Siapa yang tidak teringin menggayakan sepersalinan rekaan pereka fesyen duo Rizman Ruzaini sempena Aidilfitri. Mempertaruhkan kualiti dan rekaan terbaik dalam setiap penghasilan jenama ini, RR by Rizman Ruzaini terus menjadi pilihan penggemar fesyen tempatan.
Sama seperti tahun- tahun sebelum ini, RR by Rizman Ruzaini sekali lagi menjadi perhatian melalui barisan koleksi Empress dan basic kurung pleated yang bakal melengkapkan penampilan pelanggan setia jenama ini pada pagi syawal.
Pop Up Store
Dalam meraikan peminat jenama ini, RR by Rizman Ruzaini tahun ini juga turut menyediakan lokasi RR raya pop up store RR by Rizman Ruzaini yang terletak di IOI Mall dalam memberikan pengalaman berbeza buat pelanggan mereka.
Turut menarik perhatian pastikan potongan harga sehingga 70 peratus buat produk yang dijual di pop up store RR by Rizman Ruzaini.
Ads
Berkongsi mengenai usaha ini, menurut Rizman walaupun merupakan kali pertama pihaknya menyediakan pop up store RR by Rizman Ruzaini di IOI, Putrajaya ternyata sambutan yang diterima sangat menggalakkan.
“Kami memang mempunyai fizikal store di dalam pusat membeli belah ini, tetapi ini adalah kali pop up store RR by Rizman Ruzaini dibuka di lokasi ini.
“Kami akan berada di sini selama sebulan, dan istimewanya terdapat potongan harga buat koleksi terdahulu dan terbaharu yang dijual. Jadi buat mereka yang menginginkan pengalaman membeli belah yang selesa boleh datang ke sini untuk mendapatkan produk RR by Rizman Ruzaini,” katanya.
Ads
Selain itu, koleksi RR by Rizman Ruzaini juga boleh didapati di Absolut Bazaar @ Mitec, Kuala Lumpur pada 21 Mac ini.
Sokongan Peminat
Sementara itu menjadi antara pelopor pakaian syawal terutamanya kepada mereka yang menginginkan rekaan esklusif pada harga mampu milik, jelas Rizman walaupun jenama miliknya ini berbeza melalui segmen tersendiri namun RR by Rizman Ruzaini kekal menjadi antara segmen penting dalam perniagaanya.
“Saya tidak dapat nafikan sokongan yang kami terima terutamanya dari pelanggan RR by Rizman Ruzaini. Melalui perancangan yang telah kami sediakan tahun ini juga akan menyaksikan jenama ini menjalani perubahan tidak lama lagi.
Ads
“Saya yakin sudah sampai masanya RR by Rizman Ruzaini tidak sekadar menjadi pilihan pada satu-satu musim sahaja. Tetapi sepanjang tahun,”katanya.
Sementara itu tidak pernah menghampakan pelanggan setia mereka, tahun ini juga menyaksikan barisan koleksi Empress yang bakal melengkapkan penampilan penggemar jenama ini pada pagi syawal.
“Koleksi ini memang kami sediakan secara esklusif dan terhad. Inspirasinya tentunya adalah pelanggan kami sendiri, secara peribadi saya melihat mereka maharani, jadi Empress memang direka khas untuk melengkapkan penampilan mereka,”katanya ringkas.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sambut hari jadi anak, Wany Hasrita terharu, “macam ni rasanya celebrate birthday anak sendiri.” Sambutan hari jadi anak merupakan antara momen terindah buat ibu bapa apatahlagi kali pertama menyambutnya.
Jika sebelum ini hanya ‘menumpang’ kegembiraan ahli keluarga lain mahupun rakan-rakan tapi apabila melaluinya sendiri, tentu perasaannya lain. Begitulah yang dirasai oleh pelantun lagu, Menahan Rindu ini.
Sambut Hari Jadi Anak, Wany Hasrita Terharu, “Macam Ni Rasanya Celebrate Birthday Anak Sendiri”
Dalam satu hantaran di laman Instagram, Wany berkongsi rasa menyambut hari lahir puteri sulungnya, Aishah Al Iman.
ALHAMDULILLAH MALAM TADI SEMPAT BUAT SMALL CELEBRATION DENGAN CLOSE FAMILY UNTUK AISHAH. MACAM NI RASANYA CELEBRATE BIRTHDAY ANAK SENDIRI. AISHAH AL IMAN SAYANG, RASA MACAM BARU SEMALAM AWAK MASIH BAU BABY SEKARANG NI MACAM ADA MASHAM SIKIT TAPI STILL WANGI.
RASA MACAM BARU SEMALAM AWAK MASIH BABY DENGAN MATA TERKEBIL-KEBIL TENGOK SILING, SEKARANG LAJU AWAK TOLAK WALKER AWAK TU. CINTA HATI IBU & BAPAK, MOGA SIHAT SELALU, MEMBESAR DENGAN BAIK, NAK. SEMOGA MENJADI PENCINTA ILMU, BERBUDI BAHASA & BERAKHLAK. – WANY DI RUANGAN KAPSYEN.
Perkongsian Wany dihujani dengan komen-komen warga maya. Berikut antara komen warga maya:
Untuk info, Wany dan suami, Mohd Al-Adib Fahmi mendirikan rumah tangga pada 22 Julai 2022. Pasangan berkenaan dikurniakan cahaya mata perempuan, Aishah Al Iman pada 8 Julai 2023.
Kakak Hello Kitty. Usahawan ini pernah bercerai dan ramai mengaitkan perceraiannya kerana suami dipaksa pakai baju Hello Kitty.
Mesra disapa Na, mengakui perceraian selama 23 hari dengan suami membuatkan diri dan hatinya tidak kuat. Perlu melakukan kerja-kerja rumah yang selama ini dibantu suaminya, Mohd Afizi.
Dan kerana itulah dirinya mengambil peluang kedua diberi Allah dan mereka kembali rujuk demi anak-anak serta menurunkan ego masing-masing demi membina keluarga bahagia.
Ikuti video penuh kisah suka duka pasangan ini yang memilih peluang kedua dalam kehidupan mereka dalam Sembang Wanita Xtra di saluran YouTube MW.
Masih belum terlambat untuk mengucapkan salam takziah buat selebriti Linda Rafar dan Diana Rafar atas kematian ibunya, Rasimah Abd Rahman di Hospital Shah Alam kira-kira pukul 9.50 malam, pada hari Jumaat lepas.
Mak Linda Dah Pergi
Arwah yang berumur 74 tahun, meninggal dunia akibat jangkitan kuman yang merebak ke dalam darah. Dan beberapa jam sebelum kematian ibunya, Linda berkongsi kisah Allahyarham berada di rumah pada sebelah pagi namun dimasukkan ke hospital semula pada waktu malam kerana kesihatannya merosot.
Al-Fatihah.. Ya Allah.. Ampunilah Ratu Hatiku Rasimah bt abd rahman Limpahkanlah rahmat ke atas roh nya.. Muliakanlah tempatnya.. Luaskanlah.. Terangilah.. Dan Harumkanlah persemadiannya.. Mandikanlah dia dengan air salju dan embun.. Sucikanlah dosa dan segala kesalahan sebagaimana pakaian disucikan dari najis.. Gantikan untuknya rumah yang lebih baik dari rumahnya.. Gantikan untuknya keluarga yang lebih baik dari keluarganya.. Gantikan untuknya (pasangan) yang lebih baik dari pasangannya.. Tempatkanlah dia disisi orang-orang yang kau redhai.. Lindungilah dia dari azab kubur dan azab api neraka.. Masukkanlah dia ke dalam syurgaMasukkanlah dia ke dalam syurga mu ya ALLAH… ~ Aamiin ya robbal alaamiin ~
Si ibu yang berusia 74 tahun akhirnya menghembuskan nafas terakhir dan Linda memohon agar Allah mengampuni dosanya dan jadikan syurga sebagai ganti tempat tinggal ibunya itu.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pengantin baharu maut kemalangan motosikal berkuasa tinggi, rempuh Proton Saga. Seorang lelaki yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan dilaporkan maut dalam kemalangan membabitkan motosikal berkuasa tinggi di Kilometer 79, Jalan Kuala Terengganu–Kota Bharu berhampiran Bukit Grebar, pagi Rabu.