Roti Tak Habis Boleh Buat Cuppizza Sedap Guna Air Fryer, Senang!

Share

Selalunya kalau roti kosong kat rumah, payah nak habis. Sayang sungguh kalau dibiar ‘expired’ begitu sahaja. Mak-mak boleh lebih kreatif, buat resipi menarik macam Cuppizza ni. Senang sangat, guna air fryer je, atau nak bakar dalam oven macam biasa pun boleh. Sesuai buat bekal untuk anak sekolah atau minum petang dengan keluarga. Mesti sekejap je licin!

Boleh cuba resipi Cuppizza yang dikongsikan oleh Eyqa Roslan ini.

“Harini saya nak share 1 resepi simple dan cepat! Cuppizza, hehe taktau nak bagi nama apa.Sesuai untuk parties, breakfast or bekal roadtrip dalam kereta. Kalau roti tak habis, bila buat ni..silap-silap kena beli roti baru.”

Bahan bahan untuk 5 ketul Cuppizza ;

3 keping Roti
3 biji Telur
2 batang Hotdog (kalau nak)
Bawang holland
1 sudu besar Mayonaise
Salt & Pepper

Cara Membuat :

1. Potong semua bahan-bahan tu bentuk dadu / nipis-nipis.

2. Gaulkan semua bahan-bahan dalam mangkuk.

3. Masukkan dalam bekas cupcake / muffin. Lepastu sprinkle salt n pepper.

4. Panaskan air fryer 5 minit suhu 180©. Bakar selama 10minit, suhu 160©.

Siappp!

Info Ekstra!

  • Bakar guna oven biasa pun boleh.

Baca Lagi Di Sini:
‘Pizza’ Segera Guna Mission Wraps, Sapu Sos, Tabur Toppings, Gulung, Susun & Bakar!
Pizza Segera Tak Perlu Uli, Guna Roti Bakar Dalam Kuali

MW: Menariknya, senang nak buat sesuai buat untuk sarapan pagi, bekal anak sekolah, atau minum petang. Kalau roti tak habis tu boleh buat resipi ni cuppizza ni.

Sumber: Eyqa Roslan

IKLAN