE
Naik Arex to seoul Station and tukar line to Miasageori Station untuk pergi GH-Line 4 exit 3
5.00 petang sampai ke GH. Letak bag and terus siap untuk ke Dongdaemun
DONGDAEMON DESIGN PLAZA AND CULTURAL PARK STATION
Naik train yang sama tapi ke dongdaemun Design Plaza nad Cultural Park Station Line 4 exit 1
Kat sini korang boleh jalan tengok LED Roses and bangunan dia yang unik tuh.
Korang boleh jugak makan ikan bakar kat sini. Tapi kami tak kesempatan sebab bila sampai kedai dah tutup. So jalan-jalan je area situ sampai dah agak malam then kami balik.
GYEONGBOKGUNG
Naik train go to Anguk Station- Exit 1
Sewa Hanbok dekat Hanbok Nam. Kat sini kitorang dapat 30% diskaun tak silap. Kupon tuh boleh dapat bila korang jawab survey dekat KTO. So kitorang dapat RM33 macam tuh untuk 2 jam setengah.
Tapi harga ni ikut pattern baju yang korang pilih.
Pahtu kitorang jalan kaki pergi ke Gyeongbokgung Palace. Masuk Free sebab dah pakai Hanbok. Kalau tak pakai kena beli tiket rasanya nak masuk.
Lepas tuh kitorang jalan kaki pergi Bukchon Hanok Village. Tapi tak masuk dalam sebab dah penat jalan. Tuh pun sambil-sambil cari kedai makanan halal kat situ.
Kitorang singgah makan dekat HALAL Kitchen. Masa kitorang sampai dia tutup sebab break so kitorang tunggu sampai kul 5 baru dia bukak. Menu kat situ ada dua benda je. Ayam dan daging. So kami pilih dua-dua dish tuh. Sebab kami kongsi lima orang so berbaloi makan. And total habis untuk makan RM40-50 seorang.
Sebab dah gelap so kitorang terus ke Insadong. Jalan-jalan je kat situ. Ada night market sikit-sikit tapi tak beli pun. Cuci mata je. Kitorang just beli kuih.
Naik train to Miasageori then balik ke GH (Guesthouse)
NAMI ISLAND
Kos ke Nami island ialah RM48.00
Naik train pergi ke Gapyeong Station
Pahtu ambik taxi untuk ke Jeti Nami island.
Pahtu kami naik feri ke sana
Jalan-jalan jap ambik gambar sambil menikmati salji. Sebab masa tuh ada sikit salji turun. And kami main salji dekat snowplay dia. Boleh main slide snow tuh jugak. Freee je tapi budak-budak banyak main.
Kat situ ada tempat makan HALAL dan tempat sembahyang sekali. Korang cari je Asian Cuisine Halal Food Nami Island. Makanan dia sedap cuma agak mahal. Satu meal tuh RM40-50 tapi berbaloi lah makan sebab sedap.
After balik from Nami island kitorang naik train ke Itaewon.
Disebabkan sampai dah agak lewat, masjid pun dah tutup. So just datang tengok and tangkap gambar masjid kat situ.
Pahtu kitorang singah makan Oden dekat Manis kitchen. Best lah jugak. Okay lah untuk try makanan ringan.
Terus ambik train balik ke GH.
EVERLAND
Naik train turun ke Jeondae Everland station. Exit 3
Ambik bas ke Everland
So main lah puas-puas kat situ. Korang try lah rollercoaster dia. Sampai sekarang sis menyesal naik. Hehehehe.
Kitorang still kat situ sampai malam. Pahtu baru balik ikut arah jalan yang sama ke GH.
NAMDAEMUN MARKET
Turun ke Hoehyeon Station Exit 5
Kat sini korang boleh shopping jewellery sebab memang banyak pilihan yang murah-murah. Keronsang pun ada kat sini.
Kitorang makan kebab je kat sini. Tak sedap pun tapi sebab susah cari halal boleh la buat alas perut.
NAMSAN TOWER
Daripada Namdaemun tuh boleh naik bas terus ke Namsam Tower. Tak ingat dah bas no berape.. sorry.
Enjoy Namsan Tower ! Yang ada mangga love banyak-banyak tuhhh. Tapi sebab kitorang pergi dah nak malam so agak terkejar-kejar sikit kat situ.
Dari Namsan tuh kitorang naik bas berhenti Myeongdong
Kat sini ada night Market. Banyak gerai jual makanan dan aksesori-aksesori yang sangat murah.
Then kitorang balik ke GH.
Actually hari ni korang boleh pergi Namsan Tower pagi tau. Then baru pergi Namdaemun Market and Myeongdong sebab dekat-dekat je sebenarnya tempat tuh.
VIVALDI SKI RESORT
Ambik train pergi DongdaemonHistory & Culture Park Station and exit 3
Pahtu naik bas ke Vivaldi (Free je) tapi kena book dulu
Dekat Vivaldi ni korang main lah salji ke atau main ski ke. Harga nak masuk and nak main tuh kena bayar tapi akan dapat diskaun if guna kupon daripada KTO tuh.
Kitorang tak masuk pun just main-main je salji kat tepi tuh pahtu cuci mata je. Pahtu pergi solat and makan brahim yang kitorang bawak.
Naik bas (Free jugak) pergi ke Hongdae
Kat sini kitorang pergi yang Harry Poter tuhhh untuk ambik gambar. Nak masuk kena beli air setiap seorang. Wajib beli ! Harga dalam 4-5000 won kot.
Ambik train balik ke GH.
Pergi ke Seoul station untuk letak beg. Satu locker boleh muat dua luggage bag dalam 9000 won
STARFIELD LIBRARY & GANGNAM
Ambik train ke Samseong Station exit 5/6
Kemudian ambik gambar puas dekat library yang besar tuhhh and dekat tangan gangnam style tuhhh.
Ambik train ke untuk Sinsa Station untuk Pergi beli Ordinary (skincare). Nama kedai dia Deceim The Abnormal Beauty
Kat sini ordinary dia sangat murah. RM20 lebih cam tuh je. Kat online orang jual RM40-50 Mula-mula tak sure sangat pasal produk ni tapi memang banyak review yang cakap produk ni best. So alang-alang dh dtg korea korang patut beli.
Ambik train turun ke mana ntah. Dah lupa.. untuk makan ikan bakar.
Kitorang order ikan bakar sotong dan sup kimchi. Sedap.
Ambik train pergi Airport sebab flight kul 9 pagi. So kitorang tidur airport je.
Balik Malaysia
Tiket penerbangan RM 725 ( pergi balik)
Hotel RM 380 seorang
T Money RM170 ( total semua sekali )
Everland RM100 (beli kat Klook)
Nami Island EM48 (beli sana)
Sewa Hanbok RM33 (2 jam 30 minit)
TOTAL= RM 1,456.00
Tapi total ni tidak termasuk makan dan shopping. Kalau korang jenis kedekut spend je RM50 untuk makan. Cukup kot. Tapi sebab I yang jenis suka try makanan kat sana so habis dalam RM200 jugak lah kot.
Untuk luggage dalam RM100 kot i add on untuk pergi balik. Tapi if korang kedekut bawak je 7kg. Tak yah add on.
Insurans kitorang ambik yang Etiqa RM30 lebih. Tak nak ambik pun takpe yang ni.
Untuk wifi GH sediakan portable wifi untuk kitorang bawak jalan-jalan. So tak beli pun takpe sebab dia memang bagi FREE. Dekat rumah pun ada wifi dia sendiri. Internet dia pun laju. Tapi dekat Korea mana-mana pun korang boleh connect wifi FREE.
So itu je. Yang mana nak tahu details boleh komen. Sorry tak menarik pun itinerary ni.
MW : Yang ada bajet tu dah boleh plan siap-siap cuti cuti ke Korea.. kalau tak dapat pergi tahun ni. Simpan bajet untuk tahun depan.
Baru sebentar tadi dimaklumkan oleh ayahnya sendiri, di ruang instagram miliknya,
Tulis Ali,
“Salam semua.. nak bagitau pada semua anak saya, Sharifah Nur Ainul Mardhiah dah kembali kepada penciptaNya.”
“Sedekah Al Fatihah buat anak syurga ini.”
“Tunggu walid dan ibu di sana. Tidurlah sayang. Rehat lah sayang. Syurga tempat kamu sayang..! Allahuakbar.”
Sehari sebelum Ainul kembali ke rahmatullah, Ali berkongsi momen dia bersama isteri dan anaknya itu di hospital.
“Gambar ni masa sebelum adik operation. Masa ni masih di Hospital Ampang. Esok hari Isnin, keputusan doktor berkenaan kamu sayang. Semoga ada sinar buat kamu esok. Semoga semuanya dipermudahkan buat kamu sayang esok.”
“Teruslah kuat sedaya kamu. Walid dan ibu sentiasa ada bersama kamu dan terus berdoa untuk kamu.”
Ainul dilahirkan pada 6 Ogos yang lalu di Pusat Rawatan Islam Kohilal, Taman Melawati, Kuala Lumpur dengan alami juandis pada hari kelima kelahirannya.
Kemudian, arwah dipindahkan ke Hospital Ampang dan mendapat rawatan susulan pula di Hospital Serdang selepas disahkan menghidap injap jantung terbalik dan jantung berlubang.
Anak Ali puteh juga lalui tempoh 12 jam pembedahan untuk membetulkan injap jantungnya. Ainul kemudiannya, alami komplikasi pada paru-paru selepas pembedahan. Malah bergantung pada alat bantuan pernafasan selepas itu.
Ali juga mempunyai seorang lagi anak sulung, Sharifah Nur Aaira Qaireen. Menerusi perkongsian Ali dua hari sebelum pemergian Ainul, anak sulungnya itu meragam.
Tulisnya, “kakak meragam je 3, 4 hari ni. Tapi malam-malam kakak doakan walid dan ibu dan adik Ainul. Sabar ya kakak. Doakan adik sihat yer. Nanti walid bawak kakak jalan-jalan ya sayang.”
Namun, sudah tertulis akhirnya Ainul pergi juga dan Allah lebih sayangkan Ainul. Al Fatihah.
Dua beradik pelajar vokasional maut langgar MPV rosak di Lebuhraya PLUS Sungai Petani menghala ke Bertam, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batas Ubi, Teroi, kira-kira jam 3 petang hari ini.