Tip yang dikongsikan lelaki ini, Tai Zee Kin berkenaan cara orang cina pesan seafood di restoran. Rupanya, mereka amalkan kira dulu, pesan kemudian.
Biar pun nampak seakan berkira-kira, namun tindakan sebegini membolehkan mereka mendapatkan hidangan yang setimpal dengan bayaran.
Ini Cara Orang Cina Pesan Seafood Di Restoran
1. Akuarium tepi restoran seafood, bukan galeri atau underwater world. Dia tidak kenakan caj tiket masuk. Itu tempat kalian pilih seafood segar.
1.5 Kalau anak-anak kecil ikut makan sekali, boleh bawa jalan-jalan tepi akuarium sambil ajar anak-anak nama ikan dan jenis ketam.
2. Sudut kanan (atau kiri) akuarium ada tanda tertera dengan jelas nama seafood (di situlah ayahanda saya mengajar nama dan jenis ikan) dan harga setiap 100g, 1kg, atau sukatan yang sesuai.
3. Tepi akuarium ada penimbang. Kalian boleh minta tauke untuk timbang sebelum makan, atau minta dia membuat anggaran berat.
4. Kalau tiada akuarium pun, orang cina akan terus order seafood ikut berat (kalau bukan harga tetap). Contoh, kalau kami pesan siakap, terus bagitau nak 1.5kg. Tauke akan tengok ada tak 1.5kg. Kalau tiada, tauke akan bagi anggaran julat berat.
5. Peminat seafood dah ada harga seafood darab keberatan dalam kunci kira-kira minda.
Orang cina tidak suka style makan dulu kira nanti. Bila budaya makanan restoran mamak mula berbuat demikian, banyak di kalangan orang cina kurang selesa. Zaman 2000-han, kedai mamak biasa minta pelanggan makan dulu, baru dia datang kira.
Ads
Kalau ikut budaya orang cina, selalu kena buat ‘bajeting’ sebelum ‘perbelanjaan’. Makan kedai pun sama. Kalau makan besar, siap hitung dulu, buat kiraan bajet, periksa harga betul-betul, kira berapa kepala, baru layan buat pesanan dan tempahan.
Tabiat ini memang sudah terpahat dalam DNA kami.
Budaya ‘makan dulu, kira kemudian’ sangat bahaya, kerana ketidakselesaan ‘caj terlampau’ adalah tanpa kesalahan mana-mana pihak, ianya cuma akibat ketidaksepadanan kehendak (dengan izin, ‘mismatch of expectation’).
Isu siakap terlampau caj ini, bagi orang cina, jarang berlaku. Kami tertanya-tanya, kenapa tidak membuat kepastian berat ikan sebelum pesan? Kenapa tidak sebut sahaja ‘Siakap tu, bagi 1.5kg cukup’?
Saya bila buat tempahan ketam dulu, siap tawar menawar dari segi berat ketam dengan tauke sebelum turunkan pesanan. Tiada masalah.
Ingat tatacara ini kalian, ‘Kira dulu, pesan kemudian’. Tak payah segan-segan. Segan dahulu, menyesal kemudian.
Ads
Dalam hal ini, pelanggan tiada salah, restoran pun tiada salah. Restoran siap bagitau harga setiap 100g awal awal. Caj pun ikut harga per 100g. Pelanggan bagi kebebasan kepada restoran untuk anggaran berat ikan.
Mingguan Wanita : Dah faham kan.. tentunya lepas ini dapat makan dengan tenang, aman malah duit dalam poket tak melayang pada bayaran yang tidak sepatutnya.
Indahnya apabila mendapat ‘kemanisan’ sewaktu beribadah. Apa jua keresahan jiwa, masalah yang menimpa bagaikan hilang dan hati semakin tenang apabila mengadu segalanya pada yang Maha Esa ketika solat.
Perlu tahu, kemuncak sewaktu menunaikan solat ialah ketika sedang bersujud. Ia merupakan saat dimana seorang hamba begitu hampir dan dekat dengan penciptaNya. Bersungguh-sungguhlah berdoa, memperbanyakkan meminta doa mahupun menyatakan segala hajat pada waktu ini kerana ia juga merupakan antara waktu mustajabnya doa dimakbulkan.
Daripada Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma bahawa Rasulullah SAW bersabda,
“Adapun ketika rukuk, maka agungkanlah Allah. Sedangkan ketika sujud, maka bersungguh-sungguhlah dalam berdoa, maka doa tersebut pasti dikabulkan untuk kalian.”(HR. Muslim, no. 479)
Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Rasulullah SAW bersabda,
“Keadaan seorang hamba paling dekat dengan Rabbnya adalah ketika ia sedang bersujud, maka perbanyaklah berdoa saat itu.” (HR. Muslim no. 482)
Doa Rasullah Ketika Sujud
Setiap kali bersujud, Rasulullah memohon ampun dengan doa di bawah ini. Doa tersebut diambil daripada Imam An Nawawi dalam kitabnya Al Adzkar.
Ertinya:
“Tuhanku, ampunilah aku dari segala dosa baik kecil maupun besar, awal maupun akhir dan dosa yang terang-terangan maupun yang tersembunyi.”
Tidak Khusus Hanya Sujud Terakhir
Namun demikian, berdoa disunatkan dalam semua waktu sujud dan tidak hanya khusus dalam sujud terakhir.Dibolehkan untuk memperbanyakkan doa sama ada secara lisan ataupun dalam hati. Terdapat khilaf untuk menggunakan bahasa selain Arab untuk berdoa secara lisan. Yang terpilih ialah berdoa menggunakan bahasa Arab secara lisan. Adapun menggunakan bahasa Melayu contohnya, maka cukuplah di dalam hati. Tetapi yang paling afdal, ikutilah sunnah Rasulullah SAW.
Semoga perkongsian ini bermanfaat. Rebutlah peluang memperbanyakkan berdoa ketika sedang bersujud, semoga segala dosa diampunkan dan segala hajat dimakbulkanNya.
Asyik sediakan sarapan pagi dengan lempeng, nasi lemak, nasi goreng, apa kata sesekali mak-mak cuba buat menu western pulak.Senang je nak buatnya, bahan asas guna kulit popia sebagai ‘base’ kemudian campak-campak je bahan, siap! sedap pulak tu. Resipi yang dinamakan Quiche ni, merupakan perkongsian oleh Puan Ruhaiza Bunyamin. Jom kita cuba.
Bahan-Bahannya:
Kulit popia 8″x8″ dipotong 4
Bawang besar (dipotong dadu)
Bawang putih (dipotong dadu)
Daging Kisar
Sosej
Capsicum (dipotong dadu)
Oregano flakes
Kiub ayam
Cendawan butang (dipotong dadu)
Daun bawang (dihiris halus)
cheddar cheese( diparut)
*Telur 4 biji
*Susu fresh 500ml
*Serbuk lada hitam
Campurkan bahan tanda *
Cara Membuat:
1. Tumiskan bawang besar,bawang putih,oregano dan daging kisar.
2. Susun 2 keping kulit popia dalam loyang yang dah digris dengan marjerin.
3. Kemudian,masukkan daging yang telah ditumis tadi.
4. Masukkan pula sosej & cendawan.
5. Masukkan capsicum.
6. Tuang adunan telur dalam 3/4penuh.
7. Tabur daun bawang & parutan cheddar cheese.
8. Bakar 200C hingga kekuningan kira-kira setengah jam.
9. Nak lawa lagi, sapukan kuning telur keliling kulit popia.
Sayu kisah gadis terlantar koma di wad hospital ini. Selepas alami kemalangan, langsung dia tak sedarkan diri malah kecederaannya membuatkan tempurung kepala Siti Hanisa Binti Busu ini terpaksa dibuang.
Kata teman yang berkongsi cerita, Nurul Shifa, ini kisah kawannya. “Harap dapat tolong viralkan. Saya kasihan dengannya. Dia nak sambung belajar.”
Dan anak kepada seorang ibu tunggal, adik kepada seorang abang OKU ini masih lagi terlantar di atas katil dengan alat bantuan pernafasan.
Kemalangan Di Tengah Malam, Ini Yang Gadis Koma Terpaksa Lalui
Siti Hanisa, anak bongsu kepada seorang ibu tunggal yang tidak mampu bekerja. Faktor usia ibu menghalangnya untuk cergas bekerja.
Dia juga mempunyai seorang abang OKU. Walau usia masih muda, gadis ini mengambil alih tugasan mencari rezeki untuk menampung perbelanjaan harian dan yuran pelajaran.
Besar impiannya mahu berjaya dalam bidang pelajaran. Dan semangat itu tak pernah luntur dalam dirinya.
Tanggal 19 Ogos 2018, jam 12.30 malam, Hanisa mengalami kemalangan di tempat kerjanya di Kuala Perlis.
Tempurung Kepala Terpaksa Dibuang
Rentetan daripada kemalangan itu, Hanisa alami kecederaan di bahagian kepala sehingga menyebabkan pendarahan yang serius.
Sebelah tempurung kepalanya juga terpaksa dibuang akibat keretakan serta patah tulang selangka di bahagian kiri.
Dikhabarlah sudah lebih 92 hari, Hanisa tak sedarkan diri. Hanya bergantung pada mesin bantuan pernafasan di Hospital Tengku Fauziah, Kangar, perlis.
Kecederaan dan koma itu membuatkan gadis ini memerlukan barang keperluan ini untuk keluarga menyempurnakan urusan hariannya.
Hanisa perlukan :
Bekalan susu (1 tin untuk sehari)
Lampin pakai buang
Alatan menyedut kahak
Tiub saluran susu
Dan lain-lain keperluan asas
Ibunya Tidak Mampu Dari Segi Wang Ringgit
Setiap bulan ibu cuma bergantung dengan pendapatan bulanan bersih yang diperoleh dari Jabatan Kebajikan Masyarakat berjumlah RM450. Untuk keperluan ibu tunggal ini dan bagi abang yang kurang upaya (OKU).
Jumlah itu, menjadi semakin teramat kecil selepas anak gadis ini terlantar sepenuhnya di atas katil hospital.
Sungguh, Hanisa tidak pernah minta untuk menjadi seperti ini.
Anda yang sudi menghulurkan bantuan dan sumbangan ikhlas, baik dalam bentuk kewangan ataupun keperluan asas boleh berbuat demikian dengan memberikan bantuan pada ibu atau boleh menghubungi kakak kandung beliau: