Sagu Gula Melaka Cantik Sebiji-Sebiji Tak Berketul, Rendam & Lalukan Air SEBELUM Tos!

Share

Bahagiannya dapat menikmati Sagu Gula Melaka sebagai pencuci mulut. Manis lemak dan kenyal rasanya, dimakan pula waktu sejuk-sejuk, memang sedap! Namun, jika tak ikut cara yang betul, tekstur sagu yang telah direbus jadi tak cantik dan melekat berketul-ketul.

Menerusi perkongsian tip oleh Puan Shida Ambok, rupanya sagu yang telah direbus perlu dilalukan dengan air terlebih dahulu bagi mengelakkan iya bergumpal.

RESEPI SAGU GULA MELAKA SEGERA

Teringin nak buat manisan untuk anak-anak. Tapi Shida ni bukanlah jenis selalu masak sangat.

Almaklum, hari-hari keje balik dah malam. Kalau masak pun sebolehnya semua nak yang simple dan mudah.

Selalunya resepi sagu gula melaka ni orang wajib pakai gula melaka la kan. Tapi acikan je lah ye Shida guna instant. Janji anak dapat jugak merasa air tangan. Jom check it out resepinya.

Bahan-Bahan:

Sagu biji
Air
Pewarna makanan
Susu cair
Gula melaka instant

Cara Membuat:

1. Panaskan periuk yang berisi air secukupnya. Pastikan air banyak ya.

2. Cuci sagu biji sebelum masuk ke dalam periuk.
3. Masak sagu biji sehingga kesemua sagu biji tadi bertukar menjadi warna jernih.

4. Setelah itu tapis dan buang air dalam periuk. Untuk mendapat tekstur sagu tidak berkanji atau melekat-lekat. Rendam dan lalukan pada air paip sebelum tos.

5. Bahagikan kepada beberapa bahagian untuk di warnakan dengan pewarna makanan.

6. Setelah itu boleh lah diceduk ke dalam mangkuk dan disiram dengan susu cair dan gula melaka instant.

7. Sedia untuk disajikan. Jika makan sejuk-sejuk lagi mengancam jiwa.

Hasil kejadian. Sagu sebiji-sebiji tidak melekat .

Mudah sangat la kan. Cepat lazat sedap dimakan.

Kalau rasa nak share silakan.

Baca Lagi Di Sini:

Kuih Sagu Keras Berbiji Putih, JANGAN Cuci Banyak Kali, Kena KUKUS!

‘Kepok Lekor Ganu’ 3 Bahan, Specialnya Tak Guna Tepung Sagu Macam Orang Biasa Buat!

MW: Semoga perkongsian resipi Sagu Gula Melaka ini bermanfaat buat mak-mak yang nak mencuba buat sendiri di rumah. Ikut cara dan langkah yang dikongsikan ni, pasti jadi Sagunya sebiji-sebiji dan tak melekat berketul-ketul.

Sumber: Shida Ambok

IKLAN