Pernah tak ada masalah kesan minyak pada tudung dan selendang kesayangan? Biasanya tompokan minyak itu melekat sebab kesan pakai bedak atau foundation di leher dan pipi.
Stres kejap tengok tudung yang baru beli dah ada tompokan minyak, lebih-lebih lagi kalau tudung itu baru dibeli dan mahal harganya.
Yang ralat, walaupun sudah dibasuh beberapa kali tetapi bila kering tompokan minyak itu tetap ada. Bila jadi macam tu, tak kan nak buang, bukan?
Ok, jangan risau sebab anda masih boleh pakai tudung itu tetapi dengan syarat ikut cara Puan Hani Mynis hilangkan kesan minyak pada tudung seperti yang dikongsi kali ini.
Ads
Tip Hilangkan Kesan Minyak Pada Tudung
Siapa tudungnya pernah jadi macam ni? Berminyak di bahagian muka (pipi), bila basuh tak boleh nak hilang.
Nak tahu macam mana hilangkan minyak ni? Serius, hilang!
Ads
Hani guna sabun ‘bongkah emas’ dari kedai Eco ni. Kalau tak ada di rumah, anda boleh gantikan dengan sabun mandi buku.
Langkah pertama, sagat sabun itu.
Ads
Kedua, rendam dama 10 minit pun dah cukup. Bilas dan jemur. Itu saja.
Tak sangka, cuma guna wallpaper wanita ini mampu hasilkan kelainan pada rak TV dalam rumahnya. Nak beli baru macam membazir, tambah pula perabot yang ada pun elok lagi. Langsung tak rosak.
Haa… nak sedapkan mata memandang, mak-mak boleh guna idea yang dikongsikan Puan Hanidah Hani, terus nampak cantik rak TV yang lama.
Jangan tertipu dengan warna putih tu. Saya lekat guna wallpaper je. Nak beli rak ikea warna putih, bajet tak cukup lagi, nak buang yang sedia ada sayang pula sebab elok lagi. Jadi kita belikan baju baru untuk dia, kos murah-murah je.
Beli wallpaper warna putih (pvc) kat Mr Diy, 1 roll RM3.49, satu rak tv ini saya guna 4 – 5 roll. Total kos RM17.45.
Murah, bukan?
Selamat mencuba!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Kehilangan anak dan isteri dalam masa terdekat, satu berita yang perit untuk diterima penjaga gol skuad Negeri Sembilan, Mohd Kaharuddin Abdul Rahman. Tika ini, tentulah memori bersama arwah menemani dalam setiap langkah dan doa suami ini.
Begitu pun hati manusia, tetap rapuh untuk menerima ujian kehilangan dariNya. Redha itu pasti, kerana itulah sandaran kekuatan hati.
Sebagaimana yang dikongsikan Mohd Kaharuddin beliau meluahkan perasaan sebak selepas isterinya, meninggal dunia dua hari yang lalu selepas melahirkan anak mereka.
Sebelum pemergian arwah isterinya, suami ini baru saja kehilangan anaknya yang baru dilahirkan akibat komplikasi ketika dilahirkan.
Di laman instagram milik Mohd Kaharuddin, beliau meluahkan perasaan rindu yang tak berpenghujung kepada dua insan kesayangannya.
“Saya reda.. Yang penting awak bahagia bersama Sumayyah.”
“Rindu! Pejam mata nampak awak, bukak mata nampak awak. Tengok anak nampak awak. Makan nampak awak.”
“Rindu yang tiada penghujungnya.. Subhanallah. Di saat anak baru lelapkan mata. Di saat itulah terlalu rindukanmu sayang. Saya reda yang penting awak bahagia kat sana bersama anak kita Sumayyah. Saya harap suatu hari nanti awak pula menjemput saya bersama-sama.”
Dalam mengenang pemergian isteri beliau turut meluahkan perasaan ini. “Awak isteri dan ummi yang hebat!”
Sebagai seorang suami yang menerima takdir dirinya, Mohd Kaharuddin bersyukur kerana dikelilingi insan-insan yang tak putus menasihati dan mendoakannya.
“Terima kasih semua yang memberi nasihat dan doa untuk keluarga kecik saya. Saya tak mampu balasnya. Semoga Allah balas semuanya. Amin.”
Dalam pada itu, Persatuan Pemain-pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFA Malaysia) memuat naik ucapan takziah kepada Mohd Kaharuddin dalam laman sosial mereka.
“Kami di PFAM amat bersedih dengan dugaan yang dilalui oleh beliau dan mendoakan agar saudara Mohd Kaharuddin tabah dengan dugaan dan ketentuan Allah ini. Marilah kita sama-sama memanjatkan doa kepada Allah agar arwah anak dan isteri beliau diberikan rahmat Allah.”
Membaca jambatan ilmu.Betapa mak ayah kadang kala terlupa, keperluan mengisi pengetahuan anak-anak dengan lambakan buku-buku berbanding gajet elektronik.Minat membaca ini sebenarnya boleh disemai dalam hati dan jiwa anak-anak sejak dari kecil.Mak ayah memainkan peranan dengan menyediakan rak buku khas yang dipenuhi dengan pelbagai jenis buku-buku bagi menarik minat anak-anak untuk membaca.
Jemput baca perkongsian pengalaman dan pendapat oleh Sue Emoqwin ini yang juga merupakan seorang penulis buku.
Saya dan kawan-kawan yang suka membaca buku ada berbual tentang bila dan bagaimana mulanya minat membaca setiap daripada kami. Ada yang bermula semasa sekolah rendah, ada sejak dari belajar di universiti, ada baru 4 tahun lepas dan seperti saya dari umur 6 tahun.
Pengalaman kami berbeza tapi ada satu kesamaan antara semua – kami terdedah kepada sekitar yang mempunyai buku (tidak kira buku apa – saya misalnya, kepada buku-buku arwah pakcik saya di kampung yang mengambil sastera di tingkatan 6 – saya adik beradik kena ‘pos’ ke kampung setiap kali cuti sekolah). Sementara itu minat membaca kawan saya yang kini suka menelaah buku falsafah dan hal-hal eksistensial bermula dengan membaca puluhan buku genre romantik bahasa Inggeris milik kakaknya semasa dia remaja!
Begitulah juga dengan yang lain; di rumah ada buku. Mungkin pada satu hari ketika di luar hujan dan kami tidak dapat keluar bermain lalu kami capai sebuah buku dan baca. Atau semasa kami tidak diizinkan keluar dari rumah sementara (grounded) oleh ibu bapa sebagai hukuman berlaku nakal; sementelah dulu tiada sebarang gajet digital untuk mengalih perhatian maka kami capai buku satu demi satu demi satu dan tahu-tahu kami sudah BIASA membaca. Bila minat ini sudah dalam sistem, kita akan sukar berhenti dan akan sentiasa mencari sesuatu untuk dibaca.
Jadi kepada ibu bapa yang risaukan anak anda belum ada minat membaca, jangan risau. Beli rak buku, isikan dengan buku-buku yang sesuai dengannya dan ada hari simpan semua gajet, tutup TV, simpan barang mainan dan keluarkan buku-buku itu dan baca bersama. Kalau mereka tak suka baca bersama tak apa, teruskan sahaja menambah ‘stok’ dengan buku-buku menarik. Jangan paksa, tinggalkan sahaja buku merata-rata (janganlah kisahkan sangat rumah bersepah sebab buku). Akan sampai harinya mereka akan diam-diam ambil dan baca.
Lebih bagus lagi belilah buku yang berkenaan dengan minat anak anda. Kalau dia suka dinosaur dan sering layari tentang dinosaur di Youtube belilah buku tentangnya. Kalau suka filem Frozen, belilah buku bergambar puteri-puteri yang cantik. Kalau suka kereta, belilah buku seumpama. Kanak-kanak tertarik dengan visual dulu. Jika teks membuatkan dia tidak berminat, belilah komik-komik bagus yang banyak ada di pasaran.
Dan anda sendiri, bacalah di depan mereka. Bukan hanya menyuruh. 🙂
Yang penting – RAK BUKU (BERISI) IALAH PERABOT YANG WAJIB ADA DI SETIAP RUMAH jika anda mahu menanam minat membaca kepada seisi rumah terutamanya anak kecil.
InsyaAllah, mereka akan membesar menjadi pembaca.
Membaca ialah pintu kepada dunia ilmu pengetahuan yang tidak terbatas. Jangan risau jika anak anda tidak mahu masuk ke universiti sebaliknya risaulah jika mereka tidak mahu membaca.
Sue Emoqwin
Semoga perkongsian ini memberi manfaat. Jadi buat mak ayah, pastikan di rumah ada rak buku khas dan penuhikanlah ia dengan pelbagai jenis buku-buku untuk menyemai minat membaca buat anak-anak sejak dari kecil.
Usah menambahkan kesedihan kepada ahli keluarga mangsa nahas konvoi RXZ, mereka sedang melalui ujian yang sangat berat. Tragedi ini telah meragut nyawa dan meninggalkan luka yang mendalam kepada banyak keluarga.