Sedapnya makan nasi putih atau bubur panas-panas dengan sambal garing, memang membuka selera. Jika beli sambal garing memang boleh tahan harganya malah kuantitinya pun agak sedikit.Lebih jimat dan puas hati makan sebenarnya jika buat sendiri di rumah. Nak buat sambal garing pedas ni pun mudah, guna 4 bahan je.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Siti Zubaidah Hassan ini sebagai rujukan;
Siap.SAMBAL GARING Pedas Homemade
Bahan-Bahan:
Cili kering yang pedas( cuci tos dann goreng dengan minyak, jangan lama sebab cepat garing) dan blend kering dengan sedikit garam. ( guna garam halus )
Ikan bilis ( goreng garing )
Bawang merah ( goreng garing)
Bawang putih ( goreng garing )
Cara Membuat:
1. Panas kann sedikit minyak (2,3 sudu makan) guna api kecil.
2. Masukkan semua bahan kacau biar sebati,guna api kecil, jangan lama-lama agak-agak dah sebati boleh angkat.
MW: Menarik juga resipi Sambal Garing Pedas ni makan dengan bubur, guna 4 bahan je. Kadang-kadang menu sambal simple macam ni, boleh boleh buat makan bertambah-tambah.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik, kursus-kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini.Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI
Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 31 Julai 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti. (https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/)
Nasi adalah antara masakan yang mesti dihidangkan di meja makan pada pagi Syawal. Tak kiralah nasi beriani, nasi minyak, nasi dagang dan macam-macam jenis lagi. Selain aneka jenis nasi, lotong juga antara hidangan yang sering kali dihidangkan di pagi raya.
Apa kata kali ini cuba masak Nasi Beriani Tulang Daging dan Lotong Daun Pisang sebagai sajian istimewa untuk keluarga. Walau pun PKP, raya tetap raya! Resipi ini telah dikongsikan oleh Nur Adlina Badarudin https:///nuradlina.badarudin.9
NASI BERIANI TULANG KAMBING
BAHAN-BAHAN NASI:
500 gram beras basmathi 750 ml air rebusan tulang 1 labu bawang besar – dihiris 2 ulas bawang putih – dihiris 5 cm halia – dihiris nipis 1 sudu besar serbuk rempah beriani 1 sudu teh garam 1 sudu teh serbuk pati ayam/daging 1 sudu teh serbuk lada hitam 1 sudu teh air mawar 1 sudu teh kewra 1 sudu teh perwarna kuning 1 sudu besar minyak sapi untuk menumis
BAHAN-BAHAN UNTUK AIR REBUSAN TULANG:
300 gram tulang kambing 1liter air (atau lebih) 5 cm kulit kayu manis 6 biji buah pelaga 2 kuntum bunga cengkih 1 kuntum bunga lawang
CARA MEMASAK:
Untuk menyediakan air rebusan tulang kambing; Rebus tulang, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang di dalam satu periuk sehingga isi tulang benar-benar empuk. Anggaran masa 1-2 jam proses merebus. Air boleh ditambah dari masa ke semasa sehingga daging benar-benar lembut. Ketepikan.
Untuk menanak nasi, cuci dan basuh beras. Tapis dan ketepikan.
Di dalam kuali, panaskan minyak sapi dan tumis bawang besar, bawang putih, halia hingga wangi. Tutup api. Ketepikan.
Masukkan beras, air rebusan tulang bersama rempah-rempah yang direbus sekali, tulang kambing, air ros, air kewra, bahan tumis, garam, serbuk lada hitam dan pati ayam/daging ke dalam periuk nasi elektrik.
Kacau dan masaklah nasi seperti biasa hingga masak. Apabila nasi telah masak, titiskan perwarna kuning pada nasi dan kacau rata.
Sedia untuk dihidang bersama lauk pilihan.
TIP: Sukat air rebusan tulang sehingga ukurannya menjadi 750 ml. Jika air rebusan tersebut kurang daripada jumlah tersebut, bolehlah dicampur dengan air biasa. Biasanya air ros dan kewra boleh dibeli di kedai-kedai runcit India.
LONTONG DAUN PISANG
BAHAN-BAHAN:
400 gram beras Daun pisang secukupnya 1 1/2 liter air
BAHAN UNTUK KUAH LODEH:
2 helai fucuk kering – rendam dan gunting kecil 2 keping tauhu – potong keping-keping dan digoreng 2 paket tempe – potong keping-keping dan digoreng 1 bungkus kecil suhun – rendam 1/2 batang lobak merah – potong memanjang 6 batang kacang panjang – potong 3cm panjang 100 gram kubis – potong kecil 100 gram udang kering – kisar 1 labu bawang besar – kisar 2 ulas bawang putih – kisar 3 cm lengkuas – kisar 1 batang serai – kisar 1 kiub ikan bilis 1/2 sudu teh serbuk kunyit 500 ml santan pekat 600 ml air Garam dan gula secukup rasa Minyak untuk menumis secukupnya
CARA MEMASAK:
Untuk membuat lontong; Beras dibasuh dan ditapis. Ketepikan.
Daun pisang dibentuk seperti gelungan berukuran lebih kurang 2-3 cm. Buat 2-3 kali gulungan supaya daun tidak mudah koyak. Sematkan bahagian bawah daun dengan pencungkil gigi atau ‘stepler’ dan masukkan 2/3 beras daripada tinggi daun. Sematkan kembali bahagian atas daun pisang. Ulang hingga selesai. Ketepikan.
Masukkan lontong tadi ke dalam periuk, masukkan air dan rebuslah hingga lontong benar-benar masak dan padat seperti merebus ketupat. Angkat dan ketepikan.
Untuk membuat kuah lodeh: Panaskan minyak di dalam periuk, tumis bahan-bahan yang telah dikisar tadi. Masukkan kiub ikan bilis, serbuk kunyit, gula dan garam secukup rasa. Tumislah hingga terbit wangi dan pecah minyak.
Masukkan air, fucuk, tahu, tempe dan lobak merah, masaklah selama 5 minit atau sehingga fucuk benar-benar masak.
Kemudian masukkan santan dan kacang panjang. Apabila kacang panjang telah agak empuk, masukkan kubis dan suhun masaklah selama 3 minit lagi. Tutup api.
Sedia untuk dihidang bersama lontong.
TIP: Anggaran lontong daun pisang antara 6-9 keping.
Teringin nak makan bubur ala McD? Apa kata anda buat sendiri di rumah.
Hendak buat bubur nasi sekarang mudah sahaja. Kita boleh cari cara membuatnya di internet kerana terdapat banyak resipi bubur nasi yang telah dikongsi oleh warganet di alam maya.
Bagi mereka yang suka makan bubur nasi ayam, bolehlah masak beras dengan air rebusan ayam.
Boleh juga tambah air sedikit demi sedikit jika mahu bubur nasi itu menjadi lebih lembut.
Tak sangka mudah je nak buat kuih tradisional Cek Mek Molek ni. Rasanya lemak manis sesuai sangat mak-mak boleh sediakan untuk hidangan minum petang waktu anak-anak cuti sekolah nanti. Hanya perlukan 4 bahan utama, makan panas-panas memang sedap!
“Cek mek kelate in the house. Simple tapi sedap.Perut bunyi sokmo time hujan, tak tahu nok make gapo buat jerrr kuih hok paling sene ngan mudoh.Sedap make panas-panas dengan gula meleleh tubik”.
Bahan-Bahan:
4 biji Ubi stelo/keledek kuning oren sederhana besar
Secawan tepung gandum
gula pasir
1 sudu kecil baking powder
Cara Membuat:
1.Rebus ubi keledek sampai empuk letak sedikit garam. Saya guna ubi kuning sebab manis.
2.Lenyek dengan batu lesung sambal mudah kan.
3.Bubuh tepung gandum + 1 sudu kecik baking powder.Tepung agak-agak jer jangan lebih nanti keras waktu sejuk.
4.Uli sampai tak melekit dekat tangan.
5.Minyak untuk mudahkan time nak menggentel dan sedikit gula bubuh dalam kuih cek mek.
8.Goreng laaa dulu cek mek sampai keperangan dan baru boleh makan.
Siap! Selamat Mencuba!
Info Ekstra!
Masa nak leperkan doh (kuih) jangan nipis sangat dan agak-agak muat dengan kuantiti gula yang diletak. Gentel perlahan-lahan dan goreng dalam minyak panas macam biasa. Dah kuning agak-agak perang dah boleh angkat.
MW: Mak-mak kena cuba buat sendiri kuih cek mek molek ni di rumah.Sesuai sangat buat musim cuti sekolah nanti, anak-anak ada di rumah perut pun selalu lapar. Nak buat pun mudah je, hanya guna 4 bahan.
Salah seorang daripada tiga bayi kembar perempuan dilahirkan pramatang di Hospital Melaka berada dalam keadaan membimbangkan. Ketahui perkembangan terkini bayi kembar tiga pramatang kepada pasangan Mohd Fikry Amri dan Sabrina Hakiem.