Nak bulu mata lentik semula jadi? Senang je sapu Vaseline kat bulu mata sebelum tidur setiap malam. Petua ini dikongsi oleh Nora. Dia dah lama amalkan memang menjadi, bulu mata lentik dan lembut je.
“Petua ni saya belajar dari kawan make up artist. Dulu saya selalu juga pakai bulu mata palsu tapi memang leceh, mahal plak tu. Mujur kawan saya bagi petua ni. Teknik mudah sangat, bahan pun senang je. Paling best, memang bulu mata lentik dan sihat. Tapi kena rajin lah, buat hari-hari sebelum tidur,”katanya.
Cara Sapu Vaseline
Bahan-bahan:
Vaseline
Putik kapas
Pengepit bulu mata
Caranya:
1-Bersihkan wajah, pakai krim pelembap siap-siap ye (Ni kira muka dah ready nak tidur). Lepas tu, kepit bulu mata dengan pengepit.
2-Ambil putik kapas, celupkan dalam Vaseline. Sapu pada bulu mata yang dah dikepit tadi.
IKLAN
3-Then, bolehlah tidur. Nak layan movie pun boleh. Biarkan Vaseline pada bulu mata semalaman.
4-Esok pagi bilas muka macam biasa. Amalkan petua ni setiap malam, memang hasilnya bulu mata akan melentik dan sihat. Kan senang tak payah dah nak pakai bulu mata palsu. Kalau nak vass lagi, bolehlah top up dengan maskara untuk ke majlis. Petua ni memang ramai dah cuba dan menjadi. Selamat bercantik-cantik ye.
Sapu Vaseline setiap malam sebelum tidur, then pakai stoking. Kulit kaki akan lembut sangat, esok pagi dah boleh nampak kesan.
Hilangkan Kesan Hitam Pada Lutut & Siku
Sapu kat lutut dan siku setiap hari,kesan hitam tu akan hilang dan kulit jadi lembap.
IKLAN
Kuku Jadi Bersinar
Bagi mak-mak yang selalu masak dan buat kerja rumah, kuku memang cepat rosak. Cara nak dapat kuku yang sihat dan bersinar, senang je sapu dua ke tiga kali sehari.
Bibir Sihat
Elak bibir kering dan pucat, sapu Vaseline setiap kali lepas mandi. Sebelum pakai lipstick, sapu dulu Vaseline. Bibir jadi lembap.
Minyak Wangi Tahan Lama
Sapu Vaseline kat pergelangan tangan dan leher, lepas tu baru sembur minyak wangi. Ni petua nak bagi minyak wangi tahan lama.
Mata merupakan antara daya penarik bagi seseorang individu. Memiliki mata yang menawan dan cantik bersinar adalah impian ramai orang, terutamanya kaum wanita. Penjagaan mata yang sihat sangat penting dalam menjamin kesejahteraan hidup.
Jangan mempermudahkan penjagaan mata atas alasan ingin menjimatkan kos belanja bulanan. Kos penjagaan mata adalah berkali kali ganda lebih murah jika dibandingkan dengan kos rawatan. Bagi menjaga kesihatan mata adalah sangat penting menjaga pemakanan.
Makanan sihat bermaksud mengutamakan amalan pengambilan makanan berzat tinggi seperti buahan, sayuran, bijirin, susu, daging, ikan, kekacang dan telur. Bagaimanapun, semua makanan berkenaan perlu dipastikan bebas daripada sebarang jenis partikel plastik, bahan kimia serta mengandungi tahap lemak, kolesterol, garam serta gula yang rendah.
Penyelidikan oleh Institut Kajian Mata Kebangsaan Berkaitan Usia di Amerika Syarikat mendapati pengambilan makanan yang menggabungkan unsur antioksidan berserta vitamin A, C dan E dan mineral mampu menurunkan risiko masalah penyakit mata.
Antara makanan berkenaan yang patut diambil untuk menjaga dan merawat mata ialah ikan salmon, bunga kubis, bayam, salad, buah teen, tomato, telur, kismis, bawang putih, avokado, lobak merah, delima dan biji bunga matahari.
Sesetengah orang mengamalkan pengambilan vitamin dan makanan tambahan untuk masalah rabun mata. Secara dasarnya, adalah lebih baik dan selamat jika anda dapatkan nasihat dari doktor mata terlebih dahulu.
Ramai Berhabis Wang Ringgit, Demi Dapatkan Mata Yang Sihat
Ramai yang sanggup berhabis wang ringgit demi mencapai mendapatkan mata yang sihat dan bersinar. Namun begitu sebenarnya untuk memiliki mata menawan dan cantik terdapat juga cara yang mudah dan tidak menelan kos yang tinggi.
