Bukan mudah untuk meraih PHD dalam keadaan diri yang sarat hamil, menguruskan anak-anak, kerjaya dan rumahtangga. Semuanya memerlukan komitmen dan keazaman yang tinggi, serta kerjasama yang tak berbelah bahagi daripada suami tersayang.
Jika masih ingat dengan watak Anna Althafunnisa dalam filem ‘Ketika Cinta Bertasbih’ yang dilakonkan oleh Oki Sentiana Dewi, 31, Pelakon dan Pendakwah terkenal dari seberang Indonesia ini berkongsi berita gembira, berjaya menggengam ijazah dalam Doktor Falsafah (PHD), pada 23 Oktober baru-baru ini. Lebih istimewa, berita gembira tersebut turut diraikan dalam keadaan diri yang sedang sarat hamil 8 bulan.
Ads
4 Tahun Habiskan Pengajian
Ternyata kejayaan tersebut bukan dalam tempoh yang singkat. Disamping pelbagai komitmen yang ada, 4 tahun pendakwah ini bertungkus lumus menyiapkan kajian dan penulisan Tesis PhD yang bertajuk “Pengajian Selebriti Hijrah Kelas Menengah Muslim (2000-2019): Respons atas Dakwah Salafi dan Jamaah Tabligh”.Sekaligus berjaya menjadi Doktor ke-1225 Sekolah Pascasarjana UIN Syarif Hidayatullah Jakarta.
Ustazah Dr Oki Setiana Dewi berkahwin dengan Ory Vitrio pada 2013. Setelah 7 tahun mendirikan rumahtangga pasangan ini dikurniakan 3 cahaya mata, Maryam Nusaibah Abdullah 6, Khadeejah Faatimah Abdullah,4 dan Ibrahim Muhammad Abdullah,3.
MW: Tahniah diucapkan buat Ustazah Dr Oki Setiana Dewi atas pencapaian ini. Semoga menjadi inspirasi buat wanita lain agar terus berusaha mencapai kejayaan dan mencari ilmu meskipun setelah berkahwin dan mempunyai anak-anak yang masih kecil.
Emosi ibu dalam tempoh berpantang selalu tidak menentu.Rasa lelah ketika melahirkan anak masih terasa keletihannya.Ditambah berhadapan situasi baru untuk menyesuaikan diri menjaga anak yang baru lahir. Emosi yang masih tidak stabil ini pastinya boleh terganggu lebih-lebih lagi jika ada perkara yang menggugat jiwa.
Ramai mengetahui pelakon drama bersiri ‘Hati Perempuan’, Mia Ahmad baru sahaja melahirkan bayi lelaki,Sayf Issa pada 28 September lalu serta masih dalam tempoh berpantang. Namun ada desas desus mengatakan rumahtangga isteri kepada penjaga gol pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Mohd Izham Tarmizi,27 sedang bergolak.
Kongsi Entri Terbaru
Plot cerita ‘drama’ dalam rumah tangga Mia Ahmad dan pemain bola sepak, Mohd Izham Tarmizi Roslan makin hangat apabila pelakon itu berkongsi entri terbaru di Insta Story Instagramnya yang menyentuh mengenai akibat perbuatan berbohong.
Status berbunyi ‘A lie may take care of the present, but it has no future’ (penipuan mungkin boleh menyelamatkan situasi sekarang, namun tiada jaminan masa depan) pantas mencetuskan spekulasi berhubung rumah tangga Mia dan Izham yang sebelum ini dilaporkan ‘diganggu’ pihak ketiga.
Memetik laporan daripada BH Online yang cuba mendapatkan reaksi pelakon Hati Perempuan itu,namun Mia hanya mengulas:
“Apa terjadi selepas ini, saya reda…. Saya tak mampu menjangka lebih jauh.”
Kelmarin, Mia ada berkongsi entri di laman sosial yang antara lain membawa maksud “Allah meletakkan seseorang dalam hidup ini bersebab dan menyingkirkannya untuk alasan yang lebih baik” menyebabkan nama Mia dan hubungan perkahwinannya hangat diperkatakan.
Tidak cukup itu, tindakan Mia memadamkan semua foto suami tersayang yang juga penjaga gol pasukan Johor Darul Takzim (JDT) memberi bayangan seolah-olah rumah tangga mereka bagaikan ‘telur di hujung tanduk’.
Masih Berpantang & Emosi Jadi Tidak Stabil
Mengulas perkara itu, Mia dilaporkan berkata, tindakannya itu berlandaskan alasan kukuh.
“Saya buat ini semua bukan kerana mahu meraih perhatian. Saya buat kerana tercabar dengan suami dan orang di sekeliling.
“Ditambah dengan keadaan saya yang masih berpantang, emosi saya jadi tak stabil. Jadi, orang luar nak hukum itu atau ini… Terpulanglah.
“Selama ini, saya terbuka berkongsi hal peribadi termasuk kehidupan. Tak semua indah, pasti ada turun naik. Mungkin juga semua ini bahagian dan ujian dalam hidup saya,” katanya.
Cubaan Memporak Peranda Rumahtangga
Sementara itu, Izham dilaporkan mendakwa apa yang berlaku ada kaitan dengan cubaan sepasang kekasih yang dikatakan mahu memporak-perandakan rumah tangga mereka.
“Perkara ini terjadi sejak tiga minggu lalu. Saya kurang pasti apa motif mereka. Malah, lelaki terbabit seolah-olah mahu cakap saya ada hubungan dengan kekasihnya.
“Malah lelaki berkenaan menghubungi Mia memaklumkan saya ada hubungan dengan teman wanitanya,” dakwanya yang tidak teragak-agak membuat laporan polis terhadap pasangan itu.
Mia atau nama sebenarnya, Shamiha Ahmad Baderi,30 dan Izham, 27, berkahwin pada 13 Januari 2017 di Taiping, Perak, selepas setahun berkenalan.
Mingguan Wanita mendoakan yang terbaik buat rumahtangga pasangan ini.Semoga perkahwinan ini masih dapat diselamatkan dan menemui jalan penyelesaiannya. Emosi ibu yang dalam berpantang selalunya masih dalam tidak stabil, sokongan suami dan orang sekeliling amatlah penting sepanjang tempoh ini.
Apabila kawasan kediaman mempunyai tekanan air yang rendah dan perlahan memang menyukarkan urusan seharian. Atas sebab ini ramai yang bertindak mula memasang pam selepas meter bagi meningkatkan tekanan air di rumah.
Hakikatnya perkara ini merupakan satu kesalahan yang boleh dikenakan denda. Malah ia juga merupakan tindakan mementingkan diri sendiri serta secara tidak langsung berlaku zalim pada jiran-jiran yang lain. Ini kerana ia boleh menggangu tekanan air dan perpaipan di kawasan perumahan.
Tujuan saya share post ni bukan nak ajak kecam cuma nak begi kesedaran. Rasanya masih ramai lagi rakyat Malaysia yang tak faham konsep penggunaan pam selepas meter.
Peruntukan undang-undang dah digazetkan tapi sampai hari ni masih berlaku. Kenapa?
Yes, kurang kesedaran.
Warta Kerajaan Persekutuan, Kaedah-Kaedah Industri Perkhidmatan Air (Retikulasi Air dan Pemasangan Paip) 2014. Divisyen 3 Susun atur pemasangan paip. Penggunaan pam 45. (1)
Adalah menjadi satu kesalahan apbila tuan puan buat pemasangan pam secara terus selepas meter melainkan diletakkan satu tangki simpanan bagi laluan paip terlebih dahulu.
Kalau buat juga kena apa? Denda Max RM10k.
Bila kita pasang juga pam lepas meter, apa yang jadi? Kita menyebabkan berlakunya gangguan tekanan air pada jiran yang lain.
Zalim Pada Jiran
Maksudnya apa?
Maksudnya kita dah berlaku zalim pada jiran-jiran yang lain sebab kita dah ambil hak depa semua.
Kita ni pun yang jadi masalah tekanan air berterusan ni salah satu punca dia dari sini la, ada pengguna yang pentingkan diri pasang pam. Dia guna pam, pam dia dah tarik water pressure kawasan tu, yang mana satu pipeline tu confirm terganggu.
Kemudian kita pula yang pasang pam, uihh bestnyaaa, seronok dan selesa, kita pun rekemen jiran sebelah menyebelah suruh pasang, dia pun kurang kesedaran kemudian pasang.
Akhirnya rumah jiran-jiran yang tidak berkemampuan ni kempunan air la jawabnya. Kalau ada tangki nasib baik la juga, buatnya jiran tu rumah dia takda tangki atau tangki rosak ka? Kan dah zalim tu.
Mingguan Wanita: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Ingat jangan pentingkan diri sendiri dan secara tak langsung berlaku zalim pada jiran apabila pasang pam selepas meter.Patuhilah undang-undang sedia ada, elak dikenakan denda dan tindakan.
Polis sahkan tahan dua wanita asing bertelekung di Genting Highlands cubaan culik kanak-kanak. Di saat ibu bapa berseronok membawa anak-anak bercuti, ada kerisauan yang perlu difikirkan iaitu niat jahat orang lain untuk membawa lari anak-anak kesayangan kita.
Pasti tiada siapa menyangka tempat tumpuan sebegini menarik minat orang lain melakukan jenayah terancang iaitu membawa lari anak-anak di sebalik kesibukan orang lain berhibur.
Sebelum ini tular di media sosial pendedahan seorang majikan mengenai nasib anak pekerjanya yang sudah dikepung dua wanita asing dipercayai Pakistan dan Indonesia selain membacakan jampi bagi tujuan pukau ketika berada di indoor Taman Tema Genting baru 19 September lalu. Nasib dari atas roller coster mereka menyedarinya sebelum mengepung warga asing tersebut sebelum diserahkan kepada pihak berkuasa di Genting.
Disahkan oleh Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, satu laporan polis dibuat bapa kanak-kanak berkenaan berusia 33 tahun jam 1.20 tengah hari, Selasa lalu.
“Susulan itu, kami merakam keterangan pengadu dan saksi berhubung insiden berkenaan yang dirakam menerusi satu video berdurasi satu minit 20 saat yang turut
“Hasil siasatan dilakukan, kami menahan dua wanita warga asing masing-masing berusia 42 dan 50 tahun jam 11.30 pagi tadi, bagi membantu siasatan kes berkenaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Memetik laporan Harian Metro “kes ini disiasat mengikut Seksyen 363/511 Kanun Keseksaan atas kesalahan cubaan culik yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda.
“Kertas siasatan kes berkenaan akan dirujuk kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut,” katanya.
Beliau menasihatkan orang ramai terutamanya ibu bapa atau penjaga supaya sentiasa berhati-hati dan peka terhadap aspek keselamatan anak-anak khususnya di tempat yang sesak bagi mengelak perkara tidak diingini.
Menurutnya, dalam video itu mendakwa seorang kanak-kanak hampir menjadi mangsa culik seorang wanita warga asing di Genting Highlands.
Susulan itu, katanya, pihak keselamatan Genting Highlands membuat laporan polis jam 8.16 malam pada Isnin berhubung video yang tular berkenaan.
JEANS BURUK JANGAN BUANG, SERTAI KELAS JAHITAN KAMI. BUAT TOTE & SHOPPING BEG
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif #sewingworldgallery
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Shu Shukri "sekolahkan" Hafidz Roshdi, "dah kalah tu kalahlah, nafkah anak sesen pun tak bagi. Hari ini, di instagram storiesnya, pempengaruh Nurul Shuhada Mat...