Setiap kali tibanya Syawal, apa yang membuatkan kita semua tidak sabar tentulah ingin menyambut bersama orang tersayang. Bersalaman, memakai pakaian sedondon, makan juadah bersama dan raikan kegembiraan bersama-sama sanak saudara.

Namun, semua ini menjadi memori indah, bila orang tersayang tidak lagi bersama meraikannya. Pergi selamanya dan tidak akan kembali. Tak mampu bayangkan, kemeriahan dan keceriaan tidak lagi sama tanpa orang tersayang. Persiapan raya pasti akan dibuat ala kadar dan semampunya.

Namun, kegembiraan sedikit terubat bila pihak PTPTN berbesar hati untuk meraikan anak-anak yatim ini bagi menyempurnakan hari raya aidilfitri mereka tahun ini, sekurangnya-kurangnya kesedihan terubat dan mengingatkan kembali saat membuat persiapan dengan orang tersayang.

Sambut Lebaran Tanpa Orang Tersayang, PTPTN Sempurnakan Raya, Kembalikan Kegembiraan!Kehadiran Ahmd Dasuki bersama pengurusan PTPTN ke rumah Amirshahabudin.

Tanpa Orang Tersayang, PTPTN Sempurnakan Raya 

Menerusi program Sempurnakan Raya PTPTN X Mingguan Wanita keluarga terpilih bukan sahaja berpeluang membeli belah pakaian raya bersama Ketua Eksekutif PTPTN iaitu Encik Ahmad Dasuki Abdul Majid, malah menikmati jamuan berbuka puasa di hotel dan menerima duit raya dalam bentuk pembukaan akaun Simpan SSPN Prime..

Jika tahun lepas, pihak PTPTN telah menghulurkan sumbangan buat sebuah keluarga dari golongan asnaf yang terjejas disebabkan Pandemik Covid-19, kali ini, pihak PTPTN terus melakukan usaha murni dengan memberi sumbangan kepada dua keluarga yang baru sahaja kehilangan orang tersayang akibat covid-19.

Menurut Ahmad Dasuki Abdul Majid, Ketua Eksekutif PTPTN, ini adalah tahun kedua pihak PTPTN bekerjasama dengan Mingguan Wanita dalam program ‘Sempurnakan Raya Special PTPTN x Mingguan Wanita.

“Jika tahun lepas, kami memilih sebuah keluarga yang terkesan akibat pandemik covid-19 dari segi ekonomi. Tapi kali ini pula dua keluarga yang terkesan dari segi emosi kerana kehilangan orang tersayang akibat covid-19.

“Jadi, pihak PTPTN hadir untuk memberikan mereka suasana ceria, menggembirakan mereka untuk menyambut hari raya dengan lebih sempurna, walaupun masih dalam kesedihan kerana kehilangan orang tersayang.

Sambut Lebaran Tanpa Orang Tersayang, PTPTN Sempurnakan Raya, Kembalikan Kegembiraan!

PTPTN cukup bertuah kerana dapat menyempurnakan kelengkapan sambutan Aidilfitri bagi keluarga Amirshahabudin Ahmad bersama anak-anaknya dan keluarga Nurmazarina Nasuha Mazlan bersama adik-adiknya pada kali ini dan menjadi sebahagian dari memori indah mereka dalam bulan Ramadan dan Syawal.

Sambut Lebaran Tanpa Orang Tersayang, PTPTN Sempurnakan Raya, Kembalikan Kegembiraan!Amirshahabudin bersama 4 orang anaknya.

“Dulu Arwah Isteri Uruskan Persiapan”– Amirshahabudin

Bagi Amirshahabudin yang kehilangan isteri Julai 2021, segala persiapan untuk raya tahun ini seadanya, memandangkan sebelum ini arwah isteri yang banyak uruskan.

“Tahun ni tiada sebarang persiapan lagi biasanya hiasan rumah dan kuih raya diuruskan oleh arwah isteri. Jadi tahun ini kami guna apa yg sedia ada sahaja.

