
Resipi Nasi Lemak
Wow, dahsyat kali ini resepi nasi lemak sampai ke negara India! Ini antara menu yang paling melambangkan Malaysia, memang teruja lah kalau dimasak oleh bangsa dan di negara lain.
Nak-nak nasi lemak mempunyai kaitan yang sangat kuat dengan Malaysia, bukan sekadar makanan tradisional tetapi sudah menjadi simbol identiti, budaya dan cara hidup masyarakat Malaysia.
Baru-baru ini, sajian nasi lemak ini sekali lagi menjadi bualan dunia selepas tular video masakan dimuat naik oleh pempengaruh di Facebook Villatic Foods.
Menerusi klip yang dikongsikan, memaparkan dua lelaki bekerjasama menyediakan bahan-bahan masakan untuk memasak hidangan simbolik Malaysia berkenaan.
Bertemakan suasana kampung, kedua pempengaruh itu menunjukkan setiap bahan yang digunakan dengan teliti dan kelihatan menarik. Bermula dari proses mencuci sehinggalah sehingga siap untuk dijamah.
Apa yang menarik, perkongsian berkenaan nyata mendapat perhatian ramai. Malah rata-ratanya khususnya rakyat Malaysia mengakui terliur melihat masakan asal negara berkenaan meskipun dihidangkan oleh orang luar.