Tahun 2020 ini berbeza sungguh sambutan Ramadan umat Islam. Mantan pemain badminton no.1 negara, Datuk Wira Lee Chong Wei juga merasai perbezaan Ramadan kali ini.
Sesetengahnya, yang bukan terlibat sebagai frontliner atau bidang perkhidmatan, menyambut ibadah berpuasa ini di rumah saja. Tidak boleh keluar rumah apatah lagi bekerja. Kerana perlu patuh dengan arahan PKP untuk mengekang penularan Covid-19.
Malah menerusi instagramnya, beliau berkongsi kisah. Kawannya yang bernama H, yang dikenali ketika mula-mula menjejak arena sukan badminton negara di Bukit Jalil. Dan sampai hari ini, perasaan hormat pada tindakan rakannya itu tidak pernah luntur dari pandangannya.
Kongsinya,
Ads
“Happy Ramadan kepada sumer umat Islam seluruh dunia, terutamanya di Malaysia. Bulan puasa 2020 mmg special. I pasti sumer rakyat Malaysia akan ingat selama-lamanya, dan dicerita kepada anak-anak cucu-cucu nanti masa akan datang.
Walaupun I tidak mengamalkan ibadat puasa, tapi I harap kawan-kawan sumer dapat berpandangan positif berpuasa MCO kat rumah dengan keluarga tersayang. Bersyukur kerana ramai yang tidak dapat bersama keluarga akibat Covid-19 ni.”
Lepas Habis Lari 12km, Kepenatan Di Sudut Stadium – Lee Chong Wei
“I selalu ingat time masih belasan umur, baru masuk Bukit Jalil. Bulan puasa. Training penat gila. Matahari terik gila. Coach time tu tak tahu lah kenapa, gaduh ngan bini atau kalah stok market, marah sajer hari tu. Bawak team pemain pelapis termasuk saya gi trek balapan. Suh lari 12 km terus. Punyerlah panas….
Sambil I lari I toleh belakang, hati kesian kat teammate muslim H yang usia jambu macam I. Tanya dia, ok tak? Dia jawab ok walaupon muka pucat. Lepas habis 12km, tercangkung penat kat corner stadium, minum air sambai basahkan muka sebab panas. H pun sampai. Ingatkan nak minta air, kita pun standby nak hulur. Tapi dia hanya senyum, basuh muka dan beransur balik ke hostel. Respek sangat.
Masa buka puasa bersama, terlihat wajah “kepuasan” H apabila terdengar azan. Respek I untuk dia sampai sekarang tak luntur.”
Ads
Selamat Berbulan Puasa, kawan-kawan semua! Bersama Kita pasti Menang!
Chong Wei mendirikan rumah tangga dengan Datin Wong Mew Choo dan mendapat dua orang cahayamata, Kingston Lee dan Terrence Lee.
MW : Walau apa pun cabaran yang dialami sepanjang Ramadan ini, kekal lah tenang dan berdoalah sentiasa. Lagipun doa orang-orang yang berpuasa ini mustajab.
Lelaki ini, Najmi Farisham tak pernah menyangka akan melalui detik disahkan positif Covid-19. Tidak pernah terbayangkan, malah dia begitu berjaga-jaga dengan pakai pelitup muka dan sanitasi tangan setiap kali keluar rumah.
Namun, takdir tuhan tiada siapa menduga. Bukan saja dia, malah ada ahli keluarga yang turut disahkan positif. Dan beliau berkongsi pengalaman, kekal bertenang biar pun sakit diuji dengan virus Covid-19.
Akhirnya Tuhan Pilih Aku..
Tak sangka, akhirnya kali ini Tuhan pilih aku untuk merasa jangkitan positif virus COVID-19 ini. Fuh!
Dari Madinah, kemudian terbang balik ke Malaysia, kena cucuk mulut hidung dah. Syukur, negatif ketika itu. Dapatlah merasa menginap di hotel 5 bintang, lengkap segalanya.
Masa itu, virus ini tengah mengganas betul. Kes di serata dunia naik mencanak-canak. Tambahan, dunia tengah kalut sebab masih belum jumpa cara nak mengawalnya.
Dah sampai di Malaysia, aku merantau ke sana ke mari. Rentas daerah, rentas negeri. Semuanya selamat. Namun itulah, kalau Tuhan tak nak beri lagi, pergilah ke mana sekalipun tetap tak dijangkiti.
Pada penghujung Mac lepas, kami sekeluarga disahkan positif.
Rasa Tak Sedap Satu Badan
Mula-mula umi kena, demam dan batuk-batuk. Terus dibawa ke hospital untuk kuarantin.
Aku dah rasa tak sedap badan dah. Tubuh berasa tak bertenaga sangat. Berdiri lama, rasa nak rebah. Demam menggigil, sakit kepala, sakit sendi badan. Nak tidur malam pun tak boleh.
Dalam hati memang dah rasa sangat, “Konfem positif ni nampak gayanya.”
Aku terus mengasingkan diri, duduk di bilik lain. Tak nak bercampur dengan orang lain terutamanya anak dan bini.
Akhirnya Pusat Kesihatan Daerah (PKD) telefon, mengarahkan kami sekeluarga untuk datang melakukan saringan sebab dikira kontak rapat dengan umi.
Pagi pergi buat saringan, tengah hari itu terus pegawai PKD telefon.
“Encik, Muhammad Najmi ke?”
“Ha, ya saya.”
“Saya nak beritahu result pagi tadi, yang encik positif. Nanti siap-siap kemaskan barang ya, ambulan datang jemput di rumah.”
Terkejut Tidak, Takut Apatah Lagi
Yang peliknya, aku tak rasa terkejut langsung. Takut pun tidak. Tak adalah duk terbayang yang bukan-bukan.
Mungkin sebab gejala yang aku alami itu dah teruk. Jadi aku memang mengharapkan supaya dikuarantin di tempat khas. Bukan di rumah. Risau benda ini berjangkit ke orang rumah, anak, adik-adik dan nenek yang ada sekali.
Lagipun aku faham benar yang virus ini tak ‘berbahaya’ untuk orang muda. Ramai yang dah survive. Dan benda ini harus dibendung sepenuhnya dalam tempoh 10 hari awal. Sebab tempoh inilah virus itu sangat aktif.
“Saya seorang ja kan yang positif? Orang rumah, anak, adik-adik, nenek yang swab sekali pagi tadi negatif kan?” tanya aku mendapatkan kepastian sebelum menamatkan perbualan.
“Ya encik, yang lain semua negatif,” jawabnya tenang.
Ah, syukurlah!
Masa ambulan sampai, seorang petugas lengkap berpakaian ‘angkasawan’ keluar menjemput. Ceria orangnya, membuatkan mental dan psikologi kita tak berasa lemah.
Aku melangkah naik ke ambulan dengan penuh tenang. Kepala tak diserabutkan dengan benda bukan-bukan. Aku hanya nak kuarantinkan diri di tempatnya saja, bukan di rumah.
Adik-adik Dan Nenek Pula Disahkan Positif
Seminggu kemudian, adik-adik aku dan nenek pula disahkan positif selepas saringan kedua. Ada yang bergejala, ada yang tidak. Dugaan sungguh! Mujurnya, anak bini kekal negatif.
Nenek dibawa ke Hospital Tumpat kerana berisiko tinggi. Dia ada kencing manis. Jadi memerlukan pantauan khas dari pihak hospital.
Adik-adik aku yang lain dihantar ke Hospital Pasir Puteh, tempat aku dikuarantinkan. Dah jadi macam tempat pertemuan keluarga pula. Kahkah. Doktor pun nak tergelak siap pesan lagi dekat aku, “Awak sebagai senior di sini, jaga bebaik adik-adik awak tu. Haha”
Hari Ke-12 Dibenarkan Pulang
Jujurnya sikap perwatakan para petugas di sini juga memainkan peranan penting untuk kami kekal kuat. Setiap kali kami berhubung untuk pemantauan, ceria dan riang saja nada suaranya. Tak adalah duk mengeluh ke, apa ke.
Makan cukup, rehat cukup di tempat kuarantin. Tak ada duk risau virus ini akan terjangkit dekat sesiapa lagi. Paling penting, kena kuatkan semangat. Jangan fikir bukan-bukan.
Hari ke-12, aku dibenarkan pulang. Kami sekeluarga survive, alhamdulillah! Kluster yang melibatkan kami pun, seingat aku dah diisytiharkan tamat dah.
Pakai Pelitup Muka, Tangan Disanitasi Selalu
Biarpun gejala yang dialami masih belum pulih sepenuhnya, namun yang paling penting tempoh aktif virus ini sudah tamat.
Kata doktor, tubuh badan bekas pesakit COVID-19 sudah membentuk satu imuniti baru untuk melawan virus ini. Jadi kami tidak akan dijangkiti bahkan tidak akan menjangkiti sesiapa lagi. Dalam erti kata lain, kami sudah selamat alhamdulillah!
Ini satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan, sungguh. Ketika dunia dan negara sendiri bertungkus lumus melawan wabak yang entah bila penghujungnya, aku dengan tak sengaja memberi ‘jasa’ dalam statistik angka. Kahkah!
Ya, kita tak minta pun nak kena. Pelitup muka, pakai. Tangan disanitasi selalu, sampai lencun kalau masuk ke pasar raya. Namun bila Allah takdirkan kita untuk menerimanya, jangan melenting. Tabah dan reda dengan ketentuan-Nya.
