Ini tip untuk orang berniaga menjemput rezeki. Melatih diri dengan menganggap dalam rezekinya ada rezeki orang lain juga. Perkongsian Puan Noorfazila Binti Abdul Rahman ini ringkas saja. Tapi amat mudah untuk anda fahami konsepnya.
Siapa yang ada bisness pernah habiskan semua duit yang ada dalam akaun waktu raya untuk sedekah pada keluarga dan orang keliling tanpa takut sama ada cukup atau tak untuk diri sendiri dan keluarga? Ya habiskan semua..
Tiba-tiba tengok dalam akaun duit tak henti-henti masuk walaupun langsung tak promote apa-apa barang sepanjang 2 minggu cuti raya (ketika status ini ditulis)? Dan satu demi satu invoice pun boleh settlekan..
Ads
Latih diri untuk anggap rezeki yang ada bukan hak milik kita tapi pinjaman yang Allah beri untuk panjangkan dan sampaikan pada orang lain yang memerlukan..
Janji Allah pasti nak dapat lebih memang kena beri lebih..perniagaan salah satu cara dan ruang kita berbakti dan beri manfaat pada orang lain. Bagi saya marketing terbaik dan cara menjemput rezeki kita adalah dengan berkongsi rezeki. Jangan letak harta di hati kelak kita akan jadi tamak untuk melepaskannya tapi letaklah di tangan agar tak lokek memberi.
Ads
Tak percaya? Cubalah.
Ads
Tak salah mencuba tip yang dikongsikan ini, mana tahu rezeki kita yang Allah tentukan itu rupa-rupanya terselit juga rezeki untuk orang lain. Jadi ringan-ringankanlah tangan itu untuk menghulurkan sedekah. Agar rezeki yang Allah beri akan terus mendapat keberkatanNya dan kenikmatan bahagia kita kecapai.
Sumber/Foto: Facebook Noorfazila Binti Abdul Rahman
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Guru muda (tudung ungu corak) lulusan IPGM Kampus Perempuan Melayu Melaka, pengkhususan dalam Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran berdepan situasi cemas, menyaksikan seorang Pawang menangkap buaya tanpa apa-apa senjata canggih melainkan sebatang buluh.
Pengalaman sukar dilupa yang mengundang ketakutan dalam dirinya. Ketika kejadian, Nurul Akma Khalid, 36 terpaksa menggunakan bot menyeberang jalan sungai untuk membolehkannya sampai ke sekolah.
“Waktu itu, jambatan untuk menghubungkan Simunjan dan Gedung masih dalam pembinaan. Bot satu-satunya pilihan pengangkutan terdekat. Kalau guna jalan darat, masa diambil antara 3 ke 4 jam untuk sampai ke sekolah,” maklumkan yang perlu membayar RM200 untuk menyewa bot sebulan.
Satu pagi, ketika dalam perjalanan merentasi sungai ke sekolah. Pemandu bot menunjukkan ke arah seekor haiwan yang bergerak ligat di dalam sungai. “Ada buaya terkena jerat.” Katanya.
Enjin bot dihentikan. Ada seorang pawang menunggu di situ. Dia berperang dengan buaya yang tak kurang kuatnya melawan. Tiada senjata canggih pun ada di tangan Pawang melainkan sebatang buluh. Pergelutan itu akhirnya berjaya menumpaskan buaya dan ia dibawa naik ke darat.
“Tipulah kalau saya tak takut sepanjang menyeberang Sungai Sageng. Setiap kali mengenang anak-anak murid menunggu dalam kelas, saya jadi kuat semangat.
“Anak-anak ini kekuatan saya. Mereka memberi keseronokan sepanjang saya mengajar di sana. Pentadbir dan rakan sekerja juga sangat baik. Ambil berat tentang saya, sampaikan pegawai di PPD Simunjan bekalkan jaket keselamatan untuk saya pakai setiap pagi.”
Semangat guru muda ini boleh dijadikan inspirasi. Biarpun terpaksa merentasi sungai yang ada buaya untuk sampai ke sekolah, dia tidak hilang semangat. Malah terus cekal memberikan baktinya pada anak-anak kawasan pedalaman yang memerlukan khidmat didikannya.
Kiriman WhatsApp dari anak pendidikan khas membuatkan guru muda ini terharu. Apabila anak murid dapat mengeja sesuatu perkataan, mengenakan butang baju sendiri, kenal ABC dengan baik, itu sudah cukup bererti baginya yang mengajar murid-murid istimewa.
Guru Pendidikan Khas Integriti.
Mengajar subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Kemahiran Manipulatif dan Pendidikan Seni Visual.
Januari 2010 – Jun 2011 : Sekolah Kebangsaan Petra Jaya, Kuching Sarawak
2011 – 2014 : Sekolah Kebangsaan Abang Man Simunjan, Sarawak
2015 – hingga kini : Sekolah kebangsaan Kampung Kolam Kuala Rompin, Pahang
Bila Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid mula bersuara agar guru baru yang ditukarkan ke kawasan pedalaman bertahan pasti ada guru-guru muda yang resah dan susah hati. Bertahan di sini bermaksud tidak memohon pertukaran ke Semenanjung sampailah diri mereka disahkan jawatan.
Sebenarnya ramai daripada kalangan guru-guru di Malaysia yang pernah berhadapan situasi dihantar ke sekolah pedalaman pun pernah melaluinya. Ini antara tips yang dikongsikan.
Posting Pertama: SK Sulabayan Semporna, Sabah (Di hujung Pualu Bum Bum)
Kini Mengajar : SK Pangkalan TLDM Kota Kinabalu, Sabah
1. Bila dapat surat posting tu. Kita kena cari dulu maklumat tentang tempat tu. Di mana kedudukannya. Apa budayanya. Macam mana kehidupannya. Apa adat tradisi budaya di sana. Apa yang boleh atau tak boleh di kalangan masyarakat di sekitar tu. Macam mana anutan agama. Background budak-budak di situ.
2. Kita mesti tahu apa kemudahan yang ada di tempat tu. Apa yang tak ada di tempat tu. Supaya kita lebih bersedia dari segi mental emosi menghadapi kehidupan seharian di situ.
3. Kita mesti nampak gambaran jelas tentang tempat tu dari segi fizikalnya. Contohnya. Hari pertama saya berkasut tinggi. Naik bot laju. Dan masa nak turun ke jeti kasut saya tersangkut dan jatuh ke laut. Sebabnya? Saya tak sangka yang tempat tu begitu rupa.
4. Kita mesti dapatkan rumah sewa yg betul-betul dekat dengan pekan. Memudahkan kita bergerak dan dapat apa-apa kemudahan. Dapat housemate 2 atau 3 orang. Supaya ada teman ke sana sini. Sakit susah pun ada yang tolong tengokkan.
5. Kita mesti berkawan atau mesra dengan masyarakat sekitar tempat tinggal atau sekolah tu..atau ibu bapa murid-murid tu..sebab kehidupan kita sepanjang di situ banyak bergantung dengan mereka. Kalau diorang nampak kita baik. Anggap diaorang macam keluarga sendiri. Insya-Allah diaorang akan lebih baik dan selalu tolong kita.
6. Kita mesti bersedia mental emosi..tahap kesabaran yang tinggi. Sebab biasanya budak-budak di pedalaman ni kurang fasih berbahasa Melayu atau Inggeris. Kalau kita ngajar cakap laju ja bahasa yang betul pun bukan diorang paham sangat. Jadi kita kena turun lebih rendah sikit. Cuba belajar bahasa diorang yang mudah-mudah. Membantu kita untuk mencapai objektif kita sebenarnya.
Posting Pertama : SK Pekan Sipitang
Kini Mengajar : SK Palu-Palu Kuala Penyu, Sabah
“Kalau mental dan fizikal ready. Insya-Allah okey. Tapi kalau dari awal-awal dah tak okey, semua benda jadi negatif. Kalau macam saya tak terasa sangat, sebab saya sendiri memang biasa hidup tanpa bekalan air, elektrik dan telefon. Paling mudah buat senarai semak supaya kita tahu apa yang dibawa.”
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Pagi ini Mingguan Wanita dikejutkan dengan berita pemergian Hajarul Aswad Mat Kar, 34 jururawat Desa yang dilaporkan semalam demam bengkak susu rentetan kehilangan dua anak serentak akibat kemalangan membabitkan kenderaan jenis Perodua Kancil yang dipandunya dengan pacuan empat roda.
Menurut bapa saudaranya, Mohd Syukri Said, 57, Hajarul menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 3.13 pagi tadi di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).
“Semalam lebih kurang pukul 9.15 malam pihak HUSM telefon Azami memaklumkan yang isterinya ada masalah sikit.” ujarnya ketika dihubungi.
Jenazah Hajarul akan disolatkan di masjid besar Tanah Merah selepas solat Zohor ini dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Banggol Kemunting, Tanah Merah. Tempat yang sama bersemadinya jasad kedua-dua anaknya yang terbabit dalam kemalangan yang sama tempoh hari.
“InsyaAllah, suami Hajarul, Azamin Setapa dapat menerima ujianNya.” Tambah bapa saudaranya lagi, dia memastikan anak saudaranya itu untuk menjaga kesihatan dengan baik dan meminta agar redha dengan ketentuanNya.
“Begitulah redha yang Allah turunkan ke atas diri kita dan mungkin ada yang terbaik lagi Allah akan beri pada Azamin. Itu sajalah kata-kata semangat abe Ye selalu ucapkan pada Azamin.” Sambungnya mengakhiri temu bual bersama Mingguan Wanita.
Sebelum ini, arwah Hajarul yang terlibat dalam kemalangan dilaporkan dalam keadaan stabil dan mengalami demam bengkak susu selepas anaknya, Muhammad Azam Tamim, 6 bulan dan Nur Alya Nisrina, 12 tahun meninggal serentak akibat kemalangan yang membabitkan mereka.
Kek Oren memang ada keistimewaanya yang tersendiri.Mungkin rasanya yang masam manis, buatkan kek ini memang sedap dinikmati bila-bila masa. Nak buat kek oren cara yang mudah guna sahaja kordial Sanquick . Mak-mak tak perlu dah tersagat jari, bila nak kena parut kulit oren tu. Yang pastinya kek oren ini tetap ada rasa masam manisnya dan boleh jadi gebu.
Berikut perkongsian resipi Kek Oren Sanquick oleh Puan Dura sebagai rujukan mak-mak.
Telur 3 bji
1 1/4 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula yang dikisar halus
1 sudu besar Ovalet
3 sudu besar Pes oren Sanquick
1 cawanminyak matahari
1 kotak Santan (250ml)
1.Masukkan telur, gula halus, ovalet dan pes kordial oren sanquick ke dalam mesin pengadun (mixer) dan pukul sampai gebu.
2.Kemudian masukkan minyak matahari dan santan serta sedikit pewarna oren.Pukul lagi sampai adunan menjadi gebu.
3.Masukkan pula tepung gndum yang telah diayak, pukul lagi sehingga gebu.
4.Leserkan mentega pada loyang dan masukkan adunan tadi.
5.Bakar pada suhu 150-160 selama 60 minit.Cucuk bahagian tengah kek, pastikan ia tidak melekat bagi menunjukkan kek telah masak sempurna.
Naluri hati isteri tak pernah salah, ini kisah seorang wanita yang mendapat khabar berita suaminya pergi disebabkan kemalangan. Tiada siapa yang akan menyangka akan terima berita kehilangan insan tersayang.