“Alhamdulilah dengan peluang terpilih dalam program Sempurnakan Raya PTPTN X Mingguan Wanita sedikit sebanyak menggembirakan anak-anak dalam membeli pakaian raya,” kata Amirshahabudin yang kini memikul tanggungjawab ibu dan ayah bagi 4 orang anaknya.

IKLAN

Bukan itu saja, majlis berbuka puasa yang dianjurkan oleh pihak PTPTN turut menceriakan anak-anaknya.

Galas Tanggungjawab Ketua Keluarga – Nurmazarina Nasuha

Dialah ibu dan dialah ayah. Kini segala tanggungjawab dibahunya. Kehilangan ayah pada Ogos tahun lalu akibat Covid -19 dan ibunya pada Febuari lalu, sakit jantung telah mengubah kehidupan mereka adik beradik.

“Kami reda dengan pemergian kedua-dua insan tersayang dan bersyukur kerana banyak menerima bantuan daripada keluarga terdekat dan jiran-jiran. Kata kata semangat yang pastinya memberikan sedikit impak dalam hidup saya bagi memegang tanggungjawab sebagai ketua keluarga dek kerana tonggak utama dalam keluarga telah tiada,” katanya Nurmazarina.

Sambut Lebaran Tanpa Orang Tersayang, PTPTN Sempurnakan Raya, Kembalikan Kegembiraan!Nurmazarina bersama adik beradik dan nenek.

Mengenai persiapan raya, dia cukup terharu dan bersyukur kerana terpilih menjadi salah satu keluarga untuk Sempurnakan Raya bersama PTPTN.

“Masih ingat lagi, Ramadan yang sebelum ini, selalunya, kami adik beradik bersama mak sibuk menyiapkan kuih raya untuk dibawa pulang ke kampung, tapi tahun ini kami mendapat kuih raya daripada sumbangan orang ramai,” kata Nurmazarina yang langsung tidak terbayang akan dapat berbuka puasa di hotel bersama selebriti, pegawai PTPTN dan krew Mingguan Wanita.

Sambut Lebaran Tanpa Orang Tersayang, PTPTN Sempurnakan Raya, Kembalikan Kegembiraan!

Kongsi Rezeki Persiapan Raya Di Jakel & Majlis Berbuka Puasa

Dalam menyambut hari raya, tentulah pakaian baru menjadi kemestian untuk digayakan bersama-sama keluarga. Begitu juga dengan keluarga Amirshahabudin dan keluarga Nurmazarina yang langsung tidak terfikir akan mendapat sumbangan pakaian raya daripada pihat PTPTN.

Seronoknya, kedua keluarga ini diberi peluang untuk mendapatkan pakaian pilihan untuk mereka menyambut hari raya nanti di pusat pakaian JAKEL, Kuala Lumpur.

Kedua keluarga ini telah dibawa oleh PTPTN dengan ditemani oleh Ahmad Dasuki dan pengurusan tertinggi untuk mendapatkan pakaian raya impian mereka. Walaupun suasana sudah tidak sama dengan sebelum ini, sekurangnya keluarga ini berhak untuk diraikan.

IKLAN

“Ini adalah niat murni yang dilakukan oleh pihak PTPTN. Fungsi PTPTN adalah menyediakan satu skim simpanan bagi tujuan pendidikan anak-anak seperti Simpan SSPN. Apabila berlaku perkara tidak diingini pada ibu bapa, sumbangan dari takaful ini dapatlah digunakan oleh waris atau anak yang ditinggalkan,” kata Ahmad Dasuki tentang kelebihan Simpan SSPN.

Sambut Lebaran Tanpa Orang Tersayang, PTPTN Sempurnakan Raya, Kembalikan Kegembiraan!Mencuba pakaian raya baru.

Tambahnya lagi, dalam majlis istimewa meraikan dan menyantuni keluarga Encik Amirshahabudin dan adik Mazarina di majlis berbuka puasa di Hotel Eastin Kuala Lumpur, ia dapat memaparkan sisi berbeza PTPTN dalam mendekati dan membantu masyarakat.

“PTPTN dikenali dengan memberi pinjaman, bayaran balik, Simpan SSPN dan sebagainya. Kali ini, sisi berbeza PTPTN adalah dengan menyantuni keluarga ini untuk mereka membeli belah, membuat persiapan raya supaya tidak ketinggalan menyambutnya. Sekurang-kurangnya, nikmat rezeki PTPTN dikongsi bersama,” katanya lagi.

Selain Encik Ahmad Dasuki turut hadir bersama ialah Puan Wan Zawiah Wan Abu Bakar, Pengurus Besar Kanan, Jabatan Komunikasi Korporat Dan Pemasaran PTPTN dan pasangan selebriti, Umi Nazeera bersama pasangan Dr Mohd Izzar Anwari serta ikon PTPTN, Kak Ngah Patin.

Bagi Wan Zawiah pula, dengan majlis dan sumbangan yang diberikan kepada dua keluarga ini, sedikit sebanyak dapat menyempurnakan sambutan aidilfitri nanti.

Sambut Lebaran Tanpa Orang Tersayang, PTPTN Sempurnakan Raya, Kembalikan Kegembiraan!

Puan Wan Zawiah
Sambut Lebaran Tanpa Orang Tersayang, PTPTN Sempurnakan Raya, Kembalikan Kegembiraan!
Sambut Lebaran Tanpa Orang Tersayang, PTPTN Sempurnakan Raya, Kembalikan Kegembiraan!
Raikan kegembiraan dengan pakaian raya yang dipilih.

Inisiatif Mulia & Sentiasa Berterusan – Umi Nazeera & Dr Mohd Izzar

Dalam keterujaan menyambut majlis berbuka puasa di Hotel Eastin, keluarga ini turut dimeriahkan dengan jemputan khas selebriti Umi Nazeera dan Dr Mohd Izzar Anwari.

Bagi Umi Nazeera, dia sangat berbesar hati kerana berpeluang untuk meraikan kemeriahan majlis berbuka puasa bersama kedua ahli keluarga ini bersama PTPTN.

IKLAN

Sambut Lebaran Tanpa Orang Tersayang, PTPTN Sempurnakan Raya, Kembalikan Kegembiraan!Umi Nazeera dan suami, Dr Mohd Izzar.

Sambut Lebaran Tanpa Orang Tersayang, PTPTN Sempurnakan Raya, Kembalikan Kegembiraan!

Sambut Lebaran Tanpa Orang Tersayang, PTPTN Sempurnakan Raya, Kembalikan Kegembiraan!

 

“Program ini adalah salah satu inisiatif yang sangat mulia dan sedikit sebanyak dapat meraikan kegembiraan dan keceriaan buat keluarga yang kehilangan orang tersayang.

“Saya rasa, program seperti ini harus diteruskan lagi pada masa akan datang dan sentiasa berterusan. Inilah masanya untuk kita meraikan mereka yang memerlukan dan kesedihan itu dapat dilupakan seketika.

Sementara itu, Dr Mohd Izzar Anwari pula turut menitipkan nasihat agar keluarga ini banyak bersabar dengan apa yang dilalui.

“Buat keluarga Amirshahbudin, sedih memang sedih kehilangan isteri tersayang. Tapi ingat, masih ada anak-anak yang memerlukan perhatian. Manakala, buat Nurmazarina, masih ada adik beradik laun untuk dijadikan sumber kekuatan dalam mengharungi kehidupan ini,” kata Dr Mohd Izzar.

Sambut Lebaran Tanpa Orang Tersayang, PTPTN Sempurnakan Raya, Kembalikan Kegembiraan!

 

Sambut Lebaran Tanpa Orang Tersayang, PTPTN Sempurnakan Raya, Kembalikan Kegembiraan!

 

Tonton video ‘Sempurnakan Raya PTPTN x Mingguan Wanita:

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI