Pertikaian harta pusaka pengasas produk kecantikan terkenal, Dnars, Allahyarhamah Faziani Rohban Ahmad memasuki episod baharu. Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu, hari ini memerintahkan suami arwah, Ahmad Shah Rizal Ibrahim, 48, untuk mendepositkan sejumlah wang tunai milik Allahyarham ke dalam akaun pentadbir bersama dalam tempoh 30 hari.
Akaun itu dikendalikan bersama oleh Ahmad Shah Rizal dan anak sulung Allahyarham, Aqbar Hakim Jasman, 25, sebagai pentadbir harta pusaka.
Hakim Zaini Sulaiman membuat ketetapan tersebut selepas membenarkan permohonan ahli waris arwah. Menurut perintah mahkamah, wang yang sebelum ini berada di dalam peti besi dan kini dalam milikan peribadi Ahmad Shah Rizal perlu dipindahkan ke akaun tersebut sebelum mahkamah memutuskan tuntutan harta sepencarian.
“Wang tunai milik Allahyarham yang diambil plaintif perlu didepositkan ke akaun pentadbir bersama harta pusaka sebelum keputusan tuntutan harta sepencarian dibuat,” jelas Hakim Zaini di hadapan mahkamah.
Ads
Keluarga Allahyarham diwakili peguam Shaharuddin Mohamed dan Naimah Saupi, manakala Ahmad Shah Rizal diwakili Mohd Firdaus Mohd Tamrin dan Ismail Mohd.
Peguam keluarga arwah, Shaharuddin, menegaskan bahawa Ahmad Shah Rizal wajib mematuhi perintah mahkamah itu. Sekiranya ingkar, beliau boleh dikenakan prosiding komital, suatu tindakan undang-undang terhadap pihak yang melanggar perintah mahkamah.
Ads
Sebelum ini, Ahmad Shah Rizal telah memfailkan tuntutan harta sepencarian di Mahkamah Tinggi Syariah, termasuk wang tunai berjumlah RM1.3 juta yang pernah disimpan di dalam peti besi.
Ads
Gambar Hiasan
Bagi keluarga Allahyarham Faziani, keputusan ini bukan sekadar soal wang, tetapi soal keadilan dalam mengurus harta peninggalan Allahyarhamah.
Untuk rekod, Allahyarhamah Faziani Rohban, meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya di Pattani, Thailand pada 18 Mei 2019. Beliau meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah dan tersepit di bahagian penumpang hadapan kereta yang dinaikinya.
Suaminya, Ahmad Shah Rizal Ibrahim, juga cedera dalam kemalangan tersebut. Faziani dan suaminya dalam perjalanan ke sebuah pondok di Yala, Thailand untuk memberi sumbangan ketika kejadian berlaku. Kemalangan itu melibatkan kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki mereka dengan sebuah lori.
Setiap orang ada rezeki masing-masing, baik besar atau kecil belajarlah untuk menghargainya. Biarpun cuma bawang putih kecil atau pun duit syiling. Sebagaimana yang dikongsikan Dzuriasikim Dzulkefli akan pesanan neneknya ini.
Agar tidak sesekali memandang rendah pada rezeki yang diperoleh setiap hari. Biarpun sekecil-kecil rezeki yang hadir. Hadamkan kisah ini yang penuh mendalam pengajarannya.
Tak Buang Bawang Putih Kecil-kecil Begini
Sedang mengupas bawang…
Bila lihat bawang bawang putih yang kecil-kecil begini, teringat saya akan kisah sewaktu saya sangat susah dahulu. Bawang putih yang sangat kecil begini kadang sukar sedikit untuk dikopek. Jadi, ada orang yang akan buangkan sahaja. Tetapi saya tidak buang.
Pernah ketika mahu memasak dan saya hanya mampu masak apa yang ada sahaja kepada anak-anak. Di rumah waktu itu hanya ada bawang, beras, sedikit ikan bilis dan telor. Itulah bahan masak utama yang boleh dikatakan tidak pernah putus di rumah. Syukur.
Bawangnya tidaklah banyak. Hanya tinggal yang kecil-kecil… bahkan sangat kecil sehingga saya terpaksa menguis-nguis di sebalik kulit-kulit bawang yang ada. Barulah jumpa.
Tak dapat banyak. Sedikit pun jadilah. Sebagai pelengkap rasa. Boleh lah digunakan untuk masak nasi goreng. Asalkan anak-anak kenyang sahaja.
Jika Sedikit Wang Ditangan, Eloklah Duduk Rumah Saja
Bukan tidak mahu ke kedai. Tapi tidak ada kenderaan waktu itu. Dan wang yang ada pun tidak seberapa. Pesan arwah nenek saya, jika wang ada sedikit di tangan, eloklah duduk di rumah sahaja. “Nakhabis hari ni, habis esok…” katanya.
Ia bermaksud, jika kita keluar rumah hari ini, akan habislah duit tu hari ini. Jadi, duduklah di rumah sahaja jika tidak ada kepentingan untuk keluar. Kerana bila keluar rumah, pastilah kita akan berbelanja nanti. Duit yang ada di tangan itu, dari dihabiskan hari ini… dapatlah dipegang atau disimpan sehingga ke esoknya. Begitulah.
Demikianlah juga dengan wang syiling atau seringgit yang pada orang lain jika terjatuh atau terjumpa tidaklah dipandang kerana nilainya yang sangat kecil. Tetapi bagi saya yang pernah perlu mengutip syiling dalam rumah dan dikumpulkan sehingga dapat membeli satu tin susu untuk anak kecil saya, wang syiling tetap bernilai dan berharga.
