Masih panas dan jalan cerita jadi lebih menarik apabila Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd Shukri Abdull mendedahkan beliau hampir mati ketika sepanjang menjalankan siasatan ke atas SRC International Sdn Bhd dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Beliau sebelum ini tidak pernah menceritakan mengenai perkara ini sehinggalah hari ini.
“Pengalaman saya dari kes SRC dan 1MDB amat menakutkan, saya hampir mati dalam kes ini saya takut nak balik ke sini. Semasa saya ke Washington ada pegawai ikut saya,” Mohd Shukri berkongsi pengalaman ngerinya itu selepas dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu.
“Saya dah berjanji nak cerita pengalaman siasatan SRC dan 1MDB. Sebelum itu saya sebenarnya tak nak kembali ke SPRM ini sebab saya dah bersara. Saya bahagia jadi pesara. Tetapi apabila dipanggil berjumpa dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad saya tak dapat menolak.”
“Bukan sebab apa kerana apabila saya melihat beliau yang berusia 93 tahun masih lagi sanggup bekerja untuk negara, akhirnya saya terima dengan satu syarat. Saya kembali untuk selesaikan tugas yang belum selesai,” jelasnya.
Lari Ke Luar Negara
Mohd Shukri memberitahu, selepas bersara beliau pergi ke Washington (Amerika Syarikat). Dalam perjalan ke sana, saya cuba timbulkan cerita bahawa saya akan pergi ke Jeddah.
“Dan ketika itulah pihak berkuasa Malaysia menghantar ‘red alarm’ ke Jeddah suruh tangkap saya. Apabila tiba di Washington, saya berasa tak selamat kerana ada orang mengekori saya.
Ads
“Kemudian saya lari ke New York menaiki keretapi dan bertemu dengan kawan di NYPD. Mereka memberi perlindungan selama seminggu bersama tiga orang ‘boduguard’.
“Selepas rasa selamat saya balik ke Washington dan melihat berita pegawai-pegawai saya ditangkap dan ditukar.
“Pada masa itu saya menangis seperti budak kecil di depan ‘Mat Saleh’. Saya sayangkan SPRM dan rasa bersalah sebab anak buah kena tangkap tetapi saya lari ke USA.”
“Saya diam seketika. Kemudian saya ‘WhatsApp’ dua orang menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Datuk Seri Paul Low. Sampai tahap mengugut mereka jika tidak lepaskan anak buah dan beri jawatan lama kepada mereka, saya akan balik dan dedahkan semuanya.
“Saya nak gunakan kuasa saya untuk tangkap mereka kerana menghalang siasatan. Saya akan buat. Dan Alhamdullilah selepas itu Shahidan dan Paul Low bagi balik tugas kepada pegawai saya.
Ads
“Saya dan Tan Sri Abu Kassim berjuang untuk selamatkan negara. Tetapi kami dituduh pembelot,” jelasnya yang sedikit beremosi.
Tambah Mohd Shukri, beliau dan Abu Kassim berterusan berjumpa dengan menteri-menteri untuk memberitahu kes RM2.6 bilion adalah kisah benar.
Ada Menteri Yang Berani Bersuara
“Dalam ramai-ramai menteri, hanya tiga orang sahaja yang berani bersuara iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Shafie Afdal dan Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.
“Kes 2.6 bilion bukan cerita rekaan. Ia sangat besar. Memandangkan usaha kami tak berjaya kami pergi jumpa Majlis Raja-Raja, namun hampa.
Ads
“Dan saya mengambil keputusan bersara lebih awal memandangkan Tan Sri Dzulkifli Ahmad akan masuk lebih awal sebagai KP SPRM.
“Saya tidak boleh bekerja dengan pembelot seperti dia,” jelas Mohd Shukri.
Jelasnya lagi, niat dia dedah cerita ini bukan untuk balas dendam tetapi demi negara dan memulangkan wang rakyat mengikut lunas undang-undang.
Mohd Shukri telah berkhidmat selama 32 tahun bersama SPRM sebelum beliau bersara awal pada 31 Julai 2016 dengan jawatan terakhir yang dipegang beliau ialah Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM.
Perdana menteri melantik Mohd Shukri sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM bagi menggantikan Dzulkifli yang memohon menamatkan kontrak perkhidmatannya dengan SPRM dan sudah melaporkan diri di Pejabat Peguam Negara pada Selasa lepas.
Apa pun, sama-sama kita nantikan tindakan seterusnya oleh kerajaan dalam isu ini.
Sumber rujukan: Mstar dan Sinar Harian
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Gajet dapur mak-mak ini janganlah berani-berani anak atau suami nak rosakkan. Lagi-lagi barang paling mak-mak sayang. Tupperware antara contoh ‘legend’ yang selalu orang sebut-sebutkan. Pantang hilang, rosakkan apatah lagi tupperware cair.
Bila dah rosak, tahulah nasib seisi rumah itu macam mana. Begitulah perumpamaannya pada barang yang mak-mak sayang.
Subaina Muhammad berkongsi cerita. Tentang tragedi Tupperware cair dekat dua kali di rumahnya. Sehingga kejadian itu diibaratkan sebagai tragedi Oktober.
Kongsinya, “Akak balik sekolah, anak yang perempuan yang sulung sambut mak dengan senyuman paling manis hari ini.. sambil tu dia cakap.
“Mami, mami kena redha tau. Terima kenyataan..”
Maknya masih tak faham. Kalau benda tak baik tak kan nak tersenyum manis kan. Terus maknya soal siasat apa salah dia buat.
Sekali dia kata, “Tupperware mami kan..”
Tupperware Cair Lagi Ke?
Belum habis ayat, maknya terus dapat gambaran. “Tupperware cair lagi ke?”
Dia angguk, “lepas kukus pau, kakak sidai kain lepas tu masuk kelas online, terus lupa.”
Bekas tu baru je apaknya ganti bulan lepas.
Sebelum tu apaknya lupa juga, dah macam kapal UFO jadinya. Cepat-cepat dia cari ganti, sejuklah hati.
Ni anaknya pulak.. pandai-pandailah dia bincang dengan apaknya. Mak memang tak boleh terima kenyataan dah ni. Steamer rosak dengan kuali pun rosak
Subaina turut menegaskan kejadian Tupperware cair itu bukanlah disebabkan oleh steamer mahupun bekas Tupperware yang kurang berkualiti.
Sebaliknya cara kendalian salah itu yang menyebabkan keadaan jadi sedemikian. “Saya sangat suka Tupperware, dan ianya sangat praktikal bagi saya.”
Mingguan Wanita : Nampak gayanya kenalah berganti kan. Jangan main-main bila Tupperware mak-mak hilang atau rosak ni.
Rata-rata warga Twitter hari ini merayu agar Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah kembali mengaktifkan akaun twitter Che Minah Sayang yang sudahpun dinyahaktifkan di laman sosial.
Akaun twitter peribadi Tunku Azizah ini begitu dekat di hati rakyat. Di ruangan sosial media itulah baginda berkongsi pandangan peribadi, aktiviti malah kerja-kerja kebajikan yang mendekatkannya dengan rakyat yang begitu kasih dan mengikuti setiap perkembangan baginda.
Banyak kenangan manis dan lucu dirakamkan dalam twitter Raja Permaisuri Agong, @cheminahsayang.
Bagaimana pun, hari ini akaun itu telah dipadamkan.
Carian hashtag #AmpunTuanku dan #Permaisuri Agong menjadi trending di laman twitter. Yang rata-rata mahukan Raja Permaisuri Agong kembali aktif berkongsi aktiviti baginda.
Perkongsian Manis Di Akaun Twitter Che Minah Sayang
Tentunya kita semua akan merindui perkongsian fesyen busana Tunku Azizah yang indah-indah, cerita kucing comel Ku Comel dan Ku Jeling malah rindukan tweet-tweet baginda yang ramah bergurau dengan rakyat yang mengikuti twitternya itu.
