Mesti pening nak masak apa hari-hari. Bagi mak-mak yang buntu, boleh cuba resipi Ayam Ala Tiga Budak Gemok yang dikongsikan oleh Puan Yuhasnida ini. Bahan-bahan senang sangat dan nak masak pun mudah.
Resipi ini sesuai untuk berbuka puasa dan bersahur. Satu family boleh makan, cuma bagi anak-anak yang tak makan pedas kurangkan jumlah cili padi dalam bahan masakan. Ayam Ala Tiga Budak Gemok ni memang ‘berhantu’, makan nasi mesti bertambah. Walaupun resipi simple tapi memang sedap sampai menjilat jari.
Cara Masak Ayam Ala Tiga Budak Gemok Simple
Bukan je untuk mak-mak, suami pun boleh juga memasak resipi ni. Sesuai juga dimasak oleh orang bujang baik lelaki atau perempuan, tak payah nak skill memasak sangat sebab caranya simple. Yang baru berjinak ke dapur tu, eloklah cuba. Ikut je cara yang dikongsi oleh Puan Yuhasnida ni. Insya-Allah menjadi.
1-Gaul ayam dengan garam dan kunyit. Kemudian goreng, jangan sampai garing ye. Ketepikan.
2-Panaskan minyak, masukkan serai bersama bahan yang ditumbuk sampai naik bau (bawang merah, bawang putih, halia & cili padi). Serai tu pilihan, kalau tak nak letak pun boleh je. Serai fungsi nak bagi bau wangi.
Masukkan serbuk kari diikuti daun kari. Perlahankan api. Kemudian masukkan sos tiram dan kicap manis, tak kisah jenama apa. Masukkan asam keping. Tak perlu tambah garam ye, sebab kicap tu dah cukup rasa.
Gaul sebati, kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul sebati, tutup kuali supaya ayam lembut. Perlahankan api ye.
5- Kalau suka boleh tabur hirusan bawang besar. Bila bawang dah layu, angkat dan hidangkan bersama nasi putih.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Ada resipi dan stail orang dulu-dulu goreng ikan. Walaupun hanya ikan goreng namun boleh bertambah-tambah nasi dibuatnya. Jika selalu kita hanya menggunakan serbuk kunyit dan garam, boleh cuba resipi mudah yang dikongsikan ini. Memang nikmat!
Boleh cuba kelainan ikut resipi ikan goreng yang dikongsikan oleh Ummi Hanaini.
Ikan goreng akak stail nasi panas-panas ade sambal belacan, budu, ulam-ulam petai sikit pun dah cukup nikmat.Alhamdulillah.
Bahan-Bahan:
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 inci kunyit hidup
5 sudu besar cili kisar
3 sudu besar garam halus
Belacan sikit ( optional )
Cara Membuat:
1. Tumbuk kunyit hidup, belacan dengan garam sampai hancur lepas tu tumbuk bawang merah, bawang putih tak lumat sangat pun tak pe
2. Masukkn cili kisar gaul-gaul rata masukkan dalam bekas bertutup simpan dalam peti nak guna ambik sikit.
3. Lumur ikan dan perap sekejap lepas tu goreng.
4. Minyak goreng ikan sedap buat goreng sayur @ buat nasi goreng ikan.
Info Ekstra!
Guna sudu besar, banyak tapi bukan guna sekligus tu. Buat stok simpan dalam peti. Senang tak payah tumbuk banyak kali.
Kalau simpan bekas bertutup elok seminggu pun tahan takde hal.
Setiap tahun mesti mak-mak fikir apa minuman yang nak sedikan untuk keluarga mahupun tetamu yang datang. Jom, kongsi minuman yang mudah untuk mak-mak sediakan pada hari raya nanti. Sebelum raya bolehlah cuba untuk berbuka puasa nanti.
Hidangan untuk 10 orang Kaedah
1. Hiris nipis atau potong cincau dengan potongan dadu kecil.
2. Dalam jag besar, gabungkan sirap dan air dan kacau hingga sebati.
3. Masukkan cincau.
4. Masukkan ais ke dalam jag atau gelas bila minuman dihidang kepada tetamu.
5. Kacau minuman ini sebelum dihidang supaya cebis-cebisan cincau akan tertuang ke dalam gelas bila dicurah. Tip
1. Jenama sirap berbeza mungkin mempunyai nisbah sirap kepada air yang berbeza. Kami cadang anda mengikut nisbah yang dicatit di atas label botol sirap anda.
2. Jangan risau jika sirap cincau anda rasa agak manis kerana rakyat Malaysia memang gemar minuman-minuman yang manis! Lagipun, anda boleh tambahkan air kosong ke dalam gelas tetamu yang tidak mahu sirap cincau mereka terlalu manis.
Resepi Air Sirap Bandung Soda
Bahan-bahan
• 500ml sirap
• 720g susu sejat
• 1.65 liter ais krim soda
• 500ml air
• ais
Hidangan untuk 10 orang
Kaedah
1. Campur sirap dan susu sejat dalam jag besar. Kacau sehingga sebati.
2. Masukkan air. Kacau.
3. Masukkan ais. Kacau.
4. Akhir sekali, masukkan ais krim soda dan kacau.
Tip
1. Jangan tambah air pada minuman ini untuk mengurangkan kemanisannya. Ais yang dimasukkan tadi akan cair dan mengurangkan rasa manis minuman ini.
Resepi Air Soya Cincau Minuman ini rasa lemak berkhasiat dengan tambahan cincau yang memberinya tekstur kenyal yang segar.
Bahan-bahan
• 4 liter air soya sejuk tanpa gula
• 1kg cincau
• 250g gula Melaka
• 250g air panas
Hidangan untuk 10 orang
Kaedah
1. Parut gula Melaka.
2. Dalam periuk kecil, campur air mendidih dan gula Melaka parut dan kacau sehingga cair.
3. Hiris nipis atau potong cincau dengan potongan dadu kecil.
4. Tuang air soya ke dalam jag yang besar.
5. Tambah cecair gula Melaka dan kacau sehingga sebati.
6. Masukkan cincau.
7. Jangan lupa mengaut keluar cincau dan masukkan ke dalam gelas bila dihidang.
Tip
1. Elakkan menambah ais kepada minuman ini kerana air soya yang berair tidak sedap sangat.
2. Jangan guna susu soya berkotak. Pergi ke pasar atau trak makanan air soya berdekatan anda untuk mendapatkan bekalan segar air soya tanpa gula.
Resepi Air Punch Buah-Buahan Terdapat pelbagai jenis resepi untuk air punch buah-buahan, tetapi ini adalah salah satu yang kami amat gemari kerana setiap hirupan rasa seperti zaman kanak-kanak!
Bahan-bahan
• 200ml kordial oren Sunquick
• 200ml sirap
• 3 liter Sprite atau 7-up
• 3 liter ais krim soda
• 2 lemon besar
• 2 oren besar
• ais
Hidangan untuk 10 orang
Kaedah
1. Potong nipis oren dan lemon.
2. Dalam jag atau dispenser minuman besar, campur Sunquick dan sirap. Kacau sehingga sebati.
3. Tambah Sprite atau 7-up dan ais krim soda. Kacau dengan baik.
4. Masukkan oren, lemon dan ais.
Tip
1. Anda tidak perlu masukkan buah-buahan dihiris ke dalam gelas semasa menghidang, tetapi ia akan buat gambar anda nampak lebih cantik!
2. Anda ada mangkuk punch? Gunalah!
Resepi Air Mata Kucing Air mata kucing mempunyai rasa sedikit herba, kuat, berkaramel dan warna yang gelap dan sedap. Resepi ini ada kelainannya sedikit dengan tambahan daun pandan.
Bahan-bahan
• 775g longan kering
• 375ml + 375ml air panas
• 300g gula Melaka
• 10 sudu besar molases
• 2 ½ sudu besar gula putih
• 8 daun pandan, diikat
• 1.125 liter air
• ais
Hidangan untuk 10 orang
Kaedah
1. Dalam mangkuk, rendam longan kering dengan 375ml air panas. Biar tutup.
2. Dalam kuali atau periuk, campur 375ml air panas dengan gula Melaka, molases, gula putih dan daun pandan. Letakkan suhu api pada sederhana rendah dan kacau sehingga gula telah cair. Keluarkan daun pandan.
3. Bila longan kering sudah dihidratkan semula, buang air yang berlebihan dan gabungkan longan dengan campuran gula dalam jag yang besar.
4. Masukkan air dan kacau hingga sebati.
5. Tambah ais.
6. Jangan lupa mengaut beberapa biji longan ke dalam gelas bila menghidang minuman ini kepada tetamu anda.
Tip
1. Minuman ini bagus dibuat lebih awal kerana campuran gula dan longan boleh disimpan peti sejuk dalam bekas kedap udara untuk satu atau dua minggu. Tambah air hanya bila anda ingin menghidang minuman ini.
Resepi Air Rosmary Limau Gabungan perisa timur menemui barat, termasuk bau dan rasa savuri rosemary yang segar, menambah dimensi yang tidak keterlaluan kepada minuman yang mudah dibuat ini. Minuman ini sangat sedap dan menyegarkan ada kemungkinan besar anda akan perlu membuat hidangan tambahan!
Bahan-bahan
• 325g gula putih
• 325g air
• 10g rosemary segar (lebih kurang 10 tangkai)
• 350g jus limau kasturi (kira-kira 100 limau)
• 350g jus lemon (kira-kira 8 lemon)
• 3 liter air soda
• ais
Hidangan untuk 20 orang
Kaedah
1. Gabung gula putih dan air di dalam periuk dan kacau atas api sederhana tinggi untuk membuat air gula. Gula perlu dicairkan semuanya untuk menghasilkan cecair yang jernih dan sedikit pekat. Tutup api dan alihkan bila cecair mula reneh ditepi-tepi. Biar sejuk.
2. Pukul tangkai rosemary dengan alu. Anda hanya mahu meremuknya. Jangan pukul hingga terlalu hancur.
3. Masukkan rosemary, termasuk cebisan tercabut, ke dalam jag besar.
4. Tambah jus limau kasturi dan lemon. Kacau.
5. Seterusnya, masukkan 1 hingga 1.5 liter air soda dan kacau sehingga sebati.
6. Masukkan air gula yang sudah disejukkan.
7. Tambah baki air soda dan kacau.
Tip
1. Jika menuang dari jag, anda boleh masukkan ais ke dalam jag atau biarkannya di dalam bekas ais untuk dimasukkan terus ke dalam gelas individu bila dihidang supaya ais tidak akan cairkan soda dengan terlalu cepat.
2. Minuman ini cukup cantik untuk dihidangi dalam gelas individu dan bukan dalam satu jag besar.
3. Jangan lupa masukkan setangkai rosemary ke dalam setiap gelas supaya ia kelihatan cantik!
4. Bagi rasa gas yang lebih, guna air soda dalam tin dan bukan air gas dalam botol.
Tip tambahan
1. Anda boleh menggunakan air sejuk atau air suhu bilik bila diperlukan untuk resepi minuman mudah di atas. Ais akan membuat minuman-minuman anda sejuk.
2. Jangan lupa simpan air kosong berlebihan kerana mungkin ada beberapa tetamu yang tidak mahu minuman manis.
3. Ais! Beli lebih ais dan jangan lupa simpankan di dalam peti ais.
Biskut lemak atau cream crackers biasanya dimakan begitu sahaja atau lebih sedap dicicah dengan kopi, teh panas dan sebagainya. Malah selalunya biskut lemak ni kita beli je di kedai. Tapi sebenarnya mak-mak boleh buat sendiri je di rumah. Jika kreatif boleh cetak dan bentukkan ikut citarasa kita sendiri.Adunan dan bahan-bahan yang digunakan pula pasti diyakini lebih bersih dan halal.
Mak-mak yang nak cuba buat sendiri biskut Ala Cream Crackers Homemde ni boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Wahidah Hasan sebagai rujukan;
“Biskut ala ala cream crackers ni tak kurang sedapnya kalau buat sendiri.”
Resepi cream crackers homemade.
Bahan-Bahan:
2 sudu besar butter
1 sudu besar cream cheese
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar minyak
1/4 cawan air (tak habis pun, guna sikit je)
Cara Membuat:
1.Gaul sebati butter dan cream cheese.
2.Masukkan tepung sedikit demi sedikit sampai habis.
3.Masukkan minyak dan gaul sebati.
4.Last sekali masukkan air, jangan tuang semua. Masuk sikit sikit sampai adunan tak melekat ditangan.
5.Terapkan acuan kesukaan. Saya potong petak guna pisau je. Then buat lubang dengan garfu dan terap nama anak kat tengah tengah.
6.Bakar suhu 170° selama 15-20 minit api atas bawah.
Info Ekstra!
*Sila gelek adunan tu nipis-nipis ya kalau tak nak keras.
*Kena pantau biskut masa tengah bakar, kalau dah nampak perang, boleh angkat.
Just nak share rupa acuan tulisan untuk terap atas biskut. Comel kan ? Acuan ni saya beli di Lazada RM5.20 termasuk pos. Boleh search alphabet mould/alphabet stamp ya.
MW: Menariknya resipi biskut cream crackers ni. Hanya guna 5 bahan je, cara nak buat pun mudah sangat. Sesuai buat untuk minum petang untuk anak-anak dan keluarga. Mak-mak kena cuba buat sendiri di rumah nanti.
Pemergian Roslina Yusof, isteri peniaga air balang yang tabah melawan diabetes, menyentuh hati ramai. Suami setia, Ah Yauddin Ahmad, reda isteri pergi selepas sempat mengucapkan kata cinta terakhir.