Perasaan syukur pastinya terbit di hati sesiapa sahaja yang menerima jemputan untuk mengerjakan ibadat Haji yang sememangnya didambakan oleh setiap umat Islam.
Bagi pelakon Elfira Loy, dia merasakan bagaikan bermimpi menerima perkhabaran gembira bakal menjadi tetamu Allah mengerjakan Haji tahun ini.
Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, Elfira Loy sudah pun tiba di Jeddah, Arab Saudi. Malah, perkongsian Elfira Loy atau nama lengkapnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, 30 hari ini memperlihatkan dirinya berada di Clock Tower, Mekah.
Umum mengetahui, ibu kepada dua cahayamata ini mendapat panggilan saat akhir menjadi tetamu Allah musim haji 2024. Elfira mendapat jemputan khas Kementerian Media Arab Saudi menunaikan haji musim ini.
Mengakui perasaannya bercampur-campur, antara teruja, gembira dan hiba kerana terpilih menjadi tetamu Allah musim haji 2024, Elfira bersyukur segala persiapan dirinya berjalan lancar meskipun pada saat-saat akhir.
“Perjalanan sangat lancar dan cuaca juga menyenangkan. Saya memang sangat teruja nak sampai ke Tanah Suci. Namun sedih, tak percaya Allah jemput,” tulisnya dalam perkongsian Instagram.
Elfira yang mendapat panggilan haji kurang dua minggu dari tarikh berlepas ke Tanah Suci mengakui membuat persediaan dalam tempoh singkat. Beberapa perkara termasuk ketika urusan ketibaan di Arab Saudi juga harus dilakukan sendiri memandangkan jemputan diberi pada saat akhir.
Namun, baginya semua itu tidak menjadi masalah bahkan segala perkara berjalan tanpa sebarang kekangan.
“Disebabkan ini jemputan saat akhir daripada Saudi Arabia, jadi semua kena urus sendiri. Visa dan ‘check in’ akan minta kita tunjuk sendiri.
“Tetapi semuanya berjalan lancar. Alhamdulillah,” kongsinya lagi.
Ads
“Saya menyambut baik panggilan Allah , melalui sambutan Haji dibawah Kementerian Media Arab Saudi. Jemputan ini adalah di saat terakhir ketika semua perancangan mereka telah selesai tapi saya anggap inilah panggilan yang sangat istimewa.
Disaat akhir, selepas menghantar ibu ke Haji saya mendapat berita tentang jemputan ini. Allah Maha Baik , baik sangat dengan saya. Terima kasih ya Allah”.
Beri Peluang Followers Titipkan Doa
Memahami perasaan teruja dan bersyukur diberikan kesempatan ini mengerjakan Haji, ibu kepada seorang cahaya mata itu tidak ketinggalan membuka peluang kepada pengikut laman sosialnya untuk menitipkan doa.
Malah Elfira membuka ruang dalam laman sosialnya untuk sesiapa sahaja mengirimkan doa untuk dibacakan di Tanah Suci nanti.
Ads
“Insya-Allah akan berangkat ke sana (Mekah) bila tiba musim haji nanti. Boleh sahaja titipkan doa kat sini, nanti insya-Allah saya akan kumpulkan.
Menerusi ruangan komen, ramai pengikut dan rakan seperjuangan mendoakan pelakon Cinta Tanpa Syarat itu beroleh haji yang mabrur.
“Semoga dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan haji yang mabrur,” ujar pengikutnya.
Tahun ini, Elfira bersama beberapa selebriti lain termasuk pelawak yang juga penyampai Hot FM, Johan dan isterinya, Ozlynn menerima jemputan khas dari Kementerian Media Arab Saudi untuk menunaikan haji musim ini.
Cik B kan lelaki, kenapa pakai telekung, anak buah sangka Cik B lelaki. Penampilan Cik B sememangnya sering meraih perhatian. Pernah dirinya tersangka sebagai lelaki hanya kerana gaya rambutnya digunting pendek.
Malah pernah suatu masa, Cik B ditegur kerana memasuki tandas perempuan kerana ada yang menyangka dirinya adalah lelaki. Biar aura looknya sebagai gadis manis belum menyerlah namun kebaikan dirinya dan sifat lucunya sering meraih perhatian di media sosial.
“Cik B Kan Lelaki Kenapa Pakai Telekung?”
Terkini, sekali lagi Cik B disangka lelaki. Bukan orang lain sebaliknya anak buahnya yang sendiri.
Ini kerana anak buahnya terkejut melihat Cik B mengenakan telekung dan dirinya bertanya mengapa Cik B mengenakan telekung.
Anak Buah Sangka Cik B Lelaki
“Kenapa Cik B pakai telekung, Cik B bukan lelaki ke, soal anak buahnya. Masa yang aksi lucu Cik B yang menjawap hoi membuatkan rumah agam mereka dipenuhi gelak ketawa. Malah Mamanya, Dato Seri Vida memaklumkan anak-anak buah itu adalah BFF Cik B.
“Rasa dunia ini milik akak…inilah respon gembira usahawan pandan yang terpilih menerima Anugerah Ibu Inspirasi Mingguan Wanita X Nona di Malam Gala baru ini.
Kisahnya membesarkan 8 anak dengan air mata hingga hampir meracun mereka kerana tidak tahan dengan ujian tetapi akhirnya bangkit memerah keringat demi memberi pendidikan buat anak-anak.
Kisah usahawan pandan berjaya ini cukup memberikan inspirasi dan dirinya menitip pesanan buat ibu-ibu yang membesarkan anak sendirian.
“Pandanglah diri akak. Jadilah ia satu perkongsian kehidupan,” katanya yang tidak pernah menyangka menerima anugerah dari Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah dalam hidupnya.
Malam gala Ibu Inspirasi dibawakan oleh @alkauthareduqids_hq, diserikan oleh @sabihahgoldhq
Ernie & Syamel dikurniakan puteri sulung. Tahniah diucapkan buat pasangan penyanyi popular Ernie Zakri dan Syamel yang telahpun menimang cahaya mata.
Momen paling menggembirakan lagi buat mereka apabila bayi comel ini dilahirkan pada tarikh 22 Februari 2022 atau 22.2.22 yang juga angka yang cantik.
Ernie & Syamel Dikurniakan Puteri Sulung
Pemilik nama sebenar Nur Ernie Shahirah Zakri itu telah melahirkan cahaya mata perempuan di sebuah pusat perubatan di ibu negara pada pukul 10.14 pagi.
Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Syamel dan Ernie menerusi akaun media sosial mereka.
Perkhabaran ringkas beserta tersebut dimuat naik beserta foto bayi mereka yang masih belum didedahkan wajahnya.
“Syukur alhamdulillah.
“Cinta hati daddy dan ibu telah selamat dilahirkan pada 22 Februari 2022 pada pukul 10.14 pagi tadi.
“Senang daddy ingat tarikh hari jadi,” tulis Syamel.
Semoga Ibu & Bayi Dalam Keadaan Baik
Malah Syamel juga mohon agar doakan Ernie dan anaknya diberikan kesihatan yang baik.
“Doakan kesihatan anak solehah kami dan semoga mereka berdua berada dalam keadaan baik dan sentiasa dalam rahmat-Nya,” luahnya.
Menamakan Anak Pada Hari Ketujuh Kelahiran Ikut Sunnah Nabi
Syamel dan Ernie yang diijabkabul 26 Mac tahun lalu sebelum ini pernah menyatakan dirinya dan suami sudah mempunyai nama untuk bayi sulungdan akan menamakan pada hari ketujuh kelahirannya mengikut sunnah Nabi.
“Nama bayi kami sudah ada. Tetapi kami masih belum bersedia untuk mengumumkan.
“Insya-Allah, kami mengikut sunnah iaitu sebaiknya hari ketujuh baru kita menamakan anak.
“Doakan juga agar nama yang akan kami beri nanti menjadi nama yang baik buat cahaya mata kami,” ujarnya.
Mingguan Wanita: Selain Ernie, tahniah juga buat Datuk Jamal Abdillah yang turut menimang cahaya mata pada tarikh 22.2.22
Primadona filem Melayu, Noor Kumalasari Mohamed Taib dan suaminya antara ratusan ibu bapa yang bangga melihat kejayaan anak-anak yang diraikan dalam majlis graduasi di Management & Science University (MSU).
Anak Noor Kumalasari iaitu Wan Irfan Nurul Atiq Wan Mohd Yusoff berjaya menamatkan pengajian di Management & Science University (MSU).
Menerusi Instagram MSU, Wan Irfan Nurul Atiq Wan Mohd Yusoff menamatkan pengajian dalam jurusan Bachelor in Graphic Design (Hons), Faculty of Information Sciences and Engineering(FISE) di institusi pendidikan tinggi swasta tersebut dan kejayaannya telah diraikan dalam Majlis Konvokesyen MSU ke-34 pada Khamis lalu.
Seramai 2,447 graduan dari 126 program pengajian menerima skrol pengajian masing-masing. Ia menyaksikan 35 graduan menerima Ijazah Doktor Falsafah (PhD), Sarjana (65), Sarjana Muda (1,596) dan Diploma (751).
Seperti ibu bapa lain, perasaan gembira dan syukur tergambar di wajah Primadona Filem Melayu itu yang turut berkongsi perasaannya dan pengalaman melihat anaknya itu bertungkus lumus dalam pengajiannya itu.
FISE merupakan fakulti yang melahirkan graduan dengan bilangan program terbanyak iaitu 28 program pengajian. Faculty of Business Management and Professional Studies (FBMP) pula menyumbang kepada bilangan kohort graduan terbesar iaitu seramai 677 graduan.
“Dia memang komited dengan pengajian. Bayangkan, jam 4 pagi masih siapkan tugasan di dalam bilik dan sebagai ibu, saya memang bangga dengan dia.”
Untuk rekod, Wan Irfan Nurul Atiq merupakan anak bongsu Noor Kumalasari dan suaminya, Wan Mohamad Yusof. Mereka telah dikurniakan tiga orang anak iaitu Wan Amin Nurrashid, Wan Amni Nuruddin dan Wan Irfan Nurul Atiq.
Noor Kumalasari pernah menerima Hijabista Legend Award di Hijab Fashion Award 2024 yang diadakan Februari lalu.
Kaki kiri dipotong akibat kencing manis itulah nasib yang menimpa ibu kepada penyanyi terkenal Hafiz Suip. Kasih ibu membawa ke syurga, sebagai anak sudah...