Resipi SERBUK COLEK KERING Hanya Guna 4 Bahan, PEDASNYA Boleh Tahan!

Share

Khas buat peminat colek, ini ada resipi serbuk colek kering. Hanya guna 4 bahan sahaja. Untuk mereka yang suka rasa pedas, ini serbuk colek pilihan kalian.

Setiap kali hendak makan buah-buahan seperti jambu, mempelam atau apa sahaja buah pilihan, gaul sahaja dengan serbuk colek ini.

Boleh cuba resipi serbuk colek kering oleh Mim Yusof
via grup Masak Apa Hari Ini (MAHN).

“Awak suka makan colek dak?.
Mai kak mim ajar wat serbuk colek kering,
Bila rasa nak makan jambu, pelam ke, buh serbuk ni, gaul jer.
Senang jer buat dia, tengok cara kat gambar deh!”

BAHAN-BAHAN

Udang kering (1 cawan)
Belacan (2 inci)
Cili kering (10 biji, kalau nak pedas, lebihkan)
Gula (1½ cawan – tak de dalam gambar)

Artikel berkaitan:


Resipi Kuah Colek Paling Sedap Secukup Rasa, Hanya Guna Lima Bahan!
Sambal Ayam Penyet ‘Ngosek’, Rasanya Tak Pedas Sangat, Senang Buat
CARA BUAT

1-Potong cili kering, cuci bersih, toskan sampai kering airnya. Kemudian goreng semua bahan kecuali gula. Goreng tanpa minyak (sangai) sampai cili, belacan dan udang garing.

2-Ini yang sudah siap digoreng, sejukkan dulu sampai betul-betul sejuk. Selepas itu kisar kering. Kisar sekali dengan gula ye.

3-Jeng jeng, begini kejadiannya. Kalau hendak lagi masin tambah garam sikit, sebab udang dan belacan sudah masin. Simpan dalam balang.

4-Bila hendak makan, ceduk jer dan bubuh dalam pelam.

5-Lagiii… Begini kejadian nyaaa.. Makk aiii, berair hidung dengan kepedasannya.. Huhu

Sumber: Mim Yusof

IKLAN