Walau rumah atas air atau atas tanah sekalipun, andai penghuninya teliti, kemas mahupun rajin. Kediaman itu tetap menjadi tempat teduh yang selesa untuk seisi penghuninya.
Malah, menjadi kekaguman orang lain yang melihatnya. Sebagaimana rumah atas air yang terletak di Kampung Goebilt, Kuching, Sarawak ini.
Pemiliknya, Aizuna Reedza (Junjuna) begitu kemas dan teliti orangnya. Walaupun serba sederhana, tetap dipelihara dengan baik.
Dari halaman rumah, ke ruang tamu sampailah ke bahagian dapur. Segala perabot dan barang dalam rumah disusun dengan kemas dan teratur.
Kisah Rumah Atas Air
Kongsi pemiliknya, “Alhamdulillah, cukuplah untuk saya, suami dan anak-anak berteduh. Rumah ni sebenarnya milik arwah Paksu suami.
Balu arwah bukan orang sini. Jadi dia tak nak tinggal di sini. Selama arwah hidup pun dia tak duduk sini. Duduk dengan isteri kat tempat isteri.
Arwah sewakan rumah ni. Sebelum kami sekeluarga pindah. Ada dua keluarga yang pernah menyewa. Mak mentua belikan rumah ni.
Sayang katanya kalau tak dijaga dan diserah kepada suami. Siang panas, malam sejuk giler.” Kongsinya tentang sejarah rumah atas air.
Bekalan Makanan Laut Segar Tak Pernah Putus
Nak masuk ke rumah atas air ini ada titi besar yang menghubungkan antara rumah-rumah yang ada di kediaman itu. Maklum Aizuna, dia perlu meletak kenderaan di kawasan tanah lapang yang ada dekat titi besar.
“Moto boleh naik. Dan letak depan rumah. Ada juga jiran letak kenderaan kat rumah sedara diaorang.” Tulisnya ketika ditanya tentang bagaimana meletakkan kenderaan di kediaman sedemikian.
Ads
Untungnya tinggal di sini, mudah untuk mereka sekeluarga mendapat bekalan makanan laut segar. Sungai tempat berlabuh kapal-kapal nelayan dekat betul dengan rumahnya.
“Yang ini titi rumah jiran. Belakang sikit, selalu dapat hasil ikan-ikan segar. Tak yah nak ke pasar beli seafood.”
Kongsinya lagi, kadangkala dia tolong jirannya menjual ikan. “Tapi sekarang susah nak dapat ikan segar hari-hari. PKP, nelayan pun tak ke laut.”
Suami Cari Rezeki Dekat Kawasan Pelabuhan
Di sungai ini juga menjadi laluan kapal-kapal yang bawa kontena. Hujung sungai sebelah kanan ada pelabuhan. Di situlah tempat suaminya bekerja mencari rezeki untuk mereka sekeluarga.
Sekeping gambar ini mengundang kekaguman ramai. Lagi-lagi melihat cara pemilik menyusun pakaian di ampaian. Teratur mengikut aturan.
Pakaian itu baru saja nak disidai. Tiba-tiba angin kuat pula. Angkatlah naikkan ke atas. “Nasib baik sempat. Hujan pula lepas tu.” Akuinya bab menyidai pakaian ini memang dia cerewet sedikit.
“Maaf, kayu nampak macam kotor sikit. Tu kayu kapal nelayan yang karam dan terdampar tepi rumah. Kita ambil buat titi. Dulu titi kecil. Kayu pun banyak dah roboh.”
Ads
Di rumahnya, hujan tak lebat. Tapi jika angin kuat datang, rumah pun jadi bergoyang.”
Pemandangan Depan Pintu Rumah Atas Air
Ni pemandangan dari dalam rumah depan pintu. Bangku tu pun kita ambil dari kapal nelayan yang karam tu. Kena pasang kanvas.
Kalau tak bila datang panas, memang panas. Bila hujan, tak yah cakap lah.
Kanvas itu juga untuk melindungi pandangan terbuka. “Lagi pun jiran jual hasil laut. Orang ramai datang beli. Lalu tepi rumah. Tak selesa orang tengok. Rumah saya ni buka pintu terus nampak ruang tamu.
Ads
Dalam rumah, Aizuna menggunakan warna merah pada dinding. “Langsir warna hitam. Tahun ni tukar pulak. Nak kelainan sikit. Gunakan background TV warna kuning. Salah satu warna kegemaran juga.”
Di balik dinding kuning itu ada bilik. Di balik dinding yang ada tingkap ada rumah jiran di sebelahnya. Jika pintu dibuka, boleh terus nampak laut.”
Boleh bayangkan macam mana damainya. Tengok pemandangan laut waktu petang dan malam, dengar bunyi ombak. Seronok bagi mereka yang jarang dapat nikmati suasana sedemikian.
Agar kita boleh nikmati keindahan bumi tuhan yang luas ini.
Semalam seorang penumpang meninggal dunia, manakala dua lagi parah akibat tersepit apabila sebuah bas terbalik dalam nahas di KM 33.3 Lebuhraya Karak menghala Kuala Lumpur kira-kira jam 6.45 petang.
Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak Superintendan Tey Kong Seng ketika dihubungi mengesahkan kejadian.
“Pasukan penyiasat masih berada di lokasi dan masih belum diketahui jumlah sebenar mangsa yang terbabit,” katanya.
Sementara itu Penolong Pengarah Operasi Bomba Mohd Rizal Buang berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian terbabit pada jam 6.34 petang.
“Satu jentera digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi menyelamat mangsa. Setakat ini punca kejadian dipercayai akibat bas berkenaan melanggar pembahagi jalan sebelum terbalik.”
Katanya, setakat ini pihaknya menerima laporan seorang sahaja mangsa meninggal dunia, manakala dua mangsa parah akibat tersepit.
Bas berkenaan membawa 42 penumpang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur.
Sumber: Astro Awani
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Redha dengan pemergian bayi perempuan yang maut ketika meniarap, seorang ibu nekad tidak akan ambil sebarang tindakan.
Kalau ikutkan, hati ibu mana yang tidak sedih dengan kehilangan anak secara tiba-tiba, tahu pun waktu dia di tempat kerja.
Terkejut Tapi Tak Salahkan Taska
Namun ibu ini tetap berlapang dada dan tidak mahu menunding jari pada pihak taska atau mana-mana pihak bertanggungjawab kerana tahu insiden berlaku bukan disebabkan kecuaian sesiapa.
Baginya ini ujian dariNYa apabila arwah, Dayangku NurAlya Mariyam Awangku Hazrin, berusia empat bulan ditemui dalam keadaan tertiarap dan wajahnya kebiruan tidak sedarkan diri oleh petugas taska di Terengganu sebelum menghubungi ibunya, Syahirah Mhd Ali, 31, kira-kira jam 10 pagi.
Bayi Perempuan Baru Belajar Meniarap
Dalam keadaan terkejut, ibu arwah yang juga penjawat awam bergegas ke taska berkenaan sebelum mendapati anak bongsu daripada dua beradik itu dalam keadaan lemah dan tak bermaya.
Arwah seterusnya dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini untuk rawatan selanjutnya sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira jam 11.30 pagi.
“Arwah yang dilahirkan pada 13 Januari lalu sebenarnya baru belajar meniarap dan mungkin semasa dia sedang cuba meniarap, tiada petugas di situ.
“Saya difahamkan dia sedang tidur semasa ditinggalkan oleh guru taska menjaganya dan mungkin sepanjang tempoh itu, dia cuba meniarap,” katanya ketika ditemui di Bilik Forensik HSNZ, di sini.
Anak Pergi Di Hari Lahir Suami
Syahirah berkata, meskipun dia kehilangan arwah pada hari lahir suaminya, Awangku Hazrin Awangku Hidup yang ke 34, tetapi dia reda dan menerima ujian ini sebagai ketentuan dari-Nya.
“Saya tetap bersyukur kerana ALLAH sudi pinjamkan anak syurga ini kepada kami sekeluarga walaupun hanya empat bulan.
“Saya terima dan reda dengan ujian ini lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan ini,” katanya dalam nada sebak.
Tidak Akan Ambil Sebarang Tindakan
Syahirah enggan anaknya dibedah siasat kerana tidak mahu mayat terseksa selain berjanji tidak akan mengambil sebarang tindakan undang-undang kepada semua pihak termasuk pihak pengurusan taska berkenaan.
Arwah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ladang Tok Pelam, di sini.
Selain arwah, pasangan itu memiliki seorang lagi cahaya mata perempuan, Dayangku Nur Hawa Marisa Awangku Hazrin, dua tahun.
