Bagi orang Johor terutamanya keturunan Jawa, Nasi Ambeng merupakan antara makanan tradisi yang biasanya dihidangkan waktu kenduri kendara. Ia merupakan nasi berlauk yang dihidangkan dan dimakan beramai-ramai dalam dulang besar dilapikkan dengan daun pisang. Biasanya diletakkan nasi putih, ayam masak kicap, serunding kelapa, sambal goreng jawa dan ikan kering bulu ayam. Uniknya ia dimakan bersama-sama mee goreng.Kombinasi semuanya memang sedap.
Tapi memang payah nak jumpa orang jual Nasi Ambeng selain di negeri selatan tanah air ni. Mak-mak nak nak cuba rasa sedapnya makan nasi ambeng n, boleh cuba masak sendiri di rumah.
Boleh rujuk perkongsian resipi Nasi Ambeng ini.
“Siapa sini anak Johor dan orang Jawa? mesti biasa makan Nasi Ambeng.Biasa tunggu kenduri baru dapat merasa nasi ni,tapi semalam teragak sangat. Maklum la tinggal di Perlis memang payah jumpa hidangan tradisi ni.”
Saya sertakan di sini resipi paling simple saya buat. Cepat sikit siapnya sebab dah lapar.
Ads
AYAM KICAP:-
Ayam gaul garam kunyit,goreng separuh masak, ketepikan.
Bawang merah,putih,halia lengkuas tumbuk lumat.
Tumis kayu manis,bunga lawang,cengkih dengan serai diketuk dan bahan-bahan tumbuk.
Tumis sampai naik bau. Masukkan sos cili, sos tiram dan sedikit air.
Masuk ayam dan asam keping sekeping.
Terus letak kicap, letak air sikit terus tutup dengan tudung periuk bagi ayam betul-betul masak dan mesra dengan kuah.
Perasakan dengan gula garam.
SERUNDING KELAPA:-
Kelapa parut
Bawang merah,putih,serai,cili kering,ketumbar,2 beradik jintan,blender hancur.
Terus masuk kan dalam kelapa parut.
Masukkan gula 4 sudu, garam 1 sudu, gaul rata baru letak atas dapur.
Goreng sampai kering, masukkan daun limau purut masa masak tu untuk bau wangi.
MEE GORENG SIMPLE:-
Mee kuning-basuh dan tos
Bawang merah, putih, cili kering 6 batang blender hancur.
Tumis sampai pecah minyak, masukkan kicap sesudu.
Dah naik bau masuk mee.
Masukkan taugeh/daun kucai dan perasa. kn gula grm.
Ads
SAMBAL GORENG JAWA/SAYUR GORENG:-
Kacang panjang,carrot,cili merah,bawang merah bawang putih (dihiris halus)
Suhun,tauhu kering rendam sampai lembut (toskan)
Tauhu,tempe-potong dadu, goreng dan letak tepi.
Tumis bawang merah putih masukkan kacang panjang dan carrot.
Letak air sikit bagi empuk.
Masuk kan semua sayur lain goreng sampai masak. Perasakan dengan garam.
Telur merupakan sumber protien yang sangat baik. Jika tiada idea nak masak apa dekat rumah tu, masakan simple macam resipi Telur Mata Sambal Hijau adalah antara menu ringkas yang mak-mak boleh cuba. Sangat sedap, pedas dan bila makan tu confirm ngences (terliur) bak kata orang Jawa. Masak satu lauk ni je pun dah cukup, buat nasi bertambah tak perlu lauk lain.
“Tetiba perut berkeroncong sebelum keluar pickup stok pekasam. Eh eh tak boleh jadi, perut kena isi dulu. Lagipun nasi dingin ada lagi.”
“Tetttt idea datang sekali. Nak goreng telur mata je la makan pedas-pedas. Itu tercetus nak masak gini. Meh cheyah kongsi resepi senang gila abad ini. Makan tu confirm ngencess sekali.”
Bahan-Bahan:
15-20 biji cili padi hijau (ada cili besar boleh campur, nak pedas boleh tambah)
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 biji telur ayam
Secubit garam
Gula sedikit saja jika suka
Cara Membuat:
1. Tumbuk semua bawang merah, bawang putih dan cili sehingga lumat kasar. Tak perlu lumat sangat tak beshhhh.
2. Tumiskan dan biarkan ia sedikit garing.
3.Boleh masukkan garam bagi secukup rasa.
4.Gula jika suka. Cheyah letak sikit je tak sampai pun satu sudu kecil pun. Light light gitu je rasa manis.
3. Pecahkan telur. Tips telur ni kena pecah dalam bekas lain sebab takut telur tu busuk. Kalau pecah terus dalam masakan memang jahanam satu menu.
4.Masak sehingga telur masak ikut citarasa. Nak berkuah boleh tambah air tapi cheyah tak tambah. Hehe
5.Style cheyah garing-garing gini. Nak berkuah boleh tambah air sedikit.
6.Dah ready nak ngap! Cheyah masak half cooked je. Yang kuning tu bila pecahkan meleleh lava dia. Makin sodappp ya ampunnn.
Selamat mencuba! Menu pantas begini time emergency takde lauk boleh la cuba.
Pengalaman 20 tahun ‘menenyeh’ kuih siput ini menjadikan ia cantik warna sekata, malah rangup dan sedap. Kuih Siput antara kuih ‘lejen’ tradisional kegemaran ramai. Namun tak mudah nak buat kuih siput ni, dan agak renyah kerana ia perlu ‘ditenyeh’ atau digentel terlebih dahulu sebelum di goreng. Malah jika adunannya salah, membuatkan kuih siput tersebut, jadi keras.
Nak buat kuih siput yang cantik hasil kejadiannya selepas digoreng malah rangup dan sedap boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Norismalia Ishak ini.
Ada yang suka tak kuih siput. Makan sedapkan tapi nak menenyeh dia tu la hehehe. Sis dah 20 tahun dok menenyeh ni. Sambil tengok tv sambil potpet ke anak boleh buat ni. Benda yang kita suka buat rasa seronok kan. Rasa sat ja eh dah siap.
Belanga pun memang sangat-sangat lejen. Lebih dari 20 tahun usia belanga tu, dah berapa kali tukar tapi bila goreng kuih siput jadi tak elok. Redho je lah
Bahan-Bahan:
Cabai kering RM2 (rebus dulu)
5 ulas bawang merah
1 labu bawang putih (lebih lagi bagus)
1 bungkus Jintan manis (yang RM1) nak lagi wangi lebihkan tapi jangan banyak nanti pahit
Udang kering RM2
5 batang serai
*Blend semua bahan di atas dan tambah garam
1 Bungkus Tepung Gandum
5 @ 6 sudu besar Marjerin
Cara Membuat:
1. Tuang tepung gandum dlm besen
2. Gaul dengan marjerin pelangi (gaul hingga jadi macam serbuk roti)
3. Nak pedas tambah serbuk cabai, gaul bagi sekata.
4. Tuang bahan blend sikit demi sedikit.
5. Uli doh hingga tak melekat dekat tangan, kemudian bentukkan macam dalam gambar ni.
6. Goreng dalam minyak yang banyak, masukkan daun kari semasa menggoreng.
7. Dah kekuningan angkat dan toskan, sejukkan. Tapi saya suka makan suam-suam.
Selamat menenyeh kuih siput, saya halalkan resepi ni.
Mingguan Wanita: Sedapnya kuih siput, kalau makan payah nak berhenti. Bolehlah cuba buat sendiri & menenyeh kuih siput ni di rumah. Puas hati makan nanti.
Viral sungguh sekarang roti yang satu ni. Bagi penggemar roti, mesti tak sabar nak cuba. Banyak kedai kek atau home bakers yang ada menjualnya di atas talian. Tapi, cuba buat sendiri lagi best kan? Boleh lah makan puas-puas.
Nak mudah dan jimat masa, bun beli siap-siap di kedai roti. Tapi kalau rajin, boleh je nak buat bun sendiri dulu. Mana-mana yang selesa lah ye. Boleh google resipi untuk bun roti ye.
Bahan-Bahan Untuk Korean Cream Cheese Garlic Bun Viral
20 biji sweet bun 60 gram (atau bun kosong) – belah enam, jangan potong putus.
Resipi Cream Cheese:
150 gram cream cheese
20 gram gula halus (saya kurangkan)
* pukul kedua-dua bahan (guna whisk) sampai jadi creamy dan masukkan ke dalam piping bag. Kalau tiada piping bag, plastik pun okay.
Resipi Garlic Butter Sauce Viral:
1 biji telur
100 gram Butter (saya guna buttercup, microwave sekejap untuk cairkan)
15 ulas bawang putih (cencang halus, saya kurangkan bawang tapi tambah sedikit garlic powder)
25 gram Madu
20 gram Whipping cream (saya guna susu)
2 sudu besar mayones
3 sudu besar parsli kering
*Sebatikan semua bahan
Cara Membuat:
Ambil roti, paipkan cream cheese di setiap belahan roti. Jangan terlalu banyak takut muak. Tapi kalau suka, silalah letak lebih banyak.
Kemudian celupkan separuh bahagian roti ke dalam garlic sauce. Ada juga yang celup seluruh roti. Terpulanglah ye.
Lepas tu, paipkan cream cheese sekali lagi di bahagian atas roti. Ini option. Tak buat pun tak apa. Kemudian panaskan air fryer pada 200°C selama 5 minit dahulu.
Setelah itu bakar roti pada suhu 160°C selama 15 minit. Masa ni bau garlic semerbak harum. Tunggu bunyi ‘ting’..dah siap! Sedap makan panas-panas. Pehhh!
Shu Shukri "sekolahkan" Hafidz Roshdi, "dah kalah tu kalahlah, nafkah anak sesen pun tak bagi. Hari ini, di instagram storiesnya, pempengaruh Nurul Shuhada Mat...