Bila beraya ramai-ramai, macam inilah gayanya. Ada yang jenis ringan tulang dan ada yang jenis buat tak tahu walau orang sibuk masuk dapur. Namun kalau nak mudahkan mak ayah yang dah berusia di kampung, eloklah ikut cara saudara Syah Rizal, tak buat tahun ini mungkin boleh cuba tahun depan…
Tahun ni raya rumah mak saya di Kg Tersusun Tasek. Bayangkan 10 beradik berkumpul + menantu 7 orang + anak sedara 18 orang. Dah tentu kalau masak dah macam kenduri kendara. Tak boleh masak sikit-sikit sebab tak cukup.
1. Kumpul Duit
Pertengahan puasa, kami dah mula kutip setiap keluarga RM200 untuk tujuan persiapan juadah raya. Ada 2 orang masih belajar jadi kutipan terkumpul RM1,600. Duit tersebut dipegang oleh bendahari kehormat dan setiap pembelian barang-barang kena ada resit.
Ads
2. Tentukan Menu Raya
Menu raya pertama hingga raya ke 3 telah ditentukan dalam whatapps family dan pembahagian tugas telah diberikan. Maknanya untuk semua juadah raya anak-anak dan menantu yang uruskan. Mak jadi mandur dan kalau boleh rehat je biar anak-anak uruskan. Ahli keluarga dah ramai, takkan nak suruh mak juga masak kan???!! Menu wajib raya pertama nasi minyak + ayam masak merah.
Ads
3. Bayar Elektrik Untuk Mak Ayah
Raya ke 3 masing-masing akan balik rumah mertua (memang macam tu setiap tahun). Baki duit kutipan akan digunakan untuk bayar bil elektrik dan air. Bayangkan semua nak pakai aircond, hp ada berapa bijik nak charge, laptop, lampu kipas 24 jam sebab ‘bergebang sampai pagi’. Berpuluh-puluh orang mandi entah berapa banyak bil ayor yang kena bayor nanti. Ada baki itulah yang bagi dekat mak untuk simpan atau nak guna. Itulah rutin kalau beraya di rumah mak.
Ads
Sekadar berkongsi cerita. Bukan apa, kesian dekat mak ayah kita yang terpaksa keluar duit sendiri untuk tanggung makan minum kita anak beranak. Memang sekali sekala keluar duit, tetapi kalau kita boleh ringankan beban mereka kan lebih baik. Kadang-kadang kita terlepas pandang perkara yang remeh temeh tu. Mungkin tahun ni kita boleh buat perubahan.
Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri
Maaf Zahir dan Batin
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Nak suap makan anak sendiri pun orang bercerita, padahal bukan kudrat mereka pun ya? Tetapi itulah masih ramai mak-mak muda yang tak tahu nikmat menyuap anak makan nasi. Bukan saja-saja sebenarnya…
Nak tahu apa kelebihan mak-mak yang rajin menyuap makan anak-anakya, jemput baca perkongsian pengalaman Puan Fauzan N Siti ini…
Saya faham, bila anak kita kecil-kecil, kita letih kan?
Kita rasa… “ya Allah, cepat lah besar budak-budak ni.”
Mama nak rehat, mama ni nak mandi pun tak sempat. Mama dah lama tak dapat makan dengan nikmat telan perlahan-lahan, asyik telan tak kunyah je nasi punya nak cepat, nak suap anak lagi.
Cepat lah boleh makan sendiri, cepat lah boleh main sendiri cepat lah, boleh duduk sendiri.. cepat laaa.. cepat laaaaaaaa.
Jadi..kita mempercepatkan mereka untuk “matang”..
Lagi cepat makan sendiri lagi baik, Mama tak payah tengok sangat. Mama tak payah suap.
Cara Nak Buat Anak Rapat Dengan Mak Ayah
Ada orang tanya saya.
Macam mana akak buat anak akak rapat, hormat dan memang dahulukan akak dari diri sendiri walaupun anak dah 10 tahun. Anak saya tak pernah cakap tak nak, nanti, tak boleh bila saya panggil, anak yang akan berhenti dan bertanya terus walau saya hanya terbatuk! MashaaAllah..
SAYA SUAP MAKAN ANAK SAYA
Untuk tempoh yang lama.
Walaupun orang berbunyi, anak dah besar pun suap lagi. Anak nanti tak reti makan sendiri, anak nanti manja, anak nanti nanti nanti (hebat tok nujum sekeliling kita)
Saya buat tak tahu…
Kenapa saya suap makan anak saya?
Guna tangan saya… dari pinggan yang sama untuk semua.
Bila kita suap makan, kita pandang mata, dia pandang kita, kita senyum, dia bahagia, dia nampak kita sanggup skip makanan masuk mulut kita untuk dia, dia tahu korban kita, dia tahu kita sayang dia, dia tahu yang kita hargai dan dia berharga.
Dengan cara ini juga melatih anak bersabar, berkongsi, saling mengingati dan kukuhkan kasih sayang antara adik beradik.
PERCAYALAH…
Tak selamanya anak kita mahu di suap.
Ambil lah peluang masa anak masih ada masa pandang kita. Jangan nanti bila anak dah sibuk, baru kita terhegeh-hegeh meminta pandangan matanya. Walhal masa mereka memerlukan mata kita, kita terlalu sibuk nak “jauhkan” mereka dari kita.
Kepada ibu-ibu muda, tak selamanya kamu akan lelah. Anak-anak akan membesar. Berlelah-lelah lah kamu untuk amanah Allah ini kerana tiada pengorbanan yang sia-sia di sisi Allah Maha ESA.
Cara Didik Anak Lelaki
Kongsi wanita ini lagi, dia selalu pesan pada anak-anak lelakinya. Dia akan duduk berdua, sambil peluk mereka dan akan ucap kata-kata begini.
Be a man that protect the women.
Be a son that protect the mother.
Be a brother that protect the sister.
Be the husband that protect the wife.
Be the father that protect the daughter.
Be humble even you have the power.
Allah love those who are humble and love to help each other.
Be the protector not the oppressor.
Semoga Allah jadikan mereka Hamba yang taat kepada Nya, soleh dan pendukung Sunnah Nabi yang Mulia.
MasyaaAllah.
Nota:
Tidak sokong, terpulang lah. Saya sedang melihat sendiri kesan nya, semoga Allah jadikan anak-anak dan keturunan kita penyejuk mata dan hati kita.
Amin.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Hebat tak hebat suami ini, BroOhsem setiap bulan dia akan ‘hunting’ puluhan helai tudung, kira-kira 20 helai untuk dihadiahkan pada isteri. Kegilaan itu memuncak apabila dia mengumpul dekat ratusan helai tudung buat isterinya.
Sampailah satu ketika, apabila dia dan isteri diuji dengan masalah kewangan yang hampir menyusut, tudung-tudung yang menjadi koleksi isteri itulah kelak yang menyelamatkan beban kewangan yang dihadapi.
Apa yang lebih mengagumkan adalah usaha suami ini yang tak pernah jemu menggembirakan hati pasangannya.
Atas dasar inilah, Mingguan Wanita senang sekali berkongsi kisah BroOhsem, Akhtar Syamir yang menunjukkan teladan yang baik dalam menghargai pasangannya, Nora Azni. Biarpun isterinya cuma seorang suri.
Lagi pun suami yang berusaha membahagiakan hati isteri, akan memperoleh bahagia dalam dirinya juga. Ketika menjalani hidup yang sukar, isteri inilah nanti yang kembali mengorbankan bahagia demi suami yang dia cinta.
Bermulanya Proses Hunting Di Group Tudung
Semalam teringat kegilaan saya buat isteri saya 2 tahun yang lalu.
Di tempat kerja saya, ada beberapa orang yang minat dengan tudung ni. Masa tu saya tak tahu tudung apa pun. Tapi seronok tengok diaorang dok kumpul order tiap – tiap bulan. Lepas tu diaorang akan berpakat untuk pakai tudung corak yang sama setiap hari.
Masa tu saya terbayang, “Alangkah seronoknya kalau isteri aku dapat pakai tudung cantik macam ni.”
Sejak dari hari tu saya mula bertanya-tanya mengenai tudung ini dengan rakan sekerja. Barulah saya tahu pasal jenama dan label-label serta corak-corak yang hot tudung ni.
Bila balik rumah, saya bercerita dengan bersungguh-sungguh kat isteri. Dia pun dari tak pernah dengar, terus jadi minat. Dari situ kami mula study dan menyedari tentang nilai tudung yang boleh mencecah ratusan ringgit bergantung kepada corak yang terkenal.
Disebabkan baru berjinak-jinak, saya fokus pada corak yang hot tetapi tidak mahal.
Seminggu sebelum hari lahir isteri, saya mulakan proses “hunting” di group tudung tersebut. Ramai seller yang memanggil saya “sis” dan terkejut serta terharu apabila mengetahui yang saya sedang hunting untuk isteri.
Respons ahli dari grup tudung dengan kegilaan BroOhsem ketika itu.
Ramai Teruja Dan Terharu Dengan Apa Yang Saya Buat Untuk Isteri
Hasilnya, tepat pada hari kelahiran isteri, saya hadiahkan beliau 20 helai tudung Aidijuma yang termampu saya hunt. Perkara ini saya dedahkan di dalam group tudung tersebut dan buat pertama kali dalam hidup, posting saya mencecah seribu likes.
Ramai yang teruja dan terharu dengan apa yang saya lakukan buat isteri memandangkan ahli – ahli di dalam group tu pun memang mempunyai minat yang sama.
Tetapi kegilaan saya tidak terhenti di situ, saya seperti terjebak di dalam mengumpul tudung AJ dengan corak – corak hot yang lain.
Termasuklah pembelian corak baru setiap bulan. Sehinggalah jumlah tudung yang dibeli mencecah lebih dari seratus helai beberapa bulan selepas itu.
Setiap kali isteri saya pakai, saya rasa berbangga kerana saya berjaya menghias isteri saya dengan cantik walaupun beliau tidak bekerja.
Bagi saya ianya satu kejayaan yang baik bagi seorang suami. Saya sendiri seronok bila isteri suka bergambar dengan tudung-tudung yang berlainan corak.
Tudung Jadi Aset, Selamatkan Suami Isteri Dari Masalah Kewangan
Namun…
Mungkin telah ditakdirkan. Tudung-tudung ini menjadi aset untuk kami selepas pembelian rumah sendiri setahun selepas itu. Kami telah menghabiskan segalanya untuk proses pembelian dan kemasukan rumah sehinggakan kami hampir putus sumber kewangan untuk meneruskan kehidupan. Ditambah pula dengan kelahiran anak kedua kami.
Pada masa itulah, isteri saya mengorbankan minat dan harta yang antara beliau paling sayangi iaitu tudung-tudung yang saya belikan buatnya.
Tetapi jujur saya katakan, saya yang lebih sedih dari isteri. Kerana selama berbulan-bulan lamanya kami mengumpul koleksi sehingga saya menjadi terkenal di group tudung yang hampir kesemuanya dipenuhi oleh wanita.
Alhamdulillah, disebabkan nilai tudung yang hampir kesemuanya tidak turun dari harga asal walaupun yang “preloved” malah ada yang berganda-ganda harganya, kami dapat menampung perbelanjaan hidup kami pada ketika itu.
Pelaburan Paling Berbaloi Tentulah Untuk Isteri Dan Keluarga
Selepas kehidupan kami kembali stabil, isteri saya Nora Azni mengambil keputusan untuk menghadiahkan tudung – tudung yang tidak terjual kepada saudara – mara dan rakan – rakan beliau di facebook.
Perasaan seronok apabila kita memberi adalah satu perasaan yang sangat istimewa bagi kami. Yang tinggal hanya beberapa helai yang paling beliau minati. Itulah yang menjadi kenangan kegilaan kami yang paling manis.
Betullah apa yang dikata, pelaburan yang paling berbaloi ialah pelaburan kepada isteri dan keluarga. Kerana ia telah terbukti akhirnya dapat membantu keluarga kami di saat yang paling kami perlukan di samping dapat menggembirakan hati isteri.
Ramai suami tak faham, cara terbaik untuk melayani emosi isteri terutamanya yang bekerja yang sudah sampai tahap limit keletihannya. Jika suami anggap berikan percutian keluarga itu satu hadiah untuk meredakan keletihan isteri, itu bukanlah solusi terbaik.
Kerana, isteri yang keletihannya sudah sampai ‘garisan merah’ dia cuma perlukan masa untuk dirinya sendiri. Tak perlu sehari, dapat sejam dua pun sudah memadai. Dia akan cergas dan kembali waras.
Hadamkan perkongsian Syahida Majid ini, agar suami lebih faham apa sebenarnya yang ada di fikiran isteri yang kadangkala tak terluah oleh mereka.
Percutian Keluarga, Bukanlah Cuti Buat Saya
Banyak kali suami bawa saya keluar bercuti. Sudah banyak negeri kami pergi. Banyak muzium kami lawat.
“Ini cuti untuk Mama..”, kata suami.
Malah setiap kali lepas pantang, suami memang hadiahkan saya percutian.
Anak sulung ke Kedah
Kedua ke Langkawi
Ketiga ke Melaka
Tapi satu hari saya meluahkan, Percutian keluarga, bukanlah cuti buat saya.
Ya, seronok, dapat jalan, dapat stay hotel, dapat makan.
Tapi sebelum bercuti, sepanjang bercuti, selepas bercuti; saya keletihan. Tiada istilah rehat.
Persediaan Sebelum Bercuti Saja Sudah Memenatkan
Sebelum — sediakan keperluan. Tiap kali mengemas saya stress sampai boleh tidurrr lama, tengking anak. KEMAS; bukan sekadar baju ya. Kemas rumah, kemas pinggan mangkuk, sampah zero, kemassss. Otak letih. Emosi letih.
Semasa — memantau pakaian mencukupi. Things can happen. Anak pi tukar baju 2-3 kali sehari. Pulak tu pi main air main pasir. Baju boleh jadi tak cukup. Waktu makan anak terbalikkan pinggan. Waktu tidur anak menangis tengah malam. Otak letih. Emosi letih.
Selepas — mengurus pakaian. Yg ni kurang lah letih dia. Tapi letihhhhhh lepas segala aktiviti. Dan, kembali ke KERJA asal.
“Semua ni, KERJA bagi Syi. Syi KERJA dan tak ada masa rehat“. ‘SEMUA’; saya tunjukkan gambar keluarga kami. Suami, anak-anak.
Isteri Perlukan Masa Untuk Bertenang, Agar Kekal Waras
Ya, kami para isteri kerja selagi kalian depan mata kami. Mata kami mungkin tidur, tapi tengah tidur pun otak tak berhenti fikir menyempurnakan keperluan keluarga. Ready Mode sentiasa ON! Buktinya kami boleh bangun tidur bila dengar anak mengigau, bila dengar ada bunyi-bunyi dari luar bilik.
Akhirnya kami suami isteri tukar kaedah.
Kami ke mall, suami bawa anak-anak, dan saya jalan seorang ke mana yg saya nak. Berlama-lama di kedai buku, hirup kopi panas.
Seorang. Tenang.
Hanya beberapa jam. Dan sekeping wang (warna duit dirahsiakan).
Atau, Maghrib dan Isyak di masjid sementara suami take over anak-anak.
Cukup.
Kami perlukan masa untuk bertenang, boleh mendengar fikiran kami sendiri, agar kami kekal waras. Waras memberi sepenuh CINTA pada keluarga.
MW : Syukur jika suami dapat faham apa yang isteri hajati.
Black hadiahkan kereta mewah idaman isteri. “Kadang-kadang kita terlalu mencari yang sempurna, sampai terlupa untuk hargai yang selalu ada di sisi” Inilah ungkapan penuh...