Menikmati secawan kopi O panas di pagi hari umpamanya memberi kepuasan yang sukar digambarkan oleh penggemar kopi. Aroma dan rasa kopi membuatkan pengemar setianya tak boleh hidup tenang jika dalam sehari tidak “pekena” kopi.

Tahukah anda, rupanya minum kopi tanpa gula banyak memberi manfaat pada kesihatan. Menurut kajian, mereka yang minum satu cawan kopi tanpa gula mempunyai kebarangkalian 12 peratus untuk hidup lebih lama mereka yang langsung tidak minum kopi dan merendahkan risiko dapat penyakit.

Ikuti kelebihan minum secawan kopi menerusi perkongsian Dr Zubaidi Hj Ahmad :

HIDUP LEBIH SIHAT DENGAN SECAWAN KOPI
.
Ramai di antara kita yang seolah-olah “tidak boleh hidup” jika tidak minum secawan kopi di waktu pagi.

Saya suka berkongsi satu kajian, menunjukkan bahawa meminum kopi dikaitkan dengan panjang umur dan kebarangkalian mendapat penyakit kronik termasuk kanser yang rendah.

IKLAN

Kajian ini diterbitkan dalam jurnal perubatan yang terkenal, Annals of Internal Medicine. Kajian yang dilakukan di University of Southern California yang melibatkan 185,000 orang selama 16 tahun.

Kelebihan Minum Kopi Tanpa Gula

Saintis mendapati mereka yang minum satu cawan kopi tanpa gula mempunyai kebarangkalian 12% untuk hidup lebih lama berbanding dengan mereka yang tidak minum kopi dalam hidup mereka.

Mereka yang minum dua atau tiga cawan kopi mempunyai kebarangkalian untuk bebas dari penyakit kronik termasuk kanser sebanyak 18%.

Dalam kajian yang lain, saintis yang melibatkan setengah juta orang di seluruh Eropah mendapati meminum kopi dapat merendahkan risiko untuk mendapat penyakit kardiovaskular dan penghadaman.

IKLAN

Rendahkan Risiko Dapat Penyakit

Terdapat juga kajian yang menunjukkan bahawa dengan minum kopi tanpa gula setiap hari dapat merendahkan risiko mendapat penyakit.

Parkinson’s dan Alzheimer’s dan dapat mengawal gula dengan lebih baik bagi pesakit diabetes. Ia juga dikatakan dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh.

Jadi minumlah kopi tanpa gula untuk mendapat kebaikan kopi.

IKLAN

Namun ada orang yang sensitif terhadap kopi (yang mengandungi kafein). Mereka mungkin akan mengalami rasa sakit kepala, degupan jantung yang laju, dan rasa tidak selesa dalam perut.

Ambillah dalam kuantiti dan pada yang masa yang sesuai.

Semoga bermanfaat.

#HealthDrZubaidi

Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad
MW: Jadi mulakan pagi anda dengan secawan kopi tanpa gula di samping mengamalkan gaya hidup sihat dan pengambilan makanan seimbang. Semoga lebih ramai meminum kopi tanpa ditambah gula atau krimer demi menjamin kesihatan. 
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI