Ramai orang ingat doa makan hanya dibaca sebelum makan sahaja. Sebenarnya fungsi dan kelebihannya lebih daripada itu. Rupa-rupanya salah satu cara untuk mendapat perkahwinan yang mawaddah, sakinah dan rahmah didalam rumahtangga, suami isteri perlu turut mendoakan anggota tubuh badan pasangan dengan doa ini.
Perkongsian ilmu ini dikongsikan oleh Puan NadiaNozula boleh dijadikan panduan;
RAHSIA BESAR MENCIPTA HUBUNGAN MAWADDAH DI DALAM RUMAH TANGGA
Baru baru ni waktu saya balik Johor, saya berpeluang bertemu dengan seorang Ustaz, iaitu Ustaz Sadini.
Ustaz Sadini merupakan seorang bekas doktor dan berkahwin dengan anak Mufti Brunei. Tutur kata memang begitu menenangkan jiwa yang mendengar setiap tazkirah yang keluar dari mulut nya.
Sempat saya bertanya pada dia; “Macamana nak buatkan suami mendengar nasihat dan pendapat isteri?Sebab macam yang kita tahu, ramai suami diluar sana yang meletakkan ego di depan sekali bila buat apa-apa keputusan di dalam rumah tangga”
Ustaz Sadini jawab, “Sebelum tu saya nak tanya, pernah tak kamu mendoakan anggota badan suami kamu?”
Ustaz Sadini pandang semua yang hadir dan tanya lagi pada yang lain,
“Ada doakan anggota badan suami? Suami pulak, ada doakan untuk anggota badan isteri?”
Ustaz Sadini pandang saya semula, menunggu jawapan. Ahhh sudah! Apa nak jawab? Sebab saya tak paham maksud soalan tu.
Ads
Tapi saya jawab juga, “Saya biasa doakan suami saya dalam setiap sujud terakhir ketika solat, minta supaya ALLAH permudahkan setiap usaha suami mencari rezeki, menjadi suami dan ayah yang penyayang dan bertanggungjawab”
Ustaz Sadini; “Baik. Saya tak cakap benda tu salah yer.Cuma kurang betul.Kurang betul sebab pasangan suami isteri harus mendoakan anggota badan antara 1 sama lain.Tapi tak ramai pasangan buat perkara ni.Sebab tu kurangnya hubungan yang MAWADDAH di dalam rumah tangga”
Bacaan & Cara Berdoa
Persoalannya, bagaimana nak mendoakan anggota tubuh badan pasangan secara spesifik?
Di sini saya kongsi kan ye.
Pegang tangan suami/isteri kita, usap tangan nya sambil baca
YA ALLAH, BERKATI TANGAN SUAMI/ISTERIKU AGAR DIGUNAKAN KE JALAN YANG BAIK,DI HARAMKAN DARI API NERAKA
Fungsi Doa Makan
Pelik? Yer,kami semua yang hadir pun tercengang.Doa makan? Itu yang Ustaz Sadini bagitau,ramai ingat doa makan di baca ketika makan sahaja.Sedangkan banyak fungsi doa makan tu, untuk minta apa saja yang kita ada diberkati ALLAH.
? Ulang perkara yang sama di setiap anggota badan pasangan kita.
Ads
? Ketika isteri hamil,baca kan juga doa tersebut,sambil lekapkan tapak tangan di perut isteri.
? Ketika sedang bersama, lekap kan tapak tangan di dada suami/isteri dan bacakan doa tersebut,minta hatinya di berkati ALLAH dan tidak terpikir langsung untuk berbuat perkara yang tidak di sukai.Minta diharamkan hati nya dari api neraka.
ALLAHUUU, saya yakin ramaiiiii sangat yang tak tahu perkara ni kan? Pernah doakan tak anggota tubuh pasangan kita?
Dan yang terakhir ustaz Sadini kongsikan,ketika suami bawa balik sekampit beras.Waktu di tuang ke dalam tong beras,pegang butiran beras tu sambil bacakan juga,
Doa agar setiap butiran beras tu diberkati oleh ALLAH SWT.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat.Menjadi panduan dan amalan dalam mengeratkan hubungan suami isteri. Semoga rumahtangga yang dibina memperoleh kerberkatan, sakinah, mawaddah dan rahmah hendaknya. Amin
Bila pasangan curang dan menduakan pasangannya, tentu kita akan terfikir apa tak kena dan kurangnya pasangan yang sanggup susah payah selama ini. Apa lagi yang tak cukup dan perlu pasangan buat sampai boleh menduakan.
Mungkin setiap pasangan yang curang ini ada alasan tersendiri yang kadang-kadang tak boleh diterima dek akal. Jawapan sesetengah pasangan yang curang ini mungkin sebab orang lain berjaya mengisi kekosongan atau asalnya hanya sekadar suka-suka.
Begitulah, bila nak curang mcam-macam alasan yang diberikan. Tapi ingat, sekali pasangan itu curang, tak mustahil pasangan akan lupa Takutnya lebih teruk terus hilang sayang dan kepercayaan pasangan.
Orang yang curang dengan pasangan bukanlah orang yang bertanggungjawab. Ya, itulah jawapan yang diberikan oleh Firdaus Shakirin dalam perkongsiannya.
Dia punya sakit tu, menusuk ke lubuk hati yang paling dalam sekali. Persoalan demi persoalan, satu-satu muncul di fikiran…
“Apa lagi yang tak cukup dan aapa lagi yang tak kena. Apa lagi yang tak puas hati dan apa lagi yang tak dapat lagi…”
Hampir sepenuhnya dah dicurahkan segala-galanya dan hampir semuanya dah diberikan setiap apa yang diminta. Diri mula tertanya dan mencari di mana sebenarnya salahnya.
Berhenti seketika daripada mencari jawapan atau kesalahan.
Siapa Dia Sebenarnya
Bila orang yang kita sayang curang, itu bermakna Allah nak tunjuk dia tu siapa sebenarnya. Orang yang kita sayngg sepenuh hati, kita percaya setiap gerak gerinya, orang yang kita sanggup berkorban jiwa dan raga kita untuk dirinya sebenarnya ialah orang yang tak layak dapat semua tu pun dari kita.
Dia tak menghargai kita, dia tak nampak apa yang kita dah buat untuknya.
Kalau dia hargai dan dia nampak, sudah tentu dia tak akan curang. Ubah pemikiran dan mentaliti yang setiap kali orang curang, kita pulak menyalahkan diri sendiri, banyak salah, tak cukup baik, banyak kelemahan, kekurangan dan sebagainya.
Tahukah anda…
Orang yag curang akan mencari seribu satu alasan untuk menyalahkan orang lain dengan perbuatannya. Dia tidak pernah duduk berbincang, tak pernah ingin bersemuka, dia tak pernah membicarakan sesuatu dari hati ke hati dan apa yang dia buat ialah dia curang dan dia menyenaraikan keburukan kita daripada kebaikan kita.
Orang yang curang dengan pasangan ni bukanlah seorang yang bertanggungjawab.
Mingguan Wanita : Betul. Moga jadi pengajaran dan jangan sampai tersalah langkah. Apa lagi yang kita nak, bersyukurlah sebab pasangan yang kita ada ini sanggup kongsi susah payah bersama.
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Bulan madu tidak semestinya hanya untuk pasangan yang baru berkahwin. Pasangan yang telah lama berumah tangga juga perlu untuk sentiasa berbulan madu untuk menghangatkan hubungan.
Hendak bulan madu pun tidak perlulah pergi jauh-jauh. Kat rumah pun boleh. Apa yang penting, anda menghabiskan masa berdua dengan pasangan.
Nak cipta mood bulan madu di rumah tetapi tidak tahu caranya?
Cuba idea-idea berikut. Mana tahu boleh hangatkan lagi rumah tangga yang semakin suram.
1-Mulakan dengan menghias rumah dan bilik tidur menjadi lebih romantik.Contohnya gunakan pencahayaan suram, pasang lilin aromaterapi dan hiaskan bilik dengan bunga-bunga segar.
2-Gayakan penampilan menggoda. Tidak salahkan sesekali berpakaian seksi untuk suami pada hari istimewa.
Kredit foto: kompasiana.com
3-Makan malam ala candle light dinner dan esoknya sarapan atas katil berdua.
3-Tenangkan diri dengan melakukan urutan manja antara satu sama lain.
4-Boleh juga mandi bersama-sama.
Sebenarnya banyak lagi idea menarik yang boleh anda buat. Semuanya terpulang pada anda sendiri untuk mencipta suasana hangat untuk membahagiakan lagi rumah tangga.
Hendak tahu kupasan lanjut mengenai topik Bulan Madu Setiap Hari, bolehlah menonton Mingguan Wanita Talkshow pada hari Selasa 27 Ogos 2019 di saluran Astro Prima 105 dan Astro Prima HD 121.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Lumrah anak-anak kecil mereka suka meneroka dan suka bertanya, macam-macam yang ditanya sampaikan ibu bapa tidak terjawab dan penat melayan.
Paling sukar jika soalan yang ditanya itu soalan di luar kotak yang membuatkan ibu bapa terpinga-pinga dan hilang punca bagaimana hendak menjawab, Ikuti kupasan dan tips tentang isu ini oleh Encik Mohd Shariman Che Deris.
“Sememangnya ibu bapa akan buntu jika dilontarkan pelbagai persoalan luar kotak daripada anak kecil. Apa taknya kalau yang ditanya “Ibu, macamana adik lahir? Lalu ikut mana ibu? Ada kawan kata ikut pusat tetapi pusat tu kecil mana boleh lepas kan ibu” Terdiam jadinya ibu, berasap memikirkan apa jawapan diberi, apa perkataan yang sesuai dan macamana nak jawab?
“Namun soalan tetap perlu dijawab biar bagaimana pun bunyinya, walau tersentap naluri hati, buntu fikiran dek kerana soalan anak-anak, ianya tetap perlu dijawab.
“Ini cara anak-anak belajar, mereka meneroka, mereka ingin tahu dan mereka ingin cuba memahami, mencari sebab dan jawapan, anak-anak membina konsep dan kemahiran diri kerana itu banyak soalan yang akan ditanya macam peluru lepas satu, satu dan tentu saja soalan-soalan luar kotak ini tidak terkecuali.
gambar sekadar hiasan
“Bayangkan apa yang akan berlaku dalam minda anak-anak jika soalan mereka tidak dijawab dengan baik, anak-anak tetap akan mencari jawapannya dan bagaimana jika jawapan songsang yang diperolehi dan mereka berangapan itulah jawapan sebenarnya kerana kita sebagai ibubapa tidak bersedia, atau segan atau memandang remeh soalan anak, keadaan ini sangat-sangat bahaya untuk perkembangan minda anak-anak kecil.
“Maksudnya ibubapa perlu belajar untuk menjawab setiap persoalan anak dengan baik dan tidak sesekali passing-passing jawapan atau mengelak-gelak daripada menjawabnya.
” Apakah anak ini tahu soalan luar kotaknya itu menyebabkan ibubapanya tidak selesa, rasa skeptikal dan prejudis kepada anaknya sendiri, tentu saja anak ini tidak tahu namun kenapa pula soalan-soalan ini muncul dari bibir comel si kecil ni?
“Ini adalah realiti yang setiap ibubapa perlu fahami, anak-anak kecil belajar daripada macam-macam sumber, anak-anak melihat, mendengar dan merasai, anak-anak juga menghidu dan menyentuh juga makan. Setiap perkara yang berlaku di sekelilingnya, anak-anak mahu memahaminya, ingin tahu kenapa begitu kenapa tidak begini? Rancangan-rancangan televisyen, radio dan internet serta perbualan dan perbuatan orang dewasa malah bila masuk rama-rama dalam rumah je akan keluarkan macam-macam soalan.
“Ibu tu apa tu ibu”
“Ibu kenapa rama-rama masuk rumah kita”
“Rama-rama tu makan apa ibu”
“Rama-rama tu takde ayah ke ibu, anak rama-rama tu pergi mana ibu”
Jadi bila anak-anak bertanya soalan luar kotak, ibubapa perlu bersedia mendengarnya, dan beri jawapan yang mudah faham dan betul, untuk anak bina konsep diri dan kefahamannya.
Kerap kali ada di kalangan ibu bapa yang akan beri jawapan yang salah atau terlalu kompleks dengan pelbagai macam analogi hinggakan anak-anak bertambah tidak faham jadinya, hanya untuk mengelak daripada beri jawapan yang betul. Ini juga bukan kaedah yang betul.
Ibu Fatin Syazwani luah kesedihan, "Makcik memang takut duduk seorang diri dalam sel lokap polis. Dipakaikan baju tahanan reman selain dipisahkan dari suami dan...