Sesungguhnya sampai bila seorang isteri harus bertahan dalam rumah tangga yang tak bahagia? Sebaiknya, jika ada perubahan pada rutin harian dan juga emosi, mak-mak bertindaklah.
Bukan hanya untuk kepentingan diri sendiri malahan untuk anak-anak jua. Sudah pasti anak-anak akan merasa tempias jika hubungan mak dan ayahnya tidak berjalan lancar. Ikuti perkongsian Nur Farhana Rizal dan ketahui sampai bila Seorang isteri dan ibu harus bertahan:
Saya terima banyak soalan daripada para isteri,
“Sampai bila saya hendak bertahan ini puan?”
Ok. Untuk soalan ini, saya kongsikan begini.
Sampai Bila Harus Bertahan
Pertama, lihat diri kita. Jika yang berlaku pada kita adalah kekasaran fizikal yang bukan sekali, malah berkali-kali, bertindaklah puan.
Buat laporan polis, pergi hospital untuk dapatkan rawatan, dan terus ke mahkamah rendah syariah atau pejabat agama untuk kita dapatkan bantuan dan khidmat nasihat.
Tak guna bertahan, bila kekasaran fizikal ni bukan lagi sesuatu yang tidak sengaja, tapi memang badan kita ni jadi bahan untuk dilepaskan amarah.
Anak-anak pun, saya berani jamin, takkan membesar dalam keadaan kesihatan mental yang baik. Bertindaklah puan.
Keduanya, bila mana, kecederaan emosi puan-puan, telah menyebabkan puan mempunyai perbuatan atau percubaan mencederakan diri puan juga anak-anak puan, sama ada secara fizikal atau secara penderaan emosi.
Contoh, puan pukul diri puan, puan pukul anak-anak, puan memarahi anak-anak sehingga di luar kawalan, puan tidak lagi boleh rasional bila dalam keadaan emosi terganggu, bertindaklah puan.
Pergi ke klinik kesihatan terdekat, beritahu masalah dan tingakah laku yang telah puan lakukan, pegawai perubatan akan membuat surat rujukan kepada kaunselor di hospital.
Semasa sesi, kita bantu puan, dan kita cuba juga memanggil suami juga ahli keluarga untuk sama-sama hadiri sesi kaunseling untuk perbaiki hubungan. Supaya sama-sama boleh bertindak.
Dan mungkin juga, puan akan mendapat celik akal, apa yang mesti dilakukan pada diri puan, dan rumah tangga puan. Sebab kita akan tidak rasional, bila kita tertekan.
Bertindaklah Segera Jika Ada Yang Mudarat
Jadi, di sini, apa yang utama, kita lihat diri kita. Jika terdapat perubahan pada rutin kita, pada emosi kita, pada perhubungan kita terutama dengan anak-anak, yang memudaratkan, bertindaklah.
Jadi, untuk perhubungan macam mana pula, yang puan kata, kita masih boleh bertahan? Dan tak jemu doa tu?
Semoga para wanita dan isteri kesayangan Allah semua yang membaca, akan selalu dimudahkan urusan.
Sesebuah rumah tangga memerlukan tolak ansur dan kerjasama antara pasangan. Rumah tangga sebenarnya bukan medan suami semakin senang dan isteri pula semakin susah, itu sudah zalim namanya.
Pabila sang isteri merasakan perkahwinan membuatkan dia terbeban dengan terlalu tanggungjawab berbanding, suami perlu check balik. Salah dan zalim seorang suami kepada isterinya bila perkara ini berlaku.
“Serba-serbi saya kena buat sendiri, sampai saya tertanya-tanya, siapa ketua keluarga sebenarnya?”
Saya atau dia… Saya ini isteri, dia itu suami… Tapi bebanan saya lebih daripada bebanan dia… Tanggungjawab saya lebih daripada tanggungjawab dia… Tugas saya lebih daripada tugas saya…
Realiti… Persoalan yang bermain di fikiran kebanyakan isteri… Siapa ketua keluarga sebenarnya?
Kalau apa yang isteri perlu buat itu melebihi apa yang suami perlu buat, maka kita zalim pada isteri kita…
Kalau apa yang isteri perlu tanggung itu melebihi apa yang suami perlu tanggung, maka kita zalim pada isteri kita…
Pengertian zalim itu adalah apabila kita meletakkan sesuatu bukan pada tempat yang sepatutnya…
Rumah tangga bukan medan suami semakin senang, isteri semakin susah… Bukan ini caranya rumahtangga itu dikendalikan…
Bila kita tidak melaksanakan sesuatu yang diwajibkan ke atas kita untuk kita sendiri lakukan, maka akan berlakunya penganiayaan pada pihak yang satu lagi…
Jangan letak tanggungjawab kita ke bahu isteri… Jangan letak kewajipan kita ke bahu isteri… Isteri bukan tempat untuk kita membuang segala apa yang patut ditanggung kita…
Akan berlaku konflik tanggungjawab jika kita membiarkan perkara ini berlarutan… Isteri lebih layak menjadi ketua keluarga berbanding suami, dan ini satu masalah besar dalam rumah tangga…
MW: Sebagai suami, jangan biarkan isteri terbeban lama-lama bimbang timbul masalah lebih besar dalam rumah tangga jika masalah ini tidak dibendung. Malah, suami jangan pula lepas tangan bila isteri mampu lakukan serba-serbi. Renung-renungkan.
Sumber: Firdaus Shakirin
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Keterujaan seorang pelajar diragut apabila dia maut dalam perjalanan ke sekolah. Remaja ini menaiki motosikal baru yang dibeli bapanya untuk ke sekolah. Namun takdir mengatasi segalanya apabila pelajar ini meninggal dunia akibat kereta buat pusingan U di tempat yang salah.
Seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat maut apabila motosikal ditunggangnya berlanggar dengan sebuah kereta yang membuat pusingan U di Jalan Tanjung Rambutan-Chemor, berhadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Rambutan pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, Nurul Syahira Zamri, 16, dari Kampung Kolam, Jalan Chemor disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan ke sekolah dengan menaiki motosikal jenis Honda SM Sport yang baru sahaja dibeli bapanya untuk kemudahan pergi ke sekolah.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, kejadian berlaku apabila kereta jenis Perodua Kenari dipandu wanita berusia 46 tahun membuat pusingan U secara tiba-tiba menyebabkan mangsa yang berada di laluan berkenaan tidak sempat mengelak.
“Keadaan itu menyebabkan mangsa dikatakan terlanggar bahagian tepi sebelah kanan kereta itu lalu tercampak di atas jalan.
“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala,” katanya.
Menurutnya, siasatan mendapati lokasi kemalangan adalah kawasan dilarang membuat pusingan U. Ketika membuat pusingan, katanya, kereta berkenaan turut terlajak masuk ke laluan bertentangan menyebabkan satu lagi pelanggaran berlaku membabitkan kenderaan itu dengan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dipandu seorang lelaki berusia 48 tahun.
“Bagaimanapun kedua-dua pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan, cuma kerosakan pada kenderaan masing-masing.
“Pemeriksaan lanjut mendapati pemandu wanita tersebut tidak mempunyai lesen memandu,” katanya.
Jelas A Asmadi lagi, mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk bedah siasat.
“Siasatan lanjut kini diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
MW: MW merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa kemalangan. Ternyata bukan mudah untuk menerima pemergian anak secara tiba-tiba begini. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosanya dan keluarga allahyarham tabah menerima ujian berat ini. Al-Fatihah.
Setelah penat menguruskan rumah tangga atau bekerja tanpa henti, tidak salah untuk perempuan, wanita mahupun isteri untuk memberi reward pada diri sendiri. Reward diri bukan dengan hanya membeli belah apa yang diinginkan tetapi kadang-kadang cukup dengan rehatkan diri seketika.
Namun, cara dan bagaimana seeorang itu gunakan untuk reward diri masing-masing. Beli barang mewah, bercuti atau berehat sahaja. Masing-masing ada cara tersendiri. Ambillah masa untuk diri setelah penat bekerja mahupun menguruskan rumah tangga.
Perkongsian daripada Azizul Azli Ahmad ini cukup membantu buat mak-mak atau wanita bekerja dalam cara menggunakan reward diri. Katanya, nak reward diri boleh tapi biarlah ia memberi kebaikan pada diri sendiri.
1. Tak ada salahnya nak reward diri jika benda yang kita beli bawa kebaikan buat kita.
2. Janganlah tiap bulan nak reward diri. Pastikan tidak lebih dari 20% belanja kemahuan.
3. Pastikan kalau nak reward diri, kita dah ada simpanan dana kecemasan. Kita dah ada Dana Simpanan dan Pelaburan.
Boleh tak kalau tak ada semua tu nak reward diri?
4. Boleh saja, dalam pengurusan kewangan ini tiada istilah BETUL atau SALAH. Yang ada cuma BAIK atau BURUK sahaja.
5. Cuba belajar reward diri beli sebiji rumah, barulah seksi dan jelita. Habis dah tunggu 10 tahun, 5 tahun pun dah boleh ada rumah sebenarnya.
Ramai orang guna istilah ini untuk hargai diri, mari kita belajar reward diri yang lebih bernilai, cadangan saya rewardlah dengan:
Reward diri dengan benda yang ada nilai tambah, bukan kurangkan harta kita.
Berhentilah menarik perhatian orang lain, terutama orang yang membenci kita.
Kerana kamu tidak perlu menunjukkan apapun kepada orang yang mencintaimu dengan tulus ikhlas
“Kerja kuat kuat mestilah reward diri salmah”
“Betul aku pun selalu reward diri”
“Bulan nie ingat nak beli bag tangan lagi nie”
“Aku ingat nak tempah kereta baru lepas merdeka nie”.
Kawan kawan yang baik.
Reward diri boleh saja, asal ia beri nilai tambah pada belian kita.
Belilah aset sebagai reward diri.
Belilah rumah, emas, saham, tanah atau apa saja yang baik buat masa depan kita.
Jangan reward dengan benda yang susut nilai.
Jadilah berbeza.
.
.
MW: Kena ingat tu, reward diri sebagai tanda hargai diri dan pastikan reward diri ini berbaloi ye!
Antara barangan yang terlibat ialah produk mandian dan penjagaan diri, termasuk satu unit Carrie Junior Hair and Body Wash, dua unit Selsun Shampoo 2-in-1, satu unit Lifebuoy Body Wash serta sehelai singlet jenama Byford.