Kulit wajah yang sihat dan berseri, bebas daripada sebarang masalah menjadi impian bagi wanita yang suka kecantikan. Salah satu rutin asas penjagaan kulit wajah yang sihat, adalah bermula dengan membersihkan muka setiap hari. Malah sangat penting menggunakan rangkaian pencuci muka serta pembersih solekan yang sesuai dengan kulit.

Bukan apa, pencuci muka dan pembersih solekan yang baik bukan sahaja akan membersihkan kotoran dan bakteria yang ada, tetapi juga ia dapat mengekalkan kelembapan kulit wajah. Sekaligus membolehkan produk penjagaan kulit dan kecantikan lain yang dipakai akan lebih mudah menyerap ke kulit dan meningkatkan lagi keberkesanannya.

Namun ramai yang sering mengambil ringan rutin asas mencuci muka ini, terutamanya apabila terlampau letih. Malah ‘mengabaikan’ kandungan bahan-bahan yang digunakan dalam pencuci muka yang boleh menyebabkan kulit wajah jadi bermasalah di kemudian hari. Antaranya seperti, kulit jadi terlalu kering, merengsa, perit, mengelupas, malah timbul pula butir-butir jerawat kerana pencuci muka dan pembersih solekan yang digunakan tidak benar-benar dapat membersihkan wajah sepenuhnya serta masih meninggalkan kesan kekotoran.

Berikut antara tip untuk memilih pencuci muka serta pembersih solekan yang betul sebagai panduan;

1. Diuji Secara Klinikal & Mesra PH Kulit

Ini penting sewaktu memilih pencuci muka mahupun pembersih solekan, pastikan ia daripada produk jenama khusus dalam penjagaan kulit yang cukup dikenali ramai, lama berada di pasaran serta telah terbukti diuji secara klinikal mesra pH kulit oleh ahli dermatologi yang diiktiraf.

2. Kenali Jenis Kulit Wajah

Sebelum membeli pencuci muka, adalah penting juga untuk mengenali jenis kulit wajah sendiri serta ‘masalah’ yang dialami. Sebagai contoh kulit wajah sensitif, kering, normal, kombinasi atau mempunyai masalah jerawat, bintik hitam, kulit kusam, kasar dan sebagainya. Jadi pastikan beli pencuci muka khusus bagi mengatasi masalah kulit wajah yang dihadapi.

3. Kandungan Bahan-Bahan Digunakan

Perlu juga ambil tahu kandungan asas bahan-bahan dan teknologi kecantikan yang digunakan dalam pencuci muka. Ini penting bagi memastikan ia sesuai dengan kulit muka, mempunyai tekstur lembut dan paling penting tidak mengeringkan kulit wajah. Ini kerana pembersih muka haruslah berfungsi untuk berkesan menanggalkan kotoran dan dalam masa yang sama kulit wajah masih kekal lembut dan menghidratkan kulit wajah. Bukan apa, terdapat sesetengah pencuci muka jenis ‘sabun’, membuat kulit muka terasa begitu ‘kering’ selepas dicuci.

NEUTROGENA Deep Clean Foaming Cleanser

Terbaru jenama penjagaan kulit yang cukup dikenali, NEUTROGENA memperkenalkan ‘wajah baru’ rangkaian produk pencuci muka Deep Clean Gentle Foaming Cleanser. Ia merupakan pencuci muka yang bersifat non-comdogenic iaitu mampu membersihkan liang pori wajah secara mendalam dan tidak menyebabkan kotoran tersumbat yang boleh mengakibatkan bintik hitam.

Formulasi kandungan bahan-bahannya pula diperbaharui dan dirumus khas untuk kulit jenis sensitif serta masalah kulit wajah yang wanita sering hadapi.

Dipertingkatkan dengan Teknologi ‘Amino-Micellar’, ‘buih Amino’ ini dipercayai dapat membersihkan secara mendalam 99% kekotoran pada masa yang sama mengekalkan 99% kelembapan wajah, berbanding pencuci muka menggunakan asas ‘buih sabun’.

Perlu tahu kulit kita secara semula jadi terdiri daripada kira-kira 40 peratus asid amino. Neutrogena Deep Clean Gentle Foaming Cleanser ini dikuasakan oleh teknologi Amino Micellar yang mempunyai struktur asid amino yang serupa dengan kulit. Jadi ia dapat membersihkan dengan lembut tanpa mengganggu serta penghalang kelembapan semula jadi kulit.

Malah keberkesannya juga terbukti dan telah diuji secara klinikal mesra pH kulit oleh ahli dermatologi. Buih Amino ini berperanan membantu pembersihan lembut sambil mengekalkan pH semula jadi kulit.

IKLAN

Selain itu, ramai mengetahui bahawa pH semula jadi kulit adalah berasid lemah (weakly acidic) pada skala 4,5 dan 6. Neutrogena Deep Clean Gentle Foaming Cleanser pula sepadan dan mesra dengan pH semulajadi kulit tersebut. Ia berfungsi membersihkan tanpa mengganggu pH semulajadi kulit, menghalang kerengsaan dan kehilangan lembapan.

Rutin ASAS Penjagaan Kulit Wajah Sihat, PENTING Pilih Pencuci Muka Yang Betul!

Bukan itu sahaja, Neutrogena Deep Clean Gentle Foaming Cleanser ini juga kaya dengan buih. Teksturnya cukup lembut pada kulit, malah hanya tambah air dan guna sedikit sahaja sudah cukup menghasilkan buih yang banyak, berkrim untuk pengalaman membersih yang sempurna!

Rutin ASAS Penjagaan Kulit Wajah Sihat, PENTING Pilih Pencuci Muka Yang Betul!

NEUTROGENA Deep Clean Foaming Cleanser mempunyai 6 varian berbeza pencuci muka iaitu:

1.NEUTROGENA Deep Clean Gentle Foaming Cleanser 100g

Mengandungi 8% Amino Micellar. Ia berfungsi membersihkan 99% kotoran dengan lembut dan menjadikan kulit berasa kekal lembap.

2.NEUTROGENA Deep Clean Acne Foaming Cleanser 100g

 

IKLAN

 

Kandungan 0.5% Salicylic Acid + IPMP, ia dirumus khas untuk kulit wajah berjerawat. Berkesan dalam menanggalkan 99% kotoran termasuk bakteria yang menjadi penyebab wajah berjerawat.

3.NEUTROGENA Deep Clean Brightening Foaming Cleanser 100g

Mengandungi formulasi 1% Niacinamide. Ia membersihkan 99% kotoran dengan lembut untuk mengembalikan kulit wajah yang berseri secara semula jadi.

4.NEUTROGENA Deep Clean Hydrating Foaming Cleanser 100g

Mengandungi 2.5% Hydrating Acid Complex. Ia mampu menanggalkan 99% kotoran dengan lembut sambil membuatkan kulit kekal hidrat.

5.NEUTROGENA Deep Clean Soothing Foaming Cleanser 100g

Formulasi 0.5% CICA COMPLEX, mampu membersihkan 99% kotoran dengan lembut sambil menjadikan kulit berasa begitu lembut dan selesa.

IKLAN

6.NEUTROGENA Deep Clean Micellar Gel 100g (Pembersih Solekan)

Mengandungi 0.5% CICA COMPLEX + Portulaca. Pembersih Solekan ini menanggalkan 99% kesan solekan secara mendalam dengan geseran rendah dan mesra pH kulit.

Rutin ASAS Penjagaan Kulit Wajah Sihat, PENTING Pilih Pencuci Muka Yang Betul!

Untuk merasai sendiri pengalaman membersihkan secara mendalam 99% kekotoran pada masa yang sama mengekalkan 99% kelembapan kulit wajah, boleh dapatkan rangkaian NEUTROGENA Deep Clean Gentle Foaming Cleanser ini di fizikal stor Watsons & Guardian. Atau untuk lebih mudah boleh juga beli secara online di Watsons, Guardian, Shopee & Lazada, sementara stok masih ada.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk Neutrogena boleh layari :

Facebook Neutrogena: https://www.facebook.com/myneutrogena

Youtube Neutrogena Malaysia: https://www.youtube.com/user/neutrogenamalaysia 

Instagram neutrogenamy: https://www.instagram.com/neutrogenamy/?hl=en

Website Neutrogena: https://www.neutrogena.com.my/the-new-deep-clean

#YourNEUMatch #NeutrogenaMY #NEUGentleDeepClean



Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI