Tak dinafikan dalam rumahtangga suami isteri seharusnya menjaga aib pasangan, menutup segala kekurangan serta kelemahan yang ada daripada diketahui orang. Namun demikian, perlu perbetulkan juga pemahaman bahawa bukan semua perkara perlu ‘disimpan’ atas alasan demi ‘menjaga aib’.
Perlu sedar jika sampai tahap membahayakan nyawa dan mencederakan diri, ia bukanlah termasuk dalam ‘membuka aib’ sebaliknya ia perlu ‘didedahkan’ pada orang yang boleh membantu.
Untuk faham lebih lanjut, baca perkongsian daripada Kaunselor Puan Normaliza Mahadi ini.
Mohon betulkan pemahaman tentang ‘membuka aib’.Mak-mak diseluruh Malaysia tolong baca ini.Melaporkan kepada polis perbuatan suami memukul, menyepak, menerajang, mencederakan, menumbuk, mematah riukkan tulang dan mendera sampai pengsan bukanlah termasuk membuka aib suami.
Mengadu kepada orang yang boleh membantu dalam keadaan membahayakan nyawa juga bukan termasuk dalam membuka aib.
Contoh 1
Membuka aib ini adalah apabila suami mati pucuk dan dicanang dalam media sosial dan diberitahu kepada semua saudara mara dan adik beradik. Beritahu orang yang tak ada kena mengena dan juga tak boleh membantu.
Tetapi memberitahu doktor pakar hal ini untuk perubatan juga bukan perbuatan membuka aib.
Contoh 2
Membuka aib adalah apabila suami berpendapatan kecil dan tidak mampu nak membeli barangan mahal. Tetapi isteri bercerita dengan ramai orang sebab tak puas hati dan sengaja nak malukan suami.
Tetapi perbuatan isteri bertanya kepada pakar kewangan bagaimana nak bantu suami menambah pendapatan bukanlah membuka aib.
Contoh 3
Buka aib suami ni adalah menceritakan kelemahan suami yang sepatutnya dijaga dengan baik oleh isteri.
Suami kentut busuk. Buang air besar sembelit. Suami pakai gigi palsu. Suami tak reti nak betulkan lampu kat rumah. Suami tak pandai cakap orang putih. Suami takut gelap. Suami tak pandai nak kira sangat. Suami lambat faham sesuatu. Suami banyak hutang. Suami tak cekap ingat jalan sebab suami lembam.
Ini semua kelemahan yang tak payah cerita dengan orang pun. Hanya cerita dengan polis aje itupun kalau polis tanya sebab berkaitan hal tertentu.
Ads
MAKANYA SILA BERHENTI MENYATAKAN BAHAWA TAK MAHU BUAT LAPORAN POLIS WALAUPUN TELAH DIBELASAH SAMPAI HAMPIR MATI DAN DITUMBUK SAMPAI LEBAM, DITOLAK SAMPAI PATAH RIUK, DIUGUT NAK KENA BAKAR HIDUP-HIDUP DAN SEANGAKATAN DENGANNYA SEBAGAI MENUTUP AIB SUAMI!!!!!!!
Mak-mak, mohon betulkan kepala hotak yang kata tak laporkan kejadian jenayah ni sebagai menutup aib!!!!!
MW: Ada benarnya apa yang kunselor ini kongsikan. Simpan aib pasangan biarlah berpada-pada.Mengadu kepada orang yang boleh membantu dalam keadaan membahayakan nyawa juga bukan termasuk dalam membuka aib.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik, kursus-kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini.Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI
Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 12 Jun dan 26 Jun 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti. ( https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/ )
Orang perempuan bergelar isteri ni memang luar biasa pemikirannya. Kadang luarbiasa ‘akalnya’ dalam perkara tertentu. Situasi ‘pinjam’ duit dengan suami mungkin perkara biasa berlaku dalam rumahtangga. Mungkin nak minta duit segan, jadi guna istilah ‘pinjam’.Tapi sampai ke sudah tak tahu bila nak bayar semula.
Bukan apa, pinjam duit suami ni bagi orang perempuan, umpama dapat ‘hadiah’. Apatah lagi, bila suami tak berkira minta dibayar semula, itu yang mampu buat isteri tersenyum bahagia.
Pengalaman dan kisah yang dikongsikan olehMohd Fhaisini, mungkin ramai suami isteri yang pernah hadapi situasi yang sama.
“Abang ada 100 ringgit tak, pinjam dulu”
Isteri nak pinjam duit. Katanya mesin ATM kat tempat kerja rosak, malas nak gi bank cucuk duit.
Saya kata ok la. Pegi la ambil dalam dompet. Ambil berapa pun boleh.
Kebetulan saya baru je cucuk duit juga. Ada la dalam dompet tu 235.80 baki lepas dah settle bayar bil semua.
Bila nampak ada 200+ tu pun isteri teringat sesuatu.
“Abang pinjam 200 boleh, baru teringat ada nak bayar COD barang hari ni”
Saya kata ok je. Ambil la.
