Rupanya ada cara mudah dan berkesan untuk menanggalkan ‘Superglue’ yang melekat pada kulit iaitu dengan menggunakan garam. Bukan apa bila, Superglue ni adalah pelekat yang sangat kuat, bila ia melekat pada kulit memang payah nak dihilangkan.Malah buat kulit kita jadi kasar dan sangatlah tak selesa. Jika dah pernah cuba macam-macam cara, boleh cuba gosok dengan garam pula. Ia memang terbukti berkesan secara saintifik.
Untuk tahu lebih lanjut, fahamkan perkongsian menarik daripada CHM Dr Fatimah Salim, Pensyarah Kanan Kimia & Penyelidik UiTM ini.
Superglue adalah pelekat yang sangat kuat. Ianya terdiri dari bahan kimia utama jenis cyanoacrylate iaitu ethyl, methyl atau 2-octyl cyanoacrylate. Kaedah superglue ini mengikat dengan pantas dan kuat adalah disebabkan oleh pengaktifan bahan kimia jenis cyanoacrylate oleh air.
Hanya sedikit air diperlukan untuk mengaktifkan komponen utama superglue ini, contoh tindak balas dengan lembapan air dalam udara. Tindak balas dengan molekul-molekul air (H2O -dihidrogen monoksida) akan menghasilkan carbonucleophile yang mana kemudiannya akan memulakan tindak balas berangkai sesama sendiri menghasilkan rantaian polimer cyanoacrylate berwarna putih. Dengan terbentuknya rantaian polimer ini, tekstur superglue akan mengeras lalu ikatan yang kuat akan terbentuk pada permukaan yang disentuhnya.
Superglue sebenarnya dihasilkan tanpa sengaja. Asalnya ditemui semasa pencarian plastik gun sight pada tahun 1942, namun diabaikan kerana ianya melekat kepada apa saja yang bersentuhan dengannya. Ianya kemudian ditemui lagi tanpa sengaja pada tahun 1951, semasa kajian mencari polimer untuk jet canopies. Akhirnya pada tahun 1958, potensi bahan kimia ini diperakui sebagai pengikat yang kuat lalu dikomersialkan sehingga kini.
Superglue punya sangat banyak fungsi dalam kehidupan kita. Namun ianya juga dengan mudah boleh terikat pada kulit kerana wujudnya lembapan pada permukaan kulit kita. Jika tidak ditanggalkan, ianya boleh melekat pada kulit sekitar 3-5 hari.
Cara Tanggalkan Superglue
Antara cara mudah dan berkesan untuk menanggalkan superglue daripada kulit adalah dengan menggosok garam pada bahagian yang terkena. Bagi memastikan hasil yang optimum, pastikan bahagian kulit yang terkena superglue itu kering. Kemudian gosok/ gesel perlahan-lahan dengan garam sehingga garam larut bersama lembapan pada kulit dan basuh dengan air.
Garam kasar menyumbang kepada geseran dan garam yang larut akan menghasilkan ion-ion yang boleh memutuskan ikatan superglue daripada kulit lalu memudahkan proses penanggalan. Sekiranya bahagian yang terkena itu banyak, maka boleh ulangi kaedah sama beberapa kali sehingga superglue betul-betul tertanggal. Cuma hati-hati jika berlebihan kerana kulit boleh menjadi pedih.
Nota: Bagi mereka yang ada bahan yang berasaskan acetone (2-propanone atau dimethyl ketone) seperti ‘nail polish remover’, atau penanggal/ varnish cat, boleh juga membantu dalam menanggalkan superglue.
Mingguan Wanita: Baru tahu rupanya, nak tanggalkan Superglue yang melekat padak kulit, hanya perlu gosok dengan garam. Boleh cuba cara mudah yang dikongsikan ini nanti.
Sotong celup tepung, meskipun mudah tapi jika salah caranya jadi punca tepungnya tertanggal atau tak melekat, tak rangup dan meletup-letup ketika digoreng.
Buat penggemar sotong celup tepung ada cara untuk hasilkan resipi ini sendiri di rumah sama rasanya macam makan di kedai. Namun kena ikut 4 tips yang dikongsikan oleh Puan Murni Rahmat ini.
1.Sotong Segar
Guna sotong SEGAR, tak payah syarat tak perlu rahsia.. Golek-golek sotong dalam tepung dan goreng.. Inshaa Allah tak meletup.
2.Tos Sotong Sampai Kering
Kalau tak dapat sotong segar, siang dan basuh sotong macam biasa, potong dan tos air sampai kering.Nak lap guna tisu pun boleh,yang penting sotong tu kering.
3. Minyak Banyak & Api Besar
Minyak kena banyak dan api mesti besar.Percaya tak saya goreng sotong ni tak sampai 2 minit pun dia berenang dalam minyak panas tu sedap dan rangup kejadiannya.
4. Guna Tepung Kering & Tepung Basah
Selepas keringkan sotong, golek-golek sotong dalam tepung kering sampai rata.Lepas tu celup dalam tepung basah dan terus goreng.Nak celup dalam tepung basah dulu baru golek dalam tepung kering pun boleh.Mana-mana pun boleh, tak payah pening-pening sangat.
Sekian,itu sahaja yang dapat saya simpulkan pada hari ini.
Dulu akak selalu goreng sotong celup tepung guna bancuhan tepung buat sendiri.Banyak kerja sikit sebab kena campur-campur jenis tepung,kena guna telur lagi.
Sekarang ni akak selalu main tipu..Guna tepung bestari je dah cukup..garam pun tak letak.Rasa dia..sedappp ya amat macam kita berusaha dan bersungguh-sungguh buat kerja kat dapur.
Semoga bermanfaat! Selamat mencuba!
Jadi buat mak-mak, bolehlah cuba tips yang dikongsikan ni bila nak buat sotong celup tepung iya. Barulah tepungnya tak tertanggal, rangup dan goreng pun tak meletup-letup.
Lebat sungguh dan memang meriah hasilnya apabila cili kampung yang ditanam, sekali petik sahaja pun dan boleh dapat sedulang! Memang jimat, tak perlu beli cili kampung lagi di pasar.
Rupanya ada caranya untuk dapatkan hasil cili kampung yang meriah merimbun macam ni.Selain dengan siraman air baja, kena pastikan pangkal pokok ditutup dengan sabut, untuk mengekalkan kelembapan tanah.
Bagi yang tanam pokok cili di rumah, boleh tip tanam pokok cili kampung yang dikongsikan oleh Puan So Na Ta ini supaya meriah hasilnya.
Memang simpan untuk raya. Halia & kelapa je kena beli. Dua pokok je yang dipetik, dapat satu dulang.
Tanam dalam bag beras pun dah ok.Sebelah bawah lapiskan dengan sabut kelapa untuk lembabkan tanah. Saya pun bukan tanam kat tanah, tanam dalam tong cat je.
Nak cantikkan daunnya dan banyak buah, biasanya yang saya buat kalau daun keriting saya akan potong pokok tu.Buang mana yang kerinting. Tinggalkan tiga atau empat jari dari tanah.Kalau pokok dah besar potong sejengkal dari tanah
Mingguan Wanita:Memang meriah dan lebat sungguh hasil cili kampung ni. Boleh ikut tip yang dikongsikan dan pastikan pangkal pokok ditutup dengan sabut, untuk mengekalkan kelembapan tanah.
Serbuk kunyit sering digunakan dalam masakan namun sebenarnya ia juga boleh digunakan untuk tanaman bagi mengelakkan semut dan serangga perosak. Bukan apa, ada tanaman tertentu memang suka dihurung semut. Bila tabur serbuk kunyit begini ia mampu menjadi ‘racun serangga’ semulajadi.
1. Racun Serangga Semulajadi Elak Semut Pada Tanaman
Tanaman kita kadang-kadang ada semut suka hurung kan. Kadang-kadang depa buat umah depa. Kadang depa berkumpul meeting ramai-ramai kat tanaman kita. Boleh je spray racun serangga tapi tak elok laa pulak kan jadi. Gunakan serbuk kunyit ini.
Caranya:
Semut tak suka bau kunyit, jadi taburkan serbuk kunyit pada pangkal tanaman, atas tanah dan keliling tanaman.
2. Kurang Rasa Kegatalan Digigit Semut
Tengah syok berkebun, tetiba kena gigit pula dengan semut atau serangga. Jadi cara mudah ambil serbuk kunyit dan campurkan sedikit air jadikan macam pes. Sapu dekat bahagian yang kena gigit.
Pes serbuk kunyit ini mudah diserap oleh lapisan kulit, jadi ia boleh mengurangkan rasa kegatalan.
3. Elak Dahan Rosak
Bukan itu sahaja ia juga dapat melindungi dahan yang dicantas menjadi rosak. Setiap kali melakukan cantasan pada dahan pokok, ia akan membuatkan bahagian dalaman pokok terbuka.
Jadi ambil serbuk kunyit ini dan campurkan sikit air, kemudian sapu pada bahagian yang dicantas tadi. Sapu rata-rata agar tiada bahagian dahan yang terdedah lagi. Sekaligus ia dapat mengelakkan dahan tanaman dari rosak.
Pelajar tingkatan tiga trauma dipercayai Dirogol dua pelajar senior di dalam kelas dan dirakam video. Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah dilaporkan mengalami trauma teruk dan enggan ke sekolah selepas dipercayai menjadi mangsa rogol bergilir-gilir oleh dua pelajar lelaki senior.