Rupanya rumpai yang tumbuh melata di halaman rumah juga boleh dijadikan ‘ubat’ dalam merawat penyakit. Siapa sangka Pokok Akar Kerak Nasi apabila dijadikan ulam, merupakan petua berkesan Untuk rawat dan ubati sakit Gerd dan Gastrik.
Boleh rujuk perkongsikan petua amalan daripada Syirahimie Azmie ini.
Saya nak share sejenis rumpai yang kebetulan tumbuh di kawasan rumah.Spesis rumput yang tidak berdahan atau berbatang. Kebetulan lepas cucuk, saya alami gerd atau medu atau gastrik.
Ada seorang pakcik bagi tahu pokok ni sesuai untuk penyakit tersebut dan jugak sesuai untuk ibu-ibu yang mengalami meroyan.
Pokok ni di kampung saya orang panggil rumput kerak nasi. Spesis rumput tapi berbunga-bunga.
Caranya:
Basuh bersih-bersih rumput ni.
Waktu nasi nak masak, suis dah off, bubuh je rumput ni letak dalam 5 hingga 10minit.
Bila dah kecut, keluarkan dan boleh di makan dengan nasi sebagai ulam. Saya dah cuba, berkesan.
Ads
Semoga bermanfaat.
Baca Lagi Di Sini:
5 Jenis Ikan Patut Dielakkan Bagi Penderita Ekzema, Gerd & Wanita Berpantang, Penyebab Gatal & ‘Angin’
Petua ELAK Rumput Tumbuh Sampai 8 Bulan, Guna Bahan Di Rumah, Memang Mujarab!
Air Rebusan RUMPUT PENDUL, Berkesan Rawat KUCING Sakit Parvo, Selsema Atau Demam
Mingguan Wanita: Baru tahu khasiat Pokok Akar Kerak Nasi ini apabila dijadikan ulam, boleh rawat sakit gerd, medu atau gastrik. Boleh cuba petua ini nanti.
Satu masalah yang susah mak-mak nak selesaikan pasal baju yang dah siap iron adalah nak pastikan baju-baju tu kekal licin.
Baju anak-anak sekolah yang dah siap digosok misalnya, nak bawa ke taska atau rumah pengasuh. Macam mana nak maintain tak berkedut.
Tip hanger baju anti kedut yang dikongsikan Wani Rashid ini cukup menarik untuk dicuba. Bukan dekat baju sekolah anak semata, baju kerja suami, baju kerja sendiri pun boleh praktik cara ini.
“Sebenarnya tips ni Wani amalkan dari zaman tudung senget rambut belah tepi masa Wani duduk asrama dulu. Wani pun tak tau mana datangnya tips ni.
“Tapi bila Wani dah kawen, tips ni dah berjaya buatkan keje Wani jadi lagi mudah!”
Tip Hanger Baju Anti Kedut
Step dia ni budak 4 tahun pun boleh buat sebenarnya. Kalau orang dewasa lagi la kacang.
Step dia cenggini tau mak mak,
1. Lepas gosok sehelai baju, ambil satu hanger besar dan terbalik kan dia menghadap ke bawah, pastu masukkan dalam baju tu. Alaaa.. hanger macam kita hanger baju biasa. Bezanya cuma terbalikkan jek.
2. Ambil satu hanger kecil, mak-mak selitkan pada hanger besar. Tengok video yang Wani dah rekod tu.
3. Then, bagi la abam pakai. Takkan dah penat gosok lepas tu nak simpan dalam gobok.
Bila dah hanger ikut tips ni, tak adalah mak-mak berpeluh-peluh nak kene gosok balik baju tu.
Sumber/Foto : Wani Rashid,selain share resepi, Wani pun suka share tips mudahkan kerja seharian.
Makluman : Artikel ini diterbitkan dengan kebenaran daripada penulis asal. Sebarang copy paste tanpa memberikan kredit link kepada Mingguan Wanita akan dilaporkan pada copyright.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Bagi yang mengikuti laman instagram milik Sheila Rusly,46 pasti biasa melihat perkongsian air tangan oleh Penerbit JS Pictures ini yang rajin berkongsi resipi hasil masakan dilaman sosial tersebut untuk rujukan pengikut akaunnya.
Sheila Rusly diakui merupakan antara selebriti yang hebat memasak di dapur dan mempunyai program rancangan memasak sendiri seperti “Ketuk-Ketuk Ramadhan” yang telah 14 tahun menghiasi kaca tv.
Antara perkongsian video resipi yang mendapat perhatian ramai adalah Sambal Gesek Ikan Bilis yang digesek menggunakan lesung daripada Indonesia.Perkongsian video tersebut mendapat tontonan hampir 500 ribu di laman Instagram isteri kepada Pengarah Jinggo ini.
