Kisah benar anak pukul ibu sebab nak duit, kini bapa remaja terbabit tampil membuat laporan polis. Malah, individu yang menyebarkan video itu juga telah meminta maaf dan memadamkan video itu dari akaun Facebooknya.
Semalam panas dengan satu video remaja dengan ibunya yang benar-benar meruntun jiwa, menimbulkan perasaan marah dan geram sejak petang semalam. Bermula dengan memukul, kemudian melempar kata kesat. Lagi teruk dia bertindak seperti itu disebabkan nak DUIT!
Ini antara dialog yang dimuatnaikkan dalam video tersebut…
“Sakit lah bang long,sakit lah…’ rayu ibunya tatkala dipukul.
Remaja itu kemudian mengangkat kerusi mengancam untuk menghempas kerusi itu ke tubuh ibunya sambil selepas itu menyebut perkataan lebam terhadap ibunya.
Nenek remaja itu hanya mampu mengungkapkan beberapa ayat termasuk ‘tumbuk muka nenek’ bagi membela si ibu.
Sementara itu, individu yang mendakwa menularkan video berkenaan membuat permohonan maaf secara terbuka di laman Facebook miliknya atas perbuatannya itu.
Ads
Pemilik akaun Facebook Jejaka Sereng dalam kenyataannya di laman sosial itu berkata, dia memohon maaf kepada pihak keluarga remaja berkenaan kerana memuat naik video itu kira-kira jam 6 petang, semalam.
“Assalamualaikum kehadapan keluarga Syukri, saya ingin memohon maaf diatas kesilapan dan kesalahan saya kerana telah menviralkan (menularkan) video yang tidak sepatutnya saya postkan (muat naik) dilaman sosial facebook ini.
“Saya akui diatas kesalahan yang telah saya lakukan kerana menviralkan video tersebut.
“Saya tidak berniat untuk memburukkan sesiapa. Saya berharap permohonan maaf ini diterima oleh pihak keluarga Syukri,” katanya dalam kenyataan itu, empat jam selepas video berkenaan menjadi tular.
Pada kenyataan yang dimuat naik, Jejaka Sereng turut memberi komen bahawa dia memperoleh video berkenaan daripada rantaian pesanan yang bermula daripada adik remaja berkenaan.
Ads
“Video daripada seorang adik hantar kepada orang, sampai kepada saya, saya viralkan. Tapi saya ingin memohon maaf kerana menviralkan (menularkan). Rasa bersalah terhadap keluarganya kerana menviralkan. Maafkan atas apa yang berlaku,” katanya dalam komen itu.
Terdahulu, Jejaka Sereng memuat naik video berkenaan dengan menyatakan kes itu berkaitan seorang remaja bernama Syukri memukul ibunya dalam kejadian jam 9 pagi.
Dia juga menyatakan kejadian berlaku di sebuah rumah di Flat Taman Bukit Teratai, Ampang, serta meminta netizen untuk kongsikan video itu kerana terdapat pihak yang sedang mencari remaja berkenaan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, bapa remaja berkenaan tampil membuat laporan polis kerana bimbang akan keselamatan diri dan keluarga termasuk anak lelakinya selepas video terbabit tular dan dikecam orang ramai.
Ads
“Pengadu berusia 39 tahun memberikan video terbabit kepada guru sekolah anaknya dengan niat agar guru berkenaan menasihati anak pengadu itu.
“Kemudian pengadu menerima banyak panggilan daripada saudara mara bertanyakan mengenai video terbabit selepas ia tular di Facebook dan dikecam banyak pihak,” katanya ketika dihubungi.
Menurutnya, pengadu dan isteri pengadu enggan tindakan diambil terhadap anak mereka atau mana-mana pihak. Ibu remaja itu tidak mengalami sebarang kecederaan atau kesan pukulan kerana dipukul dengan tangan sahaja.
Video remaja memukul ibunya itu tular di laman sosial sejak petang hari ini sehingga menerima lebih 100,000 tontonan dalam tempoh empat jam dan menerima pelbagai reaksi netizen.
Sumber: Harian Metro
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Poligami sebagai sunnah tetapi hukum poligami bukan sunat. Betul… poligami dibenarkan di dalam syariat Islam sebagai satu perkara yang harus, bukan wajib dan bukan sunat.
Poligami sebagai sunnah Rasulullah SAW kerana poligami dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. Sunnah bermaksud setiap perlakuan atau perbuatan Rasulullah, setiap perkataan atau ucapan baginda malah setiap pengakuan baginda s.a.w. Sunat pula satu hukum yg jika dibuat perkara tersebut akan dapat pahala, jika ditinggalkan tak berdosa.
Kalau Suami MAMPU
Haaaa… kalau seorang lelaki itu berkemampuan dan mampu berlaku adil serta mempunyai hasrat untuk berpoligami, diharuskan baginya untuk berpoligami. Memang wujud kes poligami yang adil dan bahagia walau purata kesnya adalah satu daripada puluhan kes poligami yang ada.
Tetapi andai suami anda berkemampuan dan boleh berlaku adil malah telah menunjukkan usaha dan kesungguhannya untuk berlaku adil, haram bagi seorang isteri untuk memohon cerai semata-mata atas alasan tidak mahu berkongsi suami.
Ya, semua wanita akan sakit hati dan tak boleh terima suaminya mempunyai cinta baru. Bukan saja dah ada cinta baru; tika suami baru berhajat nak wujudkan cinta baru pun, isteri boleh menyinga kalahkan singa betina. Sebab apa?
Fitrah wanita tak boleh berkongsi. Hati akan sakit, cemburu akan menguasai diri. Itu hakikat! Isteri Rasulullah s.a.w pun cemburu. Pernah berlaku isu sakit menyakitkan hati antara mereka. Sarah, isteri Nabi Ibrahim melakukan pelbagai cara untuk menghapuskan cinta Nabi Ibrahim kepadanya setelah mengetahui kewujudan Siti Hajar dalam hidup baginda. Apakah kita boleh katakan Nabi Ibrahim curang? Rasulullah s.a.w juga curang?
Emosi isteri tercalar? Islam bukan zalim. Emosi isteri diambil kira oleh syarak tetapi tidak diutamakan. Perlu fahami konsep redha. Poligami adalah ketentuan syarak bermaksud bukan satu musibah sebaliknya adalah hikmah. Jika suami layak, mampu berlaku adil; isteri wajib menerima perkahwinan baru si suami.
Macam mana kalau masih enggan? Enggan bermaksud anda ingkar kehendak Ilahi; anda tidak redha dan melawan takdir Ilahi. Hati sakit? Kenapa perlu sakit sedangkan suami anda berlaku adil? Tak boleh terima ada wanita lain dalam hidup suami? Siapa anda kepada suami? Suami anda hanyalah pinjaman yang dipinjamkan oleh Allah, satu hari Dia akan ambil juga.
Ada Ego Dalam Diri
Tak boleh terima juga? Itu ego anda. Bukan kasih sayang yang setia. Isteri yang setia akan membantu suaminya menjalankan tanggungjawab sebagai suami kepada dirinya dan madunya kerana madunya juga mempunyai hak yang sama dengan dirinya- dengan syarat; suami tidak abaikan tanggungjawab yang patut menurut syarak.
Tak sanggup, nak cerai? Haram bercerai jika tanpa alasan yang munasabah menurut syarak. Tidak sanggup berkongsi kasih bukan alasan yang munasabah berdasarkan syarak sebaliknya berdasarkan emosi dan hukum menuntut cerai dalam keadaan tersebut adalah haram berdasarkan satu hadis: Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Mana-mana perempuan yang memohon cerai daripada suaminya tanpa sebab yang munasabah maka haram ke atasnya bau syurga.” -riwayat Bukhari, Muslim, Tirmizi, Abu Daud dan Ahmad.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sebenarnya dalam hubungan suami dan isteri, perkara yang terpenting penentu kebahagiaan adalah kesetiaan. Bila kita setia pada pasangan dan berkorban segalanya ianya membuktikan betapa kita mencintai pasangan seadanya.
Katanya mudah untuk mencinta, tetapi sukar untuk setia. Kesetiaan itu tak perlu dicari sebenarnya, kerana ia datang sendiri tatkala kita cinta dan sayang pada pasangan dengan ikhlas.
Bina family tak mudah! Pasangan adalah sukar difahami! Rumit masalah hidup akan ringan bila sabar dan mahu berubah, doa dan ilmu agama. Kena banyak… Cinta tu kosong kalau tak diuji!
.
Tanpa family manusia itu kosong manusia tak hidup sendiri dan tak boleh hidup tanpa manusia “Sebab islam mengajarkan silaturahim sebagai amal mulia”.
.
Bab setia pula… Tetaplah setia walau di mana jauh kita berada… perasaan risau dan jealous itu memang perlu ada dalam diri setiap orang…
.
Semua orang boleh cakap tentang cinta… tapi tak semua mampu setia!
.
Setia bukan bermakna kita ini sempurna… tetapi setia ini kita saling menjaga antara satu sama lain…
Sukar Dicari
Mencari kesetiaan itu seperti mencari jarum dalam beras! Sangatlah susah.
.
Apa yang saya faham dalam sebuah hubungan adalah tentang pentingnya nilai kejujuran dan kesetiaan…
.
Dan satu-satunya perkara yang paling bernilai di dunia ini adalah nilai sebuah kesetiaan..!
.
Kesetiaan tak akan bererti apa-apa kecuali pada prinsip dan pengorbanan diri..
.
Lamanya waktu masa bercinta tak akan menjamin dalamnya rasa sebuah cinta… Apa lagi tanpa rasa saling percaya dan kesetiaan…
.
Bila kita tak setia kita akan mengundang orang-orang yang tak setia untuk mengisi ruang kehidupan kita…
Janganlah berharap untuk seseorang terus bersama kita selamanya.. . Kesetiaan ini tak perlu dicari… Dia akan datang dengan sendiri bila kita mencintai dn menyayangi seseorang itu dengan ikhlas..
Sederhanalah dalam mencintai… ikhlas lah dalam menerima kekurangan seseorang… Dan setia dalam menjalinkan sebuah hubungan
.
Tag dan share pada kawan yang resah tentang pasangan mereka.
MW: Cubalah belajar untuk setia pasangan. Jika anda setia, sudah tentu pasangan berfikir dua kali untuk curang. Oleh itu sayangi dan cintai pasangan seadanya, terima baik dan buruknya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Panik Azura Abdullah apabila tetamu yang menziarahi suaminya yang alami Dimensia tiba-tiba merakam aksi suami yang sedang mengamuk mencampakkan makanan.
Dimensia ini, orang biasa sebut nyanyuk. Itu sejenis penyakit yang biasa dialami orang-orang tua yang dah lanjut usia. Tapi dalam kes Azura, suami beliau alami strok sehingga disahkan alami Melas Sindrom.
Bukan semua orang faham betapa sukarnya menjaga seorang pesakit yang alami Dimensia ini. Cuma mereka yang alami paling memahami. Namun, tak bermakna anda perlu buat tak tahu.
Belajar hadapi pesakit sebegini. Jadi tidaklah nanti timbul cakap-cakap belakang yang sakitnya hati ‘caregiver’ nak terima atau nak berlapang dada.
Kisah wanita tabah ini boleh dijadikan panduan untuk anda memahami adab ketika bersemuka atau melawat pesakit Dimensia.
Karenah Tetamu Buat Saya Hilang Kata-kata
Beberapa hari lepas Abe Mie berjaya memegang sudu dan cawan dengan tangan kanannya. Berjaya menyuap makanan dengan tangan kanan. 5 bulan lalu beliau terlantar di katil, bagaikan jasad bernyawa.
