
Rumah Kena Pecah Masuk
Rumah kena pecah masuk waktu penghuni tidur, sungguh licik perbuatan pencuri ini apabila dia mampu mencuri di taman perumahan S2 Heights tanpa orang rumah sedar.
Pemilik rumah itu, seorang wanita mengalami kerugian dianggarkan bernilai RM140,000 disebabkan enam buah beg tangan jenama mewah Louis Vuitton miliknya dilarikan penjenayah.
Menerusi portal Kosmo! pihak polis telah menerima laporan berkaitan kes ceroboh dan pecah rumah melibatkan tiga buah banglo tiga tingkat di perumahan berkenaan pada awal pagi semalam dan kelmarin.
BACA ARTIKEL: Rumah Erysha Emyra Pernah Dirompak, Habis Duit dan Barang Kemas Hilang!
Sekarang pihak polis kini sedang giat memburu suspek yang memakai baju berhud (berpenutup kepala) dan dikatakan berani memecah masuk rumah mangsa ketika penghuninya sedang tidur.
“Berdasarkan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV), suspek merupakan seorang lelaki tidak dikenalpasti berpakaian hoodie gelap lengan panjang, bertopi dan memakai pelitup muka serta bersarung tangan telah masuk ke dalam rumah mangsa antara pukul 1.20 hingga 3.37 pagi.
“Buat masa ini, belum ada sebarang tangkapan dilakukan dan pihak polis masih menjalankan siasatan. Kes disiasat di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan dan Seksyen 457 akta yang sama,”
katanya.Terdahulu tular di media sosial, rakaman CCTV memaparkan suspek seorang diri berhud dan bertopi memecah masuk rumah mangsa dengan melalui ruang tamu sebelum masuk ke bilik tidur.