Resipi RAHSIA Gulai Ayam Kelate, Pes Kena Pecah Minyak, Bubuh Kerisik, Barulah SEDAP!

Share

Gulai Ayam Kelate, memang lain daripada yang lain. Sebab itu bila sampai Kelantan, tidak sah kalau tak merasai sendiri masakan ini. Bahkan ada banyak lagi hidangan yang sedap-sedap bila datang ke sini.

Boleh dikatakan, nak masak seakan sama dengan resipi gulai ayam Kelate ini agak susah, kadang-kadang kuahnya pekat dan tidak akan samalah dengan apa yang kita rasa itu. Ada saja yang tidak kena dengan cara yang kita buat itu.

Kali ini, kita berkongsi resipi gulai ayam kelate oleh Afy AL Habibi, caranya yang ditunjukkan satu persatu. Selamat mencuba.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Resipi Char Kuey Teow Sedap, Rahsianya Kuah Kena Pekat, Goreng 3 Minit

Resipi MEE CELUP Ala Thai Padu, Berpeluh Dahi Tak Cukup Semangkuk!

Info Lebih Menarik DI SINI

Gulai Ayam Kelate, Resipi Rahsia

“Ada banyak rahsia yang cikgu pecahkan untuk mendapat hidangan gulai yang luar biasa. Penuh beraroma pastinya.

“Pastikan guna bahan-bahan yang betul dan teknik diikuti sepenuhnya. Nasi bertambah-tambah bila dapat makan dengan gualai ayam seperti ni.

Cara Membuat:
1. Masukkan gulai ayam dalam pinggan lejen.

2. Memang buat terliur bila tengoknya.

3. Inilah padanan hidang nyang lengkap. Sedap!

4. Mula-mula, panaskan minyak secukupnya. Tumis terlebih dahulu 4 sekawan.

5. Tuang bahan kisar seperti di bawah:

Resipi untuk 1/2 ekor ayam:
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih

1 hiris nipis halia
2 hiris nipis serai
1/2 hiris nipis lengkuas

Tambahan gabungan 1 sudu teh jintan manis dan ketumbar boleh menjadikan rasa gulai lain dari yang lain.

Pastikan bahan yang dikisar ditumis sehingga naik bau.
Barulah, masukkan 1/4 sudu kecil cili kisar sendiri.

6. Untuk mendapatkan rasa gulai kari Kelantan, gunakan serbuk rempah kari timbang dari sana. Masukkan 2 sudu besar. Dari segi bau dan rasa memang jauh beza dengan serbuk lain. Tumis dalam api paling perlahan.

7. Pastikan tumis betul-betul, barulah rempah wangi dan tahan lama. Biarkan rempah garing sehingga terbit sedikit minyak. Guna api paling perlahan.

8. Tambahkan segelas air asam jawa.
(Secubit asam jawa + segelas air kosong)
Kemudian tambahkan perasa peringkat pertama.
Guna ‘nise’ kampung dari Kelantan. Masukkan lebih kurang 1/2 relung dulu.
Kebanyakan penjual nasi atau orang Kelantan rata-ratanya akan masukkan nise sebagai tambahan pemanis dan penyedap rasa.
Boleh masukkan 1/2 sudu besar garam bukit juga.
Tutup periuk.

9. Langkah yang paling penting, biarkan 5-6 minit untuk pes jadi pecah minyak.
Inilah rahsia gulai ayam Kelate menjadi sedap sampai makan boleh buat teringat-ingat.

10. Kemudian masukkan 1/2 ekor ayam yang sudah dikelar.

11. Masukkan lagi tambahan secawan air. Tunggu ayam empuk. Tutup periuk dan reneh dalam api perlahan sahaja.

12. Kali ini guna santan kotak Kara. Masukkan 1 sudip. Anggaran santan ikut kepada sukatan kuah yang diingini. Kalau terlebih pekat boleh tambah air.
Kadang cikgu tak perlu tambah sebab elok dengan baki air dari renehan ayam yang terhasil tadi.

13. Biarkan gulai mendidih dalam api perlahan selama 3-5 minit.

14. Masukkan cili Siam jika ada dan 1/2 sudu kecil kerisik untuk menaikkan rasa lemak kuah.

15. Tutup api selepas kuah mendidih dua hingga tiga kali. Rasanya? Sangat istimewa dengan aroma yang memikat.

Selamat mencuba.
#resepicikguafy

MW: Sedap sangat ni! Boleh cuba nanti…

Sumber: Afy AL Habibi

Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan

https://t.me/bangkitwanitaMW

 

Follow kami di :

Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

IKLAN