Berikut perkongsian resipi Sambal Gesek Ikan Bilis oleh Sheila Rusly:
Bahan-Bahan:
Cili merah
Cilipadi
Bawang merah
Bawang putih
Belacan
Limau nipis
Maggi cukup rasa
Ikan bilis (goreng garing)
Cara Membuat:
1.Goreng dahulu semua bahan-bahan tersebut.
2.Gesekkan atau lumatkan cili padi, cili merah, belacan, bawang merah dan bawang putih terlebih dahulu.
3.Kemudian letak sedikit serbuk perasa dan perahkan limau nipis.
4.Selepas itu letakkan pula ikan bilis yang telah digoreng tadi.
4.Gesekkan dan lumatkan sekali lagi sehingga sebati.
A post shared by Sheila Rusly (@sheilarusly_jspictures) on
Selamat Mencuba!
Sambal gesek ni sedap dinikmati bersama ulam-ulaman segar, telur masin atau dimakan begitu sahaja pun dah boleh bertambah 2 pinggan nasi! Mak-mak kena cuba resipi ini nanti iya!
Memang benar kerja-kerja rumah memang takkan pernah habis. Mesti ada sahaja kerja yang nak dibuat. Lebih-lebih lagi jika ada anak-anak yang masih kecil, penatnya memang berganda. Oleh itu pengurusan masa dalam menguruskan anak-anak dan kerja-kerja rumah sangatlah penting. Tak perlu serabut, tertekan mahupun stres. Mak-mak perlu tenang-tenang sahaja, uruskan segalanya dengan tersusun, insya allah segala urusan rumahtangga akan jadi lebih mudah.
Perkongsian daripada Puan Najibah Mustaffa ini ada benarnya. Semoga menjadi panduan.
Lama saya tenung gambar ni. Macam macam boleh kita tafsirkan. Seorang wanita yang terluka dan menjahit sendiri lukanya. Ramai yang begini kan. Sekeliling kita. Cuma kadang tu kita tak perasan.
Banyak punca. Pengabaian daripada orang terhampir, penderaan, kesakitan kesakitan yang datang, struggle mengurus hidup, peranan, komitmen dan sebagainya.
Tadi pun ada terbaca kisah surirumah yang mengadu susahnya urus anak dan rumahtangga. Serabut semua ada. Itu ini serba tak kena, tak siap kerja. Sampai tertekan.
Jangan perlekeh. Jangan ‘ek eleh’ kan situasi ibu begini. Jika tiada sokongan, ia boleh membawa kepada tekanan emosi yang berpanjangan.
Silap-silap boleh jadi macam wanita dalam gambar tadi. Sakit, tertekan, terluka. Lepas tu jahit sendiri lukanya. Sebab tak ada yang peduli. Huhu.
Saya faham sangat, surirumah memang penat. Oh wanita bekerja pun. Sama je kita ni kan. Lagi-lagi ada anak kecil. Saya pernah laluinya. Anak tak boleh letak, asyik nangis, buat bisnes lagi. Huru hara hidup. Lagilah kan kalau surirumah yang memang duduk dalam rumah je. Tak ada keluar berjalan bercuti ke apa.
10 Tip Tenang Urus Rumahtangga
Saya tak mahu ulas bab psikologi ke apa sebab tak mahir pun. Cuma hasil pengalaman, pembacaan dan perkongsian rakan-rakan. Saya mahu kongsi 10 tips ini. Bagaimana nak tenang urus rumahtangga. Terpakai kepada surirumah mahupun wanita yang bekerja. Insyaallah tips ini membantu ibu rasa kuat, tersusun dan kurang terluka seperti dalam gambar itu.
1. Kuatkan jiwa
Jiwa ini ibarat bateri, dia penentu untuk kita bergerak. Kalau bateri lemah, tak boleh nak buat apa. Bagaimana nak kuat jiwa?Ini sangat penting.
Kuatkan hubungan kita dengan Allah. Lazimi solat awal waktu, baca al-Quran seeloknya di permulaan hari dan ada zikir tertentu yang kita amal. Ia beri tenaga luarbiasa kepada jiwa kita masyaallah. Biiznillah.
Ibu ibu, jika tak jaga perkara ini, kita akan mudah serabut. Ini basic, jika mampu bangun malam qiamullail semua tu masyaallah lagi power. Jadikan rutin, satu kemestian. Effect nya jaga amalan begini, hati tenang dan rasa banyak masa. Subhanallah amazing.
2. Kuatkan Fizikal
Bersenam sekejap di awal pagi. Janji keluarkan peluh dan regangkan badan. Dalam rumah pun boleh. Banyak cara, buka Youtube search sahaja. Kita rasa lebih sihat dan gembira.
