
Isi Kandungan
ToggleRupanya perap ikan bilis dengan cuka makan seketika adalah petua bagi jadikan ia lebih garing dan kerangupannya bertahan lebih lama.Bukan apa, walaupun hanya sekadar goreng ikan bilis, jika tak kena cara ia akan jadi liat, lembik dan tak rangup seperti yang diinginkan. Bagi mak-mak yang suka goreng ikan bilis boleh cuba petua yang dikongsikan oleh Nur Hazwanie Ishak ini.
“Ikan bilis yang digoreng garing memang sedap dimakan dengan pelbagai cara. Boleh dimakan bersama nasi lemak, bubur nasi dan juga boleh dijadikan rencah dalam nasi goreng. Tapi tahukah cara untuk mendapatkan ikan bilis goreng yang sedap dan kerangupannya tahan lama? Jom cuba petua ini.”
Bahan-Bahan:
Ikan bilis
Cuka makan
Cara-Caranya:
1. Bersihkan ikan bilis dan masukkan ke dalam bekas.
2. Masukkan cuka dan gaulkan rata bersama ikan bilis.
3. Perap selama 5 minit.
4. Goreng ikan bilis seperti biasa.
Insya-Allah ikan bilis akan lebih garing dan kerangupannya mampu bertahan lama.
Tips Elakkan Minyak Agar Tidak Terpercik Ketika Menggoreng
- Masukkan sedikit garam ke dalam minyak yang telah dipanaskan. Kemudian teruskan menggoreng.

2.Masukkan sekeping asam gelugur ke dalam minyak. biarkan sekejap. Keluarkan asam gelugur ketika hendak menggoreng.
Selamat Mencuba!
Sumber:Nur Hazwanie Ishak
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Usia “Émas” Pun Boleh Jadi Model! Selebriti Popular Bakal Jadi Juri Pencarian Model

Isi Kandungan
ToggleMusim perayaan bakal menjelang tiba tidak lama lagi. Bersempena 10 tahun jenama Bulan Bintang berada di pasaran, jenama fesyen baju Melayu terkenal tersebut memperkenalkan kempen diberi nama ‘Bulan Bintang Next Top Model’.
Menarik, ia turut memberi peluang kepada mereka yang berusia 40 tahun ke atas untuk turut sama menonjolkan bakat terpendam dalam bidang peragaan.
Berminat Jadi Model
Menurut pengasasnya iaitu Azzim Zahid Azmi atau Meri, mereka membuka penyertaan kepada orang ramai yang berusia 40 tahun di atas sebab tersendiri.
“Saban tahun, kami mendapat banyak permintaan peminat yang mahu menjadi model. Jadi, untuk tahun ini, kami membuka peluang bersempena sedekad kami berada di pasaran.
“Kami sudah ada ramai model dalam kalangan selebriti dan pempengaruh, terutamanya mereka yang berusia muda. Jadi untuk kelainan, kami mahu mencari model berusia 40 tahun ke atas untuk ‘catwalk’ atas pentas pertunjukan fesyen kami nanti.
Mereka yang berminat boleh hantarkan penyertaan menerusi akaun TikTok dan daftar secara atas talian.
“Seterusnya, sediakan video berdurasi pendek mengenai latar belakang diri anda serta tunjukkan bakat anda ‘catwalk’ dan ‘pose’. Muat naik di akaun TikTok dan tag akaun @bulanbintangcloting dan #BulanBintangNextTopModel.
“Penyertaan untuk kempen Bulan Bintang Next Top Model ini telah dibuka sehingga 11 Januari ini,” kata Meri.
3 Selebriti Popular Jadi Juri
Penyertaan yang diterima akan dinilai serta dijurikan oleh bukan calang-calang personaliti kerana nama-nama besar dalam industri hiburan bakal menjurikan penyertaan para peserta.
Antara juri yang terlibat termasuklah Datuk Ramli MS, Joey Daud dan Nadhir Nasar sendiri.
“ Datuk Ramli, Joey dan Nadhir akan memilih 30 orang peserta untuk ke peringkat seterusnya. 30 orang yang bertuah akan menjalani sesi uji bakat.

“Sesi uji bakat akan dinilai oleh juri dan dari 30 peserta, hanya 15 yang akan dipilih berjalan di pertunjukan fesyen Bulan Bintang. Akhirnya, tiga orang peserta akan memenangi hadiah.
“Tempat pertama bakal memenangi RM10,000 manakala RM5,000 bakal dihadiahkan kepada naib juara dan RM3,000 bagi pemenang tempat ketiga.
“Penilaian adalah berdasarkan 50 peratus markah juri dan 50 peratus markah pula berdasarkan undian penonton yang mengikuti kempen Bulan Bintang Next Top Model di TikTok,” katanya lagi.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Wajah Anak Penan Ini Basah Tangisan, Rindu Sungguh Pada Mak Ayah Yang Jauh

Isi Kandungan
ToggleAnak sekolah usia 8 tahun ini tak berhenti menangis. Dari saat wanita ini, Azmira Amran temui sampailah anak ini selamat memasuki asramanya. Tangisan anak Penan itu terus berpanjangan.
Tangisan anak Penan ini menjentik hati pegawai yang bertugas di Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Catatannya ringkas saja, namun memberi maksud yang cukup tersirat untuk mak ayah hayati. Betapa bersyukurnya kita, kerana dapat menatap wajah anak-anak setiap hari.
Melihat mereka membesar depan mata, tanpa perlu hadir sarat rindu yang tak berpenghujung. Anak Penan ini tidak bernasib baik seperti kita mak ayah.
Dia jauh dari mak ayahnya… jauh sekali. Dan tentunya ketika itu.. dia terlalu rindu. Rindu kembali bertamu apabila melihat teman-teman lain punya mak ayah menemani di hari karnival.
Tetapi tidak dirinya. Betapa pilu hati anak ini, namun inilah realiti pendidikan untuk anak-anak jauh di pedalaman Sarawak. Semoga pengorbanan anak ini akan terbalas juga suatu hari nanti.
Tangisan Anak Penan
(Catatan ini ditulis dalam Bahasa Inggeris, dan diterjemahkan semula dengan kebenaran penulis)
Sebaik tiba di sekolah ini, saya langsung terpandang budak lelaki ini (kerana rambutnya itu). Tubuhnya membelakangi sekolah, lama dia memandang sebuah perkampungan yang letaknya jauh di bawah bukit.
Saya mendekatinya, wajahnya basah dengan tangisan. Entah kenapa dia menangis, mungkinkah disebabkan rakan-rakan yang mengusiknya? Atau mungkin juga dia terlupa membawa pensil ke kelas? Saya cuba menceriakannya, bermesra dengannya, ajarnya cara-cara berselfie. Tapi dia terus menangis.
Uniform sekolahnya lusuh, penuh dengan tahi lalat pada pakaiannya. Tertulis ‘Aray’ pada name tagnya tapi akhirnya saya dapat tahu nama sebenarnya adalah Reno.
Anak ini, dalam kelas tahun 2 (8 tahun) dan antara pelajar yang paling banyak tidak hadir ke sekolah pada tahun lepas.
Sebab itu, tahun ini dia perlu tinggal di asrama. Kerana perkampungannya jauh dari sekolah.

Anak Ini Kerinduan, Terkenang Mak Ayah Yang Jauh
Semalam, hari Karnival di sekolah. Ramailah ibu bapa yang datang dari merata kampung. Kalau tak silap saya, ibu bapa Aray tak dapat datang menemuinya.
Kerana sesetengah perkampungan sememangnya terlalu jauh lokasinya. Kadang mengambil beberapa hari untuk sampai ke sekolah dengan berjalan kaki.
Anak ini kerinduan. Dia menangis kerana terkenangkan ibu bapa yang begitu dirindui. Hati saya sebak bila tahu akan hal ini.
Saya teruskan kerja, kemudian kembali mencarinya. Dan dia masih lagi sebegitu.. menangis. Duduk diam di penjuru pintu kelas. Usaha lagi untuk menceriakannya. Kali ini saya berikan gula-gula.
Dia ambil.. tetap dia masih menangis. Lewat petang itu, saya lihat di melangkah ke asramanya dan kembali menyambung tangisannya yang panjang.
Sumber/Foto : Azmira Amran
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Elak Virus Covid-19 ‘MASUK’ Rumah, Sanitize Kenderaan!

Isi Kandungan
ToggleJangan hanya sanitize barang yang dibeli dan bersihkan diri. Ramai yang lupa nak sanitize kereta atau motosikal yang digunakan berulang kali untuk membeli barang keperluan.
Dalam kenderaan inilah kita letak barang-barang yang dibeli dan kita sentuh di merata bahagian terutama stereng. Tapi ramai yang terlepas pandang bab ini. Bimbang kecuaian yang berulang kali ini mengundang padah.
Sanitize Stereng
Menurut Dr Asmah Razalli, stereng pemandu seeloknya disembur dengan penyembur antibakteria atau sanitizer yang mengandungi tahap alkohol untuk nyahkuman yang digariskan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Untuk mencuci kenderaan bergantung pada individu. Kenderaan mungkin boleh dicuci dengan sabun jika dikhuatiri kotor atau menyembur kenderaan dengan penyembur antibakteria,”ujar beliau yang merupakan Pengarah Urusan Laura Wellness & Consultation/ Motivator.
Tiada sebarang paksaan mengenai perkara ini, ia sebahagian langkah pencegahan yang boleh kita amalkan bagi mengelakkan jangkitan Covid-19.
Buang Terus Mask Dan Sarung Tangan
Tegas Dr Asmah, sebaik sahaja pulang ke rumah, pastikan sarung tangan dikeluarkan dengan cara yang betul. Buang sarung tangan dan mask ke dalam tong sampah yang bertutup. Kemudian, segera mandi dengan menggunakan sabun. Jangan sesekali menyentuh ahli keluarga sebelum anda mandi.
“Pastikan barangan yang dibeli diletakkan di tempat khas untuk dicuci sebelum digunakan atau disimpan. Ia sebagai langkah keselamatan bagi memastikan barangan ini selamat digunakan.
“Bawa beg kitar semula sendiri dari rumah kerana kita lebih tahu tahap kebersihannya berbanding plastik yang digunakan di kedai. Amalan ini juga dalam menyelamatkan bumi daripada pencemaran,”katanya.
Rumah Pun Kena Sanitize
Dr Asma juga mengatakan, kita perlu lakukan pembersihan rumah dengan kerap. Mop lantai dengan pembasmi kuman, basuh segala permainan anak dan alatan memasak.

“Jangan lupa tukar dan cuci cadar serta sarung bantal dengan kerap. Sebaik-baiknya, sembur pembasmi kuman pada tilam, bantal, sofa dan langsir. Lakukan secara konsisten sebagai langkah pencegahan,”ujarnya.
Didik Keluarga Jaga Kebersihan
Tambah Dr Asmah, mak ayah mesti didik anak-anak mengamalkan tahap kebersihan yang optimum. Sentiasa pastikan anak-anak basuh tangan dengan sabun dan mandi dengan sempurna. Bagi mak-mak pula, pastikan bahan masakan dibasuh bersih sebelum dimasak.
“Paling penting, mak ayah patuh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Jangan bagi anak bermain di luar rumah. Ini bukan masa untuk pulang ke kampung atau keluar ke tempat awam bersama anak-anak.
“Mak ayah juga kenalah jujur dan jangan sembunyikan maklumat jika mempunyai kontak dengan pesakit Covid-19 atau golongan yang berisiko. Kejujuran ini dapat menyelamatkan keluarga kita,”tegas Dr Asmah.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI