
Perlu ke diet sampai tak makan langsung? Haaa… percaya atau tidak, sebenarnya anda boleh kurus dengan petua makan 6 kali sehari! Macam mana buat, anda jangan langgar 5 ‘pantang larang’ ini dulu…
1. Kurangkan sukatan makanan
Pilih makanan berkualiti bukan kuantitinya. Anda pasti berjaya kurus jika kurangkan kuantiti makanan yang diambil. Biar kerap makan asalkan sedikit sukatannya!
2. Kawal minyak
Makanan berminyak tinggi kolesterol. Jika anda mampu tolak makanan berlemak dan bertumis dalam masa sebulam, memang susut berat badan anda. Tak percaya, cubalah sendiri.
3. Makan buah ganti snek
Tolong jangan ambil snek. Snek ringan sangat tinggi kalori dan garam. Gantikan snek dengan buah kegemarana anda. Sentiasa sediakan buah sebagai kudapan.
4. Wajib ambil gambar makanan
Setiap kali sebelum makan cuba ambil gambar dan kemudian kira kalori makanan tersebut. Pasti anda sendiri hilang selera dan rasa bersalah untuk makan.
5. Makan 6 kali sehari
Siapa kata makan banyak kali buat jadi gemuk. Anda boleh makan kerap asalkan kuantitinya tak banyak. Setiap kali lapar anda makanlah snek ringan seperti buah. Lapar bermaksud metabolisme anda sedang meningkat dan pembakaran sedang berlaku.
Bidan Ini Jelaskan Panduan Lengkap Jenis-Jenis Pemakanan Yang Betul Semasa Tempoh Berpantang

Selepas melahirkan anak, pemilihan pemakanan yang betul sewaktu tempoh berpantang adalah penting bagi mempercepatkan pemulihan luaran dan dalaman. Berikut antara amalan pemakanan yang perlu diambil oleh mak-mak selepas bersalin yang dikongsikan Kak Engku Bidan Bersalin yang merupakan Ketua Jururawat serta Bidan Kerajaan Berdaftar, sebagai rujukan;
Apa yang dimakan semasa tempoh berpantang akan mencerminkan kesihatan kemudian hari. Oleh itu, mak-mak perlu mengetahui amalan pemakanan yang betul semasa menjalani tempoh berpantang.
Pemakanan antara aspek yang amat penting dalam rawatan semasa pantang bersalin. Keperluan ini perlu diutamakan kerana proses kehamilan telah mengganggu kesimbangan hormon dalam badan. Jika tidak dikawal dan dijaga pemakanan dalam tempoh berpantang, mak-mak akan mengalami pelbagai masalah kesihatan yang akan mengganggu penyembuhan dalaman dan luaran.
Minggu Pertama Berpantang
Lazimnya pada awal minggu pertama, digalakkan makan makanan yang kering untuk tujuan mengecutkan rahim. Pastikan waktu makan anda tepat untuk mengelak perut masuk angin. Jika anda mengambil nasi, makan semasa nasi masih panas dan ambil dalam kadar yang sederhana.
Jangan mengambil makanan dalam jumlah yang banyak dalam satu masa. Jika masih lapar,boleh makan secara kerap. Untuk minum petang pula, anda boleh makan biskut tinggi serat (elakkan mengambil roti kerana kandungan yis yang tidak elok untuk proses pengecutan rahim).
Minggu Kedua Berpantang
Apabila memasuki minggu kedua dan seterusnya, sudah boleh mulai makan makanan yang berkuah seperti sup ikan, sup sayur dan buah-buahan supaya mendapat khasiat yang seimbang dalam pemakanan.
Semasa dalam pantang juga makanan yang dilarang makanan adalah bersifat sejuk, berangin, gatal dan berbisa. Minuman berais tidak dibenarkan. Ini adalah antara amalan pantang larang yang mesti dialukan semasa berpantang untuk menyembuhkan dan menyegarkan kembali badan selepas menjalani proses bersalin.
1.Elakkan Makanan Berlemak
Semasa berpantang kuantiti dan kualiti makanan yang diambil akan memberi impak besar terhadap berat badan dan kesihatan. Jadi, dilarang untuk mengambil makanan yang boleh menggemukkan sewaktu berpantang. Disyorkan mengambil lebih banyak sayur-sayuran dan ulam-ulaman di samping masakan yang menggunakan pelbagai jenis rempah ratus yang terbukti dapat memulihkan kesihatan dan mengurangkan masalah berat badan yang anda alami ketika ini.
2.Melancarkan Proses Penghadaman
Halia dipercayai memiliki sifat panas dan kering. Sekiranya anda kerap mengambil makanan yang mengandungi banyak halia sepanjang berpantang, anda sebenarnya telah membantu diri untuk memecahkan angin, menghilangkan sejuk badan dan melancarkan proses penghadaman.
3.Atasi Masalah Kemurungan
Salah satu jenis ulam-ulaman yang terkenal di kalangan ibu berpantang ialah daun pegaga. Daun ini disifatkan sebagai tonik saraf kerana fungsinya yang membantu merehatkan dan menambahkan ingatan. Antara kelabihan lain yang ada pada daun pegaga ialah ia dapat mengatasi kemurungan yang mungkin timbul disebabkan oleh masalah fizikal selepas bersalin.
4.Pembuang Angin
Bagi masyarakat india, sayur sawi menjadi keutamaan bagi wanita india yang berpantang. Ini kerana pengambilan sayur sawi bertujuan untuk membuang angin. Sebaik-baiknya sayur ini dicelur terlebih dahulu dan dimakan bersama nasi panas.
5.Penambah Pengeluaran Susu
Pengambilan peria, pegaga, lobak putih dan cekur manis oleh ibu berpantang dapat mengatasi masalah kesukaran membuang air besar dan menambah penghasilan susu ibu. Sekiranya kerap diamalkan ia dapat membersihkan dan melancarkan peredaran darah dalam tubuh.
6.Kecantikan Wajah
Dalam usaha mengekalkan kesegaran tubuh, makanlah ikan haruan dan tenggiri sebagai makanan tambahan (boleh dibuat sup). Selain dapat melicinkan dan menegangkan kulit tubuh, ia membantu menyembuhkan luka dalaman dan luaran tubuh. Ia terjadi hasil daripada kandungan asid amino dan lemak yang ada pada kedua-dua jenis ikan ini. Apa yang lebih menarik ialah daging ikan-ikan ini yang bebas kolesterol akan membuatkan wajah kelihatan lebih berseri.
7.Lawas Buang Air Besar
Dengan mencampurkan perahan air asam jawa ke dalam sebarang jenis hidangan ibu berpantang, ia dapat memudahkan anda untuk membuang air besar selain daripada menyegarkan tubuh.
8.Hindari Kembung
Seelok-eloknya setiap hidangan dimakan bersama nasi putih yang baru sahaja dimasak. Tujuannya ialah untuk memastikan khasiat dan kesegarannya berkekalan. Oleh itu, elakkan daripada memakan nasi sejuk kerana dikhuatiri boleh menyebabkan kembung perut.
9.Minuman Penambah Tenaga
Bagi mengembalikan semula tenaga tubuh, digalakkan untuk minum air rebusan serai (dititik), halia, kulit kayu manis dan lada hitam. Dengan meminum air rebusan ini setiap pagi dan malam, badan akan kembali menjadi ringan dan tambah bertenaga.
10.Caesarean : Kurangkan Lada Hitam
Tujuan utama penggunaan lada hitam dalam penyediaan masakan ibu berpantang ialah untuk memanaskan badan. Namun yang demikian, bagi ibu berpantang yang melahirkan anak secara ceaserean, anda kurang digalakkan untuk mengambil lada hitam dalam kuantiti yang banyak.
11.Anti Oksidan
Terdapat pelbagai jenis ulaman berkhasiat yang sesuai dimakan semasa berpantang antaranya daun pegaga, cekur, pucuk mengkudu, ulam raja, kunyit hidup, daum kesum seta halia. Ulam-ulaman ini mengandungi fiber, zat galian (mineral) dan pelbagai vitamin, termasuklah A, C dan E, bersifat anti oksidan untuk menyegarkan dan membuang toksin dalam badan.
12.Pengambilan Cecair
Wanita selepas bersalin tidak dibenarkan mengambil air dalam jumlah yang banyak bagi mengelakkan perut menjadi buncit, peranakan kembang, melambatkan pengecutan rahim, faraj mudah longgar serta berair terutama jika minum air sejuk atau air batu. Pengambilan air dibenarkan secara kerap tetapi dalam jumlah yang sedikit dalam satu masa. Air penting untuk proses penyembuhan dan mengalakkan pengeluaran susu ibu.
13.Pemakanan Ikan
Makan ikan segar dan tidak gatal seperti haruan dan ikan sardin yang segar (bukan dalam tin). Ikan haruan juga dipercayai dapat memulihkan luka luaran dan dalaman (bersalin caesarean). Elakkan juga ikan berbisa dan gatal seperti ikan kembung, cencaru, tongkol, bawal hitam, terubuk dan parang. Kesannya menyebabkan kegatalan, timbulnya reaksi alahan dan boleh menyebabkan bisa atau bentan pada pintu rahim.
14.Pengambilan Sayuran Dan Buahan
Setiap buah-buahan pula, ia mempunyai khasiat tersendiri antaranya buah oren yang mengandungi banyak vitamin C yang membantu pemyembuhan luka disamping fiber untuk melawaskan air besar. Manakala elakkan makan sayuran menjalar, sejuk dan berangin. Antaranya ialah kangkung, timun, sayur keladi, pucuk ubi, bayam, kacang panjang, petola, petai, jering dan terung.
Minuman seperti tebu, cincau, kelapa muda serta buah-buahan seperti nenas, jambu, belimbing, nangka, cempedak dan pisang nangka, antara minuman jenis yang sejuk dan tajam. Makanan tersebut dilarang kerana dapat mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi.
15.Kecutkan Rahim
Kunyit yang sering diminum sebagai jamu terutamanya oleh ibu yang berpantang berupaya mengecutkan rahim dan mencuci darah. Selain itu, jika kunyit dimakan bersama nasi selama 40 hari, anda mampu mengembalikan kecergasan tubuh dan menyembuhkan luka dalaman.
Semoga Bermanfaat!
Sumber: Kak Engku Bidan Bersalin
Amalkan Skrub Gula, Jus Limau Nipis, Madu Dan Minyak Zaitun Untuk Wajah Anjal Dan Awet Muda

Tanyakan pada wanita, siapa yang tak nak kelihatan cantik dan awet muda? Malah, sangat penting untuk memiliki kulit wajah yang cantik berseri kerana ia akan membantu seseorang wanita tampil lebih menarik. Sebaliknya, kalau pun wajah wanita itu sedia cantik tapi kulit wajahnya penuh noda, kusam dan penuh kesan jerawat, maka pudar kecantikan aslinya itu. Jadi, rajin-rajinlah rawat muka ye.
Jika ada bajet lebih, bolehlah membelai diri di spa kecantikan. Banyak spa yang menawarkan perawatan sama ada yang moden atau tradisional. Sebaliknya jika bajet tak mengizinkan, jangan risau. Hanya perlu selongkar saja bahan-bahan yang ada di dapur anda.
Kali ini, puan Ana, daripada De’ Belai Spa & Beauty Salon yang terletak di Seksyen 18 Shah Alam, sudi berkongsi salah satu resipi membuat skrub dengan menggunakan bahan-bahan yang biasa ada di dapur setiap rumah. Kos pun tak mahal.
Bahan-bahan:
½ cawan kecil gula perang / putih
1 sudu besar madu
3 sudu besar jus limau nipis
1 sudu besar minyak zaitun
Cara Membuat:
1.Ambil beberapa sudu gula, masukkan ke dalam mangkuk kecil.
2.Kemudian masukkan sedikit madu dan jus limau nipis. Kacau rata.
3.Masukkan pula minyak zaitun. Kacau rata hingga membentuk pes yang agak pekatl.
4.Bersihkan wajah dan sapu skrub itu secara rata ke seluruh kulit wajah. Biarkan seminit dua.
5.Kemudian sental wajah dengan gerakan memutar. Setelah itu, cuci bersih.
6.Sekiranya berlebihan, boleh disimpan di dalam peti sejuk dan keluarkan apabila hendak digunakan. Seeloknya digunakan sekali seminggu.
Nak Makan Jamu Boleh, Tapi Jangan Tinggal Senaman Ini Untuk Keluarkan Peluh!

Sekarang ramai kaum wanita yang gigih amalkan makan jamu dan herba untuk kembali langsing dan dapatkan bentuk badan idaman. Malah mungkin ada mak-mak yang masih ragu-ragu nak makan jamu dan risau dengan kesan jamu pada tubuh badan.
Tetapi kalau suka sangat makan jamu, anda boleh teruskan cuma jangan sampai terlepas pandang untuk minum air yang banyak dan paling penting kena buat senaman. Atau paling tidak, mak-mak di luar sana boleh ikut nasihat saudara Muhammad Ahmad ini…
Kalau Makan Jamu, Pastikan Buat Perkara Ini
Wahai kakak semua. Nak makan jamu pun boleh, tak nak makan pun boleh. Tapi jangan tinggal senaman keluarkan peluh.
Saya paksa isteri buat:
??stretching
??spot jog,
??Jogging (30 minit)
??push-ups,
??plank,
??Bicycle crunches ,
??Squat,
??curl-up(paling saya suka)
??deep breathing
??kegel.
??Dan lain-lain.
Sekarang tangan dah boleh pegang kaki ketika berada dalam keadaan melunjur, dahi sedikit lagi dapat sentuh lutut.
So kepada kakak-kakak semua, nak sihat, nak badan cantik kenalah exercise, minum air mineral yang cukup(1.5L paling kurang), pilih ulaman kampung, sayuran hijau, ikan bilis, tempe, tempoyak.
Dan yang paling penting apa yang kita makan itu semestinya HALAL LAGI BAIK, sebagaimana firman الله dalam surah Al-Baqarah ayat 168
يَا أَيُّهَا النَّاسُ كُلُوا مِمَّا فِي الْأَرْضِ حَلَالًا طَيِّبًا وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ ۚ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ
Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.
Moga bermanfaat.