
Resipi udang memang sedap dan boleh dipelbagaikan cara memasaknya. Jika inginkan kelainan dan mudah cara memasaknya, boleh cuba resipi udang yang ringkas ni. Memang sedap, kuah pekat melekat hanya gunakan 4 bahan sahaja. Satu lauk je, namun makan dengan nasi putih panas sahaja pun dah cukup.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Mazlina Haji Ismail ini.
Resipi ini tak ada nama. Ringkas dan sedap rasanya.
Bahan-Bahan:
Udang sekilo(bersihkan) – goreng garam kunyit
2 biji Bawang besar – potong roda/bulat
20 biji Cabai burung – potong serong
Satu mangkuk kecil Cili Sos Kimball – (Jika nak kuahnya lebih, hanya tambahkan sos dan kicap)
1 sudu Kicap manis
Cara Membuat:
1.Udang digaul garam kunyit.
2.Kemudian goreng udang tersebut.
3.Tumis cili sos menggunakan minyak gorengan udang.
4.Tambahkan kicap manis.
5.Kacau dua tiga kali.
5.Masukkan bawang dan cabai burung.
6.Kacau sebentar dan gaul sebati.
7.Akhir sekali masukkan udang goreng. Gaul sebati. Siap.
TIP EKSTRA!
- Boleh gantikan udang dengan ayam yang dipotong kecil.
- Jangan masukkan garam.
Baca Lagi Di Sini:
Ini Caranya Buat CUCUR BADAK Sedap, Lembut, Padat Inti Udang Fresh!
MW:Mudahnya resipi udang ni. Sangat ringkas, sedap pekat melekat guna 4 bahan utama sahaja.Kena cuba resipi ni nanti.
Sumber:Mazlina Haji Ismail
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Hanya GORENG & TUMIS, Udang Goreng Daun Ketumbar Ala Thai Ini, Memasak Tanpa Keluarkan Peluh

Sebagai seorang ibu, setiap hari kita wajib memikirkan menu yang sesuai untuk hidangan famili.
Tak kiralah sama ada anda ibu yang bekerjaya atau suri rumah sepenuh masa. Wajib untuk anda menghidangkan masakan setiap hari. Namun dek kerana keluarga tercinta sudah pasti golongan ibu ini perlu memasak juga walaupun dalam keletihan.
Bagi mereka yang bekerjaya menu yang ringkas menjadi pilihan utama.
Apa kata anda sediakan resipi Udang Goreng Daun Ketumbar Ala Thai yang cukup ringkas. Jadi memang tak keluar peluhpun masa nak memasak.
Resipi ini insya-Allah gerenti jadi kerana ia sangat mudah dan tidak banyak menggunakan bahan rempah ratus.
Air Tangan Ibu Santapan Digemari
Air tangan ibu semestinya sangat berharga dan menjadi santapan paling digemari ahli keluarga.

Hanya Perlu Goreng & Tumis, Jimat Wang
Hanya perlu goreng dan tumis sahaja, masakan anda boleh dihidangkan. Bukan saja menjimatkan wang malah anda boleh menikmati makanan ini dengan keluarga tersayang.
UDANG GORENG DAUN KETUMBAR ALA THAI
BAHAN-BAHAN:
250gm udang saiz XL di buang kulit
1/2 cawan tepung goreng ayam
1 sudu teh pati ayam
6 ulas bawang putih dicincang
2 biji cili merah dicincang
1 sudu makan chili flakes
1/2 cawan daun ketumbar dihiris halus
Sedikit daun bawang dihiris halus
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK LANGKAH DEMI LANGKAH:
LANGKAH 1:
Panaskan minyak goreng udang hingga bertukar warna kemerahan. Angkat dan toskan.
LANGKAH 2:
Keluarkan minyak, tinggal sedikit dan tumis bawang putih hingga kekuningan.
LANGKAH 3:
Masukkan cili merah dan Chilis Flakes, kacau rata hingga pecah minyak.
LANGKAH 4:
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
LANGKAH 5:
Lengkapkan rasa dengan serbuk pati ayam.
LANGKAH 6:
Kecilkan api, masukkan udang yang telah digoreng bersama daun ketumbar dan daun bawang. Tutup api dan kacau rata.
Sumber Foto: RASA
Selamat mencuba!
Resipi Crab Rangoon, Guna Kulit Popia Aje Ganti Kulit Wantan. Sedap Pun Sedap!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Pengat Bebola Durian, Kali Kedua Buat Tapi Kejap Je Licin!

Sempena musin buah durian, mak-mak boleh cuba buat Pengat Bebola Durian ini pula. Resepi yang dikongsikan Puan Nurhazirah M.Yunus ini tular dan ramai yang teruja nak buat.
Haaa… kalau mak-mak nak kelainan menu petang ini, jemput godek resepi pemanis mulut ini dulu. Confirm sedap!
Pengat Bebola Durian
Buang biji dan lenyek-lenyek kan isi durian.
Gaulkan isi durian tadi dengan tepung pulut. Jangan tambah air ya.. Nanti tak rasa manis durian. Haa… ingat ya, guna tepung pulut, bukan tepung gandum atau tepung beras.
Isi durian dan tepung pulut tadi. Gaul sampai jadi doh macam ni.. Asal tak lekat kat tangan tu maknanya dah jadi la tu.
Dah siap, bentukkan bulat-bulat kecik macam ni.
Dah siapppp.. Dapat banyak ni untuk sedebuk doh tadi.
Didihkan air, kemudian masukkan bebola durian tadi. Tapi pastikan air betul-betul panas dan menggelegak ya.
Dah siap, kalau nak tahu tepung tu dah betul-betul masak, masa dia duduk dalam air yg mnggelegak td, dia akan timbul kat atas permukaan air. Masa tu dah boleh angkat.
Sekarang buat kuah dia. Masukkan santan dalam periuk. Kalau pakai santan kotak, letak separuh je. Tambah air sikit jangan bagi pekat sangat. Letak lah dua helai daun pandan nak kasi kuah tu wangi, gunakan api perlahan ya. Jangan bagi santan tu menggelegak.
Kemudian, masukkan 2 ulas durian untuk perasa yang sangat kuat kat dalam kuah tu. Nak guna lebih pun boleh, tak ada masalah tapi nanti kuah tu akan jadi sangat pekat.
Masukkan gula merah.. Nak letak gula melaka pun boleh.
Akhir sekali, masukkan bebola durian yang kita dah masak awal td.. Gaul rata, bagi dia mendidih manja-manja dan lepas tuuuuu…
DONE. Dah boleh hidang.. Makan panas-panas tak sedap sangat, jadi masuk dalam peti ais, makan sejuk-sejuk baru umphhh!
Dah siap.. Ini hasilnya. Selamat mencuba!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Resipi Biskut Mazola ‘Lagend’ Guna Peanut Butter, Paling Mudah Dan Melting

Kalau masa raya, biskut mazola inilah yang dicari oleh tetamu. Sedap dan melting bila masuk mulut. Itu kalau membuatnya kena caranya.
Bukan emua orang boleh buat biskut mazola lagend ni. Tak tahu teknik, boleh jadi keras dan tak sedap. Sebolehnya, kalau nak makan, bila masuk mulut terus berderai. Barulah nikmat bila makannya.
Biasanya, kalau berderai itu, ada yang gunakan hanya kacang tumbuk sebagai bahan utama. Malah, mak-mak nak kena tumbuk atau mesin kacang itu sehingga betul-betul lumat, barulah menjadi.
Kali ini, Azlina Ina Fans berkongsi resipi biskut mazola sama dengan asalnya, sedap dan melting. Kalau biasa kita gunakan kacang tumbuk tapi sekarang tak perlu, hanya guna peanut butter sahaja. Itu sudah cukup dan rasnya sama seperti ori.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Resipi Tepung Pelita Guna Sukatan Cawan, Tak Perlu Kukus, Buat Sendiri Puas Hati!
Resipi Walnut Almond Paling Senang, Biskut ‘Kayangan’ Tak Perlu Bakar, Mixer, Sedap Sangat!
Info Lebih Menarik DI SINI
Biskut Mazola Paling Mudah
“Kalau rasa malas nak tumbuk atau kisar kacang, boleh cuba cara senang, Cuma gaul sahaja. Sebiji sama dengan ori.
Cara Membuatnya:
1. Rasa sama seperti biskut mazola yang ori.
2. Susun cantik-cantik dalam bekas.
3. Bahan-bahan:
Sukatan cawan (Tak kisah cawan jenis apa, asalkan sukat pakai cawan yang sama.
160 gm ladies choice peanut butter
1 cawan gula halus (ikut citarasa)
1/2 cawan susu tepung biasa
3/4 cawan minyak masak biasa
1 cawan tepung jagung
3 cawan tepung gandum
4. Campurkan semua bahan kecuali minyak
5. Ini hasil campuran tadi.
6. Masukkan peanut butter tadi, gaulkan bersama semua bahan tadi.
7. Kemudian, tambahkan minyak sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh.
8. Doh dah cantik.
9. Bentukkan bulat-bulat dan sapukan kuning telur di atasnya.
10. Letakkan kacang yang dibelah dua di atasnya.
11. Bakar pada suku 170 darjah selsius selama 25 minit.
12. Siap dan sejukkan. Barulah masukkan ke dalam bekas.
MW: Cara paling mudah, tak perlu nak tumbuk kacang bagai, guna peanut butter saja. Rasa pun sebiji sama seperti ori.
Sumber: Azlina Ina Fans
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Tujuh Pilihan Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Nak maju jangan tunggu. Peluang pun datang bukan selalu apatah lagi sekarang ini kita sedang lalui kehidupan sukar berbanding dahulu. Daripada asyik termenung dan meratap pilu, elok mengorak langkah mulakan bisnes baru. Sampai bila nak tengok orang lain maju dan kita masih lagi kaku?
Tiada idea, tak ada kemahiran dan arah nak tuju? Mingguan Wanita (MW) sebagai teman setia wanita sedia membantu dan tahu apa yang anda perlu.
Terkini, selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.
Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik, kursus-kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini.
Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Antara kursus-kursus asas yang dijangka mampu melahirkan peserta yang berkemahiran dan boleh terus dipraktik dalam perniagaan ialah:
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI. Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 12 Jun dan 26 Jun 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti.
( https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/ )
Cookies Viral Legend. Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 10 Julai dan 24 Julai 2021.
( https://toko.ideaktiv.com/product/cookies-viral-legend-jual-cookies-paling-masyuk/ )
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!