“Terima kasih abang”, sambil tersenyum
Bahagia sangat nampaknya. Dapat 200 ringgit macam dapat 200,000.
Rasa macam di permainkan pula.Dia bukan malas nak gi bank sebenarnya ni, dia nak duit dari saya je untuk buat dia rasa bahagia.
Patut la, bukan sekali ni tapi dah beratus kali kena modus operandi pinjam duit yang sama.
Bahasa Cinta Isteri
Baru saya teringat, bahasa cinta isteri saya ni ialah hadiah. Dia akan rasa bahagia bila saya bagi hadiah.
Mungkin sebab dah lama tak dapat hadiah, dia pun buat la akal macam tu. Umpama ambil dari duit dompet saya tu macam dapat hadiah la.
Sejak dari itu sengaja saya biarkan ada duit tunai dalam dompet. Duit tu memang khas saya sediakan untuk dipinjam oleh isteri.
Paling bestnya saya tak pernah pun minta isteri bayar balik kerana Allah selalu bayarkan untuk isteri.
Pinjam 200, dapat balik 2000 memang untung sangat la. Rezeki datang tanpa ditagih.
Sebenarnya bukan isteri yang pinjam duit kita, tapi kita yang pinjam rezeki dia.
Wallahu A’lam,
Mohd Fhais
Ambil la banyak banyak pun tak apa duit suami duit isteri juga
Selagi bahagia, pedulikan cakap-cakap orang yang cuba tentukan hala tuju rumah tangga kita. Paling penting, suami, isteri bahagia melayari bahtera rumah tangga, usah pedulikan kata-kata orang yang tidak tahu apakah yang kita lalui saban waktu.
Tidak kiralah cakap-cakap rakan terdekat sekali pun, jangan percaya bulat-bulat. Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin ini dan hadam baik-baik ya:
Banyak rumah tangga yang rosak akibat “cakap-cakap” orang…
Kadang-kadang itu, kita dengan pasangan memang tidak masalah, memang ok… Tapi orang lain pula yang nampak “tak ok”…
Ada pasangan, kita dengar dia panggil pasangan dia “kau”, dia bahasakan diri dia “aku”…
Kita cakap, panggillah ayang ke, abang ke, sayang ke, darling ke, baru mesra sikit, nampak sikit hormat dekat pasangan…Walhal mereka itu langsung tak ada masalah bab panggil memanggil ini…
Pernah dengar mak hang, pak hang? Lagi kasar, nampak lagi kurang hormat tapi ada pasangan yang guna dan tak pula bercerai-berai sampai sekarang…
Jadi, ikut keselesaan pasangan itulah nak panggil atau bahasakan diri mereka itu apa…Hormat itu tak terletak pada gelaran, tapi perbuatan dan apa yang diucapkan…
Kita nampak pasangannya selalu balik lambat… Awal subuh sudah keluar umah, lewat malam baru balik…
Kita cakap, “Baik kau check ke mana laki kau pergi… Lewat dia balik itu, mesti ada skandal dekat luar…”
Ah sudah…walhal orang itu buat dua kerja… Siang kerja office, malam bawa Grab atau jadi Rider… Cari rezeki, untuk keluarga…
Tapi bila ada orang sudah mula cakap-cakap macam itu, isteri sudah mula rasa terancam, rasa macam ada betulnya juga apa yang dicakap itu…
Mulalah syak wasangka dan fikir bukan-bukan dekat suami dia… Tak ke dosa?
Pedulikan Cakap-cakap Orang Luar
Orang belajar tinggi-tinggi, end up jadi surirumah…
Kita pun cakap, “Rugi belajar tinggi-tinggi kalau nak jadi surirumah… Baik tak payah belajar…”
Hmm, kalau itu yang terbaik untuk keluarga, why not? Ok what jadi surirumah yang ada degree, ada master… Tahulah kita ini ada PHD (perasaan hasad dengki)…
Bukannya sia-sia apa yang belajar itu, kelak berguna juga dalam mendidik anak-anak… Lagi satu, itu adalah permintaan suami dia, maka bila sudah jadi isteri, dia kenalah taat dengan perintah suami kerana ianya untuk kebaikan keluarga…
Kenapa kita hendak paksa dia bekerja? Kenapa kita nak suruh dia cari duit? Suami dia letak dia di rumah sebab suami dia mampu… Tak salah kan?
Bila suami bagi isteri hadiah, bawa isteri jalan-jalan, layan isteri baik-baik, kita kata “Suami manjakan isteri sangat, nanti naik kepalalah isteri tu…”
Pulak dah…sudah tu, nak kena layan isteri macam mana? Kira ok la tu, itu menunjukkan suami itu seorang yang memuliakan si isteri, menghargai si isteri… Isteri tak naik kepala kalau suami itu baik dengannya…
Yang naik kepala itu, isteri yang tak bersyukur dapat suami baik… Kalau dia isteri yang bersyukur, insyallah dia tak naik kepala…
Jangan Biarkan Orang Tentukan Rumah Tangga Kita
Sebenarnya, banyak lagi kalau nak diceritakan mengenai “cakap-cakap” orang ini… Antaranya, banyak orang yang akan mencampuri urusan rumah tangga kita…
Dan banyak yang akan menyuruh kita buat itu, ini… Malah banyak yang cuba buat keputusan untuk keluarga kita… Selain itu, banyak yang akan mempengaruhi kita…
Nasihat saya, dengar boleh, tapi jangan sampai terbawa-bawa sehingga ianya menjejaskan hubungan kita dengan pasangan…
Hanya kita dan pasangan yang tahu apa yang terbaik untuk keluarga kita…selagi kita dgn pasangan ok, maka jangan terlalu menghiraukan “cakap-cakap” orang ini…
Mereka tetap orang luar walau seberapa rapat pun mereka dengan kita… Jangan biarkan orang lain yang tentukan hala tuju rumah tangga kita…
MW: Rumah tangga mak, ayah biarlah kita sendiri yang tentukan, pedulikan kata-kata orang. Lebih-lebih lagi kata negatif. Bahagialah dengan cara kita sendiri.
Dalam mendidik anak ini terlalu banyak seninya dan setiap anak berlainan sekali seninya. Anak sulung tak semestinya sama dengan anak bongsu, begitulah jua sebaliknya biarpun kitalah mak,ayah yang sama.
Kadang-kadang dalam mengejar gelaran mak, ayah mithali kita terlepas beberapa perkara. Sebenarnya tak salah mak, ayah hendak bahagiakan anak tapi jangan sampai tersalah mengajar anak hingga merasuah.
Ikuti perkongsian Puan Wawa Shauqi ini dan fahami mesej yang cuba disampaikan:
Pujuk, Atau Ajar Anak Rasuah?
Biasa memang gini kan tuan, puan. Dengan mak macam-macam pantang larang. Tiba-tiba dengan bapak semua dapat! Hahaha!
Tak payah terasa ya. Saya dengan suami pun pernah bertekak benda yang sama.
Saya faham. Ramai ibu bapa mithali di luar sana nak bahagiakan hati anak-anak. Tapi hati-hati. Tanpa kita sedar, kita mengajar mereka terima rasuah. Yezz.. Seramkan?
Tak Salah Nak Bahagiakan Anak
Iya, apabila kita memberi sesuatu kepada anak untuk hentikan rajuk dan tangis, kita sebenarnya merasuah mereka. Di hari lain, apabila mereka nakkan sesuatu dari kita, mereka akan gunakan rajuk dan tangis ni sebagai senjata.
Sebab apa? Sebab dia tahu itulah senjata yang paling berkesan untuk dia dapat apa yang dimahukan. Atau untuk dia elak buat benda yang dia tak mahu buat.
Tindakan ini dinamakan tantrum. Lagi ayah tunjuk saspen, lagi mak tunjuk muka takut, lagi galak dia tantrum.
Langkah yang perlu dilakukan ketika menghadapi anak tantrum :
1. Kekal tenang dan bagi muka ‘hati kering’ pada anak.
2. Bertegas dan mengesahkan perasaan anak, “Ayah tau awak nak kereta tu dan awak kecewa. Tapi kita sudah bincang dah sebelum keluar tadi, kita tak akan beli mainan lagi.”
3. Beri pilihan. “Along boleh menangis, tapi kita terpaksa balik. Tapi kalau Along boleh berhenti, kita akan terus jalan-jalan dalam mall ni.”
4. Jangan beri perhatian sehingga anak berhenti mengamuk/ merajuk.
5. Bila anak berhenti mengamuk/ merajuk, peluk dirinya dan beri pujian. “Terima kasih Along kerana bekerjasama dengan ayah. Ayah sayang kalau Along selalu macam ni.”
6. Nasihat Kalau masih ada marah yang berbaki, beri dia masa sehingga dia reda. Sekiranya sudah ok, boleh ingatkan semula tentang peraturan yang sudah dibuat.
Nota kaki: 1. Tantrum berlainan dengan meltdown. Meltdown biasa berlaku pada kanak-kanak berusia 3 tahun ke bawah. Atau kanak-kanak istimewa (seperti autism) yang tak dapat mengawal emosi dan ransangan sensori yang mereka terima. Ibu ayah perlu lebih berlembut untuk mententeramkan anak ini.
2. Rasuah berbeza dengan ganjaran. Rasuah adalah ‘hadiah’ yang diberi kepada anak sebelum anak buat sesuatu yang kita minta. Ganjaran diberi selepas anak berjaya melakukan sesuatu yang diminta.
MW: Sebagai mak,ayah sudah tentu mahukan yang terbaik untuk anak-anak tersayang. Namun berpada-padanya kerana lama-kelamaan buruk kesannya pada perkembangan anak jika tidak kena caranya.
Seorang pelajar tahun lima meninggal dunia akibat influenza di Dungun. Ibu mangsa berkongsi detik sedih apabila anaknya, Muhammad Amsyar Farhan, kejang selepas muntah sebelum disahkan meninggal dunia. Ketahui kisah penuh dan pentingnya kesedaran tentang bahaya influenza.