Resipi VIRAL Telur Goreng Crispy, Serius Sedap Rasa Macam Kulit Ayam!

Share

Selain Bihun Goreng Udang Kering 12 Sudu Teh Gula, Telur Goreng Crispy ini juga antara resipi yang sedang viral dan ramai yang dah cuba. Katanya Telur Goreng Crispy ini serius sedap dan rasa macam kulit ayam. Nak buat pun mudah dan bahan-bahan yang digunakan pun tak banyak, sedia ada di dapur je.

Boleh ikut cara yang dikongsikan oleh Puan Siti Zalikha
ini.

Viral betul telur goreng crispy ni ye..penangan tiktok betul. Serius sedap rasa macam kulit ayam. Cara nak buat ada di setiap gambar bawah ini ye. Selamat mencuba.Suami dan mertua suke sangat.

Bahan-Bahan:

2 biji Telur
Sedikit secukup rasa
Sedikit chili flakes
*(Kacau-kacau macam nak buat telur dadar)

Cara Membuat:

1.Guna pan untuk gorengkan telur ni.Lagi nipis lagi bagus.

2.Celupkan telur yang dah goreng tadi dengan tepung bestari, celupkan dengan air kemudian celupkan semula dengan tepung bestari.

3.Goreng dengan minyak, api jangan kuat sangat ye takut nanti hangus.

4.Tadaaaaa….dah siap. Rupa macam kulit ayam kan. Rasa sedap sangat.

Baca Lagi Di Sini :
Bihun Goreng Udang Kering 12 Sudu Gula VIRAL, Resipi Arwah Tok Nek!

RAHSIA Buat Telur Dadar Crispy, Pastikan Bancuhan Betul-Betul SEJUK Sebelum Goreng!

Wanita Ini Kongsi Cara & Teknik Nak Buat Telur Dadar Nampak Gebu Macam Kat Kedai

Rupanya Begini Goreng Telur ‘Gedik’, Rangup Kat Luar Cair Di Tengah

Mingguan Wanita : Menarik dah nampak mudah Telur Goreng Crispy ini. Bolehlah cuba resipi viral ni, katanya sedap macam rasa kulit ayam.

Sumber: Puan Siti Zalikha

 

Mingguan Wanita juga boleh diikuti di

YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial

Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita

Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita

IKLAN