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Terima kasih Allah SWT.
Kejayaan kecil yang amat bermakna buat kami sekeluarga khasnya. Tidak tergambar betapa gembiranya. Anak-anak juga sangat teruja untuk melihat kejayaan kecil seterusnya.
Itulah juga perasaan para ‘caregiver’ serta keluarga lain yang menjaga pesakit siang dan malam. Kejayaan kecil inilah pemangkin semangat kami untuk terus istiqomah dan terus melangkah serta bertahan.
Ketika kami para ‘caregiver’ berjuang mengurus dan menangani keadaan serta karenah pesakit di rumah tidak dinafikan kadang-kadang ada juga cabaran yang di luar kawalan para ‘caregiver’ menjengah. Di antaranya ialah karenah tetamu yang kurang empati atau langsung tiada empati.
Kegembiraan saya dan anak-anak melihat pencapaian suami di pagi yang hening beberapa hari lepas bertahan beberapa jam sahaja apabila kami diterjah oleh beberapa orang tetamu yang kerenah mereka membuatkan saya hilang kata-kata.
Suami saya yang mempunyai dimensia dan sedang tenang-tenang makan ditemani saya tiba-tiba mengamuk akibat dalam sekelip mata suasana tenang bertukar kalut dengan suara yang kuat, diasak berbagai soalan.
Mereka bercakap tentang beliau di hadapan beliau seolah-olah beliau tidak wujud. Menambahkan kronik lagi kepada keadaan, tetamu tersebut membaca Surah Yassin pula secara kuat di hadapan suami saya ketika suami mengamuk dengan mencampakkan makanan.
Kak Jangan Sebarkan Aib Suami Saya
Mereka andaikan suami saya dirasuk hantu saya kira. Saya juga diberitahu oleh mereka ada seorang saudara mereka ada penyakit sebegini juga dan kebiasaannya orang-orang tua panggil ‘gila’, telah meninggal. Allahurobbi! Tetamu apakah ini ya Tuhan.
Sedang suami saya mengamuk dan cuba tanggalkan pakaiannya, anak perempuan saya memberitahu saya, “Ibu, makcik tu dok rakam abah dengan handphone. Tolong ibu, tolong suruh dia stop. Kesian abah.”
Allahu Allah! Tetamu apakah ini? Benar-benar Allah SWT mahu menguji saya dan anak-anak. Semenjak suami saya sakit on dan off dari tahun 2010, inilah tetamu paling menduga emosi saya.
Sepanjang 2 minggu di kampung baru-baru ini hampir setiap hari rakan-rakan sekerja saya dan suami menziarah suami di rumah Mak saya di Kulim juga tidak sebegini. Ya Tuhan! Saya tidak mampu mengawal perasaan kecewa saya lagi.
Secara baik saya katakan, “Kak, bolehkah jangan rakam suami saya. Jangan sebarkan aib suami saya. Kak pulang dahulu ya. Suami saya perlu bertenang.” Laju sahaja keluar dari bibir saya dan dengan sedaya upaya saya cuba mengekang air mata dari jatuh.
Saya tiada pilihan, itulah yang terbaik untuk suami saya sebelum keadaan menjadi semakin buruk.
Pada sebelah malamnya saya berkongsi di dalam group ‘caregiver’ dan pesakit strok yang dikelola oleh Uda Raudzah Arippin tentang apa yang berlaku. Rata-ratanya mereka juga berkongsi dan pernah mengalami pengalaman yang sama seperti saya.
Mungkin pada sesetengah dari kita merasakan melawat mereka yang mempunyai dimensia adalah tidak bermakna, sekadar lawatan menunjukkan body language kerana ingatan pesakit dimensia yang bermasalah.
Walau bagaimanapun menurut satu kajian di United Kingdom ke atas 300 orang pesakit dimensia menunjukkan 64% dari mereka berasa kesunyian dan tersisih dari keluarga.
Jadinya adalah amat penting untuk kaum keluarga dan rakan-rakan untuk terus berhubung dengan mereka untuk kebaikan kesihatan mental dan emosi mereka.
Melawat mereka dengan menjaga adab dan batas kesusilaan manusia serta penuh empati adalah salah satu cara yang efektif untuk kesihatan mental pesakit. Di sini saya kongsikan beberapa point sebagai panduan buat kita semua ketika menziarah pesakit yang mempunyai ‘dimensia’.
Adab Menziarah Pesakit (Dimensia)
1. Sapa mereka dari hadapan dan bukan dari belakang. Bercakaplah dengan suara yang lembut dan tidak mendesak.
2. Untuk memulakan perbualan, kenalkan diri anda dan maintain eye contact.
3. Walaupun mereka tidak mengingati siapa anda, buat seperti biasa dan sentiasa senyum untuk wujudkan suasana selesa.
4. Sabar dan jadilah pendengar yang baik ketika berbual.
5. Hadkan jumlah tetamu dalam satu-satu masa supaya tidak terlalu ramai. Jika tidak dapat dielakkan, bergilir-gilir berbual dengan pesakit untuk mengelakkan pesakit kurang selesa dan merasakan fokus tiba-tiba kepadanya.
6. Beritahu penjaga/caregiver kepada pesakit terlebih dahulu tentang rancangan anda untuk melawat supaya mereka dapat beritahu anda waktu yang sesuai. Caregiver perlu siapkan pesakit supaya pesakit dalam keadaan bersedia dan selesa eg: mandi, tukar lampin pakai buang, makan dan sebagainya.
7. Bersedia untuk mendengar perbualan dan perkataan yang kurang menyenangkan dari pesakit. Anda perlu faham bahawa mereka tidak bermaksud sedemikian kerana ingatan mereka tidak teratur.
8. Elakkan membuat promosi produk-produk kesihatan, alternatif dan urutan kepada caregiver. Mereka lebih mengetahui keadaan pesakit dari anda dan sentiasa berhubung rapat dengan doktor pakar.
9. Jangan sekali-kali merakam video atau mengambil gambar pesakit tanpa kebenaran caregiver. Hormati privasi mereka walaupun anda adalah keluarga terdekat mereka. Mengambil gambar/video pesakit di dalam keadaan mereka tidak berupaya dan kemudiannya menyebarkan ke media sosial adalah amat tidak beretika dan tidak menghormati emosi keluarga pesakit.
10. Ingat kembali apa niat dan tujuan kita menziarah pesakit.
Didoakan ada manfaatnya. Jika anda adalah penjaga pesakit yang mempunyai dimensia dan sudi berkongsi pengalaman anda, silakan di ruang komen ya.
Semoga para caregiver diberi ketabahan dan kemudahan oleh Allah swt dalam menjalankan amanah yang tidak mudah ini.
Ini Lebih Detail Tentang Dimensia
Dimensia adalah istilah yang digunakan untuk menjelaskan kemerosotan fungsional yang seringkali disebabkan oleh kelainan yang terjadi pada otak.
Dimensia adalah kumpulan penyakit dengan gejala-gejala yang mana mengakibatkan perubahan pada pesakit dalam cara berpikir dan berinteraksi dengan orang lain. Kebiasaannya dimensia ini akan memberi impak kepada memori jangka pendek, fikiran, kemampuan bertutur dan kemampuan motorik.
Ianya akan merubah peribadi pesakit. Pesakit dimensia akan kehilangan kemampuan serta kemahiran tertentu juga pengetahuannya yang telah ada sebelumnya.
Isteri temui arwah suami sudah tidak bernyawa. Salah takziah diucapkan buat keluarga pelakon veteran Allahyarham Roslan Saleh yang meninggal dunia pagi tadi ketika sedang...