Rezeki pekerja naik gaji, kerajaan putuskan majikan kurang 5 pekerja laksana gaji minimum RM1500 mulai esok. Berita baik baik pekerja untuk menikmati gaji minimum bermula dari RM1500 bagi majikan yang mempunyai pekerja kurang dari 5 orang.
Ini kerana mulai esok, mereka akan menikmati gaji asas sebanyak RM1500 yang sudah lama dinikmati oleh pekerja lain.
Rezeki Pekerja Naik Gaji
Memetik laporan Berita Harian, bermula esok, penguatkuasaan gaji minimum sebanyak RM1,500 akan dilaksanakan membabitkan majikan yang mempunyai kurang daripada lima pekerja.
Ketetapan tarikh itu diputuskan kerajaan akhir tahun lalu, selepas majikan yang mempunyai kurang daripada lima pekerja dibenarkan menangguhkan pemberian gaji minimum terbabit sehingga enam bulan, berbanding ditetapkan 1 Januari lalu sebelum ini.
Ia membabitkan semua sektor termasuk perladangan, pertanian dan pembuatan kecuali perkhidmatan domestik dan aparentis.
Pelaksanaan gaji minimum baharu diluluskan kerajaan pada 19 Mac 2022 dan diwartakan melalui Warta Kerajaan Persekutuan yang dikeluarkan Jabatan Peguam Negara pada 27 April, tahun lalu.
Ads
Kerajaan Putuskan Majikan Kurang 5 Pekerja Laksana Gaji Minimum RM1500 Mulai Esok
Perintah Gaji Minimum (PGM) 2022 kemudiannya dikuatkuasakan 1 Mei 2022 dengan kadar gaji sebanyak RM1,500 sebulan untuk semua sektor tanpa mengira wilayah bagi majikan yang menggajikan lima pekerja atau lebih.
Namun bagi majikan yang mempunyai kurang daripada lima pekerja, kerajaan membenarkan penangguhan pelaksanaan gaji minimum itu sehingga esok.
Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar, dilaporkan berkata sebelum ini, keputusan itu dibuat kerajaan selepas mengambil kira soal kesediaan majikan dalam kategori berkenaan bagi menguatkuasakan gaji minimum baharu kepada pekerja mereka.
Ads
Keputusan penangguhan itu dibuat sebelum ini setelah kerajaan mengambil kira pandangan pelbagai pihak berkepentingan yang dijangka menghadapi cabaran ekonomi serta kewangan pada tahun depan.
Suami isteri tinggal satu rumah selepas bercerai? Boleh atau tidak? Min pun jadi tertanya-tanya selepas tengok drama viral yang terbaru. Rupanya, macam tu ya jawapannya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Allahu.. berat sungguh ujian anak lelaki bernama Ayien ini. Diuji kehilangan ibu meninggal dunia disebabkan Covid-19 tahap 5. Tiga hari kemudian, abangnya pula menghembuskan nafas terakhir juga kerana Covid-19.
Maklum Ayien, seluruh ahli keluarganya di kampung dekat Kampung Dusun Muda, Tapah positif Covid-19. Cuma ibu dan abang yang tidak dapat diselamatkan.
Manakala, kakaknya sedang koma dan dimaklumkan keadaannya semakin kritikal. Ayahnya sudah pun sembuh. “Sekarang dah potong gelang.” kongsi Ayien lagi.
Ibu Meninggal Dunia Kerana Covid-19 Tahap 5
Dalam video yang tular itu, sebak sekali keadaan Ayien yang berduka di atas kehilangan insan tercinta. Kongsinya,
“I lost my dear mom yesterday. While my sister still coma, abang pagi ni dikomakan, my uncle still warded. Berat sungguh ujian ni.
Ibu saya yang tercinta telah meninggal 29 Julai akibat covid stage 5, abang pulak meninggal semalam 1 Ogos (ketika status dimuatnaik pada 2 Ogos) juga disebabkan covid stage 5.
Hari ni mendapat perkhabaran kakak saya yang sedang koma, keadaan semakin kritikal. Mohon doa dari semua agar kakak kembali sedar. Saya tak kuat dah.”
Semoga Ada Doa-doa Yang Termakbul
Dalam pada itu, Ayien tidak menyangka video yang dikongsikan itu akan menjadi tular. “Allah tak sangka. Ramai yang mendoakan. Semoga ada keajaiban untuk kakak saya.
Semoga ada doa-doa yang termakbul mendoakan kesembuhan kakak. Terima kasih banyak-banyak.”
Sungguh, Covid-19 ini begitu menguji kekuatan hati sesiapa pun yang teruji.
Mingguan Wanita :Marilah sama-sama mendoakan semoga kakak Ayien dapat sembuh daripada Covid-19. Dan kembali semula ke pangkuan keluarga dalam keadaan yang sihat.
Selepas beberapa tahun menanti zuriat, syukur Alhamdulillah hari ini isteri kepada pelakon, Adam Corrie Lee Abdullah, 50, Fazema Mohd Fuad selamat melahirkan seorang bayi di hospital KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital.
Adam yang memuat naikkan sekeping gambar bersama bayi comelnya di Instagram dengan kapsyen rasa bersyukur kerana semuanya sudah selamat.
“Alhamdulillah.. bidadari saya sudah selamat melahirkan BabyLee tadi.. jutaan terima kasih yang mendoakan kesejahteraan kami.
Senyum selalu, Selalu bersangka baik, InsyaAllahhati tenang.”
10 Tahun Menanti Rezeki Anak
Diuji lambat dapat anak namun sangat postif, malah menganggap Allah bagi dia rezeki berbulan madu lebih bersama isterinya selama 10 tahun. Dan akhirnya hari ini Allah bagi pelakon lelaki ini memeluk zuriatnya sendiri.
Berkongsi cerita bahagia dapat bayi lelaki, dia dulu pernah berdoa agar pasangan suami-isteri yang belum dikurniakan cahaya mata cepat-cepat diberikan rezeki anak.
InsyaAllah .. baby Lee adalah baby boy. Doakan #babyLee sihat dlm kandungan mak @puan_fazi_fuad dan lahir cukup bulan nanti ?. Doakan juga Baby Lee akan menjadi penyambung dakwah Rasulullah SAW kelak.
Siapa sangka umur kita dah 50 tahun, bidadari saya 40 tahun, syukur baru dpt zuriat pertama. Semuanya kehendak Dan dengan izinNya. Usaha, Doa dan Tawakal pada Allah.
Nama penuh? Nanti la.. belum lahir lagi.. murabi sy sarankan umum pada hari ke 7 selepas dilahirkan.
“Saya doakan juga mereka yang masih menanti rezeki zuriat semoga Allah berikan zuriat juga,” kata Adam.
Tak Jadi Untuk Czer Sebab…
Melalui tulisannya di laman Instagram, isterinya tak jadi melahirkan anak secara pembedahan kerana sebab-sebab tertentu.
Alhamdulillah isteri saya @puan_fazi_fuad tak jadi czer utk bersalin setelah doktor pantau kesihatan bidadari di hospital. . Kalau bidadari sy bersalin smlm, baby Lee akan lahir tak cukup bulan. Alhamdulillah.. terima kasih yang mendoakan kesihatan bidadari sy dan Baby Lee.
Doktor nasihatkan banyakkan berehat , tak boleh keluar rumah supaya Darah Tinggi terkawal dan baby Lee lahir cukup bulan dan sihat kelak. Baby Lee nak bermanja lagi dalam rahim mak tu.
Saya wakil bidadari saya ingin minta maaf yang whatsapp, call, DM dan sebagainya beliau, tak dapat menjawab sebarang panggilan. Hp dia silent. Perlukan masa untuk diri sendiri berehat.
Banjir dengan doa dan ucapan tahniah di ruangan komen Instagram miliknya, Hakak pun tumpang bahagia dengan kehadiran orang baru. Tahniah buat pasangan ini kerana sudah mendapat peluang menjadi ayah dan ibu. Semoga anaknya membesar menjadi anak SOLEH dan penyejuk hati Adam dan isteri.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Musim cuti sekolah ini, dekat seharianlah anak-anak berkumpul di rumah. Bila dah ramai-ramai, teringin pula nak makan pizza. Nak buatnya lambat dan ambil masa. Lebih mudah order online.
Sebenarnya ada cara mudah dan pantas nak buat pizza tanpa yis. Perkongsian daripada Puan Ummul Omar ini akan mudahkan kerja mak-mak di dapur.
Cuma 25 minit saja dah boleh dapat 1 pizza saiz Large. Kalau beli online tu mahu satu saiz large dekat RM25. Cuba kalikan pembelian dengan 2, tak ke RM50 melayang untuk pizza saja.
“Sekarang kan musim cuti sekolah. Anak-anak minta nak makan pizza mama buat tapi aduhai. Malas betul nak buat sebab lambat siap. Order lagi senang kan?”
“Nah resepi MUDAH dan PANTAS buat pizza tanpa yis. 25 minit je dah siap dari gaul doh sampai bakar. Jimat masa. Jimat duit. Boleh buat aktiviti dengan anak-anak musim cuti sekolah ni.”
Bahan-bahan Pizza Tanpa Yis
1 cawan tepung naik sendiri
1 cawan kecil yogurt asli (100ml) Tomato puri
Topping ikut suka (dalam ni ada nenas, olive, cili benggala, cendawan) Mozarella cheese (tiada dalam gambar, Masa nak masak nanti letaklah ya)
Uli Tepung Sampai Jadi Doh (Rujuk Video)
Siap Uli Tepung, Ikut Step Ini
1. Sebelum mula, panaskan oven pada suhu 230•c.
2. Gelekkan doh atas tray. Jangan tebal sangat.
3. Ratakan puri tomato atas doh. Taburkan topping. Last sekali yang paling best. Letak mozarella cheese banyak-banyak.
4. Bakar pada oven suhu 230 •C selama 10 minit sampai masak. Pastikan oven dah panas sebelum masukkan pizza.
Nota : Resepi ini membolehkan mak-mak dapat 1 pizza saiz large.
Nah! Hasil Pizza 25 minit. Rotinya lembut di dalam, rangup di luar. Puas hati makan. Magikkan?
Anzalna Nasir meluahkan kebimbangan terhadap keselamatan anak-anak di sekolah susulan peningkatan kes rogol pelajar. Ibu prihatin ini menyeru agar semua pihak lebih peka terhadap keselamatan pelajar.