Antara amalan yang boleh diikuti ialah dengan tidur secukupnya. Sekurang-kurangnya seseorang individu itu perlu tidur antara enam hingga lapan jam sehari. Kurang tidur boleh menyebabkan mata kelihatan lesu, tidak bermaya, sembap dan terbentuk lingkaran gelap disekeliling mata.
Selain itu dengan amalan minum air kosong sekurang-kurangnya lapan gelas atau satu liter air sehari.
Air berfungsi sebagai pelarut, penyejuk, pelincir dan agen pengangkut nutrien ke seluruh badan. Kandungan air yang mencukupi boleh mencegah kulit dari menjadi kering dan cepat berkedut.
Bersihkan Mata Daripada Solekan
Anda juga perlu bersihkan mata daripada solekan. Pastikan solekan pada mata dibersihkan sebelum tidur. Membersihkan kelopak mata daripada solekan perlu dilakukan dengan teknik yang betul. Ini bagi mengelakkan bahan kimia daripada meresap ke dalam mata.
Amalkan juga makanan seimbang yang mengandungi sayur-sayuran dan buah-buahan. Sayuran berdaun hijau seperti bayam dan cekor manis mengandungi lutein yang baik untuk mata. Sayur-sayuran dan buah-buahan berwarna kuning kemerahan seperti lobak, keledek dan tomato mengandungi banyak Vitamin A. Vitamin A dikenali sebagai Retinol membantu membina pigmen bagi penglihatan yang baik pada waktu malam. Vitamin A juga terdapat di dalam makanan seperti hati, keju, kuning telur dan mentega. Manakala kandungan vitamin C yang terdapat pada sayur-sayuran dan buah-buahan dapat membantu pembentukan kolagen yang mampu menambah keanjalan kulit di sekeliling mata.
Lindungi Mata Dari Sinaran Matahari
Lindungilah mata dari sinaran matahari. Gunakan cermin mata anti ultraviolet (UV) sewaktu melakukan aktiviti luar. Terdedah kepada sinar UV yang berlebihan akan menyebabkan katarak dan dalam amaun yang tinggi, ia boleh merosakkan kornea, kanta dan selaput retina mata. Cermin mata hitam yang baik dan berkualiti bukan sahaja mampu menghalang silau, tetapi berupaya untuk menyerap cahaya UV. Seeloknya elakkan daripada membeli cermin mata gelap yang murah di pasar-pasar malam atau tempat yang seumpamanya, kerana kebanyakan cermin mata ini tidak menapis cahaya UV, sekali gus mendedahkan mata pada pancaran sinar UV.
Bersenam perlu diamalkan bagi menggalakkan kesihatan badan dan mata khususnya. Senaman ringan untuk mata dengan menggerakkan mata ke kanan ke kiri ke atas dan ke bawah dalam lima kitaran untuk satu minit bagi meredakan ketegangan di sekitar otot mata. Ini amat berkesan sekiranya anda melakukan tugasan sepanjang hari di hadapan komputer. Senaman lain yang boleh diamalkan ialah menutup mata secara perlahan hingga tertutup sepenuhnya sebanyak sepuluh kali dapat mengelak mata terasa kering.
Sumber : Portal Rasmi MyHEALTH KKM
AIR SUAM & TEH HIJAU
*Air Suam
Ambil sehelai kain dan basahkan dengan air suam sederhana panas. Elak dari merendamnya dengan air yang terlalu panas kerana ia akan mencederakan urat mata. Setelah itu, perah kain tersebut dan letakkan di bahagian mata. Tenang dan rehat kerana ia mampu mempercepatkan proses menyegarkan mata. Biarkan selama 10 minit dan anda pasti akan merasa kesegarannya.
*Teh Hijau
Ramai yang tidak tahu akan khasiat teh hijau. Teh hijau mempunyai seribu satu khasiat yang mampu membuat anda seakan tidak percaya tentang fakta teh hijau ini. Selain dapat meningkatkan metabolisme tubuh, teh hijau juga dapat menghilangkan lingkaran gelap bawah mata. Jadi bagi anda yang mempunyai masalah lingkaran gelap bawah mata, anda patut cuba kaedah ini:
Caranya mudah iaidu dengan rendam uncang teh hijau dengan air suam. Kemudian letakkannya ke atas kelopak mata selama beberapa minit. Lakukan kaedah ini tiga kali seminggu dan lihatlah hasilnya. Lingkaran gelap bawah mata menjadi pudar dan lama kelamaan akan hilang sepenuhnya.
RAWAT DIRI DENGAN BAHAN ALAMI
TIMUN
Bahan-bahan:
Timun dihiris
Langkah-langkah:
1.Ambil timun yang disimpan sejuk dalam peti sejuk.
2.Kemudian, hiris timun dengan sederhana nipis.
3.Pejamkan mata dan letakkan timun yang dihiris tersebut ke atas kelopak mata dengan posisi baring.
4.Biarkan selama 10 minit. Anda pasti akan dapat merasakan kesegarannya serta sembap di bawah mata akan turut berkurangan
Cantik merupakan satu perkara yang subjektif. Namun ramai yang beranggapan nak nampak cantik dan penampilan menarik perlukan duit yang banyak. Hakikatnya, ia bukanlah bergantung pada berapa banyaknya duit yang ada semata-sama, kerana ramai juga yang tetap nampak tak ‘cantik’ walaupun ada duit berkepuk-kepuk. Sebaliknya untuk nampak cantik ia merupakan satu pilihan dalam menghargai diri. Diri kita sendiri yang menentukan untuk tampil cantik,bersih, kemas dan wangi walaupun di dalam rumah sendiri.
Setuju sangat dengan perkongsian daripada Yatie Kamarzaman,38 yang juga merupakan kakak kepada Usahawan terkenal Dato Sri Aliff Syukri ini.
Orangnya kecil molek, langsing, cantik dan pandai bergaya tetapi siapa sangka sudah mempunyai dua orang anak perempuan yang kian meningkat remaja iaitu Noor Uzma Raisah,13 dan Noor Aleya Baheerah,10.
Menerusi akaun Instagram, Pengarah Kreatif Sendayu Tinggi ini berkongsi pendapat pentingnya diri bersiap kemas dan bersih seawal pagi bagi menaikkan semangat sepanjang hari.
Bagi Kak Yatie bila kita mulakan hari tu dengan bersih, wangi dan cantik-cantik bantu untuk boost up my day. Walaupun kat rumah sebab tak nak rasa selekeh bila tengok diri sendiri kat cermin. Memang rasa malas terus.
Cantik Ialah Pilihan
Bukan itu sahaja, bagi wanita ini juga cantik merupakan satu pilihan untuk menghargi diri sendiri dan tak semestinya perlu duit yang banyak. Apabila bersih dan kemas sekaligus akan terserlah kecantikan yang tersendiri.
Orang cakap, benda boleh cantik sebab ada duit. Bagi Kak Yatie nak cantik tu ialah PILIHAN. Masalahnya ramai je kat dunia ni yang tak cantik walaupun ada duit kepuk-kepuk.
Pilihan untuk menghargai diri tu pada kita sendiri. Dari situ je dah nampak cantik sangat. Sebab cantik tu subjektif. Bagi Kak Yatie, baik lelaki atau perempuan tu kalau bersih dan kemas auto nampak cantik tau. Ada aura yang luar biasa bila tengok .
MW: Ada benarnya apa yang dikongsikan ini. Nak diri sendiri cantik merupakan satu pilihan untuk menghargai diri sendiri. Tak semestinya kena ada duit banyak baru nampak cantik.Bersih, kemas dan wangi walaupun hanya di rumah sendiri pun dah cukup cantik.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik, kursus-kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini.Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI
Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 31 Julai 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti. (https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/)
Jadi seorang mak-mak dan isteri bukannya mudah. Tanggungjawabnya cukup besar demi memastikan anak-anak dijaga sempurna dan suami dilayan sebaiknya. Adakalanya ketika ujian dan masalah datang melanda, rasa tak mampu untuk melakukan semua perkara. Ia membuatkan hati rasa sedih, jiwa merintih dan penuh keluh kesah. Apatah lagi jika diri dihimpit dengan kesempitan hidup, dibebani dengan masalah hutang keliling pinggang.
Namun, mak-mak janganlah berterusan begini.Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah berdoalah bersunguh-sungguh. Minta kepada Allah dengan sepenuh hati agar segala kesusahan, kerisauan, kesedihan dan bebanan hutang yang ada mudah untuk diselesaikan. Pujuk hati atasi segala kekacauan jiwa tersebut dengan amalan doa yang diajar oleh Rasullah SAW ini untuk Abu Umammah ini.
Mak-mak boleh amalkan baca doa ini setiap kali selepas mengerjakan solat. Mahupun dibaca ketika dalam solat iaitu selepas Tahiyyat Akhir sebelum Salam.
Tentu ada masanya akan ada juga berlaku perselisihan faham antara suami isteri. Janganlah terlalu ikutkan 'kepala' masing-masing sehingga akhirnya merosakkan sesebuah rumah tangga yang dibina.