Menerusi perkongsian di twitter itulah rakyat mengenali sisi baik dan manis Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong. Malah, momen romantis suami isteri memikat hati rakyat, menjadikan baginda raja yang disayangi rakyat.
Antara perkongsian manis Tunku Azizah yang menjadi tular.
Antara perkongsian manis Tunku Azizah yang menjadi tular.
Komen Negatif Ini Dikatakan Jadi Punca
Sehingga hari ini, masih menjadi tanda tanya mengapa akaun twitter Raja Permaisuri Agong dinyakaktifkan. Bagaimana pun daripada cakap-cakap warga twitter, segalanya bermula apabila ada segelintir pemilik akaun twitter yang kurang senang dengan posting Tunku Azizah.
Sehinggakan mereka mengeluarkan komen-komen negatif tentang perkongsian baginda.
Antara warganet yang menyokong Raja Permaisuri Agong dan berpendapat betapa perlu dihormati kedudukannya.
MW : Kami rindukan tweet dari Raja Permaisuri Agong. Semoga Tunku Azizah terbuka hati untuk kembali mengaktifkan semula akaun @cheminahsayang yang begitu dirindui rakyat jelata ketika ini. #AmpunTuanku
Sumber/Foto : twitter
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Genap Setahun Hari Jadi Emirhan, Anzalna Pilih Raikan Bersama Anak-Anak Yatim. Tiada yang lebih bermakna bagi pelakon cantik Anzalna Nasir,35 apabila hari istimewa kelahiran anak keduanya diraikan dengan para ‘tetamu istimewa’.
Apa yang lebih membanggakan Anzalna sekeluarga memilih untuk meraikan sambutan harijadi anak keduanya Mohamad Emirhan Bin Mohamad Hanif yang genap berumur 1 tahun pada 20 Mei baru-baru ini bersama anak-anak yatim dari Rumah Anak Yatim Nur Qaseh.
Celebrated Emirhan’s first birthday with family and our special guest from @rumahanakyatimnurqaseh
Emirhan mungkin tak tahu apa-apa but kakak-kakak @rumahanakyatimnurqaseh akan bercerita pada Emirhan one day.
Emirhan is so lucky @mymumsbakery buatkan cake yang cantik walaupun mommy order last min. The kids had so much fun at @funxworld sampai taknak balik!
In sha’Allah nanti kita datang lagi. Doakan kami sentiasa dilimpahkan rezeki supaya dapat happy kan mereka selalu.
Terpancar keikhlasan Anzalna sekeluarga dan kegembiraan anak-anak yatim ini apabila turut berpeluang bermain pelbagai aktiviti bersama-sama sepanjang hari di pusat rekreasi yang ditempah khas.
Doa Dimurahkan Rezeki Santuni Anak Yatim
Ramai yang tumpang gembira dan bangga apabila Anzalna berkongsi rezeki dalam menyantuni dan menggembirakan hati anak-anak yatim. Tidak kurang ramai juga turut mendoakan semoga ibu kepada 2 orang cahaya mata ini dan keluarga diberikan rezeki melimpah ruah.
Terdahulu Anzalna mendirikan rumah tangga bersama Hanif Zaki pada 2016. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan 2 orang anak lelaki, Mohamad Eidrees yang kini hampir memasuki usia empat tahun serta Mohamad Emirhan, 1.
Mingguan Wanita: Alhamdulillah tumpang gembira, apabila Anzalna memilih meraikan sambutan harijadi anaknya bersama anak-anak yatim ini.Semoga bertambah murah rezeki buat Anzalna dan keluarga untuk terus menyantuni golongan yang memerlukan.
Nahas SUV di Bukit Kawah meragut nyawa sepasang bakal pengantin apabila Toyota Fortuner yang dinaiki terjunam ke dalam gaung. Baca kronologi penuh, siasatan polis dan peringatan keselamatan jalan raya.