Jangan Pandang Rendah Nilai Duit Syiling
Untuk wang syiling pun ada juga pesanan dari nenek saya. Katanya dalam loghat Kelantan, “Ore tok jeh ko duit….”.
Bermaksud, jangan sesekali memandang rendah kepada duit atau wang (tanpa mengira nilainya kecil atau besar).
Pengajarannya, harus sentiasa hargai sekecil-kecil rezeki dalam hidup. Cerita bawang dan wang syiling ini hanyalah contoh kecil dari pengalaman hidup saya yang boleh kita amalkan.
Dan banyak petua orang dulu-dulu yang boleh kita contohi. Sebab itu kita lihat orang dulu-dulu hidup mereka sangat rukun dan harmoni, tenang dan bahagia biarpun tidak dalam serba ada. Mereka sangat berjimat cermat dan pandai berbelanja. Mereka sangat menghargai apa sahaja yang mereka miliki.
Jika ada… Adalah.
Tak tiada, mereka berlapang dada.
Mingguan Wanita :Sungguh lah.. jika bersyukur dengan apa yang diperoleh setiap hari. Tentunya tidak mengejar-ngejar apa yang tiada di depan mata.
MW: Biarlah jadi penyibuk agar isteri merasa me-time. Walaupun tidak selalu tetapi tentu saja isteri terharu bila suami prihatin dengan me-time isteri. Penting sangat me-time untuk isteri, tidak percaya cubalah!
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Buat Aneka Kuih Frozen. Confirm sedap, laku keras. Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 10 Julai dan 24 Jukai 2021. Peserta diberi tunjuk ajur menyediakan beberapa jenis makanan sejuk beku yang laris di pasraan seperti donut, samosa, pizza dan banyak lagi. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/buat-aneka-kuih-frozen-confirm-sedap-laku-keras/
Wajib Join, Latihan Penyediaan Makanan. Ambil tahu dos and don’ts pada 25 Mei dan 19 Ogos. Peserta boleh memilih salah satu sesi yang diadakan pada tarikh tersebut. Kursus ini banyak membantu peserta yang terlibat dalam perniagaan makanan mengetahui perkara-perkara yang harus dielakkan semasa menyediakan makanan untuk pelanggan. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/wajib-join-latihan-penyediaan-makanan/
Aidilfitri kali ini tentunya berbeza sekali buat seluruh ahli keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim. Selepas dekat 20 tahun gagal meraikan Hari Raya, berkumpul satu keluarga bersama-sama. Tahun inilah kali pertama buat Nurul Nuha dan adik-beradiknya yang lain.
Sebaik saja ayah anak enam ini dibebaskan dari penjara, ahli keluarga merai setiap momen bersama ayah dengan penuh rasa kesyukuran. Anak kedua, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Nuha ini antara yang rajin berkongsi momen bahagia bersama ibu dan ayahnya.
Bahagia sekali melihat foto kemesraan dan kebahagiaan yang Allah kurniakan untuk keluarga ini. Pastinya ia memberi seribu satu harapan dan semangat perjuangan yang kuat buat sesiapa saja yang pernah mengalami situasi yang sama seperti mereka.
Kata Nurul Nuha dalam instagramnya, “Sesiapa yang kehilangan ibu bapanya akan sentiasa mengingati kemanisan masa bersama. Dan diiringi kerinduan yang teramat.”
Dan kedua orang tuanya berkongsi rasa hati dengan anak kedua ini. Kalaulah mereka punya banyak waktu tentulah apa yang ada di lubuk fikiran mereka adalah mahu meluangkan masa itu dengan anak-anaknya.
“And they will always tell me if they had more time, all they can think about is just to spend more time with them.”
Namun, kita semua sedia maklum betapa sibuknya baik Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri mahupun Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang menggalas tanggungjawab sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
Tentunya waktu yang terhad itu, akan digunakan sebaik-baiknya oleh keluarga ini. Dan momen-momen indah sebeginilah yang selalu dikumpul agar ianya terus kekal di hati anak-anak mahupun ibu dan ayah.
Biarpun Pedih, Nuha Tak Pernah Lupa Mengucapkan Kesyukuran
Ternyata Datuk Seri Anwar Ibrahim ini berjaya mendidik anak-anaknya dengan sifat-sifat yang mulia. Tidak sekali disimpan rasa dendam pada sesiapa. Kerana memaafkan itu lebih baik dan lebih indah pada penghujung cerita. Dan ia telah pun dapat dilihat kesannya.
Terlalu indah, walaupun ada hati yang terluka. Namun kesyukuran itu lebih mengatasi segala sifat benci dan sakit hati. Dan itulah yang menjadikan keluarga ini sentiasa terlihat kuat. Tidak rapuh jiwa-jiwa mereka.
Akui Nurul Nuha lagi, dirinya membesar tanpa kehadiran ayah dan perasaan ini jadi lebih pedih dan sukar apabila mengetahui keberadaan ayah di satu tempat yang jauh terasing.
“But it showed me a glimpse of what happens if I lose him for good.”
Dengan nikmat kasih yang tuhan berikan ini, Nurul Nuha sentiasa merasakan kesyukuran yang tidak berbelah bagi dengan kehadiran kedua orang tua dalam hidupnya.
“Marilah raikan mereka, peluk mereka selama mungkin dan luangkan waktu dengan mereka.” Itulah harapan yang anak kedua ini inginkan. Kerana berbakti dengan orang tua itu ganjarannya teramat besar.
Sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Isra, ayat 24 “Dan hendaklah engkat merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.”
Inilah juga doa yang Nuha kirimkan untuk kedua ibu dan ayahnya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Selain Nuha, adik-beradiknya yang lain adalah Nurul Izzah, Mohd Ehsan, Nurul Ilham, Nurul Iman dan Nurul Hana.