Bukankah ujian itu untuk menambahkan lagi iman kita?
Itulah.
Sumber/Foto : Najmi Farisham,
Bekas pesakit COVID-19.
Beberapa hari ini, instagram penyanyi Nourul Depp dipenuhi dengan rasa syukur yang diucapkan dari lubuk hatinya. Rentetan terselamat daripada kemalangan yang boleh mengakibatkannya dihempap pintu besar dekat tapak pembinaan Pavillion Ceylon.
Ini Ceritanya Bagaimana Trauma Nourul Boleh Bermula
Bangunan herbalife yang berwarna kelabu. Memang selalu kalau pergi Herbalife hanya berjalan kaki sebab kami tinggal berdeoan dengan Herbalife. Tak jauh.
Project by Pavillion (Pavillion Ceylon Hill) .
Kecuaian 3 bangla pekerja construction #pavillionceylonhill ni. Yang renung camera tu gedik melihat saya melintas jalan.
Pintu besar yang berat ni hanya dipegang oleh ketiga-tiga mereka, lalu tumbang di atas jalan betul-betul depan saya. Dalam setengah meter.
“Memang kami tak puas hati pun dengan Project by Pavillion Ceylon Hill ni. Buat bising setiap hari tak kira malam siang awal pagi. And by the way, siapa perlukan bangunan banyak-banyak Kat KL ni? Siapa nak duduk lagi? Bangunan yang dah ada ni pun tak penuh.”
Permintaan Nourul
“Please tag if you know who should be reported to if there is some reckless by site workers like this .
“And to who to report to stop this Project.
“Alhamdulillah I am still Alive. Couldn’t imagine how if my kids would grow up without their mother. Thank you for saving me, thank you for sparing my life , Allah.”
Saya Tak Henti Beristighfar
Cerita Nourul lagi, dia masih tak dapat mengucapkan rasa syukur dan tak henti istighfar selepas melalui kejadian yang dialami petang itu. Ia benar-benar membuka matanya yang kematian itu amatlah dekat kepada sesiapa pun. Tanpa mengira sekuat mana pun diri orang itu.
“I cannot stop to istighfar and say Alhamdulillah after what happened at 4:43pm today. No matter how strong I am, when comes to something that close to death, make you realise how fragile life is. Anyone. ”
“Then again I’m grateful that I’m still alive – at home with husband and my kids – instead of may be in the hospital or worst in mortuary. I’m affected , and infected due to almost accident at #pavillionceylonhill project near jalan changkat chulan next to see hoy chan plaza.”
Sebaik pintu besar itu betul-betul jatuh di hadapannya dengan jarak kira-kira setengah meter. Sepantas kilat, Nourul terbayangkan wajah suami dan 3 orang anak-anaknya.
“Masa marah pekerja tu semua, saya tak rasa apa apa. Selepas dah berjalan ke depan, baru terfikir what could happen to me kalau saya berjalan lebih laju seperti biasa , kalau saya tak mesej suami, kalau saya tak tengok whatsapp TS @ashburn kalau saya tak tengok message jasper dari herbalife ; sebelum saya melintas.
“Imagine .. may be I was already under the heavy door. Splat and flattened… by that damn door. Allah maha kaya. Terima kasih kerana menyelamatkan. Terima kasih beri peluang. Dah malam ni baru rasa sedih. Teringat adik beradik yang terpaksa datang KL pulak nak tengok… mungkin hanya jasad yang tinggal.
“Terfikir macam mana husband nak handle kematian dengan anak anak masih kecil. Terfikir @ayu_ace yang bakal sampai esok. Mungkin hanya menyambut khabar duka. Alhamdulillah Allah selamatkan. Benar benar rasa bersyukur. Sangat sangat bila fikirkan berpeluang mencium anak anak sebelum masuk tidur, berpeluang masak untuk mereka dan most; berpeluang beraya bersama lagi. Alhamdulillah.”
“Pavillion ceylon called me to apologise but i guess it’s not enough when that incident has disturbed my emotion and mind. They should look at their safety measure not to take lightly . Many People pass by the road daily. Most of them students in the building next to it.”
Nourul Masih Trauma
Tak henti mengucapkan syukur walaupun bangun pagi ini. Fikirkan semua, tak apa jika ajal pun semalam. Mungkin akan mendapat syahid kecil. Bulan Ramadan pulak tu. Tapi macam mana yang ditinggalkan dan amal ibadat ku .
Namun terfikir, Allah mahu aku melihat sesuatu, Allah mahu ingatkan , juga Allah mahu membetulkan sesuatu. Kita hanya manusia. Kita tak tahu. Ikut sahaja apa yang mahu ditunjukkan.
Apa yang pasti, bersedekah itu memang menolak bala. Alhamdulillah Allah gerakkan hati untuk berbuat kebaikan. Aku percaya itu yang menyelamatkan selain dari itu bukan hari ajal aku.
