Ada yang panggil pokok ini bunga gincu, tapi nama sebenarnya Reb Button Gingger atau (Costus Woodsnii). Kudup atau kelopak yang keluar dari bunga warna merah ni boleh dimakan.
Tapi sebelum makan, bersihkan dan pastikan tak ada semut dalamnya. Kudup bunga ini memang jadi kegemaran semut. Barangkali nektar yang ada dalam kudup tu yang menarik perhatian semut.
Ads
Siapa yang ada pokok bunga macam ini, janganlah dibuang kudup tu ya. Rasanya masam-masam manis, sama macam jambu air yang merah tu. Cuba tengok apa khasiat yang terkandung pada kudup bunga ini.
Ads
Ads
Kelopak Bunga Gincu Kaya Khasiat
Membantu merawat masalah darah tinggi dan kencing tak lawas. Rebus pokoknya dan minum airnya.
Membantu merawat jangkitan telinga. Bakar sebahagian kecil tanaman, dan perah untuk dapatkan ekstraknya. Sapu di kawasan yang bermasalah.
Tanaman ini jenis berasid dan boleh membantu merawat demam dan batuk. Makan kudupnya.
Membantu melegakan asma yang menyerang. Makan kudupnya.
Membantu masalah mati pucuk.
Peringatan!
Walau bagaimanapun, remedi ini adalah perawatan natural. Anda tetap perlu pergi berjumpa doktor sekiranya mengalami penyakit-penyakit yang disenaraikan di atas.
Rupanya guna air tapisan dan bawang putih merupakan rahsia cili yang dikisar tahan lama berbulan-bulan, tak masam mahupun berkulat. Cili kisar boleh dikatakan bahan asas yang mesti ada setiap dalam masakan, bagi mak-mak sukakan pedas. Tapi nak buat cili kisar ni agak renyah, perlu dibuang biji, direbus dan dikisar. Jadi sebagai penyelesaiannya, ramai mak-mak yang suka kisar cili banyak-banyak untuk kegunaan harian bagi mempercepatkan waktu memasak.Tapi masalah yang timbul bila, cili kisar tersebut tak tahan lama, cepat rosak, masam dan berkulat.
“Kak mim nak share cara buat cili kisar yang tahan berbulan tak berkulat…Mesti ramai yang dah tau kan…Tapi takpe, nak share jugaklah, mungkin ada sorang dua yang masih tak tau kan. Selalu kalau kita blend cili kering, simpan dalam peti ais, tak sampai seminggu ia dah masam dan naik kulat putih kan.Inshaa Allah buat camni tahan lama, sebulan dua tak berkulat.
400 gram Cili Kering (Dipotong, buang bijinya kemudian cuci bersih).
3 Labu Bawang putih
Air tapis
1.Potong cili kering dan kupas bawang putih, cuci bersih-bersih.
2.Rebus cili kering bersama bawang putih sampai lembut cili tu.
3.Kemudian toskan (tak perlu basuh lagi ye, cuma tos saja, sebab tadi kita dah cuci bersih, kalau basuh balik guna air paip nanti cili kisar tak tahan lama.
4.Biarkan sekejap agak-agak sejuk sikit, kemudian kisar dengan menggunakan air tapis.Jangan guna air paip ye…guna air tapis dan satu lagi bawang putih bertindak sebagai anti kulat.
Inshaa Allah cili akan tahan lama dan tak berkulat.
Resepi sosej ayam ini mudah saja nak buat. Bahan-bahan yang digunakan pun tak menggunakan bahan pengawet. Cuma 30 minit saja diperlukan untuk mengukus.
“Alhamdulillah, cubaan pertama buat sosej sendiri menjadi. Tak ada bahan pengawet lagi. Anak-anak pun suka makan.” Inilah resepi sosej ayam yang dikongsikan oleh Puan Liza Sabran.
Ayam
Lobak
2 biji telur
2 sudu tepung gandum
Garam dan separuh kiub ayam
1. Blendkan daging ayam, sayur (saya guna lobak merah je), telur 2 biji, garam dan separuh kiub ayam. Tambahkan sikit air kalau terlalu pekat.
2. Gaulkan dengan 2 sudu tepung gandum.
3. Kukus lebih kurang 30 minit atau hingga masak.
4. Potong-potong ikut suka
5. Celupkan telur dan goreng.
Mudah sajakan. Nanti lebihan sosej ayam itu kena masukkan dalam peti beku. Tapi, memandangkan tak gunakan bahan pengawet ia taklah bertahan sampai berbulan lamanya.
Anak pasangan selebriti terkenal, Hairul Azreen Idris dan Hanis Zalikha Zainal Rashid, Yusuf Iskandar, 2 tahun hampir menyamai populariti mak dan ayahnya. Di Instagram saja followernya mencecah 2 juta. Biarpun dah menyamai level instafamous, Yusuf Iskandar tak dimewahkan oleh Hairul mahupun Hanis.
Program realiti pertama yang dibintangi Yusuf berjudul ‘Hairul Hanis Junior’ buat ramai peminat kecil ini seronok melihat gelagatnya. Terbaru, Yusuf akan terlibat lagi dengan rancangan realiti ‘My Little Heroes -Yusuf & Bujibu. Kalau nak tahu Bujibu itu kucing yang dah dianggap macam adik-beradik oleh Hanis dan Hairul.
Sewaktu Mingguan Wanita menemui pasangan selebriti ini dan anaknya dalam pelancaran program terbaru, Hanis berkongsi cara beliau dan suami menjaga dan membesarkan anak tercinta.
1. Walau dilimpahi kesenangan hidup, Hanis dan Hairul enggan terlalu memewahkan anak sulung mereka, Yusuf Iskandar. Sebaliknya, mengambil pendekatan besederhana demi memenuhi keperluan.
2. Saya tak rasa kami terlalu memewahkan Yusuf. Kalau mewahpun mungkin hanya dari segi makanan. Apabila melibatkan gajet atau permainan kami tak mewahkan dia.
3. Selepas usia Yusuf setahun, barulah Hanis berinya main telefon pintar. Tapi dia tak guna lama sebab saya akan perhatikan sekali waktu dia pegang gajet.
4. Buat masa ini, Hanis tak perlukan pembantu untuk menjaga Yusuf. “Bila kita dah biasa jaga anak sendiri, susah sikit nak lepaskan pada orang lain. Mungkin ada yang cakap setahun tu dah cukup. Malah terfikir juga nak ada pembantu. biarlah masa tentukan.”
5. Hairul sendiri tak suka orang lain jaga anak dan Hanis berat nak lepaskan Yusuf pada pembantu.
6. Hanis sangat suka membaca. “Saya juga akan tanya pengalaman emak besarkan anak-anak. Begitu juga tanyakan pendapat rakan artis seperti Lisa Surihani.”
7. Masuk 2 tahun, Yusuf sangat aktif dan suka aktiviti lasak. Dia berlari, memanjat.. kiranya indoor playgym tu dah jadi kegemarannya. Buat masa ini saya belum beri Yusuf belajar flashcard dan buku. Saya tunggu dia minta sendiri.
8. Saya tak memaksa Yusuf sebab tak nak dia bosan belajar. Sekarang ini ajar dia bermain saja. Nak hantar ke sekolah pun tak ada dalam perancangan lagi.
9. Yusuf juga punya jadual sendiri. Terutama selepas terlibat dalam rancangan realiti. “Dalam sehari kami cuma hadkan tak lebih lima jam waktu pengambaran. Kalau Yusuf penat, krew pun akan sama berehat. Bila mood Yusuf dah OK, krew pun sambung kerja.
10 Melibatkan Yusuf dalam program realiti bukanlah satu keputusan yang mudah. “Lama kami berbincang. Lagi-lagi Hairul bapa yang sangat melindungi anaknya. Dia tak suka orang campur urusan mendidik anaknya. selepas setahun barulah kami bersedia. Kelak itulah juga kenangan teristimewa buat Yusuf bila dia dewasa.
Foto : ASTRO
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Lagi kejadian kanak-kanak terjatuh dari apartment di Kajang Selangor. Cukup tragis kerana anak lelaki berusia 11 tahun itu masih bersuara waktu jatuh dan akhirnya disahkan pergi buat selama-lamanya.