Sumber: SINAR HARIAN
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Atas sambutan menggalakkan daripada para penonton setia Mingguan Wanita, program bual bicara Mingguan Wanita kini bakal memasuki musim kedua! Memang tak sabar menantikan kelainan yang akan ditampilkan, serba serbi berwajah baru bermula episod pertama pada 8 Julai 2019 nanti pada jam 11 pagi hingga 12 tengahari. Memang rugi lah kalau terlepas topik menarik setiap episod.
Ini 5 Sebab Kena Tengok Mingguan Wanita Talkshow Musim Terbaru!
1. Lima Kali Seminggu
Menariknya jika musim terdahulu, ia hanya bersiaran 3 KALI seminggu, musim terbaru ini, ia menjadi teman buat setiap wanita dari hari Isnin hingga Jumaat, selama 1 jam 5 KALI seminggu secara eksklusif di saluran Astro Prima (105) dan Prima HD (121). Bakal bersiaran sebanyak 155 buah episod dengan pelbagai pilihan topik menarik, Mingguan Wanita Talkshow ini juga boleh diakses menerusi aplikasi Astro Go dan perkhidmatan ‘on demand’.
2. Pengisian Elemen Baru
Mengekalkan format asal mengetengahkan pelbagai topik dan perkongsian menarik mengenai wanita, kisah rumahtangga dan isu-isu kekeluargaan. Mingguan Wanita Talkshow musim terbaru ini turut menambah pengisian elemen baru bagi menambah baik lagi kandungan format asal agar kekal relevan, segar dan menarik untuk tontonan masyarakat masa kini. Antaranya kisah masyarakat, gaya hidup, makanan,travelog, kesihatan, kecantikan dan sebagainya. Menarik sungguh, serba serbi lengkap!
3. Selebriti Popular & Personaliti Terkenal
Musim terbaru ini bakal menampilkan lima selebriti popular sebagai hos utama disamping tiga personaliti terkenal tanah air. Mereka bakal digandingkan buat pertama kalinya sebagai hos bersama yang akan mengendalikan setiap episod secara bergilir-gilir selama 5 hari seminggu mengikut tema harian.
Selebriti popular tersebut ialah Siti Elizad, Erra Fazira, Norman Hakim, Sherry Alhadad dan Radin Amir. Manakalah personaliti terkenal pula Dato’ Fadzilah Kamsah, Prof. Dr Muhaya dan Imam Muda Asyraf. Pemilihan selebriti dan personaliti ini berdasarkan kepada populariti, kredibiliti serta karakter mereka yang menepati konsep program ini.
4. Lima Tema Berbeza
Istimewanya, bersiaran selama 1 jam setiap episod, kupasan topik-topik menarik didalam Mingguan Wanita talkshow musim terbaru ini pula akan membincangkan segala aspek secara mendalam mengikut tema yang berbeza setiap hari.
ISNIN : Kesihatan & Kecantikan (Siti Elizad dan Erra Fazira)
SELASA: Makanan & Travelog (Siti Elizad dan Radin Amir)
RABU : Kisah Masyarakat & Gaya Hidup (Siti Elizad dan Sherry Alhadad)
KHAMIS : Cerita Dalam Kain (Siti Elizad, Erra Fazira & Norman Hakim)
JUMAAT : Motivasi, Inspirasi & Kerohanian (Siti Elizad & Dato’ Fadzilah Kamsah/ Prof. Dr Muhaya / Imam Muda Asyraf)
5. Medium Perkongsian Digital
Lebih menarik topik perbincangan harian juga boleh diikuti menerusi platform digital, laman media sosial di Facebook, Instagram, Twitter Mingguan Wanita dan Whatsapp Hotline. Para penonton boleh berkongsi pandangan, pendapat dan luahan pengalaman peribadi secara langsung di platform tersebut berkaitan sesuatu isu atau topik yang dibincangkan dalam rancangan ini.
Jadi buat para pembaca dan penonton setia jangan lupa tengok Mingguan Wanita Talkshow musim kedua ni iya. Serba serbi berwajah baru bermula episod pertama pada 8 Julai 2019 nanti, jam 11 pagi hingga 12 tengahari. Jangan lupa temujanji kita!
Apabila aku dengar DPP bagitahu terdapat kesan air mani di dalam dubur anak aku .YA ALLAH gelapnya dunia .Tergamak kau buat anak aku yang baru 9 bulan. Kau tak layak dipanggil manusia!!! Kau memang binatang!!!