Rupanya Senang Sangat Nak Buat Sushi, Bahan Pun Mudah Nak Cari

Share

Bila tekak nak makan sushi, mulalah mencari-cari restoran Jepun. Nak buat sendiri macam susah pula dan satu hal nak keluar cari bahan yang mungkin ada kat satu-satu tempat tentu sahaja. Pulak tu, bila PKP nie kebanyakkan restoran tutup. Lagilah kempunan.

Tak payah pening-pening, rupa-rupanya senang saja nak buat sushi kat rumah. Bahan yang kita guna pun mudah nak dapat. Apa lagi, lepas nie bolehlah makan sushi, hasil air tangan sendiri dan tak pelu nak fikir cari restoran Jepun pun.

Inilah antara perkongsian daripada Zulfaza Loves Cooking ZLC.

“Sebenarnya, saya buat sushi ini untuk sarapan. Bahan utama pun hanya beras dan seaweed yang ada jual kat kedai serbaneka. Kenyang pun kenyang.

Bahan Untuk Masak Nasi

1 cawan beras

2 cawan air

1 sudu besar cuka

1 sudu besar gula

1 sudu kecil garam

  • Masak macam biasa. Bila masak, biarkan ia sejuk sekejap.

  • Nak letak bijan hitam yang disangai pun boleh.

Bahan Lain:

Seaweed

Tuna

Hirisan cili padi

Hirisan bawang

Mayonis

Garam

Lain-lain bahan, ikut citarasa sendiri

Lobak merah – potong panjang

Timun – potong panjang

 

Cara nak menyediakan seperti dalam gambar di bawah ini.

Bahan seaweed dan beras
Lobak merah dan timun yang dipotong memanjang
Beras yang siap dimasak
Tuna yang dicampur dengan mayonis, bawang dan cili.
Ambil sekeping seaweed, boleh lapik atas plastik.
Letak nasi di atas kepingan seaweed dan tuna serta sayuran yang dipotong tadi.
Gulung kuat-kuat supaya senang nak potong nanti.
Potong ikut saiz besar yang kita nak. Taraaa, boleh terus ngap masuk mulut.

MW: Apa lagi, boleh cuba nie, jimat dan mudah kan!

IKLAN