Rupanya Toner Air Beras Inilah Rahsia Kulit Putih Bersih Wanita Jepun

Toner air beras ini mudah sangat-sangat nak buat, terutama mak-mak yang memang memasak untuk keluarga itu. Sambil-sambil basuh beras boleh buat untuk simpanan seminggu.

DIY toner air beras ini dikongsikan Saadiah Saad. Terangnya, air beras ini atau rice water dah digunakan di Jepun beribu tahun yang lalu. Inilah rahsia kulit orang Jepun sangat putih bersih.

“Rice water ini mengandungi vitamin B1, C, E dan garam mineral yang sangat bagus untuk memulihkan kesan JERAWAT, JERAGAT dan KESAN PARUT.”

Ianya juga boleh membersihkan liang roma yang tersumbat. Toner air beras juga mengurangkan kesan-kesan kedutan dan fungsinya seperti anti-aging.

 

Rupanya Toner Air Beras Inilah Rahsia Kulit Putih Bersih Wanita Jepun

IKLAN

Bahan-bahan Untuk Buat Toner Air Beras

1/2 cawan beras ( beras jenama apa pun boleh. Cadangan terbaik guna beras jasmin atau beras putih. Jangan guna beras perang. Beras perang untuk DIET )

Cara Penyediaan

1. Basuh dulu beras, basuhan pertama untuk buang kotoran beras.

2. Lepas tu masukkan beras yang dibasuh dan masukkan air sampai beras tenggelam. (Sukatan air lebih seinci. Macam kita nak masak nasi)

IKLAN

3. Biarkan selama 15 minit

4. Selepas 15 minit tapis airnya ke dalam jar atau bekas yang sesuai. Dan beras tu bolehlah dimasak seperti biasa. ( Jangan la pi buang pula )

Cara Guna Toner Air Beras

1. Jadikan toner air beras sebagai pencuci muka guna sebelum atau selepas mencuci dengan pencuci biasa. Gunakan rice water selalu untuk dapatkan vitamin dan mineral untuk kulit.

IKLAN

2. Jadikan air beras sebagai toner muka. Dap dap kan toner air beras di kapas dan sapu seluruh muka dan leher. Boleh di gunakan pada waktu pagi dan sebelum tidur. Untuk kesan yang oshemm.

Jika mahu simpan air beras ini, masukkan dalam peti air. Boleh tahan untuk 5 hari. Selepas tarikh tu kena buang dan buat baru.

Kesannya bila dah cuci muka dan guna toner air beras ni kulit muka akan tegang sampai nyamuk nak gigit pun melantun toink toink toink. Kulit semakin cerah dan bila pegang rasa lembut sangat.

Selamat mencuba.

Kredit/Foto : Saadiah Saad

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI