Boleh dikatakan ada mak-mak yang merasakan cukup bahagia bila berpeluang dapat beli barang dapur seorang diri. Tanpa gangguan dan bebas memilih apa saja barang yang diperlukan untuk keluarga nanti.
Sebenarnya, inilah reward bagi seorang isteri. Maklum sahaja, setiap hari macam-macam kerja rumah yang perlu diselesaikan. Jadi, bila dapat keluar, mahu seronoknya. Terus hilang stres.
Tidak dinafikan, reward untuk mak-mak bukan hanya dapat beli barang dapur, sekurangnya dapat lihat dunia luar pun dah cukup seronok. Mungkin mak-mak ada cara tersendiri untuk reward diri tanpa sebarang gangguan kan!
Tapi, kalau mak-mak yang suka beli barang dapur, janganlah ada yang tak nak dibeli pun masuk dalam bakul. Botak kepala suami nanti.
Perkongsian daripada Siti ‘Aisyah Rozalli ada benarnya. Bagi seorang isteri, keluar lihat dunia luar, waima dengan hanya beli barang dapur pun reward bagi dirinya. Percayalah.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Jangan BERKIRA Untuk Membantu Adik Beradik, Sebab Rezeki Kita Berkat Doa Persaudaraan
Isteri Mana Tak Suka Shopping, Tapi Berkorban Perasaan Untuk Suami, Anak
Info Lebih Menarik DI SINI
Beli Barang Dapur, Reward Untuk Isteri
BAGI SURI RUMAH PERGI BELI BARANG DAPUR SEORANG DIRI ITU REWARD!!!
Tempoh hari….
Saya beritahu suami yang saya mahu pergi beli barang dapur sebab beras dah kehabisan.
Biasanya suami saya yang akan pergi beli. Sebab kami biasa beli sekaligus untuk sebulan.
“Berat, yang. Dengan beras bagai semua tu u nak angkat. Biar I je lah pergi beli,”
Tak tahu kenapa, saya terus rasa nak menangis dan sakit hati
Padahal niat baik kot suami saya tu.
“I nak pergi juga. Takpe. I beli.”
Maka…
Selepas mendapat keizinan dengan drama tak faham dah kenapa…
Saya pun bawa kereta ke Mydin.
Sampai Mydin, dengan penuh riang hati saya beli apa yang diperlukan.
Balik-balik, terus good mood.
Tiba-tiba saya terfikir.
Saya yang baru 2 minggu terperap dalam rumah ni, boleh rasa tepu sangat. Rasa happy sampai ke langit dapat beli barang dapur seorang diri tanpa anak-anak ni.
Yang memang dedikasikan masa dan hidup khusus untuk berada di rumah tu.
Baru saya faham kata sahabat saya.
“Dapat keluar beli ikan sorang-sorang tu pun boleh hilang stress tau…”
Yang saya ni, dok fikir stress sebab tak kenal nama ikan
Tapi, rupanya..
Dapat keluar sekejap dari rumah, seorang diri itu adalah “break”, “masa rehat” untuk seorang suri rumah yang perlu menguruskan rumah dan anak-anak 24/7.
Walaupun sekejap.
Tetap rasa segar.
Macam orang kerja ofis lah.
Kalau tak ada break 1 jam tengah hari tu, rasa penat sangat kan….
Jadi, suami-suami.
Kalau nak shopping tu, tanya isteri.
“U nak beli ke, U nak I beli?”
Gitu….
Mungkin pada ketika itu…
Isteri perlukan “time-out” seorang diri tu tanpa gangguan.
Kejap je pun…
#sayangiisterianda
#sayangisuamianda
MW: Sebab itu, kalau mak-mak dapat peluang ini, hajatnya mahu beli dua tiga barang sahaja. Bila pulang berplastik-plastik. Tak pe, semuanya untuk suami dan anak-anak juga kan!
Sumber: Siti ‘Aisyah Rozalli
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mak ayah yang telah lama bergelar ibu tunggal atau bapa tunggal bebas untuk memilih jodoh masing-masing bila tiba saat yang mereka rasa sesuai.
Mungkin ada yang telah terbuka hati mereka untuk kembali bergelar suami atau isteri setelah hati mereka terubat daripada duka perpisahan. Tak kira perpisahan itu akibat perceraian atau pasangan meninggal dunia. Ditambah pula bila berasakan tugas mendidik anak-anak sudah ditunaikan.
Ramai ibu atau bapa tunggal yang sanggup mengenepikan perasaan sendiri kerana ingin fokus membesarkan anak-anak. Bila masanya, apabila dirasakan anak-anak sudah mampu berdikari, mereka bukakan pintu hati mereka untuk menerima pasangan baru dalam hidup mereka.
Anak Tak Patut Halang Hasrat Mak Ayah
Tak dinafikan, anak-anak tak sepatutnya masuk campur dalam urusan mak ayah bila mereka berhasrat untuk berkahwin lagi. Apatah lagi jika anak-anak sudah besar dan punya keluarga sendiri. Lebih-lebih lagi mak dan ayah itu dah lama single. Tak salah kan kalau mereka nak kahwin lagi kan?
Marah Atau Hukum Anak, Sesuaikan Dengan Peringkat Usia Mereka
Anak-Anak Amanah Akan DIAUDIT Akhirat, Mak Ayah Jangan Ambil Mudah!
https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Bukan Sebab Nafsu Tapi Ingin Teman
Jangan salah faham. Ada anak yang marah bila ibu atau bapa mereka luahkan hasrat nak kahwin. Kata mereka, dah tua pun tak sedar diri. Uih, jangan begitu. Kasihan mak ayah tu. Sebenarnya semakin usia meningkat, mereka berkahwin bukan sebab nafsu. Tapi lebih kepada ingin peneman untuk menjalani hari-hari tua bersama. Sekurangnya ada kawan nak ke surau, nak ajak ke klinik.
Mungkin anak berasakan mereka ada, kenapa perlu orang lain? Kena faham, peranan anak tak sama dengan pasangan hidup. Lebih-lebih lagi kalau anak dah ada kehidupan sendiri. Beza tau.
Minta Persetujuan Anak
Ya, memang betul anak tak ada hak nak larang. Tapi seeloknya, ibu atau bapa itu berbincanglah dengan anak-anak elok-elok. Kenalkan calon pilihan masing-masing. Kena ingat ye, bila berkahwin, anak-anak juga akan terlibat secara langsung. Sebab itu, penting untuk cari jodoh yang anak-anak boleh terima kerana mereka juga akan berdepan dengan mak atau ayah baru mereka kelak.
Lebih-lebih lagi kalau anak-anak masih tinggal sebumbung bersama mak atau ayah, atau masih di bawah tanggungan. Menerima calon ayah atau mak tiri bukan perkara mudah walau pun zaman sekarang ramai mak atau ayah tiri yang sangat baik, mengalahkan ayah dan mak kandung layanannya pada anak tiri!
Apatah lagi kalau calon pasangan itu ada anak-anak juga. Kena fikir lebih luas. Seeloknya, hubungkan dahulu silaturahim antara anak-anak dengan anak-anak calon pasangan. Bila mereka selesa dan dapat terima antara satu sama lain, insya-Allah harmoni kedua keluarga besar kelak. Silap hari bulan, anak-anak sendiri yang uruskan perkahwinan mak ayah dengan penuh meriah. Tak nak ke?
Ada Sebab Kalau Anak Halang Mak Ayah
Mak ayah kena positif kalau anak-anak halang dan tak terima calon pilihan mereka. Mesti ada sebabnya. Kadangkala orang sedang dilamun cinta memang tak nampak apa kurang pun pada calon pasangannya. Semua indah belaka. Maklumlah, tengah angau!
Di pihak anak-anak, mereka melihat dari sudut lain. Mereka fikirkan risiko dan sebarang kemungkinan. Apakah benar calon itu sayang atau ada maksud tersirat pada mak ayah? Misalnya sebab harta. Itu bahaya!
Bincang Elok-Elok
Apa pun juga, bawa bincang dengan anak-anak kerana ini perkara serius dan boleh merubah kehidupan. Tentu mak ayah tak nak hubungan dengan anak-anak pula renggang lepas kahwin. Bagaimana isteri atau suami kelak tak suka pada anak-anak? Naya pula nanti!
Di pihak anak-anak pula, kena berlapang dada dalam soal ini. Kena fikirkan kepentingan si ibu atau bapa itu. Andai benar calon pasangan itu benar-benar jujur menerima dan boleh jaga mereka dengan elok, apa salahnya terima dengan hati terbuka. Anak boleh nasihatkan mak ayah, tapi jangan sampai halang mereka untuk cari kebahagiaan di hujung usia pula. Tak gitu?
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Setiap kali sebelum tidur, mahupun bangkit dari tidur, selain mengucapkan syukur atas nikmat kehidupan pemberianNya, mak ayah mengharapkan anak-anak membesar jadi anak yang soleh.
Selain mendorong dan tunjukkan jalan kebaikan, jangan pernah mak ayah lupa untuk mendoakan anak-anak. Perkongsikan Nor Fatihahnoor ini adalah amalan harian yang dilakukan untuk anak-anaknya.
Anak-anaknya pun seronok bila Umi membacakan doa sambil tangan diletakkan pada ubun-ubun kepalanya. Minta agar Umi selalu buat, setiap kali mahu ke sekolah. Indahnya.
Inilah amalan yang mak ayah lain boleh sama-sama buat.
DOA ANAK SOLEH
Letakkan tangan di ubun-ubun kepala anak. Mulakan dengan asmaul husna,
Ya Fattah
Ya Alim
Ya Nur
Ya Hakim
Ya Rashid
Ya Hafiz
Ya Muhaimin
Ya Latif
Ya Zaljala liwal ikram
YA ALLAH BUKAKAN PINTU KEFAHAMAN DAN ILMU PENGETAHUAN, CAHAYAKAN HIKMAH KEBIJAKSANAAN, KECERDASAN DAN KEPINTARAN KEPADA ANAK ANAK KAMI DAN JAGAKAN ANAK KAMI DALAM JAGAANMU DAN PENGAWASANMU YA ALLAH.
Seterusnya titipkan doa ini.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
الرَّحْمَنُ (1) عَلَّمَ الْقُرْآنَ (2) خَلَقَ الْإِنْسَانَ (3) عَلَّمَهُ الْبَيَانَ (4)
Pasakkan niat ibu ayah buat anak-anak.
Ya mujib.
Cepat Umi, Letak Tangan Kat Kepala
Petang semalam, selepas makan sebelum ke sekolah agama. Humairaa mendesak saya.
“Umi, cepat la umi. Cepat la. Tangan kat kepala.”
Kalut-kalut menyiapkan mereka saya tidak perasaan lagi.
“Kenapa dengan kepala Humairaa.” tanya saya.
“Umi! Cepat la doakan Humairaa. Letak tangan kat kepala. Humairaa nak pandai macam orang lain.”
Allahu. Sebak saya mendengar permintaan tulusnya . ALLAH Arrahman, Engkau yang mengingatkan anak kecil ini Ya allah. Apabilaku terlupa doakannya seperti biasa Humairaa ingatkan uminya.
Lalu, saya letakkan tangan di ubun-ubun kepala Humairaa bersama titipan doa ini dengan genangan air mata. Humairaa turut sama membaca doa ini dengan lancar.
“Umi, Humairaa dah boleh hafal doa ini masa umi doakan Humairaa.” ujarnya penuh makna.
Subhanallah
Terimalah doa ini.
YA MUJIB
MW : Semoga jadi amalan bersama.
Sumber/Foto : Nor Fatihahnoor
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sekiranya dalam rumah tangga, kita diuji dengan pasangan, elak diri untuk salahkan takdir. Setiap yang berlaku adalah ujian.
Ujian yang datang itu pula daripada Allah SWT, sudah pasti ada sesuatu yang lebih baik di sebalik ujian.
Ikuti perkongsian Puan Farhana Fizal dan hadam baik-baik apa yang cuca disampaikan:
Sekiranya Dalam Rumah Tangga Kita Diuji Dengan Pasangan
Lelaki yang baik, untuk perempuan yang baik. Perempuan yang baik untuk, juga buat lelaki yang baik.
Kita memang biasa dengar kan? Allah sebut ayat ini dalam Surah Annur, ayat 26.
Namun, Allah sebut juga dalam Surah Al Baqarah ayat 155, Allah menyatakan sesungguhnya Allah pasti menguji kita.
Jangan Sesekali Salahkan Takdir
Sekiranya dalam rumah tangga kita, kita diuji dengan pasangan yang sebaliknya, jadilah kita pasangan yang berusaha membantu sebaiknya ke arah kebaikan dan perkembangan diri yang baik.
Dan sekiranya kita dikurniakan pula pasangan yang didatangkan untuk membantu kita ke arah yang lebih baik, bersyukurlah. Dan berikanlah sebaik-baik perhargaan kepadanya.
Baca Juga Di Sini:
Pernah Salahkan Takdir Bila Gagal, Rupanya Bila Berbakti Kepada Keluarga Rezeki Mencurah-Curah
Curang Itu Pilihan, Ia Tak Berlaku Kalau Tak Melayan, Jangan Salahkan Takdir
Pernah Salahkan Takdir, Rasa Diri Tidak Berguna, Wanita Ini Bangkit Dari Kegagalan!
Elakkan Diri Salahkan Takdir
Elakkan kita, terlepas menyalahkan takdir, “Kenapa aku dapat suami macam dia? Kenapa mesti isteri aku ni macam ni?”
Setiap jodoh yang kita terima, semuanya atas izin Allah. Jadi, dengan takdir yang kita terima, letakkan dulu usaha sebaiknya ke atas perkahwinan kita.
Rumah Tangga Satu Tanggungjawab
Sesungguhnya saat akad bersatu, saat itu bermulanya tanggungjawab besar atas bahu, kepala, tangan, kaki dan seluruh anggota zahir dan batin kita.
Moga jambatan syurga kita, dibantu dengan rahmat dan berkat, dibina untuk dilalui bersama dalam payah dan pasti juga senangnya. Aaminnnn.
Farhana Fizal
Yang masih belajar untuk berusaha.
#senimenjadiisteri
Mingguan Wanita: Tidak kiralah siapa pasangan kita, ingatlah dia adalah anugerah Tuhan. Berusahalah yang terbaik untuk kebahagiaan ikatan yang telah dibina.
Sumber: Puan Farhana Fizal
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI