Abah Puan Emi Erdayu Jasmi (Maktam Ayu), 34 ketika ini tinggal berdua saja di kampung dekat Gerik dengan abangnya yang menghidap barah otak. Setiap dua minggu sekali atau sebulan sekali, Puan Emi akan pulang ke kampung bersama suaminya, Mohd Faizal Abd Rahman, 35 untuk kemas rumah abah.
“Bergantung pada kelapangan kami. Kami tinggal di Kuala Kangsar, jarak dalam 1 jam setengah perjalanan ke rumah abah.”
Memandangkan abahnya tinggal berdua saja dengan abang yang sakit, anak menantu ini perlu pastikan rumah abah disusun rapi, kemas dan segar. Bagi mudahkan abah jalani rutin harian di kampung tanpa emak.
“Cuti Raya Cina, 5 Februari lalu saya pulang ke kampung. Berkemas rumah abah, labelkan semua barang dapur. 25 Februarinya, ibu saya meninggal dunia.
“Sebenarnya bila kemas dan label tu saya nak mudahkan abah dengan mak. Tak sangka.. sebenarnya Allah gerakkan hati saya sebab nak mudahkan abah. Rupanya mak akan pergi selamanya.”
Sebak catat Puan Emi dalam grup #kemasrumahwithhani,
3 hari cuti berjaya kemaskan rumah abah dan arwah mak di kampung pulak 4 bag plastik berjaya. Barang letrik yang dah rosak. Barang plastik yang dah rosak Bekas-bekas yang sudah tiada penutup Makanan expired Peti ais dah dikemas, basuh lap,buang makanan yang dah lama dalam peti
Sejak arwah mak meninggal 25 Februari yang lalu, abah jarang masak, sambil jaga abang seorang yang mengidap barah otak abah banyak beli makanan luar je. So barang banyak dah expired.
Kata Abah Masakan Saya Mirip Arwah Mak
Kami balik, kami beli barang untuk masak time ada di sana sahaja Memenuhi selera abah, tanya abah nak makan apa, saya yang masak. Sebab kata abah, masakan saya mirip arwah mak. So saya berbesar hati masak apa yang dia nak makan.
Kelmarin buat lempeng dia terkejut ingat mak yang masak. Abah datang tanya “Ayu mu buat tepek keras ke?” Saya jawab, “ahha.. makan la abah..”
Ads
Sebelum balik suami betulkan paip bilik air. Kami tinggalkan rumah dengan keadaan yang bersih dan segar
Siap susun semua pinggan mangkuk dari sinki ke rak, sapu mop sesiap. Susun kain baju.
Tenang tinggalkan abah dalam keadaan rumah yang bersih.
Proses 3 Hari Kemas Rumah Abah Di Kampung
(Status ini dimuatnaik sebelum ibu Puan Emi meninggal dunia)
Bahagian Dapur
Balik kampung sempena CNY . Niat memang nak mengemas rumah mak ayah
Mengemas rumah orang tua bukan senang ye..nak nak sejenis suka mengumpul barang.. semua sayang
Orang tua kebanyakan begini kan.. ni lah cabarannya dan saya sahut cabaran itu.
Sambil bersihkan sambil bergurau senda.. lega juga bila pada mulanya dia takmau barang dia di usik di buang tapi setelah di pujuk secara gurauan nampak hari kedua mak sendiri ajak mengemas lagi.
Ads
Konsep kali ni tak nak tambah barang apa apa. Guna apa yang ada.. mak kan pengumpul barang maka saya manfaatkan semua bekas bekas yang dia kumpul tu
Maka tiada penambahan barang baru tapi guna barang yang ada sebagai perumah dia.
Kemas Bilik Baju
Ini bilik yang mak jadikan bilik persalinan dia dan juga bilik tatarias
Yang jadi masalah bila bilik ni ada satu almari dia buat simpan kasut sebab risau kasut dia hilang
Maka harini saya mengemas bilik ni dari start lepas asar hingga maghrib
Total 3jam lebih.
Ads
Bilik ni saya jadikan bilik baju / tatarias sahaja dan bilik solat .
Lepas habis sini sambung tempat lain lak
Last habis mengemas hingga 12.30 malam
Total dapat kemas dari Isnin- Rabu
2 dapur – kering dan basah
3 hall
1 bilik baju/ solat
Ruang Tamu
Kata anak ke-enam daripada 9 beradik ini, ayahnya pandai memasak. Jadi, dia sekadar bantu kemas rumah abah. “Sebab sekarang berdua saja dengan abang yang tak sihat. Tu yang abah sekarang tak masak.”
“Banyak beli di luar sebab memenuhi kehendak abang yang tak sihat.”
“Perkongsian sebelum tu, minggu lepas waktu saya balik. Saya clearkan makanan yang dah expired. Nanti adik tambah stok-stok barang kering saja.”
MW : Begitulah seharusnya anak-anak dalam keadaan mak ayah tak berdaya, bantulah kemas rumah mereka. Memang.. ada sesetengah mak-mak berkeras tak benarkan sebab bimbang tak berjumpa barang yang biasa dia letak nanti di mana. Pujuklah mak ayah.. lepas kemas terangkan dekat mak apa yang dah diubah itu. Tentu mak tak tercari-cari.
Dan bila kita dah berkampung di rumah orang tua untuk beberapa lama, sebelum balik kemaskanlah. Apa yang kita dah guna dan keluarkan dari almari mereka. Bukan tinggal balik macam tu saja. Dan biar mak ayah selesaikan apa yang anak isteri kita guna di kampung. Kasihan mereka.
Sebenarnya kabinet dapur tak besar mana pun tak kisah, tetapi kena pastikan pandai susun barang. Dan bila tengok ruangan dapur milik Puan Nurulbadiah Lai, jatuh cinta pula. Memang tersusun dan nampak kemas.
Ini bukan hanya mata sedap memandang, mood nak masak pun boleh ‘mari’ dengan suasana tenang.
Cara Susun Barang Kabinet Dapur
Pepatah mengatakan “kitchen is the heart of the home” so penting sangat to keep your kitchen clean and charming??
Rumah teres petak memanjang +ruang yang sangat limited. Decided buat kabinet yang tinggi sampai atas syiling dan banyakkan compartment dan rak-rak kat dalam kabinet agar semua barang well organised kat dalam.
So bila beli rumah, memang tak terus duduk sebab tak cukup ‘fulus’ nak buat sekali gus. Jadi menyimpan dulu dekat setahun untuk cari dana nak buat kabinet. Sebab jenis nurul tak suka pegang pada prinsip-asal ada.
Nurul sejenis – nak buat benda biar puas hati dan praktikal-lambat tak apa nurul boleh tunggu asalkan bila dapat biar betul-betul puas hati?
Jadi, macam ni hari ni.. walaupun tak berdesign sangat tapi sangat praktikal sebab semua benda susun dan sorak kat dalam kabinet.
Tip Paling Penting
Jangan beli periuk kuali banyak, cukup cukup untuk yang kita guna je. Pertambahan periuk bermakna pertambahan ruang nak simpan.
Paperbag/plastik/tin-tin/botol-botol jangan nak simpan semua ya. Selalu rasa sayang nak buang tapi tak pernah terguna pun. Akhirnya ruang dipenuhi benda-benda yang tak digunakan pun. Just simpan cukup-cukup saja. 4/5 items dah. Yang lain buang (kitar semula)
Cuba bedah siasat semula dapur anda. Mesti banyak barang-barang yang tak digunakan pun yang korang simpan sebab tu rasa ruang tak cukup dan terpaksa sumbat-sumbat je asal muat.
Bila ruang dapur kemas dan tak serabut, so apa lagi suka hatilah nak decor macam mana pun. Nak ubah seminggu sekali pun easy je??
Nak tidur, nak melepak pun tak ada hal kat dapur??
1. View the whole kitchen.
Nampak mcm luas tapi sebenarnya sempit je. Warna dan cara susunan kabinet mainkan peranan. Kalau perasan ruang ini sangat compact sebab kat sini je lah ruang dapur rumah.
2. Barang-barang dan peralatan memasak semua sorok dalam, yang ada kat atas semua hiasan. Periuk-periuk nurul letak kabinet bawah sinki tu.
3. Perkakas memasak dalam troli kayu tu.
4. Ruang kabinet yang sangat sempit tapi nurul letak rak-rak di pintu dan dalam. Jadi walaupun ruang kecil, tapi cukup untyk letak semua ubat-ubat, sos-sos, peralatan nak buat air. Rempah ratus, ikan bilis dan sebagainya.
Ruang ni nurul dah bahagikan siap-siap so nak masak ke apa senang je ambil. Siap ada beberapa ruang kosong lagi smpai kena letak hiasan dalam tu.
5. Simpan stock kat almari paling bawah. Ini stock makanan kering. Nurul suka beli lebih and stanby if barang-barang kering habis.
6. Kabinet sebelah tepi peti tempat simpan pasu-pasu atau alat-alat nak mendecor rumah.
Atas tu tempat simpan bekas-bekas nak basuh sayur ke ayam. Nurul tak beli banyak, beli yang nak guna je untuk jimatkan ruang.
7. Kat bawah dapur memasak tempat simpan all tr plates. Talam pun kat sini. Dah susun elok-elok kat mana pianggan dan mangkuk.
8. Tempat simpan sudu, cukup-cukup je tak yah banyak. Pisau pun cukup-cukup je. Pastikan kat dapur ada barang yang perlu sahaja.
9. Rak paling bawah tempat simpan plastik sampah,plastik-plastik atau paperbag. Tak banyak just cukup-cukup je. Rak no 2 tempat simpan kitchen towel.
10. Di sebelah coway tempat simpan mug yang digunakan hari-hari.
Rak no 2 jug nak buat air
Rak no 3 tempat simpan bekas anak-anak.
11. Ni view termasuk peti sejuk. Barang-barang yang sangat jarang guna letak dekat kabinet paling atas.
12. Atas penyedut asap tu ada dua compartment kabinet. Belah kiri tempat simpan segala botol-botol.. Belah kanan ade blender & mixer.
13. Rak letak segala peralatan memasak seperti senduk. Garam gula semua kt sini
Bawang pun kat sini.
Kat bawah tu actually tempat letak sos tapi remember tadi Nurul dh tunjuk sos-sos semua dah simpan kat dalam kabinet satu lagi.
14. Ugly truth dibelakang kabinet .di tepi pintu belakang. Tempat simpan sampah-sampah penyapu. Nurul jenis asingkan sampah ye.
15. Peti nurul tak ada botol sos ye sebab nurul simpan dalam kabinet. Peti nurul banyak sayur dan buah and bunga.
Haaa… macam mana mak-mak? Jatuh cinta tak dengan hiasan dari ibu muda ini? Yang penting minat!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bila perintah PKP dilaksanakan inilah masa untuk anda menghias indah kediaman. Bila rumah cantik ibarat anda bercuti di bilik hotel setiap hari. Untungnya memiliki kediaman yang cantik.
Bagaikan impian menjadi kenyataan, begitulah yang diluahkan oleh pemilik kediaman Noor Reymy Salikin, 30 yang baru saja menduduki kediaman miliknya sendiri sejak setahun yang lalu. Ketua Jabatan Jualan dan Pemasaran Khidmat Hiasan Dalaman di Shah Alam, Wallmaster Global Sdn Bhd, ini cukup berbesar hati apabila MW menyatakan hasrat untuk merakamkan kediamannya untuk tatapan pembaca.
Seperti yang dijanjikan penulis ke Sungai Buloh bagi menuju ke kediaman Reymy. Melangkah saja masuk ke dalam kediaman jenis teres dua tingkat, kami saling berpandangan, rumah yang berkonsepkan moden ala Inggeris ini cukup cantik dan kemas sekali. Kami dipelawa masuk dengan penuh senyuman oleh tuan rumah.
Dekorasi yang diterapkan dengan konsep moden ala Inggeris ini ternyata menghasilkan sentuhan yang tampak mewah, romantis dan minimal. Aksesori seperti candelier ternyata memberi kesan yang cukup dramatik. Ditambah dengan cermin yang dihias pada dinding ruang tamu, kediaman ini tampak lebih besar.
“Saya rasa sangat bersyukur akhirnya impian untuk memiliki kediaman sendiri dimakbulkan Allah. Saya membeli rumah ini pada tahun 2016 dan berpindah masuk pada Disember 2017. Sememangnya sejak dari kecil lagi saya sudah tanamkan azam untuk gapai cita-cita salah satunya ialah dengan memiliki sebuah rumah teres dua tingkat yang diubah suai sepenuhnya mengikut citarasa saya. Alhamdulillah sebelum usia 30 tahun saya berjaya memiliki kediaman ini.
“Dulu saya duduk rumah setinggan, selalu berfikiran bagaimana orang tinggal di rumah yang cantik. Saya tanam azam nak adakan rumah sendiri yang selesa. Alhamdulillah saya bersyukur kerana berjaya dan pencapaian ini sangat membanggakan. Malah saya juga utamakan mak dan ayah untuk lihat semua ini,” terang Reymy penuh keterujaan.
Konsep Dekorasi Moden Ala Inggeris
Bagaikan sejuk mata memandang tatkala berada di rumah yang tampak mewah dan elegan ini. Walaupun kediaman ini tidaklah begitu besar namun hiasan dalaman yang berkonsepkan dekorasi moden ala Inggeris membuatkan penulis bagaikan berasa seperti di rumah sendiri.
“Saya tinggal bujang tapi bila hujung minggu ibu dan keluarga akan datang bertandang ke rumah saya. Secara menyeluruh konsep yang saya terapkan di dalam rumah ini moden ala Inggeris. Bukan saja dari segi hiasan malah perabot-perabot yang dipilih. Dari rung tamu, tangga, ruang dapur dan balik tidur saya terapkan dengan konsep dekorasi impian saya.
“Ramai yang bertanya mengapa saya pilih moden ala Inggeris, sebabnya saya ni sejenis yang suka menonton tv terutamanya cerita Hollywood dan melihat kepada dekorasi rumah mereka. Dari dulu saya cukup terpegun dengan keindahan hiasan dalaman rumah-rumah Inggeris.
“Lagipun jika selalu bertandang ke hotel memang saya suka lihat terutamanya yang berkonsepkan moden ala Inggeris. Nampak mewah, beri saya ketenangan, ringkas namun nampak mahal. Jadi saya buat apa yang saya mampu dengan merealisasikan kediaman berkonsepkan seperti bilik hotel.
“Saya juga buat banyak kajian sebelum ambil keputusan untuk pengubahsuaian rumah. Saya rujuk di Internet dan ke hotel-hotel yang berkonsepkan moden Inggeris. Jadi bila rumah dah ada dekorasi seperti di hotel jadi saya tak payahlah sebulan sekali bercuti di hotel. Sebabnya bila saya melangkah masuk ke dalam rumah perasaany seperti setiap hari bercuti di hotel,” ungkap Reymy sambil tersenyum.
Rona Pastel Jadi Pilihan
Reymy juga menjelaskan bagi reka letak dan perabot pilihan dia telah merancang setahun lebih awal. Malah dia juga membeli barangan yang mampu dibeli mengikut kesesuaian konsep.
“Saya bersyukur kerana diberi kesempatan bertemu dengan kontraktor yang baik. Dan dapat merealisasikan dekorasi idaman. Bagi rumah ini saya telah memilih tiga rona pastel yang utama iaitu gold, biru dan putih. Warna-warna ini sangat serasi dengan saya dan nampak lebih premium.
“Selain itu saya juga dapat menerapkan penggunaan wainscoting idaman saya pada dinding ruang tamu. Ternyata wainscoting ini memberikan impak yang cukup menarik pada ruang tamu saya. Selain itu konsep yang saya pilih ini juga tidak memerlukan perabot yang banyak namun tampak mewah. Kos keseluruhan pengubahsuain rumah saya menghampiri RM80,000.
Tak Suka Tangguh Kerja
Rumah yang tampak begitu kemas ini, ditanya bagaiman dia menjadualkan diri hingga kediaman ini begitu bersih sekali. Reymy terus tertawa;
“Kak saya ni jenis yang suka sepahkan barang juga tapi alhamdulillah sejak kecil mak dah didik jika sepah terus kena kemaskan. Jadi saya terapkan pendidikan ini dalam diri bila dah buat sepah kena cepat-cepat kemas dan tak suka tangguhkan kerja. Memamg sejak kecil dalam keluarga saya ni jenis yang suka kemas rumah.
“Memandangkan cuma saya tinggal seorang diri, jadi saya akan mengmop rumah dua kali seminggu dan untuk habuk-habuk setiap hari saya bersihkan. Jika nak rumah tampak kemas memang kena rajin.”
Reymy juga menyatakan dia berasa sangat bertuah dan bersyukur dengan segala yang dimiliki tatkala ini. Ditanya tentang targetnya dalam dalam hidup selepas ini, ulasnya mengkahiri perbualan, “Target nsaya selepas ini nak duduk di rumah banglo. Namun saya bersyukur dengan apa yang dikurniakan Allah kepada saya hari ini. Selama ini saya menyewa dan faham dengan perasaan orang yang menyewa rumah.”
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sekarang nie memang tengah viral tentang pokok snake plant. Mak-mak mesti dok sibuk mencari pokok nie untuk jadikan hiasan dalam rumah kan. Bukan apa, nak bagi sejuk mata memandang dan tak kurang juga nak tengok keberkesanan yang dikatakan dapat kurangkan habuk.
Dalam leka mencari pokok-pokok yang sesuai untuk hiasan rumah, jangan main beli saja. Takut nanti boleh membahayakan kesihatan dan keluarga. Jadi, mak-mak kena hati-hati masa nak beli tu yer.
Ini ada beberapa pokok hiasan yang berbahaya dan boleh membawa maut untuk mak-mak jadikan panduan masa membeli nanti. Jangan tersalah beli.
Jenis Pokok Beracun
Antara pokok hiasan beracun ialah:
Anthurium spp erana, pokok ini memiliki Calcium Oxalate yang berbahaya pada manusia dan haiwan. Namun, racunnya masih dalam kategori sederhana. Pun begitu, jika termakan dalam jumlah yang banyak boleh menyebabkan kematian dan kecederaan yang serius.
Anthurium
Nerium Oleander mempunyai bunga yang berlingkar dan ia membesar di kawasan terbuka yang boleh mencuri tumpuan orang ramai.Walaupun pokok ini cantik, namun ia mempunyai kandungan racun yang tinggi dan sangat berbahaya pada kanak-kanak dan haiwan peliharaan.
Nerium
Dieffenbachia kandungan toksin dalam pokok ini ialah Calcium Oxalate yang sederhana. Namun ia juga memberi kesan sampingan pada kanak-kanak.
Antara kesan yang boleh kelihatan seperti memusnahkan buah pinggang, gastrik dan arteries.
Dieffenbachia
Dieffenbachia
Pokok hiasan ini juga dikenali dengan beberapa nama lain seperti Zanzibar Gem, Money Plant, Succulent Philodendron, Chinese New Year Festive Plant dan arum fern.
Ia membentuk daun yang tebal, batang berkilat yang seolah-olah sama seperti pokok artificial.
Zanzibar
Caladium bicolor dikenali dengan nama Calcium Oxalate Crystals dan asparagine.
Semua bahagian tumbuhan ini adalah beracun jika termakan dalam kuantiti yang banyak. Sekiranya ada kanak-kanak termakan, ia akan menyebabkan sensasi terbakar atau melecur pada mulut dan tekak.
Caladium
MW: Hati-hati ye mak, kena tengok dulu, jangan main letak pokok hiasan tu tanpa tahu fungsi dan kesannya.
Budak 9 tahun meninggal akibat sawan, ibu diserang strok ikut jejak anak berselang dua hari. Bagai sehidup semati, janji yang termetrai di luh mahfuz....