3. Jaga Kesihatan Mental
Buat apa yang kita suka dan rasa best. Saya panggil terapi. Macam saya, pagi pagi sebelum mula buat kerja, saya siram pokok bunga dan sayur sayuran yang di tanam. Lepas tu latih diri setiap hari untuk baca apa apa bahan yang positif dan cakap yang baik baik je. Bacaan yang sedih, drama, gosip semua tu berbaloi untuk kita tinggalkan.
4. Bab Memasak Dan Makan
Ibu wajib makan dulu. Bagi tenaga kepada diri. Roti ke yang mudah dan secawan kopi atau coklat panas di permulaan hari. Untuk tenaga. Sayangi diri dulu, baru boleh sayang orang lain.
Dan masakan untuk keluarga mudah dan ringkas sahaja. Asalkan berkhasiat. Jangan susahkan diri nak masak bagai bagai sangat. Kalau tak sempat sangat, boleh beli dan banyak juga servis penghantaran makanan sekarang. Bolehlah daripada kelaparan tak makan kan.
5. Pengurusan Bahan Dapur
Tetapkan satu hari buat kitchen setting day. Siapkan bawang, cili kisar semua masuk peti sejuk. Protein ayam ikan daging semua tu basuh siap pek kan portion sekali masak. Sayur guna ulam ulam sahaja. Cepat dan berkhasiat. Ada setting begini, boleh memasak bawah setengah jam.
6. Pengurusan Rumah
Mengemas memang penat. Kena pulak anak kecil memang sepah sana sini. Jadi letakkan timing dan setting jadual. Mengemas waktu tertentu sahaja. Macam saya, pagi dan petang. Antara dua waktu tu, apa pun berlaku. Pejam mata. Ini termasuk pengurusan kain baju.
7. Pengurusan Anak
Anak kita tak sama. Jangan stress anak orang lain tidur elok lama, anak kita payah tidur. Rileks rileks je. Bila kita buat perkara nombor 1-6, kita ada masa untuk fokus nombor 7 iaitu wujudkan masa untuk anak. Main dengan dia. Bila kita beri masa yang berkualiti untuk mereka, anak lebih mudah diurus. Saya selalu pegang, anak akan membesar, fasa meragam susah semua tu tak lama.
8. Bantuan
Ini sangat penting. Belajar minta bantuan pasangan. Jangan terlalu mahu buat semua. Jika mampu ambil pembantu yang datang kemas rumah secara harian, elok sangat. Atau pun beli gajet yang memudahkan kerja dapur. Contoh periuk Cuckoo, Noxxa semua tu. Campak campak, setting, tunggu masak je.
9. Mindset dan Rehatlah
Pegang satu perkara ini. Kita tak perlu jadi sempurna. Bahagia jauh lebih penting. Turunkan expectation yang terlalu tinggi nak jadi tip top serba serbi. Iya, sementara anak masih kecil ini. Wujudkan masa untuk rehat. Tinggalkan sekejap kerja surirumah yang memang takkan pernah habis.
10. Nikmati Dan Bina Pengalaman
Anak seorang berbeza dengan anak dua, tiga, empat, lima, enam dan seterusnya. Masa akan mematangkan dan memahirkan kita urus perasaan dan peranan. Lalui sahaja dengan kesedaran bahawa momen ini adalah pengalaman. Dan syukuri semuanya.
Kunci utamanya ialah pengurusan, mindset dan mohon kepada Allah yang menguatkan segala. Insyaallah, dengan cara begini kita ada masa urus rumahtangga di mana ia sumber pahala berterusan tu, ada masa rehat, ada masa didik anak, ada masa cari ilmu, ada masa buat hobi kegemaran etc .
Ibu ibu
Tenanglah ya
Dan berbahagialah.
Jika ada ayah ayah baca status ini. Sama sama ya saling menjaga pasangan dan rumahtangga. Sama sama nak tenang, sihat, bahagia dan mahukan rahmat Allah turun memayungi keluarga kita.
Lain padang lain belalang.
Lain orang lain pandangan.
Sekadar berkongsi. Moga ada manfaatnya.
Najibah Mustaffa
Surirumah dan Usahawan sepenuh masa sejak 2014.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat buat mak-mak agar tenang-tenang sahaja dalam menguruskan rumahtangga. Tak perlu jadi mak yang serba serbi ‘sempurna’. Bila segalanya diuruskan dan diatur dengan baik, urusan rumahtangga akan jadi lebih mudah.
Seorang wanita ditemukan maut tergantung di kipas siling di rumahnya di Kulim selepas dipercayai membunuh anak perempuannya berusia empat tahun akibat tekanan emosi. Kes tragis ini disiasat mengikut Seksyen 302 dan 307 Kanun Keseksaan.