Sebenarnya tak perlu tunggu 2 peratus duit gaji suami pun mak-mak dah boleh mencarum KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) sendiri secara online. Lagi-lagi mak-mak yang duduk di rumah tapi buat kerja sambilan. Pendapatan sampingan itu, simpanlah sedikit setiap bulan untuk kegunaan masa depan.
Wan Musyahadah berkongsi cara mencarum duit mak-mak dalam KWSP secara online. Sebelum itu, kena penuhi syarat yang dinyatakan di bawah ini.
CARA SURIRUMAH MENCARUM KWSP SENDIRI
1. Pergi ke pejabat KWSP berhampiran. Bagi yang dah pernah bekerja boleh terus minta borang untuk mencarum sendiri.
2. Bagi yang belum mempunyai akaun KWSP, isi borang ‘create’ akaun dulu. Lepas tu isi borang untuk mencarum sendiri. ** Jangan risau, tanya je pegawai-pegawai yang bertugas. Semua baik-baik dan manis orangnya. Nanti depa bagi borang borang tu.
Lepas dah settel semua. Nanti depa akan bagi satu salinan no. akaun KWSP pada kita. Simpan.
Jangan buang.
6# Isikan details ( nama / no.ic / no.kwsp / ‘amount’ yang kita nak simpan ) *paling minimun RM50. Maximum 60k setahun.
7# ‘Request’ TAC no.Dah dapat TAC no tu isikan. Jangan tengok je naa. *sebab dah pernah mencarum, dia terus keluar macam ni. Kalau yang 1st time kena request TAC dulu.
8# Tekan ‘confirm’ kat kotak print receipt. *maaf, gambar laju 1 babak. Lepas tu tadaa.. Tahniah! Dah pandai mencarum Kwsp sendiri. Semoga istiqomah.
Orang yang paling sibuk bila nak raya mestilah kaum ma-mak, dia punya otak cukup ligat fikir nak itu ini. Tak ada istilah penat demi puaskan hatinya kalau masuk bab persiapan hari raya.
Macam yang saudara Amir Syahir kongsikan, kalau boleh kaum suami kenalah bertindak ikut kehendak mak-mak. Tak bagi idea tak apa tetapi tolong bertindak kalau isteri minta tolong. Nah, jemput baca dulu bagi faham konsep apa yang suami patut tolong…
Raya kian terasa. Orang yang paling sibuk saat ni semestinya kaum isteri. Dalam kepala mereka banyak yang difikirkan persiapan untuk raya ni. Selagi tak raya, selagi tu lah duk buat persiapan.
Persiapan baju raya anak-anak dan suami kejap je setel. Tapi persiapan baju raya dia sendiri paling last setel. Yang penting anak-anak dulu yang ada baju raya.
Mana taknya, pusing habis satu pusat membeli-belah pastu kata tak cantik lah, tak berkenan lah. Ada tu dah setengah jam belek-belek tudung. Last-last kata takde berkenan.
“Warna yang saya nak tu takdela bang.”
“Tak cantik la tudung kat sini bang. Pergi kedai lain pulak jom.”
Ada juga yang bawa baju siap-siap nak bagi sama tone tudung dengan warna baju. Tengok betapa gigihnya kaum isteri nak nampak cantik di hari raya.
Tu pasal kau kena bagi “me time” dekat isteri tu. Bagi dia masa dan waktu untuk buat keputusan. Karang ada malam raya kau kena ikut dia pergi beli tudung lain. Dah la malam raya tu agak sibuk.
Tugas kau sekarang jaga anak dan bawa barang je. Jangan pandai pandai nak bagi pendapat. Pendapat kau tak power langsung. Baik kau diam. Haha.
Dah jadi lumrah seorang isteri nak keluarga mereka bahagia di pagi raya. Kau sebagai suami rilek je bagi duit belanja. Pandai-pandai lah dorang belanja beli pakaian raya.
Isteri aku memang kalau raya dia je belikan baju raya. Bincang nak raya warna apa, tup tup dia dah beli. Best juga dah kahwin ni, tak perlu nak fikir dah pasal baju raya.
Tengok-tengok dah siap. Tengok-tengok ada postage sampai. Mungkin masa dorang remaja memang dah berangan bila kahwin nanti nak pakai sedondon dengan suami.
Sebelum puasa lagi isteri aku dah setel bab-bab baju raya ni. Katanya tak nak sibuk dan kalut nak cari masa tengah puasa. Aku ikutkan aje.
Kaum isteri memang cemerlang lah bab nak beli baju raya ni. Kau warna ungu satu je kenal. Dorang warna lavender lah, violet lah. Banyak warna dorang kenal. Memang tak dinafikan dorang power bab pakaian dan hal ehwal persiapan raya ni.
Itu tak kira nak setelkan kuih raya lagi, persiapan rumah lagi. Jadi, kau kenalah bantu isteri kau bab kemas rumah. Janganlah terbongkang je. Kalau dorang minta tolong apa-apa, kau buat je. Bukan susah mana pun. Jangan banyak cakap, terus buat. Karang mula la dorang kata asyik-asyik dorang je buat itu ini.
Raya kan setahun sekali. Dorang mesti nak yang terbaik buat keluarga. Kau ikutkan je lah selagi apa yang dorang buat tak membawa kepada pembaziran.
Persiapan raya korang macam mana? Dah beli baju semua? Setel awal-awal kan senang. Tak kalut nanti dekat nak raya. Tapi jangan sampai membazir pulak ye.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Serius, bab simpan duit sepatutnya dipegang oleh isteri. Sebab isteri ini Menteri Kewangan dalam keluarga. Sayangnya ada isteri, yang selalu beranggapan, dia tidak cukup duit untuk menyimpan. Lagi-lagi suri rumah sepenuh masa. Salah sebenarnya cara itu.
Apa yang dikongsikan oleh Bonda Norini sangat-sangat bermanfaat untuk isteri baik yang bekerja mahupun suri rumah sepenuh masa. Cerita bab simpan duit sendiri. Dan bagaimana caranya. Bacalah sampai hadam. Moga tahun ini mak-mak boleh letak azam, ada duit simpanan sendiri.
Walaupun tidak bekerja. Sebab apa?
Sebab senang kalau tiba-tiba terasa nak makan itu, nak makan ini. Senang kalau terasa nak beli baju, nak beli beg dan kasut sendiri. Senang kalau terasa nak beri mak duit atau nak bantu kawan-kawan yang sakit. Ah, kalau sesekali terasa nak manjakan diri di spa dan saloon pun, apa ada hal! Kita bukan minta duit sesiapa! Duit kita!
Isteri memang perlu ada duit simpanan sendiri. Apatah lagi jika ada anak-anak. Sesekali tentu terasa nak bawa anak-anak pergi bercuti. Nak gembirakan hati mereka bawa main kolam renang dan shopping barang. Tapi yelah, kosnya bukan kecil juga. Kalau ada duit sendiri, apa ada hal! Suami pun tidak ada sebab nak halang hasrat kita. Bukan kita guna bajet dia!
Ya! Saya sangat tekankan setiap perempuan, wanita dan isteri perlu ada duit simpanan sendiri!
“Duit yang ada sekarang pun tak cukup. Macam mana nak menyimpan!”
Okey, daripada kita berbalah tentang soal tak cukup, cuba beritahu – berapakah jumlah yang dikatakan cukup itu? Kalau ada lebihan duit RM1000, cukup tak nak menyimpan? Kalau ada duit lebihan RM500 sebulan boleh tak nak menyimpan?
Duit lebihan? Percayalah, ini satu pencapaian yang satu dalam seribu!
Hakikatnya, kebanyakan daripada kita struggle dengan kehidupan masing-masing. Maka betul kata awak, puan! Duit yang ada sekarang pun tak cukup, macam mana nak menyimpan!
“Paksa diri menyimpan. Kena kerat duit yang kita dapat. Kalau kita dapat duit RM1000, anggap je kita dapat RM900. Guna yang RM900 tu je. Yang baki RM100 tu, simpan. Buat tak tahu je. Jangan guna! Bila dapat duit lagi, ulang lagi hal yang sama.”
“Simpan duit. Kalau boleh suami pun jangan tahu kita ada simpan duit. Kalau dia tahu pun, jangan beritahu dia jumlahnya. Kita bukan berkira dengan dia. Tapi kita nak jaga hak kita. Suami kalau tahu, mudah-mudah saja duit tu dia pinjam. Lepas tu, selalunya burn macam tu je!”
Mereka benar! Inilah sebabnya mengapa saya menulis tentang hal ini. Kerana terlalu banyak aduan daripada isteri-isteri yang bekerja mengatakan suami menggunakan wang mereka. Pedih. Tapi inilah kenyataannya!
Aduhai para suami, jika isteri tidak redha, maka haram hukumnya ya. H A R A M! Suami tidak boleh menggunakan duit hasil titik peluh isteri kecuali kalau isteri tersebut memang rela dan redha nak bagi.
“Suami tengah terdesak. Takkan tak nak tolong? Tak sampai hati pula!”
Eh, memanglah! Itu kan suami kita. Bukan orang lain. Tolonglah apa yang mampu. Tapi laraskan niat dengan strategi. Kena faham, ada orang boleh ditolong dengan pemberian. Ada yang perlu ditolong dengan pinjaman. Ada yang perlu ditolong dengan menahan segala bantuan!
Jadi nak buat apa?
“Bila suami susah hati nak pakai duit, jangan terus bagi walaupun kita ada duit tu. Tunggu dulu. Buat-buat ikhtiarkan nak pinjam daripada siapa. Then masa bagi, pesan pada dia – ‘Duit orang ni, bang. Abang jangan lupa pulangkan balik tau.’ Suami ni, kalau dia tahu itu duit isteri dia, peluang nak dapat balik duit tu memang tipis. Tapi kalau dia anggap itu duit orang, dia serius sikit usaha nak bayar balik.”
Ini bukan menipu, inilah strategi. Ini muslihat seorang isteri demi membantu suaminya agar punya rasa tanggungjawab yang tinggi,
“Perempuan yang bekerja, bolehlah ada duit sendiri. Yang surirumah sepenuh masa ni, mana nak dapat duit untuk menyimpan?”
Okey, ini juga memang alasan yang benar. Apatah lagi bagi suami yang tidak memberi duit belanja pada isteri. Tapi, cuba fikirkan situasi ini. Walau macam mana susah pun hidup, walau pun suami tidak memberi sejumlah duit secara khusus kepada isteri, rasanya hal ehwal berkaitan barang-barang dapur dan keperluan rumah masih diuruskan oleh isteri. Maka, pandai-pandailah isteri bermain dengan strategi di sini.
Saya masih ingat perkongsian cerita seorang wanita yang menjadi surirumah sepenuh masa.
“Tiap-tiap bulan, bila suami bagi duit dapur, akak tak gunakan semua. Akak jimat-jimat. Sesekali saja beli udang atau ikan yang mahal-mahal. Duit lebih akak simpan. Pernah sekali tu, akak beritahu suami nak beli kereta. Suami kata, tak ada bajet. Akak keluarkan duit simpanan akak, bayar cash. Terkejut dia!”
Nah, siapa kata suri rumah tidak boleh menyimpan? Sesuatu yang mustahil pun boleh menjadi kenyataan. The power of intention and strategy!
Betullah tu kata orang – duit bukan segala-galanya, tapi segala-galanya perlukan duit. Ramai yang stress dengan masalah ekonomi. Hutang banyak, tapi nafsu mahu beli itu ini juga menggebu-gebu. Sebagai isteri, pandai-pandailah kita memasang strategi untuk mengendalikan semua itu.
Zaman sekarang ni, semua isteri perlu ada duit sendiri. Dan saya sebenarnya sangat menyokong para isteri bekerja dari rumah. Boleh cari duit sambil jaga anak saja. Ada macam-macam cara untuk tambah duit poket sendiri. Boleh menjahit, bisnes online, buat kelas tuisyen di rumah dan sebagainya.
Kalau kita adalah seorang surirumah sepenuh masa, fikirkan sesuatu untuk membuat simpanan kita. Penting. Sangat penting!
Mengapa saya katakan begini? Kerana ia bukan soal berbelanja untuk dunia saja bahkan untuk akhirat kita.
“Abang pergi masjid karang, nak kirim duit ya.”
“Takpe. Abang memang selalu masukkan duit dalam tabung tu, niat untuk abang, untuk sayang dan untuk anak-anak semua.”
Mana sama! Bersedekah dengan ikhtiar daripada suami dengan ikhtiar daripada kita sendiri tentulah tak sama nilainya.
Maka inilah SEBAB PALING UTAMA mengapa wanita perlu ada duitnya sendiri. Kerana Rasulullah telah pun berpesan kepada kita dengan satu pesanan yang sangat penting ini.
“Wahai sekalian kaum wanita, bersedekahlah. Kerana telah diperlihatkan kepadaku bahawa sebahagian besar penduduk neraka adalah kalian.” (HR. Al-Bukhari no. 304)
Allahu Akbar! Semoga kita sama-sama boleh mengambil peringatan.
Carilah duit sendiri. Belajarlah berdikari. Kerana sesungguhnya wanita yang punya simpanan sendiri dan mampu berdikari hidupnya lebih mudah gembira dan dihargai oleh suami.
Carilah duit sendiri. Bersedekahlah. Kerana wanita yang selalu bersedekah pasti akan menempuh laluan hidup yang lebih mudah dalam meraih rahmat Allah.
Luluh hati kecil melihat keadaan anak lelaki ini yang menghidap ekzema, walau bertiub bagai tetapi semangatnya untuk bermain dalam dunia anak kecil tak pernah hilang. Malah ada sekeping gambar yang dikongsi ibunya, Adnin Al Hannan di laman Facebook, adik Al-Asyiq tetap solat walau pakai tiub di bulan Ramadan yang lepas.
Namun baru-baru ini, tiub tercabut kerana aktif menggaru gatal-gatal ekzema. Jadi dia kena pergi hospital bahagian kecemasan untuk tukar tiub baru.
Jangan kata ibu ini tak berusaha sebab sebelum ini dia ada juga menerima tempahan seperti sambal tumis ikan bilis, popia nestum dan cornflakes madu sebagai jualan amal untuk Al Asyiq.
Buat pembaca yang tertanya-tanya masalah penyakit anak ini, sebenarnya Al Asyiq mengalami malnutrition dan masalah perkembangan tumbesaran, ekzema dan alergik yang teruk dan hanya memerlukan susu khas.
Malahan dia telah didiagnos penyakitnya sebagai FAILURE TO THRIVE SECONDARY MULTIPLE FOOD PROTEIN ALLERGY.
Ini akaun saya jika anda berminat membuat sebarang tempahan dan sumbangan buat Al Asyiq.
Maybank 155032306795 Mas Idayuu Masturi
0133862178
Segala bantuan orang ramai yang sudi membantu dari segi hulurkan duit, membeli barang jualan dan viralkan perkongsian ini, Puan Adnin Al Hannan dahulukan dengan ribuan ucapan terima kasih.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Buang bayi lelaki baru lahir belakang rumah bongkar sumbang mahram dua beradik bawah umur di Besut. Ketahui kronologi penuh, siasatan polis dan tindakan lanjut.