Sambal Asam Rong, Sedap Makan Dengan Nasi Atau Ratah Begitu Saja

Share

Tak sangka biji getah atau asam rong juga boleh dibuat makanan yang sedap. Menurut perkongsian Puan Lily Suryani Mohd Ali, bagi yang tinggal di sekitar Jerantut dan Raub, Pahang, gulai asam rong sangat popular di sana dan ia merupakan makanan orang dulu-dulu.

Berikut perkongsian resipi mudah sambal asam rong yang wanita ini sudi kongsikan;

“Gulai asam rong terkenal sangat di dearah Jerantut dan Raub. Tapi kali ni saya cuba pula masak sambal asam rong. Makanan orang dulu-dulu.Resepi ni arwah mak mertua yang ajarkan.Sesekali kita kena cuba jugak rasa makanan orang dulu-dulu”

“Mungkin ada yang tak pernah makan kan. Saya pun pelik juga, apahal makan biji getah ni”.

Bahan-Bahan:

Biji getah (kutip yg baru gugur je)
Lada
Garam

Cara Membuat:

1.Ketuk biji getah dan buang kulit keras dia.

2.Tumbuk lada dan garam kasi hancur.

3.Masukkan isi biji getah, tumbuk sampai hancur.

4. Hasilnya yang telah ditumbuk hancur.

5.Kaup isi yang ditumbuk tadi, sapu pada kuali sedikit minyak dan ratakan pada kuali bagi nipis macam lempeng.

6.Masak atas dapur dengan api yang kecil (macam api masak nasi) tunggu ianya kekuningan dan garing. Kemudian bolehlah di angkat, makan bersama nasi atau diratah begitu saja.

Selamat Mencuba.

MW: Resipi orang dulu-dulu, memang unik. Tak sangka biji getah juga boleh dimakan dan menjadi makanan yang sedap.Mak-mak yang yang ada kebun getah di kampung tu, boleh cuba resipi yang dikongsikan ini.

Artikel ini diterbitkan dengan keizinan pemilik.

Sumber: Lily Suryani Mohd Ali

IKLAN