Bersedekah itu nikmat. Jangan henti. Walaupun di bulan lainnya. Pilih bersedekah pada yang benar memerlukan. Ada lebih, beri. Tak salah. Allah dah janji pulangannya. Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah
“Hari ni rasa sedikit trauma. Effect rupanya lepas beberapa hari. Lagi tengok muka anak-anak, lagi sedih. Nasib diaorang berhenti buat kerja semalam. Hari pertama dengar bunyi bising pembinaan pun dah trauma.”
Syukur tetap bersyukur.
Ini Yang Nourul Harapkan
Kejadian yang tidak saya dan juga semua jangkakan. Saya hanya mahu pihak tertentu mengambil tindakan segera kepada syarikat #1pavilion ini yang tidak menitik beratkan soal keselamatan di tempat pembinaan dan juga keselamatan awam . Tindakan harus diambil agar tidak berlaku kepada orang awam yang lain. INI PENTING.
“Ibu masak nasi je, lauk ibu tak masak lagi. Lepas tu ibu mati.” Kata-kata anak kecil seusia empat tahun ini, buatkan tetamu yang datang ziarah kematian ibunya menangis teresak-esak. Ini kisah benar yang berlaku pada ibu saudara Khairunnisa Hamzah (penulis).
Ibu saudara Khairunnisa meninggal dunia tanpa ada tanda-tanda sakit, cuma ajalnya sudah sampai. Sebelum meninggal dunia, ibu saudaranya itu sempat memasakkan untuk anaknya malah telah lengkap menunaikan amanah dan tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu terbaik sewaktu hayatnya.
Kongsi Khairunnisa,
Sempatkah Aku Masakkan Lauk nya?
“Ibu masak nasi je. Lauk ibu tak masak lagi. Lepas tu ibu mati.”
Sebaik adik sedara saya cakap begini, ramai yang menangis teresak-esak. Dan setiap kali saya tanak nasi, hati saya berdebar-debar. Sempatkah aku masakkan lauknya?
Bila tadi sakit di dada datang menyerang, segera saya gorengkan nasinya. Dengan harapan, sempat anak-anak makan.
Mana mungkin saya lupakan kejadian yang menimpa makcik sedara kesayangan saya pada tahun 2005 yang lalu.
Tidak akan pernah dilupakan.
Dalam keadaan sihat, tiada apa-apa kecemasan, tetapi sebaik takdir memanggilnya pulang, maka, pulanglah makcik ketika berusia 39 tahun.
Ketika sudah selesai Hajinya.
Ketika sudah mendidik anak-anaknya dengan baik, no. 1 dalam kelas setiap tahun.
Ketika dia sedang taat kepada suaminya.
Ketika dia sudah menjelajah serata dunia.
Pagi itu, dalam pukul 11 pagi, macam biasa makcik call ibu saya dan berborak dalam telefon. Bertanyakan juadah apa yang akan di masak tengah hari itu?
Tatkala dapat panggilan dari suaminya pukul 3 petang yang mengatakan makcik sudah tiada, mana ibu saya mahu percaya!
Terus ke rumah mereka.
Ambulans sampai.
Ibu naik sekali ambulans.
Ibu gosok-gosok tapak kaki adiknya.
Ibu mahu panaskan kakinya.
Mahu darah mengalir semula.
Tapi Allah lebih Maha Penyayang.
Diambilnya makcik juga.
Kata si anak yang baru mula petah bercakap, baru 4 tahun,
“Ibu makan buah oren. Lepas tu ibu sakit perut. Ibu naik atas ambil bam nak sapu perut. Lepas tu ibu mati.”
Bila kami tanya dia dah makan?
Lalu dia jawab
“Ibu masak nasi saja. Lauk ibu tak masak lagi. Lepas tu ibu dah mati.”
Allahuakhbar.
Al-Fatihah buat arwah makcik saya.
Sabariah binti Mohd
Andai kata hari ini kita kena masak untuk keluarga, masaklah dengan ikhlas dan gembira. Kerana mungkin itu kali terakhir kita masak untuk mereka.
MW :Al Fatihah.. sungguh besar pengorbanan seorang ibu. Semoga syurga tempatmu.
Sumber/Foto : Khairunnisa Hamzah, Mommy Dekor
Senibina kehidupan di rumah. Dekor Dekor Cinta *Artikel diterbitkan dengan keizinan daripada penulis.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ibu bapa arwah Wan Ahmad Faris tak pernah putus asa 'berjuang' tuntut keadilan. Pada Disember 2013, Wan Ahmad Faris yang juga pelajar tingkatan empat ketika itu, ditemui tergantung dalam tandas asrama Maahad Tahfiz Sains Nurul Aman, Kok Lanas.